shalehudin |
- Memang jenih mamak tongkang betoi la dia nih...
- Buat malu kat bangsa Cina jaa...
- Potong jangan tak potong.... kahkahkah...
- Woii... jangan gelak la woii.... kahkahkah...
- Sayfool baukari mesti ditangkap...
- Apa? Hassan Ali ketua Parasit... kahkahkah...
- Mai baca Pelan A Najib...
- Lawak betoi kisah anjing UMNO nih... haha...
- Tak habih-habih cerita Hassan Ali nih... kahkahkah...
- Apa hal ngan PKR nih, Ciss... bedebah betoi...
- Ramai dah kecut teloq kerana Najib... kahkahkah...
- GEMPAR!! Bunyi aneh dilangit dirakam di Sarawak
- Berbulu lagi la bangsa UMNO... kahkahkah...
| Memang jenih mamak tongkang betoi la dia nih... Posted: 18 Jan 2012 02:30 PM PST Salah guna ayat suci AMPANG: Seorang pemilik restoran mamak berdekatan Taman Kosas, di sini, terpinga-pinga ketika menjawab soalan pegawai Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) kerana tidak memiliki logo halal pada restorannya, sedangkan pada masa sama menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian pelanggan Islam. Premis itu didapati turut menggunakan beberapa produk makanan dalam tin yang diragui penggunaan logo halalnya. Ketika pemeriksaan dijalankan semalam, Presiden LPKPM, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya menasihatkan pemilik restoran itu supaya memohon logo halal secara sah dan diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Selain restoran itu, LPKPM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memeriksa tiga restoran lain yang didapati tidak memiliki logo halal, selain pemantauan daripada segi aspek kebersihan dan pematuhan syarat lain yang ditetapkan. Mengulas lanjut perkara itu, Dr Saharuddin berkata, pihaknya mengambil serius penggunaan kalimah suci al-Quran digunakan pemilik restoran yang tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan pelanggan Islam supaya memasuki premis mereka. "Kita tidak mahu ada peniaga cuba mengambil kesempatan dan kita tidak akan berkompromi dalam hal ini, lebih-lebih lagi selepas banyak aduan yang kami terima selama ini. "Apapun, kita akan sentiasa memantau perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka," katanya. Dr Saharuddin turut menegaskan, pihaknya akan mengemukakan hasil pemeriksaan itu kepada pihak terbabit seperti Jakim dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut. Kakitangan kerajaan, Ahmad Farhan Ab Karim, 26, berkata usaha memantau restoran dan kedai makanan perlu dilaksanakan dengan lebih tegas. "Ia penting bagi menjaga hak pengguna, terutama di kalangan orang Islam. Saya setuju jika operasi berterusan diteruskan bukan saja di restoran, bahkan hotel. "Seperkara lagi, penggunaan logo halal juga perlu diseragamkan dan hanya satu badan berhak mengeluarkan logo berkenaan, iaitu Jakim. Jika tidak, ia akan mengelirukan orang ramai," katanya. Rakannya, pegawai eksekutif perbankan, Ikmal Hisham Mohammad Rom, 25, berkata sewajarnya negara ini mewajibkan semua premis berkaitan menggunakan logo halal memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam. "Selain itu, perlu dipastikan mereka bukan saja menggunakan logo halal, malah sumber makanan juga perlu dipantau," katanya. Harian Metro |
| Buat malu kat bangsa Cina jaa... Posted: 18 Jan 2012 10:00 AM PST Pembebasan Anwar positif bagi masyarakat Cina Oleh Haji Subky Abdul Latif ![]() Boleh dikatakan umumnya masyarakat Cina menerima positif akan keputusan Hakim Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan sodomi 11.Panggilan telefon dari Sabah memberitahu saya, dari sepuluh orang Cina Sabah yang ditemui menyatakan suka dan gembiranya atas keputusan itu. Pada mereka, negara telah membuang banyak masa dan menghabiskan banyak wang rakyat bagi menaja fitnah terhadap Anwar. Itu mesej kritik yang disampaikan terhadap kerajaan. Jika ia dapat ditafsirkan sebagai sikap umum masyarakat Cina di Sabah, ertinya mereka amat senang atas penyelesaian kes Anwar itu. Jika rayuan atas keputusan itu difailkan pula, maka bertambah lagi masa yang terbuang dan banyak tambahan penggunaan wang rakyat atasnya. Ia adalah satu amaran kepada kerajaan Barisan Nasional betapa sepuluh orang Cina yang tidak senang masa dan wang dihabiskan untuk memburukkan Anwar, tidak seorang pun akan memberi undi kepada Dacing. Ia boleh mempengaruhi suasana pilihan raya umum yang akan datang di Sabah. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyatakan, sokongan masyarakat Cina di Sarawak terhadap Pakatan Rakyat — khususnya DAP — adalah lebih baik dari di Sabah. Tetapi dengan bayang dari Sabah itu, boleh diandaikan, suasana di Sabah itu sudah menyamai Sarawak. Jika pembebasan kes Anwar itu positif bagi Cina Sabah dan Sarawak, maka ia suatu yang positif bagi Pakatan Rakyat untuk menguasai pengundi Cina di dua buah negeri itu. Tidak mustahil, pada pandangan pengamat politik Sabah, pembangkang boleh dapat lebih dari dua kerusi Parlimen sebagai PRU 2008 dulu. Pakatan boleh meraih hingga hampir 20 kerusi dan buat pertama kali boleh meraih lebih dari satu. Bagaimanapun Sabah belum dapat dirampas pembangkang. Sebelum Anwar dibebabaskan bekas Timbalan Menteri MCA memberitahu kedua-dua bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat merasakan paling banyak MCA boleh dapat lima kerusi Parlimen. MCA tidak ada isu yang hendak diketengahkan. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan anaknya, MP Labis hanya menjaja isu hudud. Kiranya BN kalah, kerajaan Pakatan yang PAS ada di dalamnya akan melaksanakan hudud. Bagi keduanya hudud itu buruk bagi orang bukan Islam. Itu saja isunya. Jika sebelum keputusan mahkamah itu MCA rasa ia boleh menang paling banyak lima kerusi saja, maka tiada lonjakan bagi penyokong Pakatan selepas keputusan itu. Kiranya Cina Sabah melihatnya suatu yang positif, tidak mungkinkah ia juga yang rasakan oleh orang Cina di Semenanjung. Selama ini MCA menang atas sokongan pengundi Melayu. Majoriti undi Cina dapat dibantu oleh majoriti undi Melayu. Tetapi andaian sekarang, majoriti kecil pengundi Melayu untuk BN tidak mampu menangkis majoriti besar undi Cina yang diberi kepada Pakatan. Penerimaan orang Melayu tentang keputusan mahkamah itu berbelah bagi. Orang muda rata-rata melihatnya politif. Anwar dapat apa yang sepatutnya dia dapat. Dia sudah jadi orang bersih. Tetapi ramai juga orang Melayu percaya apa yang diberitakan itu benar sekali pun mahkamah tidak menyokong berita itu. Bagi mereka seorang yang didakwa itu adalah bersalah. Sekalipun mahkamah membebaskannya, tetapi pembebasan itu adalah disebabkan oleh tidak cukup bukti. Bukan kerana tidak bersalah. Islam telah mengingatkan apabila datang berita dari orang pasik, maka hendaklah disiasat dan dipastikan kebenarannya. Ulama seperti Tok Guru Nik Aziz menerima berita dengan rasa syukur hingga beliau berpuasa syukur. Tetapi orang yang tidak alim tidak mengira hakim telah membuat keputusan yang betul. Apapun keputusan itu tidak wajar ditakwil kecuali oleh mahkamah rayuan. |
| Potong jangan tak potong.... kahkahkah... Posted: 18 Jan 2012 08:30 AM PST Kalau kaki kencing manis, tidak potong merugikan Subky Abdul Latif Pofesor. Madya Atorry Hussein kata, PAS telah rugi kerana memecat Datuk Hasan Ali. Saya kata, memang tokoh akademik itu telah berkata betul seperti yang dirakamkan dalam surah al-Asri yang bermaksud, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Ketika dia dipecat, dia adalah ADUN PAS Gombak Setia. Apabila dia dipecat dari parti, maka PAS sudah tidak ada wakil rakyat di situ. Siapa pun yang hendak menjaga kepentingan rakyat dan kawasan itu sesuai dengan kepentingan politik PAS di situ? Benar Hasan masih wakil rakyat di situ. Jika dia menjalankan tugasnya, maka dia sudah tentu tidak menjalankannya mengikut kepentingan PAS. Seorang wakil rakyat PAS telah ditetapkan oleh PAS di zaman Dr. Burhanuddin al-Hilmy dulu mesti mendermakan 20 peratus dari elaunnya kepada parti. Bagi Anggota Parlimen kepada PAS Pusat dan bagi ADUN kepada PAS negeri. Apabila mereka pencen, maka caruman itu tinggal lima peratus saja. Begitu juga kalau dia Menteri Besar atau Exco. Maka setiap bulan PAS dapat wang masuk 20 peratus dari elaun mereka dan lima peratus setelah pencen hinggalah mereka mati. Jika mereka dipecat peruntukan itu tentu hilang. Tidakkah rugi namanya? Maka sebagai parti politik, PAS tidak sunyi dari kerugian. Ia juga rugi bila wakil rakyatnya kalah. Kalau ia menang, potongan elaun itu 20 peratus, tetapi bila kalah, PAS dapat lima peratus saja. Rugi juga. Setelah Ustaz Hassan Shukri tidak jadi senator, dia bagi elaun pencennya setiap enam bulan sekali. Sebelum dia meninggal dia beri elaun untuk enam bulan yang akan datang. Didahulukannya pemberiannya itu. Bila dia mati, PAS tidak lagi dapat duit. Tidakkah PAS juga rugi? Demikian apabila sekalian bekas wakil rakyat dan bekas senatornya mati. Banyak kerugian yang ditanggung oleh PAS? Manusia itu begitu. Universiti melabor banyak terhadap profesornya untuk kepentingan kampusnya. Cukup kalau profesor itu lari ke universiti lain atau berhenti. Tidak rugikah universiti. Seperti Atorry Hussein, katakan tiba-tiba mati belum bersara. Tidak rugikah universiti? Tentulah rugi. Kerajaan mengeluarkan beratus ribu belanja untuk menanggung seorang pelajar perubatan. Setelah tamat tempoh kontreknya berkhidmat dengan kerajaan dia letak jawatan bagi membuka klinik sendiri. Kerajaan telah kerugian dan terpaksa menanggung pelajar perubatan yang baru bagi mengganti doktor yang pergi itu. Logiknya semua profesor itu diperlukan khidmatnya oleh universiti. Tetapi setengah profesor yang baik itu cenderung pula pada politik. Mereka pun berpolitik bersama pembangkang. Mereka sudah melanggar akta universiti. Universiti terpaksa buang mereka. Tentulah universiti rugi. Walau pun rugi tetapi universiti terpaksa buang juga mereka. Mengapa? Antara profesor itu amat sayang pada isterinya. Tetapi isterinya sakit tenat. Menderita lama di hospital. Harapan pulih tidak ada. Dari menderita begitu, maka profesor redha, mati adalah lebih baik baginya. Profesor sayang padanya, apabila mati profesor kehilangan orang yang dikasihi. Rugi isteri mati, tetapi di sebaliknya memungkin profesor beristeri lain pula. Semua manusia sayang akan kakinya. Tetapi apabila dia terkena sakit kencing manis, kakinya terpaksa dipotong. Apabila dipotong rugilah kakinya. Dia juga rugi kerana sudah tidak berkaki. Dia sayang pada kakinya. Tetapi kalau tidak dipotong kaki itu, dia pula akan mati cepat. Oleh itu biarlah dia tidak berkaki asal dapat meneruskan hidup dalam keadaan cacat tetapi dapat lagi beribadat. Sesayang mana pun dia pada kakinya, tetapi dia terpaksa menerima hakikat membuang kakinya yang sudah tidak berguna dan memudaratkan jiwanya lebih baik. Membuang kaki yang begitu lebih baik dari berkaki yang tidak berguna lagi. Bukan PAS tidak sayang pada Hasan Ali. Tetapi politik itu, kata Tok Guru Haji Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya di muktamar lalu, ada fiqahnya. Mufti Perak mahir fiqah lain tetapi tidak mahir fiqah politik. Yang PAS bertindak terhadap Hasan itu adalah mengikut kehendak fiqah politik. Kalau kaki kencing manis terpaksa dipotong, tidak memotongnya lebih merugikan. |
| Woii... jangan gelak la woii.... kahkahkah... Posted: 18 Jan 2012 08:00 AM PST |
| Sayfool baukari mesti ditangkap... Posted: 18 Jan 2012 06:04 AM PST Saiful Bukhari mesti ditangkap Oleh Ammar ![]() DATO Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, maknanya Saiful Bukhari menipu dan memfitnah.Lelaki ini mesti ditangkap kerana memfitnah. Dalam Islam si penuduh yang gagal membawa empat orang saksi tidak fasik mesti dikenakan hukuman Qazaf. Jadi apa tunggu lagi Saiful mesti ditangkap kerana membuat fitnah. Tangkap jangan tak tangkap. Jangan biarkan si penipu dan kaki fitnah ini bebas dan mengganggu kita semua lagi. Berapa banyak wang rakyat, wang kita semua habis kerana melayan si Saiful ini. Berapa orang yang berdosa kerana menjadi pencacai Saiful dengan turut sama memanjangkan fitnah ke atas Anwar. AMMAR Emel |
| Apa? Hassan Ali ketua Parasit... kahkahkah... Posted: 18 Jan 2012 04:05 AM PST Hasan Ali Adalah Ketua Parasit, kata Mahfuz KUALA LUMPUR, 17 JAN - Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menggelar Datuk Dr Hasan Ali sebagai "Ketua Parasit" jika benar parti itu dibolos oleh golongan berkenaan sebagaimana yang didakwa oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu. 'Setahu saya tidak ada parasit. Kalau dia tau, maknanya dialah ketua parasit. Tentulah senarai parasit ada ditangan ketua', kata beliau kepada antarapos. 'Kami duduk dalam Pas pimpinan tertinggi kata tidak ada parasit. Tiba-tiba dia kata ada. Hanya ketua tahu nama-nama parasit. Kita nak dengar ketua parasitnya memberitahu senarai parasit dalam Pas ini siapa,' tambah beliau. Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi enggan mengulas dakwaan Datuk Dr Hasan Ali bahawa perjuangan Islam parti itu diancam oleh sekumpulan parasit yang memegang jawatan penting di dalamnya. "Saya tak mahu komen berkenaan kenyataan beliau (Hasan Ali) berkenaan isu itu. Saya lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja," kata beliau kepada antarapos. Hasan bagaimanapun dikecam oleh Pemuda Pas Selangor selepas beliau mengumumkan akan menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan "parasit" parti itu, yang menurut beliau turut mendalangi pemecatannya. Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor Mohd Sany Hamzan menyifatkan sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh 'dikawal' oleh peraturan parti. "Dewan Pemuda PAS Selangor tidak akan berdiam diri malah bersedia untuk 'menjelajah' seluruh negeri Selangor untuk menjawab tohmahan dan fitnah Datuk Hasan terhadap PAS sekiranya beliau masih lagi memperlekehkan dan menghentam PAS secara terbuka," kata beliau. Beliau menyifatkan Hasan sebagi seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh 'dikawal' oleh peraturan parti. Sehubungan itu, Mohd Sany berkata, pihaknya berharap Hasan menyedari kesalahannya dan memohon maat atas "ketelanjuran dan keceluparan" beliau sebelum ini. Bekas exco kerajaan Selangor itu dipecat oleh Pas minggu lalu kerana dituduh bertindak membelakangi kepentingan Parti. Beliau juga dilucutkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Hasan menuduh Pas memecatnya akibat tekanan Parti Keadilan Rakyat yang marah kerana beliau meminta mahasiswa tidak menyertai perhimpunan semepena keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim 9 Januari lalu. |
| Posted: 18 Jan 2012 02:34 AM PST Letupan semasa pembebasan Anwar disebabkan Najib laksanakan Pelan A jika tidak keputusan mahkamah Semasa rakyat sedang bergembira kerana pembebasan Anwar Ibrahim, satu baying hitam dengan cepat telah timbul dan jelas menunjukkan kelicikan kerajaan Malaysia yang dipimpin Najib Razak dan parti UMNO nya. Pemimpin PKR merujuk kepada 3 letupan yang dengan cepat telah dikatakan pihak polis sebagai bom buatan tangan yang diletupkan dikawasan kompleks mahkamah sejurus selepas keputusan tidak bersalah diumumkan. Letupan tersebut memang serius, ia boleh membunuh dan telahpun sebenarnya ditujukan kepada beberapa penyokong. Kita lihat ini sebagai sebahagian daripada pelan A Najib yang mahu menciptakan rusuhan dan menakutu-nakutkan rakyat untuk menerima Anwar disabitkan bersalah. Sudah pasti saya tidak akan berdiri di sini sekarang sekiranya Anwar didapati bersalah. Saya semestinya akan ditahan dibawah ISA, ujar naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Insiden yang dirancang Sama ada pihak polis dan Hisham cuba untuk mencetuskan rusuhan ganas, terdapat spekulasi mengatakan Najib akan menggunakan 901 Perhimpunan Bebas Anwar oleh pihak Pakatan untuk mecalar pembangkang dan mengutuk sebarang tunjuk perasaan jalanan yang mungkin akan diadakan. Dipercayai bahawa perhimpunan 901 akan digunakan Najib untuk memulakan rusuhan satu siri usaha untuk parti UMNO meyakinkan rakyat menerima status quo dan mengundi BN pada PRU 13 di mana pihak pembangkang dijangkan akan memberi tekanan kepada dominasi UMNO selama 54 tahun. Sokongan luar biasa seluruh negara dan global untuk Anwar Disebalik kekecohan di negara dan kritikan antarabangsa, Najib tidak berganjak dengan pendirian beliau. Mereka yang rapat dengan pasangan itu mengatakan bahawa pada mulanya, Najib hanya ingin membendung populariti Anwar supaya beliau yang pada ketika itu adalah TPM boleh mendapat perhatian. Tetapi, disebabkan rasa tidak selamat dan lemah dalam membuat keputusan, mereka yang mendapat tekanan daripada orang kuat UMNO dan Mahathir merasakan bahawa adalah lebih baik Anwar dipenjarakan supaya kuasa mereka tidak tergugat. Apapun, Najib telah membenarkan kes itu masuk mahkamah dengan mengharapkan bahawa apabila masa sudah ia kepada mencapai keputusan, rakyat telah melupakan Anwar. Jelaslah Najib dan Rosmah telah gagal. Mereka tidak dapat membendung kehangatan dan mereka risau legasi dan sejarah yang mereka akan tinggalkan sekiranya mereka mengikut kemahuan Mahathir dan orang kuat UMNO yang lain. Bukanlah satu gurauan sekiranya Anwar dipenjarakan dan ia akan mencetuskan rusuhan. Ia boleh menjadikan Malaysia seakan-kan negara Korea Utara atau Zimbabwe. Adalah mudah untuk Mahathir dan rakan-rakannya kerana Najib yang berkuasa jadi mereka boleh menyorong segala agenda jahat mereka kepada Najib dan Rosmah dan merekalah yang akan dipersalahkan sekiranya apa-apa yang buruk timbul daripada ini," kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi kepada Malaysia Chronicle. Salah langkah dan strategi bodoh Sekiranya itu kes nya, adakah Najib dan rakan-rakan beliau mengakui bahawa mereka memfitnah Anwar melakukan liwat tetapi telah dihalang oleh sistem kehakiman yang bebas? Tanya Tian. Saya merasakan bahawa pihak UMNO memang bodoh kerana bermain permainan ini. Ia benar-benar seperti mengaku bahawa mereka bersalah memfitnah Anwar dan kemudian mengatakan bahawa ada kawalan dalam sistem di mana mahkamah boleh menghalang mereka. Pendek kata, orang yang pertama harus meletak jawatan adalah Peguam Negara, Gani Patail. Kenapa beliau sanggup meneruskan kes yang selemah ini dan membazir sumber negara hanya untuk membantu kerjaya politik Najib dan rakannya dalam UMNO? Pada tahun 1998, Mahathir telah memainkan cerita yang sama dan ia telah mengakibatkan beliau meletak jawatan dan UMNO kehilangan 60% undi Melayu di kawasan utama pada pilihanraya 1999. Undi Cina sebenarnya yang menyelamatkan UMNO dan Pakatan BN. Undi Cina sekarang bersama Pakatan dan juga kebanyakkan undi bukan Melayu lain disebabkan sikap perkauman UMNO serta polisi pecah dan perintah mereka. Kenapa kami nak buat letupan sedang kami bergembira? Polis dengan cepat membidas dan menunding jari kepada PKR, mendakwa penyokong parti dan mereka yang berkumpul di kompleks mahkamah Jalan Duta yang melakukan perkara tersebut. "Ini tidak masuk akal. Kenapa kami nak bergembira sambil meletupkan bom? Yang kedua, kawasan manakah yang berada dibawah kawalan ketat pihak polis? Keseluruhan tempat dikawal ketat oleh pihak polis selama beberapa hari sebelum keputusan diumumkan pada hari Isnin. Kalau ada, pihak polis lah yang patut bertanya pada diri mereka sendiri. Adakah mereka lalai? Yang terakhir, letupan itu dikatakan diletak dibawah kon polis. Jika itu bukan kon mereka, jadi kon milik siapakah itu? Siapakah yang mampu membawa masuk sesuatu yang besar di tempat yang dikawal rapi? ujar Pengarah Hal Ehwal undang-undang Latheefa Koya kepada Malaysia Chronicle. Media kerajaan juga telah melaporkan bahawa polis sedang mengkaji sebuah video untuk mengenalpasti dalang disebalik letupan itu. Ada usaha jelas dan kuat untuk menyabitkan PKR dengan letupan tersebut walaupun ia sesuatu yang tidak munasabah. Media milik UMNO juga telah melaporkan bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa bahan letupan tersebut telah dibawa oleh mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. "Tempat itu telah diperiksa lengkap oleh pihak polis, kawasan itu juga dikawal mereka beberapa hari sebelum perhimpunan itu. Satu pemeriksaan terakhir dilakukan sebelum perhimpunan berlangsung dan tiada apa-apa benda mencurigakan dijumpai," kata sumber kepada media. Sumber itu sebenarnya mengatakan hal yang sama dengan Latheefa dan juga pemimpin Pakatan yang lain. Kawasan itu telah diperiksa beberapa hari sebelum dan dibawah kawalan rapi. Ia juga mustahil untuk mereka yang menyertai perhimpuanan untuk menyeludup masuk bahan-bahan yang besar seperti kon trafik. Juga yang peliknya Utusan kesal kerana tiada CCTV walaupun pihak polis telah mendakwa mereka akan menggunakan video untuk merakam perhimpunan 901 untuk menyangkal dakwaan kekasaran mereka kelak. 3 ambulans dari Liow Tiong Lai Serangan gas pemedih mata yang berlangsung di kawasan sempit boleh membunuh mangsa dan parti dalam Pakatan telah membuat laporan polis terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai cubaan membunuh. Tetapi, mereka tidak berjaya. Selain Anwar, presiden PAS Hadi Awang dan penasihat DAP Lim Kit Siang juga berada di kawasan itu dan mendapat sedikit kecederaan. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamad Salleh berkata polis juga akan mengumpul maklumat untuk mendapat gambaran sebenar sekiranya pihak pengajur perhimpunan ada melakukan kesalahan. Penyiasat akan melihat kepada gambaran secara menyeluruh situasi dan akan memperincikan kepada mereka yang meletakkan bahan letupan buatan sendiri itu yang dikatan merupakan bom jangka. Tian juga mengatakan bahawa tindakan Menteri Kesihatan meletakkan 3 buah ambulan di kompleks mahkamah juga sangat mencurigakan. Dalam 13 tahun ini, selama protes dan perhimpunan dilakukan, kecil atau besar, kerajaan BN dan Kementerian Kesihatan tidak pernah bermurah hati menghantar ambulans untuk tujuan memberi rawatan atau langkah berjaga-jaga. Kenapa Tiong Lai berbuat demikian? Adakah dia sudah tahu senario yang dijangka akan berlaku jika Najib teruskan dengan Pelan A beliau? Tanya Tian. Malaysia Chronicle |
| Lawak betoi kisah anjing UMNO nih... haha... Posted: 18 Jan 2012 12:00 AM PST Dengar cerita 'anjing sukum'. Dalam tahun-tahun awalan lapan puluhan ada seorang yang semasa itu merupakan seorang veteran yang duduk bersama kami sebagai AJK UMNO Bahagian di tempat saya, bernama Yassin Mahmud. Beliau sudah tiada lagi bersama kita kerana beliau telah pergi menghadap Allah yang Maha Esa. Beliau seorang guru dan beliau juga adalah seorang yang serius tetapi nampak periang sifatnya. Beliau pernah menelah yang UMNO akan menjadi apa yang kita lihat pada hari ini, iaitu sebuah parti untuk 'warlords' dan beliau selalu membuka cerita UMNO ini dengan memberikan anologi yang melucukan terhadap apa yang akan terjadi kepada parti ini. Beliaulah yang membuka cerita yang bertajuk 'anjing sukum' dan cerita ini pernah saya tulis tiga tahun dahulu. Anjing sukum ini pada beliau ialah anjing buruan yang taat kepada bossnya dan akan melakukan apa sahaja untuk menghambat segala binatang buruan bossnya untuk bossnya melapah dan memakan haiwan buruan, lebihan dari yang telah di jual oleh pemburu itu. Anjing sukum ini dibela oleh pemburu itu guna untuk membantunya menghambat binatang buruan seperti rusa dan apabila rusa itu telah dihambat dan tidak berdaya untuk melarikan diri pemburu itu akan menembaknya. Setelah rusa itu jatuh maka pemburu itu akan menyembelih rusa yang di hambat oleh anjing sukum itu tadi. Sedang pemburu itu melapah daging-daging rusa tersebut, anjing-anjing sukum ini menyalak-nyalak untuk mendapatkan habuan dan upah menghambat rusa itu tadi. Pemburu pantas memotong tulang-tulang rusa itu dan membalingkan tulang-tulang tersebut kepada tujuh lapan ekor anjing sukum itu. Maka anjing sukum itu pun terus diam sahaja dan berpuas hati dengan upah tulang-tulang yang dilemparkan oleh bossnya itu. Pemburu itu terus sahaja melapah dan mendapat daging batang pinang dan lain-lain dari rusa tersebut. "Itu sahajalah gunanya kita di bawah ini kepada pemimpin-pemimpin kita.. Mereka nak jadikan kita macam anjing sukum sahaja" kata embong Yassin. Banyak pelajaran yang didapati dari orang-orang lama ini dan mereka tahu semua nilai kemanusiaan pemimpin-pemimpin UMNO walaupun semasa itu keadaan tidaklah begitu teruk seperti yang kita hadapi pada hari ini. Sekarang apa yang diceritakan oleh embong Yassin itu memang benar-benar berlaku. Ramai di antara ahli-ahli UMNO nampaknya hanya dijadikan sebagai anjing buruan semata-mata. Kerjanya memburu musuh-musuh mereka dengan menggunakan anjing sukum ini untuk menghambat mereka yang di musuhi oleh boss-boss mereka. Ada yang berjaya dan ada yang masih tidak mampu diburu. Itu sahajalah cerita pendek saya. Masa dan waktu mencemburui saya dan saya belum ada masa untuk menulis bahan-bahan serius yang lain buat hari ini. |
| Tak habih-habih cerita Hassan Ali nih... kahkahkah... Posted: 17 Jan 2012 10:00 PM PST Hasan: Antara parasit dengan pelesit.. Mohd Sayuti Omar Semalam Hasan Ali (Ahsan Akidah) cuba mencari modal dan idea baru untuk menghalalkan tindakan dia menyerang istananya (Pas) selepas dia dihalau dari istana indahnya itu. Sudah nampak semakin jelas Ahsan mulai gelabah dan merasa sepi dengan kehidupan baru - tidak menjadi ahli Pas dan bakal kehilangan jawatan Exco. Pendampingannya dengan tokoh-tokoh Umno mungkin tidak membawa sinar begitu cerah. Beliau terus berbelit dalam pukat basah yang dipasang Umno. Kalau sebelum ini dia beriya-iya dan mendabik dada mengatakan dia bertindak untuk mempertahankan akidah, untuk membela akidah, untuk mengharmoniskan akidah, untuk mengembalikan akidah kepada akidah sebenarnya, kini nadanya sudah berubah dan bergetar-getar. Semacam ada selumbar tajam dalam halkumnya. Bekas pesuruhjaya Pas Selangor itu mula menjadikan soal peribadi dengan individu-individu tertentu sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya. Kenapa? Idea dan modal baru digunakan Hasan ialah menyalahkan Anwar Ibrahim. Beliau meletakkan Anwar sebagai penyebab kegelunsuran dirinya dari wadah Pas. Menghanyutkan dan menjauhkannya dari kerusi MB. Boleh jadi peluangnya untuk jadi MB Selangor masih terbuka kalau dia tetap bersama Pas. Dalam modal baru itu, katanya dia tidak suka Pas kerana Pas menyokong Anwar, alasannya kerana bakal PM itu memperjuang dan membenarkan gay? Dari mana sumber dan perawi yang beliau dapat untuk mengecapkan Anwar begitu, tidak pasti. Apakah dari Ismail Mina? Tetapi kawan baik Anwar berjubah lusuh itu bukan mempersoalkan soal gay tetapi soal Islam pluralisme agama. Menghairankan kenapa Anwar yang menjadi sasaran? Apakah Anwar yang memperalatkan Pas dan bertindak membuangnya dari Pas. Naif sekali politik dan bacaan siasah Hasan Akidah ini. Masakan Abdul Hadi Awang dan Naib-Naib presiden Pas termasuk juga Mursyidul Am Pas dan timbalannya Dr Haron Din bersubahat sama dengan Anwar? Begitu sekali rangupnya teras pejuangan mereka dan seolah-olah Hasan seorang yang sangat berprinsip? Mungkin orang boleh menerima akan keterbukaan dan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan akidah dan juga mengkritik mana-mana pemimpin yang tidak betul ataupun yang tidak obses kepada Islam. Tetapi bila Hasan diam membisu terhadap penyelewengan dan salah akidah dilakukan para pemimpin Umno orang boleh membuat tafsiran lain. Orang jadi konfius tentang kejujurannya. Apakah Hasan sebenarnya yang menjadi talibarut kepada Umno yang bertindak hendak mensucikan Pas? Saya masih ingat kata Nik Aziz Nik Mat mengikut hukum syarak, air kencing tidak boleh digunakan untuk membersih najis. Umno bukan wadah yang boleh mensucikan Pas sebaliknya Pas boleh menyamakkan Umno. Sepatutnya sebagai seorang anak yang dididik dengan Islam sejak kecil yang dilahirkan dari kedua ibu bapa yang tahu membaca Quran , Hasan tahu menilai ini. Saya persoalkan ini kerana tidak ada kritikan dan teguran Hasan terhadap akidah projek lembu gemuk (NFC). Tidak ada teguran dan kritikan Hasan terhadap akidah 1 Malaysia dan ucap selamat 1 Malaysia. Tidak ada kritikan Hasan terhadap akidah rasuah berjuta ringgit dalam pembelian kelengkapan perang negara. Tidak kritikan Hasan terhadap rancangan hendak menyenaraikan Felda Global? Begitu juga tidak kedengaran saranan lunak Hasan kepada kerajaan UBN supaya menggubal undang-undang murtad bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang didakwa kini berada dalam situasi parah kerana kegiatan Kristinisasi. Kenapa? Kalau Hasan ikhlas untuk membela akidah umat Islam, itu dulu yang Hasan kena lakukan. Hasan sendiri kena mengambil inisiatif menganjurkan seminar, konvensyen dan sebagainya ke arah mencari sokongan untuk penggubalan undang-undang murtad atau sebagainya. Dengan kedudukannya sebagai Exco agama Hasan boleh cuba membawanya dalam Dun Selangor. Sama ada ia diterima atau tidak, Hasan perlu mencubanya sebagai menandakan komitmennya. Tetapi selama memegang jawatan Exco yang bertanggungjawab terhadap agama selama tiga tahun apakah Hasan berusaha ke arah itu? Mungkin saya terlepas pandang dan terlepas tenguk akan usaha Hasan ke atas itu. Tidak cukup San kalau sekadar menjenguk gereja dari jauh ataupun ikut Tv3 buat serbuan ke sarang-sarang pelacur dan rumah-rumah urut saja. Tidak padan. Dan kerja menjenguk rumah urut itu bukan kerja Umur Ibnu Aziz yang boleh diteladani. Bukan cara itu. Tidak salah kalau saya katakan dengan mengikut Tv3 buat serbuan itu untuk membolehkan kita melepas gian untuk melihat pelacur berkemban saja? Maaf. Modal kedua digunakan Hasan ialah kononnya dalam Pas ada parasit. Ada lintah darat. Sebenarnya soal parasit ini sudah lama diketahui Pas. Hasan tidak payah dedah siapa mereka. Pucuk pimpinan Pas sudah menyedarinya. Pas menyedari fenomena atau peranan parasit ini sejak tahun 80-an lagi sebelum Hasan menyertai Pas tahun 1997. Gerakan ini sudah lama berjalan dengan menamakan diri mereka dengan pelbagai nama dan mampu menyuburkan organisasi Pas? Ramai yang dianggap parasit ini berada dalam Pas dan berjaya membina kedudukan. Tetapi satu perkara perlu disedari parasit ini adalah parasit Islam, yang hendakkan kepada Islam. Parasit ini parasit pejuang menegakkan hukum Allah bukan pelesit mengkhianti jemaah mendokong cita-cita Allah. Pelesit jauh bezanya dengan parasit. Parasit menumpang dan bekerjasama dengan induknya. Parasit sejenis tumbuh-tumbuhan. Manakala pelesit pula sejenis belalang berwarna hijau sebesar kelingking dan dipercayai membawa hantu. Kerjanya ialah merasut dan menganggu orang, menyusahkan kawan dan ada kalanya mengelecahkan akidah orang agar mengikut akidahnya. Ia ternyata lebih jahat dari parasit. Bagi saya tindakan dan peranan parasit ini jauh lebih baik dengan cara pelesit itu. Kalau hendak dikira cara Hasan itu lebih kejam dan sadis dan mirip kepada gerak kerja pelesit. Hasan kelihatan tidak amanah kerana bertindak seolah-olah hendak membakar kelambu kerana kegagalan membunuh seekor nyamuk. Hasan mulai bersikap seperti musang menuduh anggur yang dimakannya selama ini sebagai masam selepas gagal untuk memiliki anggur yang duduk dijulai tinggi. Apakah itu bukan hipokrit? Orang boleh menilai kerja Hasan sejauh mana Islamik atau tidak berbanding dengan nyamuk parasit yang masih bertahan untuk bersama Pas. Di sinilah saya tampak Hasan tidak fatanah dan bersikap 'tasamuh' di dalam politik. Pada saya parasit ini ada beberapa jenis yang bukan semuanya membawa keburukan dan kecelakaan. Kalau parasit itu boleh memberi oksigen atau nitrat kepada pokok ia tidak salah malah dialu-alukan. Dalam banyak-banyak jenis parasit ini ada yang berfahaman sosialis, komunis, kapitalis atau egois. Ada juga parasit yang berfahaman Islam tetapi fiil macam syaitan. Adapun parasit yang ada dalam Pas yang hendak didedahkan dan dicemburi Hasan itu adalah parasit Islam yang mengakui Allah dan Muhammad sebagai Rasul. Yang menyertai atau menumpang Pas untuk berganding bahu dengan Pas menginfakkan profesional yang mereka ada. Ini adalah satu kebaikan kerana Pas perlukan perubahan tanpa meninggalkan asas perjuangan. Hasan sendiri boleh dianggap sebagai parasit yang memberi untung kepada Pas kerana ilmunya boleh dimanfaatkan Pas. Tidak dinafikan sedikit sebanyak ilmu Hasan turut membantu mentuburkan Pas. Saya suka mengambil pandangan Dr Haron Din yang menegaskan Pas ada prinsip dan dasarnya sendiri yang dimaktubkan dalam perlembagaan. Pas ada Majlis Syura Ulamak yang menjadi pemantau perjalanan Pas. Ertinya selagi Majlis Syura Ulamak tidak memberi apa-apa pandangan dengan kaedah dan uslub yang diambil Pas kini anggaplah ia betul dan benar. Terimalah ianya syariat yang dihalalkan. Apakah kita sudah tidak mempercayai kepada Majlis Syura Ulamak? Bukankah badan ini tertinggi dalam Pas. Majlis Syura Ulamak juga bukan badan yang memiliki kuasa mutlak. Ahli-ahli Pas seluruhnya yang berkuasa menentukan hala tuju perjalanan dan perjuangan Pas. Ahli pula akan berpegang kepada kitab, hadith, ijmak ulamak dan qias. Apakah pandangan Hasan mengenai hal ini mengatasi pandangan atau pendapat pihak-pihak itu semua? Tidak mungkin Hasan berada dalam makam yang betul sedang makam-makam atau pendapat dan badan rasmi lain tidak bersamanya. Tuduhan yang Hasan lakukan itu jelas dangkal dan ia modal murahan untuk mempertahankan dirinya yang kini sudah mulai hendak rapat ke dinding. Dalam pada itu saya ingin berpesan kepada pemimpin Pas terutamanya Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Mohd Rani Osman (insyaAllah akan mengganti tempat Ashan) supaya tidak menjawab apa-apa juga kenyataan dari Hasan. Usahlah minta dia mendedah siapa yang dianggap parasit itu. Hasan atau orang politik yang menjadi penasihatnya boleh mencipta apa saja modal untuk berbuat demikian. Seorang motivator akan bercakap selagi lidahnya tidak kejang atau dipotong. Ingatlah suara Hasan tidak pun sebesar mana. Ia hanya pelakar di siang hari sahaja yang tidak akan menampak secalar cahaya pun. Bunyi mungkin kuat mengeger seantero alam tetapi cahaya tidak sedikit pun mampu mencerahkan kandati sekerat jalan. Apa yang lebih baik, diam jangan peduli dan biarkan Hasan bercakap bersendirian. Lama kelamaan Tv3 atau Utusan akan jemu juga menyiarkan kenyataan Hasan yang dari hari ke hari sudah tidak ada nilai berita. Bila lengguh mulut akan berhentilah dia tanpa sesiapa menyuruhnya. Ahsan... Ahsan. |
| Apa hal ngan PKR nih, Ciss... bedebah betoi... Posted: 17 Jan 2012 09:16 PM PST PKR Berpecah Dua , Apa Puncanya? DI PERINGKAT dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali. Penulis dimaklumkan bahawa bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden. Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa. Berdasarkan maklumat yang penulis terima, antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman. Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail. Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir? Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah. Hal yang sama juga berlaku dalam kontroversi membabitkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang. Kilang Lynas tersebut terletak di kawasan Balok, dalam Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai Azan Ismail tapi kenapa pula Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan yang menjuarai isu tersebut? Mungkin Fuziah diarahkan pucuk tertinggi parti untuk memimpin isu tersebut atas sebab-sebab tertentu, tapi menjadi kehairanan ramai (termasuk penulis sendiri) kenapa beliau tidak pernah merujuk kepada Azan Ismail dalam banyak hal terutama yang membabitkan penduduk kawasan sekitar Balok di mana lokasi kilang tersebut terletak. Sudah tentu bila bercakap tentang hubungan Wan Azizah dan Azmin Ali, penulis tidak rasa persoalannya 'siapa' tapi lebih kepada 'apa' yang menyebabkan perkara ini berlaku? Penulis tidak mahu mengulas panjang mengenai hal tersebut, cuma apa sekalipun masalahnya, penulis menyeru agar semua pihak terlibat mengenepikan masalah peribadi masing-masing dan meletakkan kepentingan parti di kedudukan tertinggi sekali. Lebih lagi dalam keadaan parti sedang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi pilhanraya umum ke-13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa, keadaan sedemikian sudah tentu tidak sihat untuk parti dan ahli-ahli dibawah. Walaupun Datuk Seri Anwar sudah dibebaskan dari pertuduhan liwat yang membelenggu beliau selama 3 tahun kebelakangan ini, tapi itu tidak sama sekali bermaksud parti sudah terlepas dari masalah yang boleh menggugat peluang parti untuk menguasai Putrajaya. Sebaliknya ada lebih banyak isu-isu semasa yang perlu diberi penekanan dan semua ini menuntut kerjasama semua pihak dalam kepimpinan tertinggi parti. Sedarlah, perpecahan dalaman boleh menjadi barah peringkat bahaya lebih-lebih lagi apabila ada yang berani mensabotaj. Belajarlah dari kesilapan UMNO.- SPR |
| Ramai dah kecut teloq kerana Najib... kahkahkah... Posted: 17 Jan 2012 06:00 PM PST Hari yang ditakuti Najib: Kenapa Anwar dibebaskan? Bila mantan timbalan perdana menteri Ghafar Baba mengumumkan bahawa KLIA bakal dibina di Sepang, pemaju menyangka bahawa lapangan kapal terbang itu akan dibina di Bukit Beruntung terpaksa menyelamatkan diri dengan berusaha mencari apa-apa pelaung pelaburan yang ada disitu. Langkah seterusnya yang diambil oleh kerajaan pimpinan UMNO adalah untuk membekukan transaksi yang melibatkan hartanah di daerah Sepang termasuk kerja pembangunan. Jadi, selain dari aktiviti persendirian dan menuai hasil kelapa sawit, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tanah telah diberhentikan. Walaupun ada yang ingin bertanyakan status tanah disana, mereka berhadapan banyak sekatan dan ramai juga yang berputus asa dalam mencari peluang yang ada kaitan dengan KLIA. Apa yang tidak diketahui rakyat adalah segala kaitan dengan UMNO telah dijalankan secara rahsia semasa segala urusan ini diberhentikan. Selepas empat tahun, barulah pembinaan KLIA dimulakan. Banyak tanah di Sepang bertukar tangan semasa tempoh sebelum 4 tahun itu dan apabila bidaan dibuka, kroni-kroni UMNO telah mendapat laba yang besar hasil penjualan tanah yang telah didapatkannya secara rahsia. Implikasi besar kepada UMNO Tanpa mereka sedari keputusan sebegitu memberi kesan yang agak berat kepada pemimpin tertinggi UMNO atau presiden parti itu snediri, Perdana Menteri Najib Razak yang telah terjerat. Najib nampaknya sekarang bukan sahaja terdesak tetapi berada dalam masalah serius. Walaupun UMNO masih boleh memenangi pilihanraya umum yang akan datang, namun kemenangan dijangka tipis. Itu sahajalah khabar gembira buat UMNO yang berada dalam pakatan BN, yang telah memerintah Malaysia sejak 1957, walaupun Najib nampak gayanya tidak ambil peduli. Apa yang paling merunsingkan PM yang berusia 58 tahun ini aadalah mantan perdana menteri, iaitu yang juga orang kuat parti, Mahathir Mohamad akan menolak dirinya jatuh dari kerusi presiden dan seterusnya dari jawatan Perdana Menteri. Dengan menggunakan cara sendiri dalam menangani kes Anwar, Najib sudah menyinggung perasaan ramai pihak dan mereka telah memutuskan untuk tidak menyokong dirinya lagi. Keseorangan di atas Bila dia telah membuat keputusan yang bersejarah untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan terhadap Anwar, Najib fikir dia tidak perlu bimbang lagi. Kerana pemikiran singkat dan dirinya yang tidak berprinsip, dia boleh kiranya meminta Peguam Negara untuk merayu keputusan itu pada bila-bila masa. Dapatkan keputusan bersalah dan sumbat Anwar ke dalam penjara. Najib berserta penasihat-penasihatnya ingat apabila mereka merayu, mereka boleh memberi Saiful Bukhari Azlan sejumlah ganti rugi yang banyak untuk menutup mulutnya dan mendakwa Anwar diatas kesalahan-kesalahan lain seperti kesalahan melakukan seks bersama pelacur yang terkandung dalam video yang disebarkan oleh trio Datuk T. Jadi, bagi Najib, walaupun ia amat meghairankan, Anwar bukanlah masalah utama baginya, dia mampu memusnahkan Anwar pada bila-bila masa sahaja. Dengan pembebasan itu, apa Najib dan penasihatnya mahu adalah untuk mengugut sesiapa sahaja yang membawa masalah dan memberi tekanan kepadanya untuk kesempatan bertanding dalam pilihanraya yang ke 13 ialah dengan membiarkan Anwar bebas. Dia tahu bahawa ini akan menyukarkan peluang UMNO-BN untuk menang dan jika Anwar menjadi PM, Mahathir akan jatuh tersungkur. Najib cuba memberitahu semua terutamanya mereka yang bereda didalam UMNO, jika dia tidak berjaya, yang lain akan merima nasib yang sama. Najib sedang menunggu signal dari Mahathir tapi Nampak gayanya Mahathir masih lagi kecewa dengan keputusan 901 yang belum mendapat maklumbalas lagi. Adakah Mahathir merasakan tekanannya sekarang? Langkah ke 2- Rombakan kabinet dia akan merombak kabinet. Kali ini dia akan menggugurkan mereka yang sering menyeksanya – ya, menteri dan timbalan menteri dari UMNO yang berpaling dari dirinya, dan yang mencabarnya termasuk anak Mahathir, Mukriz, timbalan menteri perdaganagan antarbangsa. Musuh utama Najib sekarang bukanlah pembangkang, tetapi orang-orang UMNO sendiri. Sekarang cerita ini sudah disebarkan oleh kalangan cyber-trooper yang dilantik penasihat-penasihat Najib. Berapa jauhkah Najib sanggup pergi dan ini semestinya resepi untuk menyelamatkan air mukanya apabila sudah terperangkap. Sebenarnya kebenarannya amat mudah untuk difahami. Sebab yang sama kenapa Mahathir takutkan kembalinya Anwar berkuasa adalah sama dengan masalah Najib dan Rosmah- pembelaan ke atas korupsi-korupsi yang mereka lakukan. Jumlahnya adalah besar bagi Najib walaupun tidak sebesar Mahathir dan Daim Zainuddin. Ia boleh dikategorikan dalam carta 5 teratas kekayaan yang diperolehi puak UMNO. Bagi Najib dan Rosmah, ada kisah pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang terpaksa mereka takutkan. Percubaan Najib dan Rosmah untuk mengurangkan kerugian Sekarang masalah baru Najib adalah bagaimana untuk menutup mulut Mahathir. Inilah perkara yang paling penting. Bagi Anwar dia boleh menggunakan Saiful untuk merayu keputusan dan memberi tekanan pada ketua pembangkang. Ini sekali lagi mencerminkan kebodohannya, sikap tidak ikhlasannya dan ketidakupayaan mendahulukan kepentingan rakyat. Selepas respons yang agak dramatik dari serata dunia, dengan pembebasan Anwar yang diraikan di segenap masyarakat dunia, untuk Najib sekali lagi membuat pusingan U. akan mengakibatkan kebencian terhadap dirinya dan melenyapkan Malaysia dari mata pelabur sama ada kecil mahupun besar di serata dunia. Tapi inilah kelemahan Najib Razak, anak sulong perdana menteri kedua Malaysia Razak Hussein yang dibenci bukan Melayu terutamaanya Cina dan telah dipersalahkan berlakunya kejadian 13 Mei, 1969, yang menyaksikan tujuk perasaan jalanan yang berdarah. Sandiwara Berapa jauh lagi Najib akan pergi? Bagaimanakah dia akan mengorbankan masa depan Malaysia? Jika diamati apa yang pernah berlaku, Najib jarang berfikir panjang untuk kebaikan rakyat. Dia juga sedar tempoh masanya sebagai presiden UMNO semakin singkat. Mahathir pergi juga pada tahun 2003- terpaksa akibat perpecahan dalaman parti. Bolehkah Najib yang 100 kali tidak berdaya memegang tampuk parti UMNO yang telah bertukar menjadi kapal lanun dalam tempoh dia memerintah ini? Tidak, peluangnya adalah untuk berpegang kepada senarai calon boleh menang dan cuba untuk berunding. Mungkin ada perjanjian yang akan dibuat dengan Mahathir. Melalui cara ini, Najib akan memastikan ada sejumlah penyokong dibelakangnya walaupun kehilangan sokongan ramai bahagian-bahagian UMNO yang lain. Pembebasan Anwar akan bermakna ramai lagi orang UMNO yang akan berhijrah kepasa Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP. Mengikut kata orang kuat UMNO sendiri, Najib juga sanggup mengenepikan BN dari Sarawak jika mereka berpaling dari dirinya. Jadi, parlimen yang tergantung dan kerajaan perikatan bukanlah sesuatu yang tidak mustahil. Bagi Anwar dan Pakatan, mereka tidak boleh alpa dalam meraikan kejayaan. Kejayaan yang berada di dalam tangan mereka tetpai mereka mesti berusaha dengan lebih keras untuk memastikan mereka tidak menghampakan rakyat dan keputusan yang juga dianugerahkan Tuhan pada hari Isnin yang lalu, adalah sejarah 901. Malaysia Chronicle |
| GEMPAR!! Bunyi aneh dilangit dirakam di Sarawak Posted: 17 Jan 2012 04:00 PM PST Insiden 'bunyi aneh dan menakutkan dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu. The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut. Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk: Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi. Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari. Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya. |
| Berbulu lagi la bangsa UMNO... kahkahkah... Posted: 17 Jan 2012 02:30 PM PST Al-Qardawi ucap tahniah kepada Anwar KUALA LUMPUR - Presiden Kesatuan Ulama Dunia yang juga ulama kotemporari terkenal, Syeikh Yusuf al-Qardawi menyiarkan di laman web rasminya ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini. Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu menyampaikan ucapan tahniah tersebut kepada Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dengan pesanan berikut: Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan serta mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan rasa hormat daripada rakyat. Pautan asal kenyataan tersebut boleh dilihat di http://www.qaradawi.net/component/content/article/5508.html |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan