Selasa, 10 Januari 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


AMK: Adam Adli, Simbol Hapus PTPTN, Mansuh AUKU

Posted: 10 Jan 2012 08:42 AM PST

SHAH ALAM, 10 JAN: Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan terus mempertahan pendirian Adam Adli Abd Halim yang telah dijatuhi hukuman penggantungan selama tiga semesta oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris baru-baru ini.


Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dalam kenyataan medianya berkata pihaknya Adam Adli telah dibicarakan melaui keputusan politik.

"Kami menyeru Anak Muda dan Mahasiswa menyambut semboyan kebangkitan rakyat menuntut perubahan dan keadilan. Malaysia bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum, satu wadah demokrasi untuk menumbangkan kerajaan BN-UMNO yang rakus dan angkuh.

"Pakatan Rakyat melalui muafakat Buku Jingga dan AMK Malaysia melalui Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia meletakkan komitmen untuk memberi ruang kepada mahasiswa di dalam membina Negara bangsa.

"Usaha memansuhkan AUKU dan akta-akta lain yang menyekat serta merubah sistem pembiayaan pengajian tinggi termasuk menghapuskan PTPTN sebagai tawaran AMK dan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Malaysia," ujar beliau

Berhubung pengantungan Adam Adli, beliau berkata pihaknya akan menggunakan pelbagai saluran bagi membantu pelajar terbabit.

"Mendepani isu penggantungan Adam Adli, pihak biro Mahasiswa bersama Peguam Untuk Kebebasan (Lawyers For Liberty) secara serius membantu dan meneliti langkah yang wajar diambil. Bersama-sama Adam Adli dan seluruh gerakan mahasiswa, Biro Mahasiswa Angkatan Muda keadilan akan terus menyokong gerakan menuntut perubahan yang diterajui Mahasiswa.'kata beliau.

Penggantungan Adam Adli, pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan semalam atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang pro-pelajar.

Dr Rani calon terbaik ganti Hasan Ali, kata Pemuda PAS Selangor

Posted: 10 Jan 2012 08:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Selepas dipecat keanggotaan sebagai ahli PAS, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali kini berdepan dengan tekanan agar melepaskan jawatan exco kerajaan negeri memandangkan beliau kini bukan lagi "wakil rakyat PAS."

Semalam Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam melepaskan jawatan itu secara sukarela.

Beliau berkata ini kerana amat jelas bahawa beliau tidak lagi mewakili PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menghormati keputusan yang diambil oleh parti itu memecatnya.

Keputusan Khalid itu mendapat sokongan penuh Dewan Pemuda PAS Selangor agar pengganti untuk jawatan yang disandang Hasan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri dari Barisan Nasional (BN) dapat dilantik.

"Menteri Besar juga menyerahkan kepada pimpinan PAS Selangor untuk melantik pengganti kerana kuota exco tersebut adalah untuk parti PAS," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan.

Beliau menambah calon yang paling layak untuk memegang jawatan itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman (gambar), juga merupakan Pesuruhjaya PAS negeri.

"Dr Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut, bukan sekadar beliau orang nombor satu PAS di Selangor tetapi beliau cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan masalah rakyat," katanya.

Kelmarin Hasan, ADUN Gombak Setia dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Hasan, sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus".

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

The Malaysian Insider awal pagi ini melaporkan Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya ingin diadili semula.

themalaysianinsider/-

PAS beri laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh

Posted: 10 Jan 2012 08:27 AM PST

PAS beri laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh

Leong Khong




.
KISAH INI MEMBUKTKAN BODONYA MELAYU JOHOR DI KAWASAN FELDA NI.APA UMNO TAK KATA PADA MELAYU YANG SOKONG PEMBANGKANG.(WRLR)




PAS Johor mengesahkan bahawa partinya bersetuju untuk memberi laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh, Johor dalam pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, DAP turut memaklumkan bahawa partinya akan meletakkan seorang calon keturunan Melayu untuk bertanding di kawasan itu.

Dalam satu temuramah bersama MerdekaReview, Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman (gambar kiri) mengesahkan bahawa PAS berjanji untuk memberi laluan kepada DAP di kawasan yang mana lebih 80% pengundinya terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka FELDA. Mazlan menambah, untuk Barisan Nasional, DUN Tenggaroh dimiliki MIC, dan ini peluang untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kerjasama antara PAS dengan DAP.

Ini kawasan pertama yang dikesahkan setelah dikhabarkan bahawa perubahan akan berlaku dalam beberapa kawasan yang ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat, menjelang PRU 13. DAP, sebuah parti politik yang lebih tumpu untuk bertanding di kawasan bandar, kini akan bertanding di kawasan FELDA di pedalaman.

Dalam PRU 12 pada tahun 2008, terdapat sejumlah 20,176 orang pengundi, dengan 80.04% Melayu, 16.72% Cina, 2.06% India dan 1.18% lain-lain. di Tenggaroh. Dengan peratus pengundian hampir 80%, calon MIC Murukasvary A/P S.Thanarajan meraih 11,789 undi, sementara calon PAS Shahar Abdullah memperolehi 3,556 undi, dengan perbezaan 8,233 undi.

Mengimbas rekod PRU 11 pada tahun 2004, calon BN mendiang Krishnasamy A/L Shiman (10,412 undi) menang dengan majoriti 8,287 undi, menewaskan calon PAS Sheikh Abdullah Said Salleh (2,125 undi).

Mazlan Aliman berkata, PAS kerap berceramah di kawasan FELDA DUN Tenggaroh, berdialog dengan penduduk tempatan dan membuat kunjungan ke situ, untuk menyebarkan maklumat Pakatan Rakyat. Beliau berkata, kini bukan isu DAP, tetapi muafakat dalam Pakatan Rakyat. Mana-mana parti yang bertanding, parti komponen PR mesti turun untuk membantu.

Ketika ditanya kemungkinan DAP menang di kawasan Tenggaroh, Mazlan tidak memberi jawapan secara langsung, tetapi menganggap suasananya menyerupai suasana "Reformasi", sebagaimana yang berlaku dalam PRU 10 pada tahun 1999. Beliau berkata, BN hanya menang dengan majoriti 4,000 undi di kawasan parlimen Mersing pada tahun 1999, pada masa yang sama DUN Tenggaroh dan Endau dalam kawasan itu dihakis undi majoritinya.

Kerusi Parlimen Mersing dan DUN Endau menyaksikan pertembungan antara calon UMNO dengan PAS sepanjang dua penggal PRU yang lalu. Mersing dan DUN Endau bersama DUN Tenggaroh kesemuanya dimenangi calon BN dalam tiga penggal PRU yang lalu.

Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau (gambar kiri) membuat pengumuman dalam Mesyuarat Agung DAP baru-baru ini, bahawa persetujuan telah dicapai antara PAS dan DAP, di mana PAS akan memberi laluan kepada DAP di satu kawasan yang asalnya ditandingi PAS. Boo Cheng Hau mengesahkan bahawa DAP akan meletakkan calon Melayu untuk menyarung jersi DAP di situ.


PERISTIWA SEBELUM DAN SELEPAS DIBEBASKAN

Posted: 10 Jan 2012 08:03 AM PST











IKUT KATA DEPA....JUMPA KAWAN DALAM umno

Posted: 10 Jan 2012 06:08 AM PST


"Jangan hanya kerana kita bercakap dengan orang Umno kita dikatakan nak jadi Umno. Kerana kita bercakap dengan akhbar Umno maka kita nak jadi Umno. Harap selepas ini politik kita menjadi matang," katanya. - Mkini
Pemimpin PR dok sibuk citer pasai boikot dan jangan percaya kepada Media Arus perdana, tapi Nasha dengan kenyataan nya di atas. Kami penyokong PR pegang dari awal sampai sekarang, Aku rasa Nasha ni binggung juga. Dia tak perasan bagaimana media arus perdana pilih berita untuk disiarkan.

Aku nak bagi tau kau sikit Nasha ..
Media Arus perdana tu cuma siarkan berita yang bagi manafaat kepada diorang je. Kalau berita kebaikan untuk parti lawan, mampuih tak siarkan. Kalau kenyataan kau tu bakal menjatuhkan kredibiliti PR dan bermanafaat kepada mereka, cepat kuar berita. Tak kan tu pun nko tak perasan?

Nak ku ajar .. tapi kau kata, kau lagi pandai. Tak kan benda mudah ni pun tak terpikir?
Hang cerita pasai matang? Hello .. Hang matangkan media arus perdana tu dulu.

Banyak la hang punya matang ...


wartamaya....

LEBIH 10,000 BANJIRI SEBERANG JAYA SAMBUT KETIBAAN ANWAR SELEPAS DIBEBASKAN

Posted: 10 Jan 2012 05:43 AM PST

Some 10000 people converged at the Expo site in Seberang Jaya within Anwar's Permatang Pauh constituency in renewed determination to propel PKR and Pakatan to greater heights.

PKR strategist Saifuddin Nasutionion berkata bahawa dengan pembebasan Anwar Pakatan akan menjadi lebih kuat dengan sokongan rakyat,dapat menyatukan lag parti dalam Pakatan dan menyatukan semua penyokong.

Antara yan g turut berceramah ialah Azmin Ali, Mujahid Yusof Rawa dan Guan Eng. Turut serta Sim Tze Tzin dan Toh Kin Woon.

Terkejut dengan keadaan, tiada pun pihak polis di situ.


GAMBAR ANILNETTO.COM

Liputan 901 di akhbar Cina: Bukti sistem kehakiman bebas?

Posted: 10 Jan 2012 05:33 AM PST

Liputan 901 di akhbar Cina: Bukti sistem kehakiman bebas?

Lim Hong Siang

Kesemua akhbar Cina menonjolkan "Anwar tidak bersalah" sebagai tajuk utama di muka depan pada hari ini, dengan Sin Chew Daily memperuntukkan setengah dari muka depannya untuk berita "PM: Sistem Kehakiman Bebas". Sementara China Press memperuntukkan setengah dari muka depannya untuk kejadian letupan di luar mahkamah.

Liputan luas dengan gambar berwarna diberikan dalam akhbar bahasa Cina untuk keputusan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim dan kejadian di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam. Kronologi kes liwat II, reaksi pemimpin dan sebagainya turut menyarat dada akhbar bahasa Cina.

Tidak harus bermula sebermulanya


Wacana dalam akhbar Cina lebih cenderung untuk mengganggap bahawa kes liwat II ini tidak harus bermula. Justeru itu, keputusan ini dianggap sesuatu yang positif. Misalnya, dalam tulisan kolumnya, Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan menganggap seandainya tempoh 3.5 tahun ini digunakan untuk muhasabah dalam parti dan reformasi kerajaan, maka parti pemerintah mungkin meraih lebih sokongan dan sanjungan. Namun, menggunakan seluruh tenaga dan usaha untuk kes liwat, telah membuatkan keadaan menjadi teruk.

Meskipun begitu, tiada kritikan ditujukan secara langsung kepada Najib Razak, pemimpin UMNO yang mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum Saiful membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat. Malah, keputusan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah ini cuba ditonjolkan dari dimensi "kebebasan sistem kehakiman".

Sin Chew Daily (gambar kiri) misalnya, tonjolkan kenyataan Najib menyanggah "tuduhan bahawa sistem kehakiman tidak bebas". Satu analisa di China Press pula mentafsir bahawa pertarungan politik selepas ini bakal menyaksikan pertembungan terus antara Najib dengan Anwar. Satu lagi analisa di China Press menganggap keputusan ini membuktikan bahawa mahkamah tidak dikawal Barisan Nasional, lantas rakyat harus yakin dengan sistem kehakiman negara.

Ironinya, meskipun keputusan ini cuba ditampilkan dengan persepsi "mahkamah bebas daripada manipulasi Barisan Nasional", namun ia gagal menyelindung pandangan pengamal media ini di sebaliknya. Misalnya, Guang Ming Daily membubuh tajuk besarnya "Di luar dugaan" - jelas menunjukkan bahawa pengamal media sendiri menjangka Anwar akan dipenjarakan. Mereka mungkin berbeza pendapat dalam isu Anwar bersalah atau tidak, tetapi agak sebulat suara untuk menyetujui bahawa kes liwat II adalah kes politik.

Meramalkan tarikh PRU 13


Rata-rata menganggap keputusan ini memberi kesan positif terhadap Pakatan Rakyat, pada masa yang sama menampilkan BN sebagai kerajaan yang mahu berubah, kerana tidak campur tangan dalam sistem kehakiman. Tay Tian Yan misalnya, menganggap reputasi Anwar memuncak semula lantaran keputusan semalam, malah PKR yang dipimpinnya turut disuntik semangat.

Tay Tian Yan menambah, Pakatan Rakyat telah menjadi benteng Anwar kali ini, dan hubungan PR semestinya lebih kukuh selepas mengharungi krisis ini. Malah adalah sesuatu yang ironi apabila segala-gala yang dilakukan parti pemerintah ini membantu PR sebaliknya. Tay Tian Yan menyimpulkan bahawa kedua-dua pihak harus jelas dengan senario politik yang terkini, dan jangan membazirkan sumber dalam perjuangan yang tak tentu pasal.

Seorang lagi Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Lim Sue Goan dalam artikel kolumnya hari ini mengulas, dua ramalan tentang tarikh PRU 13 lantaran keputusan ini. Satu, PRU 13 akan diadakan secepat mungkin kerana PR tiada isu untuk mengerah sentimen dan simpati rakyat; keduanya, keputusan ini mencelarukan langkah percaturan BN, dan tarikh PRU 13 mungkin dilewatkan.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media bahasa Cina. Media yang dirujuk bertarikh 10 Januari 2012, berkisar pada keputusan mahkamah berhubung Kes Liwat II.

Letupan Di Himpunan 901: Polis Perlu Siasat Segera

Posted: 10 Jan 2012 05:23 AM PST






SHAH ALAM, 10 JAN: PKR menganggap isu letupan yang berlaku semalam semasa himpunan 901 sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata kejadian ini mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah antara himpunan pertama yang mendapat permit Polis.

"Polis harus beri penjelasan sebab sepanjang malam polis sahaja yang dapat acces ke kawasan tersebut. Dari pada gambar-gambar dan saksi, didapati bahan letupan tersebut disimpan dibawah 'kon' polis dan ia diletupkan melalui remote control atau time bom. Ini bukan boleh dibuat oleh orang biasa,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam kejadian tersebut terdapat pihak-pihak lain juga turut berada dilokasi tempat letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta semalam.

"Baik pun perkasa ke pekida pun saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana mereka juga berhak untuk berhimpun, saya harap pihak polis boleh menyiasat dan mencari orang yang bertanggungjawab,"ujarnya.

Menyentuh mengenai himpunan aman semalam, Tian berkata keputusan pembebasan Anwar semalam merupakan suatu kegembiraan kepada seluruh Pakatan Rakyat.

"Ini saya anggap orang yang tak puas hati dengan himpunan aman yang berlangsung atau orang tidak berpuas hati dengan kes ini. Ini boleh menjadi sedikit klu kepada pihak polis untuk mengadakan siasatan untuk mengetahui siapa yang bertanggung jawab,"katanya.

Sehubungan itu, PKR dan Pakatan Rakyat akan cuba menemui pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak supaya siasatan segera dijalankan.

Dalam kejadian semalam tiga insiden letupan bom yang mencederakan lima orang awam berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: