Rabu, 25 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Tikus gergasi dalam kedai kasut...

Posted: 25 Jan 2012 09:30 AM PST

Seekor tikus gergasi telah ditemui mati di dalam sebuah kedai kasut di New York. Berita tikus gergasi ini amat menggemparkan ramai orang di Internet.

Tikus Gergasi Dijumpai Mati Dalam Kedai | Satu gambar yang menunjukkan binatang pelik iaitu seekor tikus gergasi didakwa dijumpai dalam sebuah kedai kasut di bandar raya New York, Amerika Syarikat telah tersebar luas dalam internet.

Imej dan video tersebut dikatakan menunjukkan seorang pekerja kedai Foot Locker di The Bronx sedang memegang tikus mati sebesar 3 kaki (1meter) di atas penyeduk.

Satu binatang pelik lain, iaitu tikus gergasi yang lebih kurang sama besar, telah dijumpai di kawasan Brooklyn, New York pada tahun lepas, dikatakan tikus spesis Gambian Pouched.

Dr. Robert S Voss, kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York, berkata: "Tidak mungkin tikus itu adalah tikus biasa yang terdapat dalam pembetungan. Saya pasti 90 peratus yang tikus itu adalah dari spesis Gambian Pouched."

Dr. Voss berkata yang ada kemungkinan bahawa tikus tersebut adalah binatang peliharaan yang melarikan diri. Beliau juga berkata yang binatang jenis ini kelihatan garang tetapi sebenarnya mereka sangat suka bermain dan jinak. (Orange UK)

Melayukini.net – Walaupun tikus ini gemuk dan tampak menyelerakan bagi sesetengah orang, daging tikus ini haram dimakan walaupun telah disembelih sebab tikus termasuk dalam kategori binatang jijik. Makan daging tikus akan mendapat lebih banyak mudarat dari baiknya. Wallahualam.

Photo Anwar Ibrahim ngan Rajmohan Ghandi...

Posted: 25 Jan 2012 08:44 AM PST

 
 
 
Dear Dato' Seri Anwar Ibrahim,

It was wonderful having you with us and we all shared in your acquittal as a victory for all of us, being truly inspired by the speech that you gave and touched that Datuk Seri Wan Azizah and your goodself, came for the 'Making Democracy Real – A Dialogue' here in Asia Plateau, Panchgani, a day after the acquittal.

Let me speak as a Malaysian, it was indeed an experience to see and interact with both of you and I am also proud to be a Malaysian because of the fighting spirit with compassion that you shared with us, in seeing hope that you will help bring out the strength of our multicultural and diverse country.

Thank you and as requested am sharing the photos with the Gandhis as well as a photo that was taken with us Malaysians.

Wish you both the best and thank you.

Warm regards,
Soumya

Politikus tua yang pengotoq? Kahkahkah...

Posted: 25 Jan 2012 07:10 AM PST

Ibrahim Ali, Politikus Tua Lagi Kotor

PETALING JAYA: Tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas Dato' Ibrahim Ali mencampuri urusan pentadbiran Selangor dalam isu pelantikan Exco kerajaan negeri yang baru dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam menunjukkan beliau kehabisan modal.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, tindakan Ibrahim yang juga Presiden Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) itu untuk membuktikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair walaupun sudah tua lagi kotor.

"Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS," kata beliau dalam satu kenyataan media.

Faekah menegaskan "siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008.

"Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliiti," katanya.

Ujar beliau, "kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato' Dr Hasan Ali.

Hina Sultan Selangor

"Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan (Menteri Besar) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.

"Keputusan Abdul Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di

Selangor mengamalkan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam," katanya.

Menurut Faekah, tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Abdul Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan.

"Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam

Selangor (Jais) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku," jelas beliau.

"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan," tambah beliau.

Khianati PAS

Katanya, pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati

PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

"Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt.

"Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini.

"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya lagi.

Faekah menerangkan bahawa Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana.

"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan," tegas beliau.- SPR

Tujuan dia sangat mulia... kahkahkah...

Posted: 25 Jan 2012 05:50 AM PST

Hasan Ali: Tujuan saya sangat mulia...

Ada juga manusia macam ini. Angkat diri sendiri dan anggap tujuan menimbulkan dakyah sebagai satu tujuan yang sangat mulia. Seorang pakar motivasi yang disegani masyarakat satu ketika dahulu, akhirnya bercakap setaraf Ibrahim Ali dan Umi Hafilda Ali. Setelah Allah tarik semula sumber rezeki dan pelbagai kemudahan sebagai Exco, si hasan Ali masih tak tahu nak insaf dan sedar diri.


*******************************


Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai "pandangan peribadi" berhubung isu tersebut.

"Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

"LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku," Hasan (gambar) memberitahu pemberita di sini.

"(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

"Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya," tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi.

Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini.

Mingguan Malaysia memetik pemimpin Pembangkang sebagai berkata semasa temubual bersama BBC itu, undang-undang dan hak-hak homoseksual di Malaysia dianggap "purba" dan "bukan berkaitan."

Wartawan BBC telah meminta Anwar mengulas sama ada menolak idea anti diskriminasi dan hak-hak homoseksual, di mana dia telah dituduh berkata "kami perlu mengkaji semula beberapa undang-undang purba kami."

"Kami orang Islam dan bukan Islam di Malaysia pada umumnya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara wanita dan lelaki, tetapi kami tidak sepatutnya dilihat untuk menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba seperti berkaitan," kata Anwar kepada BBC.

Tetapi petikan tambahan pemimpin de facto PKR tidak dinyatakan Utusan and Berita Harian.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat (PR), "kami tidak menggalakkan homoseksual, dan kami tidak perlu meminta maaf untuk itu."

Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah "sah."

"Tujuan saya sangat mulia, saya rasa hanya Allah akan tahu," kata Hasan.

Dia menuduh Anwar gila kuasa, dan berkata PR gagal dalam rampasan kuasa pada 16 September, di mana Anwar telah berjanji akan berlaku pembelotan beramai-ramai dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama yang dari Sarawak dan Sabah.

"Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan," tambah Hasan.

Oleh Shazwan Mustafa Kamal - Malaysian Insider

Gagal jadi Menteri Besar, jadi penghasut besar... kahkahkah...

Posted: 25 Jan 2012 04:35 AM PST

Hassan Ali sangat marah pada waktu ini dan sebetulnya dia marah. Dengan pilihan raya akan menjelang tidak lama lagi, beliau harus mencari jalan untuk kekal relevan dan diambil sebagai calon. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau baru sahaja dipecat daripada PAS dan reputasi beliau sekarang agak tercalar.

Beliau dituduh menjadi sebagai 'katak' dan dimotivasikan oleh wang. Hassan sekarang sedang bekerja keras mencari jalan untuk diambil sebagai calon parlimen supaya dia tidak perlu berpisah dengan faedah dan kelebihan yang disediakan untuk ahli parlimen.

Sudah tentunya PAS tidak mahu apa-apa lagi kaitan dengan beliau begitu juga PKR dan DAP. Jadi, Hassan terpaksalah meminta simpati kepada UMNO. UMNO pula, yang sememangnya bermotifkan wang akan membiarkan beliau terus meminta dan menggunakan beliau sepenuhnya sebelum menolak beliau ke tepi, sama seperti sampah sarap UMNO yang lain seperti Zahrain Hasim, Zul Noordin, Hee Yit Foong, Keshvinder Singh, Tan Tee Beng dan yang sewaktu dengan mereka.

Hassan berebut untuk dapatkan wang UMNO

Untuk masa sekarang, Perdana Menteri Najib Razak yang berkuasa menentukan senarai calon 'boleh menang' dan ia nampak sangat menarik. Hassan Ali bolehlah dimaafkan sekiranya memikirkan bahawa beliau sekarang menjadi buah hati UMNO ibarat 'Ibrahim Ali nombor 2'. Tetapi memandangkan pertelingkahan dalaman yang semakin sengit dalam UMNO untuk mendapatkan kerusi, peluang Hassan dan Ibrahim Ali seakan-akan menemui salji dalam neraka!

Jadi, tanpa platform politik, Hassan berkemungkinan besar terpaksa menyertai Perkasa di mana Zul Noordin sudahpun merasa menyesal. Jika Perkasa berjaya mendapatkan tempat untuk bertanding dalam pilihan raya, Hassan akan tersenyum. Tetapi bayangkanlah siapa yang akan mengundi untuk kumpulan yang kolot, gila dan bersikap perkauman?

Walau bagaimanapun, mereka-mereka ini berkemungkinan masih akan menjadi yang beruntung kelak. Ada spekulasi yang mengatakan bahawa mereka telahpun menerima ganjaran awal untuk melakukan taktik-taktik kotor mereka. Untuk Hassan yang merupakan ahli terbaru yang menyertai kumpulan ini, permainan beliau baru sahaja bermula dan rakyat bolehlah menanti banyak lagi yang akan disajikan kelak- tuduhan liar yang direncanakan Najib dan orang-orang kuat UMNO menurut cara mereka berpolitik.

Lupakan segala drama yang dilakonkan Hassan Ali di media perdana kerana sebenarnya di sebalik kemarahan beliau itu, cita-cita sebenarnya adalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Semasa pilihan raya 2008, di mana Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Hassan Ali telah menyiapkan dirinya untuk mengambil alih jawatan Khir Toyo. Malangnya untuk beliau, jawatan itu telah jatuh kepada Khalid Ibrahim, PKR. Yang paling beliau tidak berpuas hati adalah hakikat yang PAS telah seolah-oleh melepaskan semua kuasa di Selangor kepada PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

Mungkin Hassan lupa bahawa PKR telah menang paling banyak kerusi di Selangor. PKR menang 15, DAP 13 dan PAS 8. Sungguhpun begitu, Hassan mendesak agar Selangor diserahkan kepada PAS dan beliau menjadi maharajanya! Memang hakikatnya bahawa Hassan pada ketika itu sudahpun mempamerkan sifat tamak dan gila kuasa yang sememangnya sinonim dengan Umno dan tidak hairanlah sekarang beliau sudah kembali ke pangkuan parti itu yang sesuai dengan sifat beliau tidak seperti PAS.

Pada masa itu juga Hassan memikirkan cara untuk merampas kuasa dari PKR di Selangor. Apa yang beliau perlukan adalah dapatkan PAS untuk bekerjasama dengan Umno. Lalu bermulalah siri drama di media yang menyaksikan Umno yang berminat dan PAS yang tiada minat langsung.

Penolakan Selangor sangat kuat pihak media dilarang buat liputan

Gabungan kemenangan PAS, DAP dan PKR telah menyingkirkan Selangor pada 2008, suatu keputusan yang mengejutkan BN. Walaupun media BN enggan melaporkan cerita sebenar bagaimana BN kalah teruk di Selangor, sepintas lalu kita lihat 36 kerusi Pakatan dan 20 kerusi BN menceritakan segala-galanya. Kekalahan itu sangat mengejutkan dan meluas dan ada di setiap spektrum masyarakat Selangor.

Mungkin ada yang hairan mengapa surat khabar sering melaporkan bahawa Pakatan akan kalah di Selangor pada pilihan raya ke-13 sedangkan MB Khalid dan pasukan beliau telah melakukan yang terbaik di Selangor – mungkin 100 kali lebih baik daripada kerajaan yang ditadbir oleh UMNO –Khir Toyo.

Strategi begini dipanggil strategi memuaskan ramalan. Umno tidak mampu untuk membiarkan khabar mengenai kelemahan dan penolakkan mereka di Selangor tersebar, lalu mereka menggunakan media untuk sentiasa mencanangkan berita bahawa BN akan memenangi kembali Selangor yang gagal diperintah oleh Pakatan pada PRU 13.

Berulang-ulang kali mereka berharap agar dapat menang perang psikologi ini. Akan tetapi, untuk menang pilihan raya, ia adalah lebih daripada menang perang psikologi. Inilah yang harus diterima oleh Najib tetapi mungkin beliau agak terlambat!

PAS juga tidak mahu UMNO

Malang untuk Hassan Ali, PAS tidak begitu berminat untuk mempunyai hubungan dengan Umno. Oleh itu, Hassan mula mempersoalkan kepimpinan PAS.

Apabila beliau bercakap mengenai parasit dalam PAS, beliau gagal menyebut bahawa parasit sebenar adalah dirinya sendiri. Sangat melucukan yang ibu kepada parasit mengugut untuk mendedahkan anak-anaknya sendiri.

Ada yang dalam PAS mengatakan bahawa Hassan akan sanggup menggadai neneknya sediri sekiranya ia adalah untuk kepentingannya. Sangat kotor falsafah politik Hassan tetapi masih ada juga beberapa orang dalam PAS yang bersimpati dengan beliau dan menggesa beliau merayu pemecatannya.

Nasib baik Hassan tahu diri. PAS di peringkat tertinggi pun tidak akan mengambil beliau semula. Sama juga dengan bekas ahli Umno, Ibrahim Ali. Hassan telah melakukan kesalahan paling besar- beliau cuba mengambil alih PAS semasa beliau masih lagi ahli. Dalam pemikiran beliau sekiranya beliau mengambil alih kepimpinan PAS, beliau masih boleh mengusahakan penggabungan dengan Umno. Beliau cuba untuk bermain permainan beliau dengan bijak.

Tetapi malang sekali lagi untuk beliau, dalam muktamar PAS tahun lepas, parti itu telah dengan rasminya menolak sebarang usaha untuk bergabung dengan UMNO. Mereka mahu mengubah imej menjadi sebuah parti Islam yang moden. Hassan menemui jalan buntu. Beliau hilang kuasa ke atas PAS Selangor dengan Abdul Rani dijadikan Pesuruhjaya PAS menggantikan beliau.

Sangat memalukan untuk Hassan! Beliau hampir pasti tiada siapa yang dapat menghidu rancangan beliau. Beliau sangkakan bahawa tiada yang dapat menjejak langkahnya tetapi ahli PAS lain nampaknya lebih tahu dan sudahpun membuang beliau sebelum apa-apa berlaku.

Sebahagian daripada rancangan jahat

Undi penentu di Selangor adalah undi Melayu. Apabila Najib Razak mengatakan bahawa beliau akan mendapatkan semula Selangor dengan apa cara sekalipun, beliau yakin kerana beliau cuma perlu berusaha untuk undi Melayu. Inilah sebabnya mengapa adalah sangat penting untuk Hassan menyayikan lagu Umno kepada PAS.

Masyarakat Melayu masih lagi terbahagi kepada dua parti utama ini, dengan PKR yang baru, semakin mendapat tempat. PAS dan PKR boleh mendapatkan 45-55% undi Melayu apabila bergabung. Umno perlu mendapatkan 5 hingga 10% lebih daipada ini untuk menang.

Ini juga menjelaskan usaha Hassan Ali dan UMNO menggunakan sentiment perkauman dan agama yang gagal meraih sokongan perhimpunan mereka. Hassan melakukan serbuan keagamaan bersama JAIS yang berada di bawah telunjuk UMNO. UMNO perlu membuat seolah-olah DAP adalah agen pengkristianan sebagai taktik untuk meraih sokongan orang Melayu.

Dalam Perhimpunan UMNO yang lepas, mereka dengan terang-terangan mengatakan bahawa mereka hanya perlu mendapatkan 8 kerusi PAS dan 15 kerusi PKR di Selangor. Hassan sekali lagi memainkan sentimen Islam dengan mengatakan bahawa PAS telah kehilangan identiti Islam dan ini juga adalah bentuk serangan Umno memburukkan Pakatan dan Anwar.

Inilah rancangan jahat yang disertai Hassan Ali. Gerakan menghuru-harakan Selangor dan memburukkan Pakatan. Hassan Ali seumpama kanser yang membunuh sel baik dalam PAS dan beliau haruslah dikeluarkan. PAS melakukan apa yang dibuat oleh parti politik lain apabila ada ahlinya memberontak- pecat ahli itu!

Siapa yang tidak dijual oleh Hassan Ali nanti?

Ini menerangkan kenapa Hassan Ali terlampau marah dan meluahkannya di media perdana seperti kekasih yang ditinggalkan. Cita-cita beliau untuk menjadi Menteri Besar sudah musnah dan kerjaya politik beliau di awangan. Beliau tahu beliau tiada apa yang dapat diberikan kepada rakyat kerana selama ini beliau mendapat tempat di parlimen dan membina kerjaya politiknya menerusi cara buli dan hina.

Kepada Hassan Ali, semoga berjaya dan beliau telah meletakkan harapan pada janji kosong Umno. Tidak lama lagi beliau akan lihat bahawa mereka yang melayannya dengan baik adalah orang yang beliau sedang malukan. Tetapi pada masa itu, beliau sudah terlambat dan Hassan akan mendapati bahawa hanya Tuhan yang akan mendengar luahan hati beliau!

- Malaysia Chronicle

Jom pakat gelak kat Ali Rustam... kahkahkah...

Posted: 25 Jan 2012 02:40 AM PST

Isytihar Harta: Lawak Ali Menjadi!!

Oleh: laniismaa

Ia dimulakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri. Cabaran dibuat Lim Guan Eng kepada UMNO supaya mengisytihar harta. Selepas itu Ketua Hakim Negara berkata mungkin mereka juga perlu mengisytihar harta.

Selepas itu pula Nik Aziz pula didesak oleh naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli supaya Tok Guru dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah. Pelik, tak disuruhnya kepada UMNO supaya diisytiharkan harta mereka.

Ditanya kepada Tok Guru desakan AGENDA. Tanpa banyak soal dan dalih Nik Aziz berkata;

"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian,"

"Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran,". UMNO terdiam.

Ditanya pula kepada KM Melaka, Ali Rustam. Maka akan banyak dalihnya. Ia kena bergantung kepada persetujuan semua pihak termasuk PM Najib, pulak!!!

"Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga,"

Pandai Ali Rustam buat lawak, mengancam keselamatan mereka dan keluarga. Nasib baik Ali tak berkata ia boleh mengancam keselamatan negara.

Ditanya pula kepada Tun Mahathir. Tun dengan berani berkata [cuba suruh dia isytihar] menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada SPRM. Jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat. Keberanian Tun kerana dia tidak perlu mengisytihar harta.

Itu bezanya kesanggupan antara PAS dan UMNO tentang pengisytiharan harta kepada SPRM. Ada yang takut-takut gitu…takut-takut banyak yang haram dari yang halal.

Mati keraih la UMNO Penang... kahkahkah...

Posted: 25 Jan 2012 12:00 AM PST

Nak tengok Bersih, Cekap dan Amanah?

Ada sesuatu perkara yang saya mesti kongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti blog saya. Sejak saya menyertai parti berbagai kaum DAP baru-baru ini, saya telah mendapat kutukan dari beberapa orang termasuk seorang dua rakan blog saya yang saya kenali, dan itu memang telah saya jangkakan dari awal lagi.

Tetapi sebagai empunyai blog kecil ini saya telah mendapat lebih galakan daripada yang mengkritik saya. Yang mengkritik saya itu pun adalah kebanyakannya daripada mereka yang masih baru dalam UMNO itu atau hanya sebagai penyokong pemimpin dan 'warlords' dalam parti itu.

Yang mengatakan saya seorang yang bankrap politik, itu merupakan budak hingusan belum merasakan pengalaman bergiat di dalam UMNO itu.

Tetapi yang paling saya seronok ialah sokongan daripada orang-orang biasa dan menzahirkan sokongan mereka melalu ribuan teks pesanan ringkas (SMS) yang datang bertalu-talu serta sokongan melalui e-mail dan sebagainya. Sembilan puluh peratus yang memberikan sokongan itu adalah daripada kaum Melayu yang saya kenali dan yang saya tidak pernah mengenali mereka.

Apa yang saya seronokkan bukannya kerana saya mendapat sokongan secara peribadi, tetapi kerana mereka sudah faham sebenarnya yang DAP itu bukanlah seperti yang dimomokkan oleh UMNO dan media massa perdana sejak berdekad-dekad dahulu. Saya merasa sedikit bangga kerana mampu membuatkan mereka menilai secara ilmiah yang mendalam serta sudah mengetahui yang parti DAP ini telah secara deras mendapat sokongan orang Melayu akhir-akhir ini.

Sebagaimana yang saya sebutkan di dalam posting saya yang lalu, saya adalah penyokong kuat kepada slogan Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) yang dipopularkan oleh Dr Mahathir. Tetapi setelah beliau menerajui negara lebih daripada dua dekad, saya tidak nampak di mana bersihnya pentadbiran beliau. Saya tidak nampak kecekapan pentadbiran kerajaan kita dan amanahnya memang jauh sekali daripada penglihatan kita.

Malahan dalam pentadbiran beliaulah bermulanya isu-isu rasuah yang besar dan tidak ada bersihnya. Melalui projek raksasa runding terus itu telah mengembangkan budaya rasuah yang besar malahan ahli keluarga beliau sama-sama menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul kekayaan. Malahan kecekapan pentadbiran terdahulu itu bertambah lemah dengan isu-isu yang buruk yang tidak pernah kita lihat telah berlaku. Keseluruhan jentera kerajaan tidak beramanah.

Pendeknya Bersih, Cekap dan Amanah itu hanyalah retorik besar yang diungkapkan semasa Perhimpunan Agung UMNO sahaja guna untuk membuatkan perwakilan bertepuk tangan sehingga merah-merah tapak tangan. Dr Mahathir bijak memainkan sentimen orang UMNO kerana beliau amat faham kelemahan yang ada pada kebanyakan orang Melayu yang mudah terlena dengan alunan lagu yang berlirik indah dan mengkagumkan.

Tetapi sebahagian rakyat di negara ini telah mendapatkan nikmat daripada slogan itu akhir-akhir ini. Kerajaan PR yang ditunjangi oleh DAP telah berjaya melaksanakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah anjuran Dr Mahathir itu. Walaupun kerajaan tunjangan DAP itu baru menghampiri empat tahun sahaja, banyak daripada apa yang dimaksudkan oleh slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu telah dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

DAP tidak pandai untuk mewujudkan retorik dan slogan besar, tetapi parti ini pandai untuk mencapai matlamat kepimpinannya; iaitu pentadbiran yang Bersih, Cekap dan Beramanah.

Bersih, Cekap dan Amanah yang di wujudkan oleh Dr Mahathir ini, diamalkan oleh DAP kerana DAP mengikut formulanya dengan betul. Seperti kita menjawab soalan ilmu hisab, kita mesti mengikut formula ilmu hisab itu. Jika kita hanya menghafal formula tersebut tetapi tidak mengikut formulanya dengan terperinci, kita tidak akan mendapat jawapannya dengan betul dan tepat.

Itulah sebabnya UMNO tidak berjaya mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan penting dengan betul kerana tidak mengikut formula yang mereka wujudkan sendiri itu. Dalam formula Bersih, Cekap dan Amanah itu tidak ada terselit elemen rasuah dan salahguna kuasa.

Tetapi apabila perlaksanaannya formula ini telah dikotori oleh rasuah dan salahguna kuasa itu, maka slogan BCA itu telah gagal sama sekali, malah wujud pula elemen-elemen negatif yang melumpuhkan negara dan pentadbirannya dengan rasuah yang begitu besar dan menakutkan rakyat. Maka slogan BCA itu hanya tinggal slogan dan telah pun dilupakan dan tidak hidup lagi dalam pentadbiran negara di bawah UMNO ini.

Rupa-rupanya slogan itu tidak mati. Ia masih hidup segar. Rupa-rupanya DAP P Pinang dan PKR Selangor dan kerajaan-kerajaan pimpinan PR telah berjaya melaksanakannya dengan baik dan penuh dengan ketelusan. Perlaksanaannya tidak diheboh dan digembar-gemburkan. Dalam diam-diam DAP P Pinang bersama rakan-rakan PRnya telah melaksanakan segala-gala yang diimpikan oleh rakyat melalui slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu.

Sekarang kita lihat yang fitnah serta momokan terhadap parti DAP yang 'multi-racial' ini ternyata kian menumpul. Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama dalam Malaysia yang akan bebas daripada kemiskinan tegar di kalangan rakyatnya dalam setahun dua lagi. Adalah dijangkakan yang Pulau Pinang akan merupakan negeri yang pertama dalam mana apa yang dikatakan sebagai perpaduan berbilang kaum itu akan tercapai dengan sepenuhnya.

Pulau Pinang juga merupakan sebuah negeri yang akan melupuskan segala hutangnya kepada Kerajaan Pusat. Daripada RM630 juta hutang Kerajaan BN Pulau Pinang dahulu, Kerajaan PR P Pinang telah mengembalikan sebanyak RM600 juta kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 3 tahun pentadbirannya. Kejayaan ini bukannya kejayaan yang kecil tetapi ia merupakan satu pencapaian yang 'outstanding' jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Walaupun begitu besar tohmahan terhadap DAP dan kerajaan P Pinang oleh seterunya dalam BN, Kerajaan Negeri tetap melaksanakan apa-apa yang telah dijuruskan oleh Perlembagaan Negara. Dikatakan oleh UMNO yang DAP adalah anti-Islam, tetapi dalam jangkamasa hampir 4 tahun DAP dan PR mentadbir P Pinang, peruntukan untuk Majlis Agama Islam telah meningkat kepada RM62 juta dari RM12 juta semasa BN memerintah dahulu.

Kerajaan P Pinang telah diperakukan oleh badan-badan penilaian antarabangsa sebagai sebuah negeri yang paling bersih dan beretika kepimpinannya. Pandangan ini bukan diberikan oleh saya atau sesiapa dalam PR, tetapi oleh badan-badan penilaian antarabangsa yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Banyak lagi yang dicapai oleh pentadbiran Lim Guan Eng tetapi satu soalan yang mesti diketahui umum; kenapa PR P Pinang berjaya melakukan segala-galanya ini? Apa yang berjaya dilakukan oleh Lim Guan Eng ini jugalah janji-janji UMNO sejak 30 tahun yang lalu, tetapi tidak juga kunjung berjaya. Apabila PR P Pinang berjaya melakukannya dalam tempoh kurang dari empat tahun, ia tidak menyenangkan UMNO pula.

Daripada berlumba-lumba untuk menjadikan kejayaan kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh yang patut diikuti, UMNO dan BN mengambil sikap menafikan kenyataan yang jelas tentang kejayaan PR (DAP) itu. Kejayaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor dan PAS di dua buah negeri yang lain itu amat menyakitkan hati pimpinan dan penyokong UMNO dan BN. Tetapi orang ramai faham, kejayaan PR itu adalah kegagalan bagi BN/UMNO.

Kita sama-sama menilainya dan ambilalih keputusan setelah berfikir dan berfikir. Asalkan kita mengambil sesuatu tindakan setelah berfikir dengan sungguh-sungguh, apa-apa keputusan itu kita hormati.

Kata agama kita, 'berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam'.

Sumber: aspanalias

ABU: Bukti akhbar UMNO penipu...

Posted: 24 Jan 2012 10:00 PM PST

 

Tu dia aiihh... Ajaibnya Rosmah... kahkahkah...

Posted: 24 Jan 2012 08:00 PM PST

Rosmah: Keajaiban Dunia Ke-24...

Kah.kah.kah, nampak gayanya terpaksa najib ulang baca bab Wasatiah balik semula, najib ajar lain rosmah buat lain. memang kali ini najib pening tak sudah, sudahlah kes NFC yang melibatkan sharizat belum mampu ditangani lagi , sekarang berita keborosan isteri najib terpampang di akhbar luar negara pula, sama seperti kes sebelum ini.

Tak tahukah rosmah, bagi najib rosmah lah keajaiban dunia ke 24, ( Altantuya keajaiban ke 23), sebab itu najib pernah bercadang nak lantik rosmah jadi menteri kewangan, sebab rosmah memang pandai menabung dari kecil, kah.kah..kah..kah...

Najib pernah minta rakyat berjimat , takut dengan hutang negara sedia ada, negara jadi muflis tapi umpama satu lagi projek BN yang kantoi, rosmah pula jahanamkan segala usaha murni najib. kah.kah.kah.

Jika sebelum in akhbar Australia, The West Australian pernah mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia semasa mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) tahun lepas.

Dalam laporan The West Australian itu, seorang Wanita Pertama (walaupun akhbar tersebut tidak menamakan individu tersebut, ramai blogger dipercayai ianya rosmah) telah membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) untuk membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Terbaru Akhbar Australia Sydney Morning Herald semalam melaporkan isteri Perdana Menteri, rosmah mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom)

Pereka fesyen itu juga menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', disamping mengiktiraf rosmah sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.

Kah..kah..kah.. mungkin pakaian yang dipakai oleh rosmah perlu ditempah khas kerana pereka fesyen tersebut pasti mengalami kesukaran mereka pakaian yang menampakan 'kesliman" rosmah.

Hai, nasib najib la dapat bini super high mantanance macam nei, bayangkan berapa banyak duit najib dah habis untuk "melawakan" bininya tu.

Nak beli rantai, beli cincin, baju dan segala benda , mesti bukan sahaja duit yang disimpan oleh rosmah dari kecil dan habis, malah duit yang najib tabungkan dari kecil pun gerenti dah habis juga, itu belum lagi kira berbelas koleksi simpanan beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Menurut akhbar tersebut lagi, Rosmah dan Najib, semasa percutian tersebut, menginap di penthouse berharga A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Kah.kah.kah., setakat RM65,100 tu apa lah sangat kan, bukankah sebelum ini najib dan "suami" dikatakan pernah membayar RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman, jadi yang di Australia tu takla mahal mana pun.. itu pun nak kecoh.

Biasalah kan isteri perdana menteri tu, penampilan kene jaga, Kah..kah..kah.. sebab itu la rosmah yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia (FLOM), juga ghairah mendapatkan publisiti dari media luar negara sehingga kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan gambar beliau dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times tak lama dulu.

Tak apalah kan, rosmah tu isteri perdana menteri, nanti kalau kita nak merungut lebih-lebih orang umno kata kita tak bersyukur, kita dikatakan fasik pula, bersyukur aja la, bak kata orang umno selagi kita masih boleh makan....

Makan?.. woi. rakyat nak makan pun tak cukup.. apasal senangx2 bazirkan duit... tu yang beli macamx2 tu duit sapa tu?.. betullah kata orang rosmah penyebab umno akan tumbang.

Dan kita lihat nanti apakah berita dari luar negara ini akan disiarkan di TV3 suku dan utusan meloya, rasanya mereka takkan berani siarkan.

Baiklah, semalam rosmah dapat gelaran baru kalau masih belum tahu, rosmah diberi gelaran FLOS (First lady of shooping: Syyyy... baru RM65,100 satu malam..) kalau anda mahu tahu maksud FLOS tu ialah, perempuan pertama yang paling gila shooping, lebih kurangla tu kot, maksud mendalamnya ialah atas muka bumi nei kira dia la paling kuat shooping. kah..kah.. kah.. kah..

Surat khabar tu melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu, wow.. banyak tu... RM325,000 tu kalau kita kira la kan.. secara puratanya ambiklah gaji kalau ikut nilai gaji minima RM1500 sebulan, mampu bayar gaji seorang pekerja selama 216 bulan tu.. bersamaan 18 tahun.

Jadi untuk anda yang bergaji RM1,500 sebulan, anda perlu kerja 18 tahun untuk dapat shooping macam rosmah buat, itu pun duit gaji selama 18 tahun tu tak boleh usik walau satu sen pun ok.

Bayangkanlah betapa kayanya rosmah nei, sekelip mata dia boleh habiskan duit banyak tu.kaya ooooo.. sebab simpan duit dari kecik la tu.

Apa? Rosmah nak kata ini semua fitnah?, akhbar tu sengaja nak burukkan dia? kah..kah..kah.. kalau fitnah, rosmah dicabar saman laporan mengenai tabiat berbelanja mewahnya tu., maka satu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut.beranikah rosmah?

Jangan jadi macam najib yang hanya berani minum kopi dengan Anwar, tapi bila diajak debat takut.

Baiklah, Kalau rosmah tak berani nak saman, korang rasa apa erk? siasatan harus dibuat tak?sebab laporan akhbar tu memperlihatkan Rosmah mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa yang menimbulkan pelbagai tanda tanya

"Mesti disiasat dari mana sumber kewangannya sehingga Rosmah dilaporkan begitu bermewah-mewah dalam kehidupannya sehingga dilihat melebihi dari kemampuan isteri seorang Perdana Menteri," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

- Tukang Lawan

Berahim oii, Kalau dah bodoh.. jangan la berlagak pandai..

Posted: 24 Jan 2012 06:00 PM PST

Sebelum itu.. Ada sumber mengatakan kebelakangan ini iaitu selepas 901, Ibrahim Ali sering mengunjungi rumah DS Anwar Ibrahim, menemui DS Anwar Ibrahim pada lewat malam dan beliau hadir dengan menggunakan kereta yang agak lama dan buruk supaya kehadirannya tidak disedari.. untuk apa agaknya?? - sumber


*******************************

Isu NFC: Rafizi terkejut kenyataan Presiden Perkasa

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba 'berlagak pandai' dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan.

"Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu.

"Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ibrahim berkata, "kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik."

Ibrahim berkata demikian selepas bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Menurut Rafizi, tindakan presiden Perkasa itu perlu diambil perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang boleh mengganggu siasatan ke atas NFCorp.

Beliau berkata, penglibatan Perkasa dalam hal ini menampakkan kepada dimensi baru skandal yang mungkin cuba digunakan NFCorp melalui politik untuk membersihkan nama syarikatnya

"Tindakan ini memburukkan keadaan, sudah empat tahun kebelakangan ini, kedudukan Audit Negara dilihat sangat penting dalam membongkar kes rasuah, melalui siasatan mereka kita sebagai rakyat dapat siasat balik.

Sementara itu, Rafizi turut menempelak dakwaan Ibrahim yang mengatakan beliau membeli maklumat daripada bekas pekerja NFCorp atas tujuan untuk membantu pekerja terbabit untuk membalas dendam.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kononnya saya membeli maklumat secara sulit. Apa tujuan dia nak cakap macam itu," katanya.

Sinar Harian

Rosak teruk dah bebudak UiTM nih... kahkahkah...

Posted: 24 Jan 2012 04:00 PM PST

Dua graduan UiTM sertai DAP

IPOH, 21 JAN: Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.

Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat.

Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mengalu-alukan penyertaan Fairuz dan Dyana berkata, kemasukan mereka ke dalam DAP mengingatkan beliau kenangan manisnya menceburi bidang politik 46 tahun yang lalu.

Katanya beliau dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu membuat apa yang mampu bagi menambah baik negara tercinta ini.

Menurutnya DAP jelas dari dulu sampai sekarang merupakan parti untuk semua kaum, malah di Perak sahaja, DAP pernah mempunyai lima wakil rakyat Melayu.

"Jadi amat tidak logik jika DAP dituduh sebagai parti anti-Raja mahu pun anti-Melayu. Jika tidak, parti ini tidak mungkin wujud hari ini kerana parti DAP sudah pasti akan diharamkan jika mempunyai matlamat tersebut.

"UMNO bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Dan kemungkinan besar itu akan berlaku, maka kita menjawab bahawa DAP dan Pakatan Rakyatlah yang akan membela dan mempertahankan orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dasar bersama Pakatan Rakyat jelas mempertahankan keluhuran Perlembagaan.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata ramai orang Melayu telah menyertai DAP sejak penubuhannya dan banyak pula yang memegang jawatan penting dalam parti serta diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya.

"DAP tidak pernah diskriminasi terhadap orang Melayu. Ia adalah sebuah parti yang berbilang bangsa yang terbuka untuk semua orang. Ia berusaha ke arah sebuah sistem demokrasi sosial, dan parti demokrasi sosial ini tidak pernah menjadi parti cauvinis Cina mahu pun parti komunis seperti yang sering difitnah oleh UMNO."

"Kita memang menjangkakan serangan daripada UMNO yang akan mengatakan bahawa DAP sedang melatih orang Melayu kononnya untuk menjadi Menteri Besar di pelbagai negeri.

"Namun hari ini saya ingin sekali lagi menegaskan terutamanya bagi rakyat Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut, dan jika cerita tersebut keluar, ia hanya lagi satu fitnah daripada Barisan Nasional. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Nizar (daripada PAS) sebagai Menteri Besar untuk Perak," katanya.

Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat.

"Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, DAP mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa bumiputera.

"Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat daripada politik perkauman dan politik ketakutan."

Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

"Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama?

"Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh mengimpikan itu di peringkat nasional?" katanya. – Roketkini.com

Jauh sangat dah dia ni terlajak... haha...

Posted: 24 Jan 2012 02:30 PM PST

Khalid Samad: Parasit Pas Dapat 'Dinyahkan'

SHAH ALAM : Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, pihaknya telah diberi "kemampuan" oleh ALLAH untuk menyahparasit, yang menurutnya secara perlahan-perlahan telah merosakkan parti Islam itu.

Dengan perkembangan itu, kata beliau, parasit sudah pun dinyahkan dan Pas akan mara ke hadadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan umat Islam untuk menggantikan Umno dengan menjadi wadah politik umat Islam yang utama di negara Malaysia.

Tanpa menamakan mana-mana pihak dan individu dalam entri terbaru blognya, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat 'road-show' ke seluruh negara.

"Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal.

"Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran," katanya sambil menambah, "kali ini dia lajak lebih jauh lagi, maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau."

Tulisan beliau merujuk kepada tindakan susulan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Pas memutuskan untuk memecat Hasan sebagai ahlinya pada 8 Januari lalu.

Ekoran perkembangan itu, Hasan mendedahkan wujud parasit dalam Pas tetapi hanya mahu mendedahkan kumpulan itu, yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam dalam waktu terdekat menerusi program jelajah ke seluruh negara.

Kata Hasan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju Pas termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Menurutnya, kumpulan berkenaan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.

Khalid, Ketua Pas kawasan Shah Alam dan ahli jawatankuasa kerja Pas pusat berkata, kemungkinan pihak yang mendakwa wujud parasit akan mencanangkan bahawa dirinya dipecat kerana Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri.

"Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya.

"Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej Umno-BN untuk mempengaruhi ahli Pas dan rakyat jelata," katanya lagi.

Khalid seterusnya menulis bahawa "dulu dia juga yang menjadi juara wala' dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua."

"Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak, maka tidak wala', tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyah dan sebagainya.

"Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven," katanya.

Beliau menambah, mungkin itu yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu, terlalu membesarkan diri dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit.

"Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya.

"Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, ALLAH sayangkan Pas dan memberi Pas kemampuan untuk 'nyahparasit' dan inilah yang telah berlaku," katanya.- SPR

Tiada ulasan: