Rabu, 4 Januari 2012

SharpShooter

SharpShooter


SELANGOR WUJUDKAN HOTLINE ADUAN KUTIPAN SAMPAH

Posted: 03 Jan 2012 11:28 PM PST

Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan talian bebas tol atau Hotline untuk membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.

Talian ini akan dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri dan dijangka beroperasi tidak lama lagi.

Aduan-aduan yang dibuat oleh rakyat akan direkodkan dan setiap PBT perlu bertindak terhadap aduan-aduan ini selewat-lewatnya dalam tempoh 48 jam bermula dari masa aduan itu diterima oleh PBT yang terlibat.

Menerusi pusat aduan ini, kita akan dapat mengetahui peratusan aduan mengenai sampah yang diterima, jumlah aduan yang berjaya diselesaikan serta tempoh masa yang diambil oleh PBT untuk menyelesaikan aduan-aduan tersebut.

Maklumat ini akan digunakan oleh PBT untuk membaiki dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutama yang melibatkan pengurusan sisa pepejal.  

Kerajaan Negeri juga mempunyai alasan yang mencukupi untuk mempercayai bahawa wujud elemen khianat dalam isu pengutipan sampah dan kami menyeru rakyat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan ini bila ianya beroperasi kelak dalam melaporkan usaha-usaha pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Kami juga akan mencadangkan kepada PBT untuk memberi imbuhan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pidato Perdana 901 di Seberang Jaya

Posted: 03 Jan 2012 10:00 PM PST




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Cara Mengesan Pencuri Line Wifi Anda

Posted: 03 Jan 2012 07:01 PM PST


Kawasan perumahan dan apartment seringkali terjadi perkara sebegini. Tentu sekali, anda akan sakit hati apabila bandwith data WIFI yang anda guna seringkali habis belum sempat pertengahan bulan atau akhir bulan.

Cara mengesan perompak WIFI anda yang telah dihack/crack-walaupun sudah pasang password, tetap dapat ditembusi oleh pengguna-pengguna haram ini yang tidak langsung membayar bil anda. Kalau tolong bayar tiap bulan bil tertunggak kita, ok juga kan..huhu~

Jadi, ini kaedahnya, anda install software ini pada komputer atau laptop anda. Dan ketahui samada benar, WIFI anda telah diseludup atau berkenaan masalah lain, yang boleh dirujuk kepada provider internet anda. Antara kelebihan lain lagi, anda dapat cut off pencuri line tersebut.

Sila Download Software:-

KLIK SINI

atau juga anda boleh gunakan yang ini:-

KLIK SINI



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: