SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 05 Jan 2012 03:56 PM PST Membuang Umno/BN dari persada pemerintahan negara merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan sebuah negara yang adil, telus, bebas rasuah, dan memiliki urus tadbir yang baik. Penggantinya, mungkin baik pada peringkat awal tetapi belum ada jaminan akan terus kekal baik. Maka tugas rakyat hendaklah terus memantau dan menegur pemerintah semasa. Jika degil tak mau berubah, maka tugas rakyat hendaklah menggantikannya. Kita tidak perlu kesetiaan kepada sang pemerintah. Kita hanya setia kepada sang pemerintah yang baik. Apa yang penting, bukan siapa yang memerintah tetapi rakyat bersedia "menukar" sang pemerintah bila-bila masa apabila sang pemerintah tidak mahu melaksanakan pemerintahan yang baik. Jepun dan Amerika terus maju walau sang pemerintah sentiasa bertukar acap kali. Jangan termakan dakyah "biar Melayu walau rasuah". Itulah asobiyah yang membawa anda ke neraka. Woooo Slogan "Asal Bukan Umno" merupakan tugas pertama rakyat Malaysia. Tetapi di Selangor - Asal Bukan Hasan Ali. Pas akan menerima padah jika Hasan Ali bertanding lagi. Ingatlah wahai pimpinan PAS!!!!! Bukan anggota Pas sahaja menyampah Hasan Ali tetapi pengundi pun naik muallll! |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan