SOKONG PAKATAN RAKYAT |
| Posted: 13 Jan 2012 05:43 AM PST Esok akan berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 di Alor Star. Selain merumuskan keazaman untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang serta pelancaran manifesto PR, saya berharap sangat jika konvesnysen ini melahirkan satu piawaian konsep ketelusan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Penubuhan Hisbah atau Selcat, pengistiharan harta di kalangan exco, enakmen kebebasan maklumat, kesederhanaan mengguna kemudahan awam, pemotongan elaun yang berlebihan dan kawalan ke atas belanjawan GLC Negeri perlu dilaksanakan oleh semua negeri Pakatan Rakyat. Pimpinan negeri-negeri Pakatan Rakyat hendaklah mencontohi mana-mana amalan baik yang diamalkan oleh negeri lain. Tidak kira samada contoh amalan itu dari negeri yang diketuai oleh Pas, PKR atau DAP. Walaupun setakat ini Ketua Audit Negara memuji prestasi pengurusan negeri Pakatan Rakyat, peningkatan perubahan hendaklah ditingkatakn dan diteruskan. SELAMAT BERKONVENSYEN |
| Posted: 12 Jan 2012 07:08 PM PST Pagi kelmarin saya singgah di Balai Polis Tampin untuk bersama menyambut bebasnya tahanan petugas Pas Tampin. Sesekali rakan kita diterima ujian, ianya memberi makna kepada rakan seperjuangan yang lain pula. Apabila hampir semua pimpinan Pas dan PKR hadir pada pagi kelmarin menunjuk simpati, ianya menggambarkan perpaduan menentang BN Kekadang kita perlu ada suatu "musibah", untuk menzahirkan perpaduan di kalangan anggota jemaah kita sendiri. Oleh kerana itulah, Islam meminta kita menziarahi orang sakit, yang kemalangan, yang meninggal dunia dan lain-lain musibah. Janganlah kita "berjemaah" dalam majlis kenduri kahwin sahaja. Anggota Pas perlu dilatih untuk peka dengan perit derita rakyat. Sebelum itu latihlah anggotanya supaya peka dengan perit derita di kalangan anggota jemaahnya dahulu. Bukankah Rasullulah saw sering bertanya hal ehwal akan anggota jemaahnya yang dilihat tidak hadir pada solat jemaah. Sekadar ingatan untuk diriku..... |
| You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan