shalehudin |
- Boleh percaya ka kat mangkok hayun nih...
- Ayah mamak ni sedang di cari... kahkahkah...
- Adegan yang tak ingin Mahathir lihat...
- PELIK!! Laki menteri paksa dia 'rasuah' Polis...
- Makin kembang hidung Hassan Ali tak cukup oksijen...
- Apa beza antara Zainal Kling dan keling... kahkahkah...
- Berahim Ali cium tangan Anwar Ibrahim...
- Ni la cara PAS kalau nak tau...
- Apa kata UMNO laknat...
- Padan muka... kahkahkah...
- Mai baca penjelasan Anwar...
Boleh percaya ka kat mangkok hayun nih... Posted: 31 Jan 2012 08:30 AM PST NFC: Kewajaran Menggunakan 'Khidmat' Shamsubaharin DATUK Shamsubahrain Ismail mungkin gagal 'berkhidmat kepada Pengarah Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dalam usaha merasuah pegawai penyiasat polis yang menyiasat kes membabitkan 'penyelewengan' dana kerajaan oleh syarikat tersebut, seperti dalam pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah sekarang. Tapi dalam masa yang sama, penulis tidak nampak bagaimana orang seperti Shamsubahrain boleh menyumbangkan 'khidmatnya' kepada Pakatan Rakyat pula? Kalau-kalau terlupa, penulis suka nak ingatkan bahawa Shamsubahrain adalah seorang yang kelihatan di mata masyarakat sebagai penipu. Beliau mungkin di'kambing hitam'kan dalam kes NFC ini, tapi bagaimana pula dengan pembabitannya dalam beberapa kes penipuan lain? Belum apa-apa lagi imej Shamsubahrain sudah terjejas teruk dan penulis tidak pasti sama ada ia permulaan yang baik untuk membuka lembar baru dalam hal NFC ini setelah usaha yang pertama gagal. Gagal dalam erti kata tidak ada 'penyelewengan' disebut dalam laporan Audit 2010 seperti disahkan oleh Ketua Audit Negara sendiri. Penulis bimbang, keadaan itu akan menyebabkan apa pun bukti dan maklumat yang bakal didedahkan Shamsubahrain tidak mempunyai kredebiliti dan boleh dipertikaikan. Penulis difahamkan daripada pelbagai laporan berkaitan, Shamsubahrain mempunyai bukti dalam bentuk teks mesej dan sebagainya bagi membuktikan dakwaannya di'kambing hitam'kan oleh pihak pengurusan NFC. Bukti seperti ini mungkin kelihatan 'solid' tapi ia juga boleh dipertikaikan kerana tafsiran yang berbeza. Apatah lagi dengan latar belakang Shamsubahrain yang terpalit dengan pelbagai kes membabitkan penipuan. Penulis sebenarnya lebih gemar kalau Shamsulbahrain dibersihkan terlebih dahulu dari segala 'kekotoran' yang terpalit pada dirinya sekarang. Setakat yang penulis tahu, rakyat Malaysia mementingkan intergriti individu dalam hal-hal pendedahan sedemikian. Walaupun ia mungkin memakan masa tapi itu adalah lebih baik dari PKR dan Pakatan Rakyat menerima kesan negatif sekiranya Shamsubahrain memberikan maklumat yang mungkin menjerat kita semula dikemudian hari.- SPR |
Ayah mamak ni sedang di cari... kahkahkah... Posted: 31 Jan 2012 07:45 AM PST Idris Ahmad: Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa. Oleh Hafizan Taib SHAH ALAM, 29 JAN - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya. Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya. Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini. "Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya. "Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini. Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu. Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama "Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya. Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil. "Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya. Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak. |
Adegan yang tak ingin Mahathir lihat... Posted: 31 Jan 2012 05:30 AM PST Anwar Perdana Menteri seterusnya, adakah sesiapa yang tidak berpuas hati? Ayah saya pernah memberitahu kami supaya jangan takut akan psikosis apabila saya dan adik saya masih muda. Dia memberitahu kami, orang yang takut akan perkara-perkara yang bakal berlaku kepada mereka akhirnya akan berlaku juga -akhirnya. Mungkinkah ia karma? Di Malaysia, bagi Umno dan kroninya, ia merupakan takut jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri seterusnya. Dan semakin dekat kepada hari PU-13, takut kepada Anwar semakin meningkat. Kesemua Ali Ibrahim, Ezam Mohd Nor dan Hassan Ali bersedia untuk menghapuskan Anwar. Malahan mereka juga mempertahankan kejatuhan NFC yang tidak dapat dipertahankan sebanyak RM250juta, dan tidak lama lagi mereka akan mempertahankan semua skandal rasuah, termasuk beg Birkin Rosmah Mansor dan cincin berlian bernilai RM24juta. Mengapa? Sangat mudah, ia semata-mata 'takut psikosis' yang sangat hebat terhadap Anwar Ibrahim. Mengapa takut Tetapi mengapa takut yang amat sangat? Lagipun, jika BN fikir ia melakukan perkara yang betul, sudah pasti rakyat akan menyokong dan memberikannya beberapa tahun lagi untuk memerintah. Maaf mengatakan, itu bukanlah senario hari ini. Rakyat telah bangun dari 54 tahun dimana mereka dipukau, mereka kini boleh melihat tipu daya BN dan UMNO. Ia merupakan pemerintahan Pareto - 80% daripada rakyat Malaysia boleh merasakan kesan kehidupan seharian dalam poket mereka dan ia merupakan sakit yang tajam, manakala ahli-ahli perniagaan 20% dan UMNO elit yang hidup mewah menikmati harta rampasan. Kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan mempunyai segala-galanya ditetapkan bagi mereka - pinjaman perumahan, pinjaman kereta, cukai pendapatan, potongan, penyelenggaraan keluarga dan yang paling penting, barang-barang makanan. Jika anda mempunyai kerajaan yang tidak menjaga kesejahteraan negara yang hanya merompak dan membunuh untuk tabung negara, tetapi meninggalkan rakyat tanpa apa-apa, di mana dan siapa yang boleh menolong rakyat? Penyelesaiannya ialah perubahan Perubahan adalah jawapannya. Rakyat sedang mencari perubahan dan ia merupakan perubahan yang besar. Semua petanda menunjukkannya, orang ramai tidak akan peduli jika Anwar adalah Perdana Menteri atau walaupun ia Karpal Singh, selagi ia adalah seorang yang akan menolong dan melegakan beban dalam poket mereka. Rakyat memerlukan gaji yang cukup untuk terus hidup, dan kerajaan harus memastikannya.Rakyat Malaysia bukannya malas. Terdapat beberapa negara-negara di Barat di mana walaupun rakyat tidak bekerja, negara itu menyokong mereka dalam semua jenis skim, mewujudkan sebuah masyarakat yang malas. Di Malaysia semua orang bekerja untuk hidup, dan kerajaan harus mengucapkan terima kasih kepada rakyat untuk kerana itu. Oleh itu, bawalah Mahathir Mohamad, Nazri Aziz, Ibrahim Ali, Ezam, Hassan, Ummi Hafilda, Zul Nordin dan semua orang bodoh UMNO yang lain dan kaki tangannya untuk menghapuskan Anwar Ibrahim. Kami tidak peduli, rakyat telah memutuskan "Perubahan" dan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri seterusnya. Adakah sesiapa mempunyai masalah dengan itu? Malaysia Chronicle |
PELIK!! Laki menteri paksa dia 'rasuah' Polis... Posted: 31 Jan 2012 01:30 AM PST Shamsubahrin: Ketua NFC paksa saya 'rasuah' polis Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan. Beliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini. Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup. "Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu." Dalam laporan itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC. Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah. NFC dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan dengan berbelanja ke atas aset mewah dan bukannya terhadap projek pusat ternakan lembu di Gemas, yang ditugaskan. Ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS itu, naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan. "Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti penting ini. "Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya.- M'kini |
Makin kembang hidung Hassan Ali tak cukup oksijen... Posted: 31 Jan 2012 12:00 AM PST 29 Jan 2012 ~ Ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang yang bertajuk "Bersatulah Umatku" telah bertukar tajuk menjadi "Bantulah aku..." Dari kehadiran pada sessi ceramah Dr Hasan Ali malam ini memang ramai,sehinggakan 3 biji bas dari luar Bukit Gantang pun disewa. (Salah sebuahnya dari Semanggol). Ada juga ahli PR yang datang,rata-rata yang datang ialah kerana ingin mendengar apa isi kandung ceramah dari mantan Exco Selangor dari PAS ini berceramah..dan mejoritinya ialah ahli UMNO. Nampaknya isi kandung ceramahnya berlegar tentang kisah kekecewaan apa yang berlaku pada dirinya dan Dr Hasan Ali buat-buat tak tahu apa salahnya hingga dipecat. Selebihnya ialah mencerca dan memfitnah PR dan yang menariknya Dr Hasan Ali juga mengikut rentak pemimpin2 UMNO dalam ceramah iaitu memfitnah Datuk Seri Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) konon-nya DSN mempertikaikan tindakan-tindakan beliau semasa menjadi exco Selangor dahulu dan menganggap DSN adalah perasit. Sedangkan sebelum ini semasa Dr Hasan Ali menjadi ahli PAS beliau tidak pernah menjejaki kaki disini. * ~ Perkara yang menarik ialah diakhir ceramahnya,beliau meminta diletakan songkok atau kotak atau apa saja dihadapan pentas,aku ingat nak buat apa..??? rupanya untuk derma, aku pun tak faham derma apa....hahaha... agaknya Dr Hasan Ali ingin melatih puak UMNO menderma...nanti kalau dah jadi pembangkang dalam negara kenalah buat macam ni...dana dah tak ada...hahaha.... Gambar : "Bersatulah Umatku" telah bertukar tajuk menjadi "Bantulah aku..." |
Apa beza antara Zainal Kling dan keling... kahkahkah... Posted: 30 Jan 2012 10:00 PM PST Pakar sejarah Melayu: Hang Tuah memang wujud Muda Mohd. Noor "Bagi mereka (orang Cina dan Portugis) dokumen bertulis itu adalah bukti. Tiada dokumen tidak ada bukti," kata Prof Zainal Kling PETALING JAYA: Pakar sejarah negara, Prof Datuk Zainal Kling mempertahankan kewujudan Hang Tuah tetapi mendakwa tidak banyak dokumen mengenai pahlawan Melayu itu. "Ini yang menyebabkan orang Cina dan orang Portugis menganggap kewujudan Hang Tuah sebagai dongeng. "Bagi mereka (orang Cina dan Portugis) dokumen bertulis itu adalah bukti. Tiada dokumen tidak ada bukti. "Tetapi buku sejarah Melayu yang ditulis pada zaman kesultanan Melaka dan Johor jelas menyebut kewujudan Hang Tuah, rakan-rakannya, Puteri Hang Li Po serta keris Taming Sari milik Hang Tuah. "Orang Asli turut percaya dan memperakui Hang Tuah dan mendakwa pahlawan Melayu itu keturunan orang laut dari kepulauan Melaka," kata ketua kluster sejarah, warisan dan sosio-budaya dari UPSI itu. Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Prof Khoo Kay Kim yang mendakwa pahlawan Melayu itu tidak wujud. Dakwaan Khoo itu telah menimbulkan polemik dan perdebatan hangat di kalangan masyarakat tempatan. Bagi orang Cina dan Portugis, menurut Zainal. Hang Tuah tidak penting kepada mereka. Hang Tuah ada anak "Mereka hanya ambil tahu tentang Sultan Melaka dan bukan orang lain. "Sebab itu dokumen sejarah orang Cina dan Portugis tidak menyebut tentang Hang Tuah," tambah Zainal. Menurut beliau lagi, Hang Tuah berkahwin dan mempunyai anak tetapi jejak mereka tidak dapat dikesan. Katanya, orang Melayu memang percaya tentang kewujudan Hang Tuah. "Kita berharap persatuan sejarah Sungai Duyung di Melaka tampil dengan mengemukakan dokumen bertulis mengenai kewujudan Hang Tuah bagi meleraikan kekusutan. "Kita akan lihat nanti sama ada Hang Tuah benar-benar wujud atau tidak," kata Zainal. Baru-baru ini, persatuan sejarah itu mendakwa mempunyai bukti kewujudan Hang Tuah. |
Berahim Ali cium tangan Anwar Ibrahim... Posted: 30 Jan 2012 08:30 PM PST Jenis Katak tak sedar Diri SEWAKTU mula-mula DS Anwar dibebaskan dari penjara dahulu, Ketua Pembangkang ini terus menjalani rawatan sakit pinggang di Jerman. Siapa tokoh politik di dalam negara ini yang awal-awal mengunjungi DS Anwar dan mencium tangan tokoh reformasi ini? Salah seorangnya adalah Ibrahim Alkataki kerana diwaktu itu raja katak ini sudah hanyut terpinggir di dalam politik Umno. Budaya bodek dan ampu Ibrahim Alkataki sememangnya terkenal sejak beliau berada di dalam Umno lagi, sehinggakan setelah tercampak dari Umno pun budaya ini masih lekat di jasad raja katak Pasir Mas ini. Beliau menyangka dengan mencium tangan DS Anwar, beliau akan ditawarkan oleh DS Anwar untuk menyertai Keadilan dan diharapkan akan menjadi pemimpin kanan di dalam Keadilan. Tetapi DS Anwar bukan bodoh, beliau kenal lama Ibrahim Alkataki kerana air liur hasil mencium dan mengucup tangan Mahdey Kutty masih melekat di tangan Mahdey sehingga kini. Tabiat raja katak yang hanya boleh hidup dengan mengampu amat dikenali oleh DS Anwar. Oleh kerana kecewa apabila DS Anwar tidak memandang walaupun sebelah mata terhadap Ibrahim Alkataki, maka raja katak ini beralih kepada PAS pula. Di pentas PAS, Ibrahim Alkataki melalak melolong mengutuk dan memaki Umno dan memuji memuja Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan waktu itu. Siapa tidak sedih dan simpati waktu itu melihat Ibrahim Alkataki dihina dan dipijak oleh Umno sehinggakan beliau bertanding secara bersendirian menentang Umno dan PAS, beliau kalah teruk. Tuan Guru Nik Aziz seorang Ulamak dan berjiwa lembut, tanpa prasangka maka diberi pinjam kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Alkataki di dalam PRU ke 12 tahun 2008. Umpama melepaskan `katak yang dipijak', Ibrahim Ali mulai lupa diri. Akhirnya, beliau mengaku menjadi Bebas yang tidak memerlukan sokongan PAS lagi walaupun kerusi yang beliau duduki sekarang adalah kerusi PAS. Ini lah jenis katak yang paling bangsat di dalam dunia. Baru-baru ini, akibat bebalnya raja katak ini beliau sudah termakan dengan propaganda media pencacai yang menuduh DS Anwar adalah penyokong Zionis Israel. Maka, Ibrahim Alkataki membuat kenyataan agar rakyat Malaysia dan Pembangkang menolak DS Anwar Ibrahim. Memetik kenyataannya di Malaysiakini, " Ibrahim menggesa rakyat Malaysia terutama parti politik supaya "melupakan" Anwar memandangkan pelbagai isu dikaitkan dengan ketua pembangkang itu, sehingga membuatkan rakyat "letih" mendengarnya. "Sekarang ada masa untuk melupakan Anwar. Sekarang adalah masa untuk memikirkan tentang masa depan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi Malaysia lebih penting (malaysiakini). Beliau menyebut rakyat letih dengan karenah DS Anwar. Hakikatnya, bukan rakyat yang letih tetapi beliau serta Umno yang letih untuk menghadapi kebenaran yang dibawa oleh Ketua Pembangkang ini. Buktinya, ke mana sahaja DS Anwar pergi, ribuan rakyat akan menyambutnya tanpa dibayar upah. Bukti lebih jelas lagi, mengapa DS Anwar begitu berani berkali-kali mencabar pemimpin Umno terutamanya Najib untuk berdebat dengan beliau di dalam apa jua isu? Jika benarlah DS Anwar ini ejen Yahudi, ejen Amerika, rendah moral, perasuah dan sebagainya, sudah tentu beliau tidak mempunyai kekuatan untuk mencabar Najib berdebat. Bodoh benarlah DS Anwar jika beliau sanggup berdebat di dalam keadaan dirinya yang penuh dengan `kekotoran' itu. Sebenarnya, Ibrahim Alkataki terlalu iri hati dan sakit hati dengan ketokohan DS Anwar Ibrahim. Hatinya yang busuk itu bertambah sakit apabila melihat tatkala DS Anwar diserang di segenap penjuru oleh semua jentera kerajaan terutamanya media kawalan Umno, rakyat tetap mengangkat tokoh ini ke persada tanahair malahan dunia juga mula memandang bahawa tiada tokoh lain yang hebat untuk menjadi pemimpin negara ini melainkan DS Anwar Ibrahim. Pesanan kita kepada Ibrahim Alkataki, manusia yang paling wajar ditolak dari muka bumi ini adalah beliau sendiri. Rakyat terutamanya di Pasir Mas juga teramat `letih' melihat tabiat raja katak yang tidak ketahuan perjuangannya. Percayalah, keletihan rakyat di Pasir Mas akan hilang selepas PRU ke 13 nanti. Pada waktu itu, di Pasir Mas raja katak ini akan dimakamkan di jirat untuk diabadikan sebagai tempat permakaman sang pengkhianat. Ibrahim Alkataki pasti dikuburkan. |
Ni la cara PAS kalau nak tau... Posted: 30 Jan 2012 07:30 PM PST |
Posted: 30 Jan 2012 06:00 PM PST Terkini! Bukti Malaysia Mengadakan Kerjasama Rasmi Dengan Israel. Apa Kata Umno Laknat? Anifah: Malaysia does not support 'all efforts to protect Israel' Sumber: http://my.news.yahoo.com/anifah-malaysia-does-not-support-all-efforts-to-133548011.html Malaysia Rakan Dagang Israel? :http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2006/september/tradoc_113402.pdf Mari kita tengok apa kata Timbalan Menteri Perdagangan Malaysia Anwar khianati Palestin dan umat Islam sedunia 30 Januari 2012 KUALA LUMPUR - Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel dianggap mengkhianati Palestin dan umat Islam sedunia. Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata setiap kali zionis Israel membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam atau Kristian, mereka menggunakan alasan mempertahankan keselamatan negara. "Kini seorang yang bercita-cita tinggi mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pula menggunakan alasan sama dalam menyokong negara pengganas Israel. "Jika pengganas, termasuk negara pengganas menzalimi mangsanya, patutkah kita bersimpati dengan pengganas ataupun mangsa?" katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata alasan yang sama juga digunakan apabila jentolak Israel merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin di Tebing Barat dan apabila rakyat Gaza dibunuh. Katanya, alasan itu turut digunakan dengan melanggar beratus-ratus resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan juga semasa aktivis Freedom Flotilla dibunuh. - Bernama |
Posted: 30 Jan 2012 04:00 PM PST Gerakan tuntut Ibrahim Ali mohon maaf Gerakan hari ini menyelar tindakan PERKASA menggunakan 'angpow' sampul merah - yang dianggap menghina masyarakat Cina - dalam sambutan tahun baru kaum itu, walaupun hasrat penganjuran majlis itu dianggap baik. Timbalan presidennya Mah Siew Keong (kanan) berkata, pemberian angpow dalam sampul putih pada tahun baru - sebagai festival kegembiraan - menujunjukkan Presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif. "Setelah menjadi anggota parlimen dan berada dalam politik sudah beberapa tahun, Ibrahim Ali masih tidak tahu adam resam kaum lain, yang menjelaskan kenapa dia terus melakukan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya. Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya. Kumpulan pendesak Melayu itu bagaimanapun menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dan pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian. Dalam kenyataannya hari ini, Mah menyifatkan Ibrahim sebagai pemimpin yang cuba menghalang usaha 1Malaysia perdana menteri. Mah juga menggesa Ibrahim memohon maaf atas tindakannya itu dan mengakui tidak sensitif walaupun tindakannya tidak berniat jahat. Bagaimanapun, tambahnya, tindakan tidak sensitif dan alpa itu tetap tidak bermakna anggota parlimen Pasir Mas itu tidak melakukan sebarang kesalahan. Pemuda MCA: Tidak tahu bukan alasan Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen juga menyelar tindakan PERKASA yang didakwa tidak sensitif dan patut tiada tolak ansur pada "kumpulan ekstrim" kaum dan agama. "Sebagai anggota parlimen, dia (Ibrahim) patut bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat kita yang berbilang bangsa, dan pantang larang pelbagai budaya," katanya lagi. "Alasan bahawa tidak tahu tidak boleh dijadikan alasan dalam isu ini."- M'kini |
Posted: 30 Jan 2012 02:30 PM PST Israel: Penjelasan Anwar Anwar Ibrahim, Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut: "..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)." Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan