Pemurnian Sirah : Umur Aisyah r.a semasa berkahwin dengan Nabi s.a.w 
 
  
 
 Proof 1: 
 
  
 Bila kah Siti Aisyah dilahirkan?
 
  
 Semua  ke 4 anak Saidina Abu Bakar bersama 2  orang isterinya lahir sebelum  kedatangan Islam "Saidina Abu Bakar (ra) berkahwin  dengan 2 wanita yang  bernama Fateelah binti Abd Al Aza dan Ummi i Rooman dizaman  jahiliah. 
 
 
 Abu Bakar mendapat 4 orang anak dari perkahwinan tersebut, 2 lelaki  dan  2 perempuan.Isteri pertama Fateelah melahirkan Abdullah dan Asma`. 
 
 
  Isteri  kedua Umm i Rooman melahirkan Abd al Rahman  dan Siti  Aisyah.
 
 
 Tabrani mengatakan Siti Aisyah lahir sebelum tahun 610  Masehi, sehingga  Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623  masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun.
 
  
  
  
 Proof 2:
 
  
 Umur  Siti Aisyah waktu perang Uhud 
 
 
 Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal,  tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March  tahun 625 Masehi Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya  : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic,  Bab Ghazwi'l-nisa'  wa qitalihinna ma`a'lrijal."Diriwayatkan oleh Anas:  Pada hari perang  Uhud.....Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i  Sulaim, mereka menyinsing kain  untuk memudahkan mereka  bergerak.
 
 
 "Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat  bagi mereka yang  hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka  mesti berumur  15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur  bawah dari 15 tahun, tidak  dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan  Khandaq.
 
 
 Diriwayatkan  oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab  ghazwati'l-khandaq  wa hiya'l-ahza'b," Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa  Rasulullah saw  tidak membenarkan saya untuk mengikuti   peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu  peperangan  Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab  umur saya sudah 15  tahun.
 
 
 Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta  didalam peperangan Badar dan Uhud.  Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;
 
  
 1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud  dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.
 
  
 2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3  Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610
 
  
 3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad  saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun
 
  
  
  
 Proof 3:
 
  
 Pertunangan Siti Aisyah 
 
  
 Menurut  sejarah dari Tabrani; Saidina Abu  Bakar waktu hendak berhijrah ke  Habsyah pada tahun 615 Masehi, (7 tahun sebelum  Hijrah ke Medina pada  tahun 622 Masehi) beliau telah pergi ke rumah Mut`am.  
 
 
 Abu  Bakar meminta Mut`am mengambil Siti Aisyah menjadi  isterinya. Mut`am  yang telah menjadi tunangan Siti Aisyah menolak permintaan Abu  Bakar  disebabkan Abu Bakar telah memeluk Islam. Mut`am   kemudian memutuskan pertunangan dengan Siti Aisyah. 
 
 
 Semasa Siti Aisyah  berumur 6  tahun, maka kita akan dapati Siti Aisyah kahwin dengan nabi  Muhammad pada 623  Masehi, maka umur Siti Aisyah telah menjangkau 14  tahun. ( umur 6 tahun + 7  tahun hijrah = 13 tahun + 1 tahun hijriah ).
 
  
  
  
 Possibility 4:
 
  
 Siti Aisyah masuk Islam 
 
  
 Muhammad  saw menjadi nabi pada tahun 610  Masehi. Menurut sejarah Siti Aisyah  adalah orang ke 21 atau 22 yang masuk Islam  pada tahun pertama Nabi saw  berdakwah iaitu pada tahun 610 Masehi. 
 
 
 Maka jika  Siti Aisyah masuk  Islam pada tahun 610 Masehi maka umur beliau paling rendah  waktu kahwin  dengan Nabi Muhammad saw adalah 19 tahun.
 
 
 Jika kita mengambil umur  Siti  Aisyah paling rendah 6 tahun waktu masuk Islam maka  kita dapati beliau dilahirkan pada tahun 604 Masehi ( 6 tahun sebelum Islam )
 
  
  
 Possibility 5:
 
  
 Surah  Al Qamar
 
 
 Diriwayatkan oleh Bukari  didalam Kitab Tafsir nya:" Siti  Aisyah (ra) mengatakan " Aku adalah seorang  gadis" ketika surah Al  Qamar - Surah 54 diturunkan. "Mengikut sejarah surah Al  Qamar diturunkan pada tahun 613 Masehi. ( 9 tahun sebelum  Hijrah). 
 
 
 Ini  menunjukkan bahawa Siti Aisyah lahir sebelum kedatangan Islam,  iaitu  sebelum tahun 610 Masehi.Jika Siti Aisyah lahir sebelum 610 Masehi maka   paling rendah umur beliau kahwin dengan Nabi Muhammad saw pada 623  Masehi adalah  14 tahun
 
  
  
  
 Possibility 6:
 
  
 Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur  Fatimah (ra)  
 
 
 {Menurut  Ibnu Hajar didalam kitabnya:  Al-isabah fi tamyizi'l-sahabah, Ibn Hajar  al-Asqalani, Vol 4, Pg 377, Arabic,  Maktabatu'l-Riyadh al-haditha,  al-Riyadh, 1978}"} Fatimah  (ra) dilahirkan  ketika Kaaba di perbaiki. 
 
 
 Ketika itu Rasulullah saw berumur 35   tahun...dan Fatimah (ra) adalah 5 tahun lebih tua dari Siti Aisyah (ra) 
 
 
 "Rasulullah lahir pada 570 Masehi.Rasulullah saw berumur 35 tahun pada  605  Masehi ( 570+35=605 M) Rasulullah saw berumur 53 tahun pada 623  Masehi ( Fatimah  berumur 18 tahun )Umur anak  Rasulullah saw, Fatimah pada  623 Masehi ada lah 18 tahun Umur Siti  Aisyah pada 623 Masehi adalah 13 tahun ( 5  tahun lebeh muda dari  Fatimah )
 
 
 Berdasarkan fakta ini kita dapati;Umur Siti  Aisyah waktu  kahwin dengan Rasulullah saw pada tahun 623 Masehi ialah 13 tahun  Siti  Aisyah dilahirkan pada tahun 610 Masehi
 
  
  
  
 Possibility 7:
 
  
 Umur  Siti Aisyah dibanding dengan umur  kakaknya Asma` 
 
 
 Ibnu Hajar Al Asqalani  mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib,  Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg  654," Dia (Asma`) hidup 100  tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah "Ibn Katheer   mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir,  Vol 8, Pg  372," Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma  wafat  dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. 
 
 
 Asma`  adalah 10 tahun  lebih tua dari Siti Aisyah. {73 Hijrah = 695 Masehi}  695 Masehi/ 73 Hijrah umur  Asma = 100 tahun maka 622 Masehi , 1 Hijrah  umur Asma =  27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur  Siti Aisyah - 17 tahun  (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masehi/2  Hijrah à Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun
 
  
  
  
 Possibility 8:
 
  
 Bilakah Siti Aisyah (ra) wafat?
 
  
 Siti Aisyah wafat pada tahun 678 Masehi  maka kita akan dapati ;
 
  
 1. Umur Siti Aisyah pada 678 Masehi ada lah  73 tahun
 
  
 2. Aisyah berumur 27 tahun pada waktu Nabi  Wafat pada tahun 632 M (678-632=46) = 73 - 46 = 27 tahun
 
  3. Aisyah berumur 17 waktu kahwin dengan  nabi Muhammad saw pada 623 Masehi
Apa yang kita dengar ialah Aisyah berkahwin masa umur 6 tahun  atau 9 tahun.. sesetengah pendapat mengatakan penyelewangan fakta  sejarah bahawa umur sebenar Aisyah r.a semasa berkahwin ialah 16 tahun  atau 19 tahun. wallahualam..
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan