WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Anwar : Media Malaysia Masih Mundur dan Lucu
- 1Malaysia Sebenarnya 1Melayu
- WARTAMAYA- REMAJA CERDIK DAN TIDAK CERDIK
- Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!
- Anwar : Kerajaan Pusat Harus Adil Dalam Rayuan Kes Liwat
- PENYOKONG HINDRAF DI PUKUL PEKIDA
Anwar : Media Malaysia Masih Mundur dan Lucu Posted: 22 Jan 2012 04:00 AM PST KLANG, 22 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebebasan media di Malaysia masih belum wujud dan demokrasinya juga ketinggalan jika dibandingkan dengan negara lain. Mengambil contoh India yang dikunjungi selepas dibebaskan dari tuduhan liwat selepas 9 Januari lalu, beliau berkata lawatannya bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk bertemu cucu Mahatma Gandhi, Raj Mohan Gandhi, menjadi bukti di mana negara itu mengamalkan kebebasan bersuara di kalangan rakyatnya. Anwar berkata demikian di dalam ucapannya di Pesta Ponggul di Bandar Bukit Tinggi semalam. Ikuti petikan video tersebu |
Posted: 22 Jan 2012 03:59 AM PST KLANG, 22 Jan : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan semua kommuniti di Malaysia berhak menikmati hasil kekayaan negara dan tidak harus dibezakan antara satu dengan yang lain. Dalam ucapannya di Pesta Ponggal di Bandar Bukit Tinggi disini, Anwar menyentuh slogan 1Malaysia yang sering dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau mengkritik prinsip itu dengan berkata ia lebih kepada memberi keuntungan kepada kroni Umno-Barisan Nasional daripada menolong rakyat bawahan. Ikuti petikan video tersebut. |
WARTAMAYA- REMAJA CERDIK DAN TIDAK CERDIK Posted: 22 Jan 2012 03:04 AM PST Bezanya remaja berilmu dan tidak berilmuCer lihat berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini di bawah, tentang kumpulan Adam Adli dan pelajar yang buat sketsa pendek di ibunegara semalam, Sementara golongan yang tidak berilmu, mengikut nafsu tapi bebas berbuat apa saja .. pada lapuran di bawah ini Kenapa umporno kelihatan tidak berilmu di samping wajah yang kelihatan bangang tahap gaban? Kerana golongan umporno terdiri dari spesis yang sama. Pada ketika ini, golongan ini terus menjadi lembab dan bangang kerana golongan ini tidak membenarkan para bijak pandai untuk mencampuri urusan mereka, bimbang kalau kalau yang bangang dengan jumlah yang besar ini akan diketepikan. Kerana itu, untuk menjadi umporno, mereka mestilah angguk angguk, tidak berilmu, bangang dan bodoh sombong. Golongan ini juga kelihatan melakukan solat sunat lepas asar, selain dari langsung tidak bertamadun dan berbudaya. Golongan ini dilihat mendapat sokongan cuma dari golongan yang sama rendah mentalnya. Jatuh kan golongan ini pada PRU13 nanti kerana bangsa ni lah yang menyekat kemajuan dan perkembangan mental anak anak muda. Merencatkan akal dan menZOMBIEkan fikiran remaja kita. |
Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam! Posted: 22 Jan 2012 02:56 AM PST Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!
Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif". Baca: Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina |
Anwar : Kerajaan Pusat Harus Adil Dalam Rayuan Kes Liwat Posted: 22 Jan 2012 12:43 AM PST Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilaporkan berkata, tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan "satu tindakan yang tepat". "Bagi saya rayuan itu bukan satu isu kerana sesiapa sahaja yang dalam keadaan seperti itu, Anwar pun tetap akan merayu," naib presiden Umno itu dipetik sebagai berkata. KITA NAK TANYA PULAK MENTERI DALAM NEGERI MENGENAI KES RAZAK BAGINDA,DAN LAIN-LAIN KES YANG SEPATUTNYA DIBUAT RAYUAN.PATUT KE TIDAK MENTERI DALAM NEGERI BERCAKAP SOAL SEDEMIKIAN. KLANG, 21 JAN : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat. Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN). "Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini. Anwar tidak mempertikaikan notis rayuan itu tetapi berharap ianya dilakukan mengikut peraturan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga diminta mengambil kira kes lain yang dianggap jauh lebih besar. "Tak apalah dia boleh rayu ikut peraturan semua. Kena konsistenlah. Janganlah kes besar, kes bunuh dan yang lain dia tak payah rayu. Banyak kes." Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim kes tersebut, Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari. Menyentuh isu moral yang dijangka akan terus dieksploitasi oleh Umno-BN sekiranya kes itu disebut semula, Anwar secara sinis menjawab. "Moral apa? Siapa nak cakap pasal moral. Perdana Menteri?". |
PENYOKONG HINDRAF DI PUKUL PEKIDA Posted: 22 Jan 2012 12:34 AM PST SHAH ALAM-21 Jan seorang penyonkong Hindraf telah di belasah oleh PEKIDA menurut sumber dari Hindraf .Ini berikutan adanya forum yang telah diadakan semalam.terdapat unsur perkauman yang di lemparkan keataspenyokong Hindraf dimana semua peralatan didalam dewan bagi diadakan forum . Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam. Menurut sumber Hindraf lagi, kecederaan yang dialami agak serius dimana penyokong terbabit mengalami kecederaan bahu,dada,kaki dan tangan.Beliau di hantar untuk mendapatkan rawatan di Sentosa Specialist Hospital. BERITA SETERUSNYA...PROGRAM PAS PAHANG SEMPENA TAHUN BARU CINA AKAN MENYUSUL KEMUDIAN. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan