Selasa, 17 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Muhammad Ali dah 70 tahun...

Posted: 17 Jan 2012 12:00 PM PST

Video letupan dalam kapal mewah Itali

Posted: 17 Jan 2012 10:00 AM PST

AWAS!! Ini arahan dari seekor mamak... kahkahkah...

Posted: 17 Jan 2012 08:00 AM PST

Hak merayu - Mahathir Mohamad

Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat appeal atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Mahathir Mohamad ialah bekas perdana menteri Malaysia

UMNO dah macam kapai lanun... kahkahkah...

Posted: 17 Jan 2012 07:20 AM PST

Hari yang ditakuti Najib: Kenapa Anwar dibebaskan?

Bila mantan timbalan perdana menteri Ghafar Baba mengumumkan bahawa KLIA bakal dibina di Sepang, pemaju menyangka bahawa lapangan kapal terbang itu akan dibina di Bukit Beruntung terpaksa menyelamatkan diri dengan berusaha mencari apa-apa pelaung pelaburan yang ada disitu.

Langkah seterusnya yang diambil oleh kerajaan pimpinan UMNO adalah untuk membekukan transaksi yang melibatkan hartanah di daerah Sepang termasuk kerja pembangunan. Jadi, selain dari aktiviti persendirian dan menuai hasil kelapa sawit, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tanah telah diberhentikan. Walaupun ada yang ingin bertanyakan status tanah disana, mereka berhadapan banyak sekatan dan ramai juga yang berputus asa dalam mencari peluang yang ada kaitan dengan KLIA.

Apa yang tidak diketahui rakyat adalah segala kaitan dengan UMNO telah dijalankan secara rahsia semasa segala urusan ini diberhentikan. Selepas empat tahun, barulah pembinaan KLIA dimulakan. Banyak tanah di Sepang bertukar tangan semasa tempoh sebelum 4 tahun itu dan apabila bidaan dibuka, kroni-kroni UMNO telah mendapat laba yang besar hasil penjualan tanah yang telah didapatkannya secara rahsia.

Implikasi besar kepada UMNO

Sekarang, perkara yang sama berulang kembali.Semua pintu mula ditutup supaya tindakan dalaman boleh berlaku. Sememangnya UMNO adalah parti dimana perbalahan dalaman berlaku dengan rancak yang disembunyi oleh keamanan yang cuba dilakonkan. Untuk beberapa minggu yang lalu, ramai telah leka dengan kes liwat II- pada mulanya dan selepas itu kegembiraan tercetus setelah keputusan pembebasan diumumkan.

Tanpa mereka sedari keputusan sebegitu memberi kesan yang agak berat kepada pemimpin tertinggi UMNO atau presiden parti itu snediri, Perdana Menteri Najib Razak yang telah terjerat.

Najib nampaknya sekarang bukan sahaja terdesak tetapi berada dalam masalah serius. Walaupun UMNO masih boleh memenangi pilihanraya umum yang akan datang, namun kemenangan dijangka tipis. Itu sahajalah khabar gembira buat UMNO yang berada dalam pakatan BN, yang telah memerintah Malaysia sejak 1957, walaupun Najib nampak gayanya tidak ambil peduli.

Apa yang paling merunsingkan PM yang berusia 58 tahun ini aadalah mantan perdana menteri, iaitu yang juga orang kuat parti, Mahathir Mohamad akan menolak dirinya jatuh dari kerusi presiden dan seterusnya dari jawatan Perdana Menteri. Dengan menggunakan cara sendiri dalam menangani kes Anwar, Najib sudah menyinggung perasaan ramai pihak dan mereka telah memutuskan untuk tidak menyokong dirinya lagi.

Keseorangan di atas

Sekarang, Najib berseorangan di atas. Dia mungkin telah menyesal akan keputusannya membebaskan Anwar daripada memaksa mahkamah untuk menjatuhkan hukuman ke atas Anwar dengan memenjarakannya selama seumur hidup.

Bila dia telah membuat keputusan yang bersejarah untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan terhadap Anwar, Najib fikir dia tidak perlu bimbang lagi. Kerana pemikiran singkat dan dirinya yang tidak berprinsip, dia boleh kiranya meminta Peguam Negara untuk merayu keputusan itu pada bila-bila masa. Dapatkan keputusan bersalah dan sumbat Anwar ke dalam penjara.

Najib berserta penasihat-penasihatnya ingat apabila mereka merayu, mereka boleh memberi Saiful Bukhari Azlan sejumlah ganti rugi yang banyak untuk menutup mulutnya dan mendakwa Anwar diatas kesalahan-kesalahan lain seperti kesalahan melakukan seks bersama pelacur yang terkandung dalam video yang disebarkan oleh trio Datuk T. Jadi, bagi Najib, walaupun ia amat meghairankan, Anwar bukanlah masalah utama baginya, dia mampu memusnahkan Anwar pada bila-bila masa sahaja.

Dengan pembebasan itu, apa Najib dan penasihatnya mahu adalah untuk mengugut sesiapa sahaja yang membawa masalah dan memberi tekanan kepadanya untuk kesempatan bertanding dalam pilihanraya yang ke 13 ialah dengan membiarkan Anwar bebas. Dia tahu bahawa ini akan menyukarkan peluang UMNO-BN untuk menang dan jika Anwar menjadi PM, Mahathir akan jatuh tersungkur.

Najib cuba memberitahu semua terutamanya mereka yang bereda didalam UMNO, jika dia tidak berjaya, yang lain akan merima nasib yang sama. Najib sedang menunggu signal dari Mahathir tapi Nampak gayanya Mahathir masih lagi kecewa dengan keputusan 901 yang belum mendapat maklumbalas lagi. Adakah Mahathir merasakan tekanannya sekarang?

Langkah ke 2- Rombakan kabinet

Seterusnya, jika tiada respons positif dari musuh-musuhnya dengan UMNO,

dia akan merombak kabinet. Kali ini dia akan menggugurkan mereka yang sering menyeksanya – ya, menteri dan timbalan menteri dari UMNO yang berpaling dari dirinya, dan yang mencabarnya termasuk anak Mahathir, Mukriz, timbalan menteri perdaganagan antarbangsa.

Musuh utama Najib sekarang bukanlah pembangkang, tetapi orang-orang UMNO sendiri.

Sekarang cerita ini sudah disebarkan oleh kalangan cyber-trooper yang dilantik penasihat-penasihat Najib. Berapa jauhkah Najib sanggup pergi dan ini semestinya resepi untuk menyelamatkan air mukanya apabila sudah terperangkap.

Sebenarnya kebenarannya amat mudah untuk difahami. Sebab yang sama kenapa Mahathir takutkan kembalinya Anwar berkuasa adalah sama dengan masalah Najib dan Rosmah- pembelaan ke atas korupsi-korupsi yang mereka lakukan.

Jumlahnya adalah besar bagi Najib walaupun tidak sebesar Mahathir dan Daim Zainuddin. Ia boleh dikategorikan dalam carta 5 teratas kekayaan yang diperolehi puak UMNO. Bagi Najib dan Rosmah, ada kisah pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang terpaksa mereka takutkan.

Percubaan Najib dan Rosmah untuk mengurangkan kerugian

Jadi, apa yang mungkin berlaku adalah Najib dan Rosmah yang telah berada dalam keadaan terdesak di saat-saat akhir. Dia terpaksa menukar babak terakhir itu untuk memaksa rakyat menerima siapakah yang berkuasa dalam polotik Negara. Pelan itu termasuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan dan memenjarakan pemimpin-pemimpin pembangkang dibawah ISA kerana cuba mengugat keamanan Negara. Dia dan Rosmah sedar jika dia memenjarakan Anwar, Mahathir dan pengikut-pengikutnya dalam UMNO akan memuji tindakannya itu tetapi mereka akan menjadi orang jahat di mata dunia.

Sekarang masalah baru Najib adalah bagaimana untuk menutup mulut Mahathir. Inilah perkara yang paling penting. Bagi Anwar dia boleh menggunakan Saiful untuk merayu keputusan dan memberi tekanan pada ketua pembangkang. Ini sekali lagi mencerminkan kebodohannya, sikap tidak ikhlasannya dan ketidakupayaan mendahulukan kepentingan rakyat.

Selepas respons yang agak dramatik dari serata dunia, dengan pembebasan Anwar yang diraikan di segenap masyarakat dunia, untuk Najib sekali lagi membuat pusingan U. akan mengakibatkan kebencian terhadap dirinya dan melenyapkan Malaysia dari mata pelabur sama ada kecil mahupun besar di serata dunia.

Tapi inilah kelemahan Najib Razak, anak sulong perdana menteri kedua Malaysia Razak Hussein yang dibenci bukan Melayu terutamaanya Cina dan telah dipersalahkan berlakunya kejadian 13 Mei, 1969, yang menyaksikan tujuk perasaan jalanan yang berdarah.

Sandiwara

Najib dan Mahatir akan meneruskan sandiwara siapa yang berkuasa di kerusi UMNO dan kehilangan hijab yang menutup tindak-tanduk kotor mereka dari dikesan masyarakat.

Berapa jauh lagi Najib akan pergi? Bagaimanakah dia akan mengorbankan masa depan Malaysia? Jika diamati apa yang pernah berlaku, Najib jarang berfikir panjang untuk kebaikan rakyat. Dia juga sedar tempoh masanya sebagai presiden UMNO semakin singkat. Mahathir pergi juga pada tahun 2003- terpaksa akibat perpecahan dalaman parti. Bolehkah Najib yang 100 kali tidak berdaya memegang tampuk parti UMNO yang telah bertukar menjadi kapal lanun dalam tempoh dia memerintah ini?

Tidak, peluangnya adalah untuk berpegang kepada senarai calon boleh menang dan cuba untuk berunding. Mungkin ada perjanjian yang akan dibuat dengan Mahathir. Melalui cara ini, Najib akan memastikan ada sejumlah penyokong dibelakangnya walaupun kehilangan sokongan ramai bahagian-bahagian UMNO yang lain.

Pembebasan Anwar akan bermakna ramai lagi orang UMNO yang akan berhijrah kepasa Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP. Mengikut kata orang kuat UMNO sendiri, Najib juga sanggup mengenepikan BN dari Sarawak jika mereka berpaling dari dirinya. Jadi, parlimen yang tergantung dan kerajaan perikatan bukanlah sesuatu yang tidak mustahil.

Bagi Anwar dan Pakatan, mereka tidak boleh alpa dalam meraikan kejayaan. Kejayaan yang berada di dalam tangan mereka tetpai mereka mesti berusaha dengan lebih keras untuk memastikan mereka tidak menghampakan rakyat dan keputusan yang juga dianugerahkan Tuhan pada hari Isnin yang lalu, adalah sejarah 901.

Malaysia Chronicle

Nak bom ja dah kena cekup, yang bom Altantuya awat tutup?

Posted: 17 Jan 2012 05:05 AM PST

Foto Pelajar USM Yang Ditahan Ugut Bom Helikopter PM

Oleh: laniismaa

Mungkin dia ingin bergurau tetapi gurauannya silap. Silap kerana gurauannya menjadi ugutan. Mungkin juga dia begitu bersemangat bencikan Najib, mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki PM Najib ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan. Akibatnya dia ditahan. Cepatnya tindakan dia ditahan bergantung kepada siapa dia mengugut!!

Dia penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal dan berusia 23 tahun. Dia ditahan kira-kira jam 9.30 pagi dan disahkan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Melalui carian di Facebook pelajar itu dikenali sebagai Janartana V Chandra. Bandingkan imej dengan imej yang disiarkan Sinar Harian.



Pelajar India. Undi India diperlukan Najib dan Janartana V Chandra janganlah risau!!

Seekor mamak dalam pembinaan... kahkahkah...

Posted: 17 Jan 2012 04:40 AM PST

Tony Pua: Najib utamakan keuntungan Mydin berbanding kualiti KR1M

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua menegaskan, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan kritikan Pakatan Rakyat (PR) terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah meningkatkan jualan barangannya ternyata menunjukkan bahawa Najib lebih mengutamakan keuntungan Mydin berbanding kualiti barangan yang terdapat di kedai berkenaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini menegaskan Najib tidak memperdulikan keselamatan dan kesihatan rakyat sebaliknya, perdana menteri menggalakkan PR memberikan komen negatif kerana dengan itu ia mampu meningkatkan jualan di KR1M.

"Menteri Kesihatan, Datk Seri Liow Tiong Lai telah menunjukkan beberapa contoh barangan di KR1M yang mengandungi bahan-bahan yang mampu meudaratkan kesihatan, seperti susu segar 1Malaysia yang mengandungi bakteria Escherichia coli (E.coli), yang mampu menyebabkan keracunan makanan dan boleh membawa kematian.

"Selain itu, susu tepung tumbesaran kanak-kanak setahun dan ke atas yang mengandungi kandungan berlebihan Vitamin A, dan juga dua barangan lain Sos Tiram, dan Krimer Pekat Manis-yang disahkan menyalahi Akta Peraturan Makanan 1985 juga tidak melihatkan sebarang tindakan Najib menghalang peniaga dan pengeluar yang melakukan pelbagai kesalahan, malah dilihat tidak mengambil sebarang tindakan," tegas Tony.

Semalam, perdana menteri dalam kenyataannya menyebut barangan di KR1M semakin mendapat sambutan selepas menerima kritikan daripada pembangkang.

Malahan, beliau turut menggalakkan pembangkang untuk terus mengkritik KR1M kerana tindakan itu akan membawa lebih ramai pelanggan untuk mengunjungi kedai berkenaan.

Najib turut menolak dakwaan pembangkang bahawa barangan KR1M menyalahi peraturan kesihatan makanan seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, dan turut mengumumkan akan membuka 85 cawangan KR1M di seluruh negar tahun ini.

"Kemana sahaja saya pergi, orang ramai termasuk wakil rakyat pasti akan bertanya bila kawasan mereka akan ditempatkan KR1M," katanya semalam dan turut memberitahu bahawa KR1M di Pekan akan menjadi KR1M terbesar di negara ini.

KR1M pertama di lamcarkan pada Jun tahun lepas bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang yang membebankan pengguna dan rakyat.

Bayangkan camana rupanya Najib kencing berlari...

Posted: 17 Jan 2012 01:30 AM PST

PKR: Kenyataan anak Shahrizat timbulkan persoalan baru dalam isu NFC

KUALA LUMPUR, 16 Jan — PKR mempersoalkan kenyataan Pengarah Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC) Wan Shahinur Izmir Salleh bahawa operasi pusat ternakan lembu itu berjalan seperti biasa walaupun aset dibekukan.

Menurut Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli, pihaknya memandang serius perkara itu, menambah terdapat dua persoalan utama yang perlu dijawab pentadbiran Najib.

"Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Datuk Seri Najib Razak hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus (kepada NFC) atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Wan Shahinur Izmir berkata "operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa" walaupun aset telah dibekukan.

Sebelum itu Najib mengumumkan kesemua aset NFC dibekukan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu NFC dan keputusan Ketua Wanita Umno itu bercuti adalah "keputusan terbaik".

Tegas Rafizi, pihaknya mendesak agar aset NFC dibekukan dan pentadbir korporat dilantik untuk mengambil alih pengurusan NFC serta melakukan audit penuh bagi membongkar kesemua penyelewengan yang berlaku.

"Tindakan membekukan aset NFC sepatutnya bermakna sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan.

"Pengurusan sedia ada yang terdiri keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain," katanya.

Selain itu tambah Rafizi, sebarang pemindahan wang keluar dari NFC termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta.

"...dan sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

"Secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah,beliau tidak dibenarkan masuk ke luar negara.- TMI

Kembang lagikah hidung si Hassan Ali...

Posted: 17 Jan 2012 12:00 AM PST

Iktibar politik intrik – Oleh Mazir Ibrahim

16 JANUARI – Kisah Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang mewarnai pentas politik tahun baru 2012 sangat menarik untuk dijadikan iktibar kepada kita. Dari seorang tokoh akademik, profesional dan politikus hinggalah ke saat beliau menzahirkan 'warna' politik sebenarnya, cukup untuk dijadikan satu filem epik yang gagal.

Perjalanan kerja beliau sebagai pendakwah dan pakar motivasi cukup baik. Malah media kerajaan menggambarkan beliau sebagai selebriti Islamis yang moderat di zamannya. Namun kini, semua itu sudah pecah terbarai di tengah jalan.

Sekarang, gambaran yang serupa juga sedang dimainkan oleh media-media yang dikuasai oleh UMNO untuk – sekali lagi menggambarkannya sebagai pejuang Islam. Tetapi kali ini pakej itu lebih jitu lagi dengan imej seorang Islamis yang menjadi mangsa pembunuhan politik dan imej hero Hang Tuah pejuang Melayu dan pembela Raja.

Politik waras dan politik intrik

Kita sebagai warga demokrat, tidak pernah walau sekali pun, ingin mempertikaikan tiga elemen – Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa Melayu dan institusi Raja. Ia sudah termaktub di dalam perlembagaan dan biarlah ia kekal tanpa perlu dijadikan modal manipulasi politik oleh sesiapa pun.

Kita ingin bertanya kepada diri sendiri dan warga politik khususnya, iaitu tidak bolehkah kita berpolitik secara waras tanpa mengamalkan politik intrik? Politik intrik ini adalah politik negatif yang merangkumi aspek 'persengkokolan, konspirasi dan rekayasa' yang melampaui kewarasan/moral manusia berpolitik.

Elemen-elemen politik intrik ini juga sebahagian dari jalur fahaman politik assabiyah. Kerja politik yang asas adalah kerja menggembleng usaha kolektif untuk tujuan kebajikan atau kebaikan pihak majoriti dan minoriti, selain dari kerja mencari sokongan untuk mendapat kuasa melalui jalan pilihanraya.

Tetapi bagi mereka yang begitu taksub dengan fahaman politiknya, maka kerja politik itu bukan lagi persoalan untuk menggembleng usaha kolektif untuk kebajikan umum dan semua bangsa, sebaliknya ia bertukar menjadi kerja persengkokolan, konspirasi dan rekayasa yang tak berkesudahan.

Kerja politik intrik ini telah menjadikan yang putih itu semakin kelabu, yang hijau sudah semakin pudar kesegarannya dan yang bersih jernih pula kini bertukar menjadi keruh. Inilah amalan politik intrik yang tidak mengenal budaya, bangsa hatta agama sekali pun. Semua akan habis dilanggar. Kerja bersengkongkol pihak wira dengan musuh telah banyak berlaku dalam sejarah.

Kerja merekayasa fakta atau peristiwa ini juga telah dibuktikan bukan sahaja dalam sejarah, malah dalam kursus-kursus motivasi pun telah biasa ditunjukkan bagaimana rekayasa maklumat terjadi hingga hilang fakta sebenar penting yang ingin disampikan. Mana-mana pakar motivasi pasti lebih maklum akan hal ini.

Gejala politik intrik

Had kita sebagai manusia tetap ada, nikmat dunia ini juga terhad, dan dunia ini sendiri sememangnya terhad. Jadi mengapa, untuk sebuah kepercayaan atau keyakinan peribadi kita sendiri, ingin dipaksakan ke atas manusia lain?

Ketaksuban Hasan Ali pada idealisme dan kepercayaannya itu telah membuatkan beliau bermain politik intrik demi 'perjuangan Islam Hasan Ali'. Sayangnya, perjuangan Islam Hasan Ali ini hanya menjadi perjuangannya sahaja, bukan perjuangan masyarakat, ini satu tragedi kegagalan politik intrik beliau.

Jika secara peribadi, beliau mempercayai bahawa Melayu di Malaysia perlu bergantung dengan 3R – royal, religion, race (raja, agama, kaum) untuk selamat, maka biarlah. Kita tidak pun berminat ingin mempertikaikannya tetapi tidak perlulah keyakinannya (walau tanpa menyebut dengan perkataan) dipaksakan ke atas masyarakat atau bekas partinya.

Ironinya, sejak lebih satu dekad bersama PAS, tidak ramai ahli dan pemimpin parti Islam itu ingat tentang radikal atau taksubnya beliau kepada apa yang dikatakan perjuangannya sekarang. Malah sepanjang awal dekad yang lalu, beliau lebih dilihat sebagai pemimpin yang sederhana. Apa yang telah terjadi?

Adakah Hasan Ali hanya mahu bercita-cita menjadi wakil rakyat untuk orang Melayu dan Islam sahaja tanpa mempedulikan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama? Jika itu matlamatnya, itu pun hak beliau. Tiada siapa yang menegahnya.

Tetapi jika ada wakil rakyat, katakan dari MCA, MIC, Gerakan, PBS, UPKO, SPDP, PRS dan sebagainya, turut bertindak memperjuangkan kepentingan kaum mereka sahaja tanpa mempedulikan orang lain, maka janganlah marah. Mungkin mereka ini hanya menurut jejak langkah Hasan Ali.

Hatta jika bumi Malaysia ini dihuni 90 peratus orang Islam (seperti di Indonesia), perlembagaan dan demokrasi membenarkan amalan pelbagai ideologi dan kepercayaan politik, asalkan tidak mengangkat senjata atau mencederakan orang lain, asalkan mengikut demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Inilah realiti politik yang gagal atau sengaja tidak mahu difahami oleh segelintir ahli politik kita khususnya mereka yang secara tiba-tiba mahu menjadi juara kaum dan agama.

Iktibar jalan kebaikan

Jalan tengah atau jalan sederhana adalah pilihan terbaik yang dianjurkan bukan sahaja oleh agama, malah dalam kebanyakan budaya bangsa. Ia (budaya) juga mendorong kita untuk mengambil jalan sederhana kerana beberapa faktor berdasarkan keperluan semasa tanpa mengorbankan prinsip-prinsip asas perjuangan.

Dalam sastera Melayu dan juga kebanyakan bangsa besar, pernah digambarkan bagaimana sang kancil yang kerdil seringkali terlepas dari ancaman bintanang besar dan buas. Bukan kerana politik intrik tetapi kerana kebijaksanaannya dalam menangani situasi semasa.

Kefahaman pada realiti politik semasa akan mengelakkan kita daripada terjebak dengan amalan politik intrik. Rakyat Malaysia termasuk orang Melayu sudah muak dengan politik seperti ini, berkonspirasi untuk membuka konspirasi yang lain. Akhirnya, pi mai pi mai, tang tu juga. – Roketkini.com

Mai baca apa HAJAT sdr Aspan Alias nih...

Posted: 16 Jan 2012 10:22 PM PST

Sokongan mengusik jiwa

Kali ini saya hanya menulis 'article' yang pendek sahaja. Saya telah mendapat reaksi yang banyak kerana tindakan saya menukar wadah dalam arena politik. Perlu difahami bahawa saya tidak bergiat dalam politik melebihi satu dekad dan saya pada awalnya tidak mahu lagi terlibat dalam hal ini. Saya merasakan banyak yang tidak kena dengan perjalanan dan arah tuju politik Melayu, khususnya UMNO, dan mengambil tindakan mendiamkan diri adalah satu tindakan yang 'natural' bagi sesiapa yang menghadapi perasaan dan masalah seperti saya ini.

Saya hanya mengambil tahu hal keadaan politik dari rumah sahaja sambil-sambil menengok-nengokkan cucu saya yang kian waktu makin membesar dan bertambah bilangannya itu. Saya mengambil langkah untuk menulis sedikit sebanyak dalam blog kecil saya ini untuk mengasah otak saya supaya tidak menjadi tumpul. Tetapi dalam waktu pencarian ini saya nampak keadaan sudah terlalu menekan untuk saya kembali dan bergiat, setidak-tidaknya untuk memberikan sumbangan sedikit sebanyak kepada pandangan masyarakat yang dahagakan perubahan.

Tindakan saya menyertai DAP ini dilakukan setelah berfikir dengan mendalam dan mencari penyesuaian dan keserasian dengan perjuangan parti ini. Setelah saya menyertainya, saya telah mendapat puluhan atau ratusan sokongan melalui e-mail saya setiap hari, kecuali beberapa orang yang menentang kemasukan saya dalam DAP. Yang lain yang ramai-ramai itu telah memberikan saya galakan dan ramai (Melayu) yang telah menunjukkan sokongan yang begitu kuat terhadap tindakan saya itu.

Saya tidak dapat untuk menjawab satu persatu email yang dihantar kepada saya itu, maka saya menulis melalui blog kecil saya ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan moral kepada saya dan kalau boleh doakan saya agar apa yang saya perjuangkan ini akan beroleh kebaikan untuk kita semua dan generasi kita yang akan datang.

Ada juga segelintir yang membidas dan menghina saya dengan isu yang bukan-bukan tetapi saya tidak memberikan respon kepada segelintiran ini kerana di antara saya dengan mereka sebenarnya kita berlainan dalam bahasa politik. Saya juga tidak mengambil hati kerana kita memandang isu-isu itu dari sudut yang berlainan. Penghinaan segelintiran mereka ini tidak meresahkan saya malah saya merasakan yang saya sedang dalam ujian dalam kehidupan saya dan saya akan laluinya dengan tabah dan tenang.

Saya hanya berdoa saya akan terus-menerus bersandar kepada kebenaran dan hanya saya sahaja yang tahu kerana matlamat saya itu saya simpan rapat-rapat di dalam sanubari saya. Jika benar apa dan ada kesungguhan perjuangan saya itu dan diizinkan Tuhan pula baiklah hasilnya dan jika sebaliknya, saya redha untuk menerima apa sahaja halangan dan kepayahan yang bakal saya hadapi. Saya telah bertekad untuk menyebelahi rakyat yang ramai dari bersekutu dengan kumpulan ekskusif yang lalai terhadap orang ramai tadbiran mereka.

Lagi pun menghadapi kepayahan dalam hidup memang mainan saya walaupun saya berada di dalam UMNO yang mengaku sebagai parti untuk semua dan segala-galanya adalah UMNO. Saya telah menjadi ahli parti ini selama empat dekad lamanya. Saya tidak pernah merungut dan menyesal berada di dalam UMNO sebegitu lama. Setidak-tidaknya saya mahir untuk menilai parti itu dalam empat dekad berada bersamanya.

Kepada rakan-rakan serta ratusan email yang datang dari mereka yang saya belum kenali itu, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan saudara semua. Saya tidak dapat mengenali semua. Tetapi jika terjumpa di mana-mana, tegurlah saya kerana saya ingin bersalaman untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi.

Tetapi memberikan sokongan kepada saya tidak mendapat apa-apa imbuhan. Saya tidak ada RM500 untuk dibahagi-bahagikan kepada saudara/saudari sekalian. Saya tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa keuntungan material. Hanya saya berjanji dengan sedikit kudrat yang berbaki yang ada pada saya untuk membantu perjuangan untuk menyelamatkan harta benda rakyat dari dirompak dan dipergunakan oleh mereka yang memerintah negara kita ini.

Saya akan melakukan sedikit sebanyak yang saya mampu untuk menyumbang kepada usaha mencari penyelesaian terhadap kemelut rasuah dan salahguna kuasa yang terlalu berleluasa kini. Hasil perjuangan ini mungkin tidak dapat dilihat semasa hayat saya ini, tetapi jika impian untuk mendapatkan sebuah negara yang baik pemerintahannya tercapai semasa saya sudah tiada lagi, jika ikhlas hadiahkanlah saya surah Al-Fatihah sekali. Setidak-tidaknya, itu sudah mencukupi bagi saya.

Kepada rakan-rakan sekalian, saya mengucapkan terima kasih dan ayuh kita bersama-sama menuju matlamat yang telah saya nyatakan tadi. Walaupun kita telah dikabulkan banyak doa-doa kita, tetapi hajat untuk mendapat sebuah negara yang dipimpin dengan baik dan jujur belum lagi kesampaian.

Doa kita termakbul tetapi kita sedang menunggu HAJAT yang masih lagi belum kesampaian.

Tetapi kita mesti yakin dengan janji Tuhan, 'doa-doa kita tidak semestinya dikabulkan Tuhan semuanya, tetapi HAJAT tetap akan disampaikanNya'. Kita tunggu…berbohong itu adalah sifat mustahil bagi Tuhan semesta alam. Salam.

Rahsia Mat Sabu yang bukan rahsia lagi...

Posted: 16 Jan 2012 08:00 PM PST

Rahsia Mat Sabu

Oleh: MSK

Semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kedah hujung minggu lalu, Mat Sabu mendedahkan ada orang BN sendiri yang mensabotaj BN dari dalam untuk membantu Pakatan. Aku tak tau pasai apa Mat Sabu mendedahkan rahsia ini tapi oleh kerana Mat Sabu dah bongkar, maka ia bukan rahsia lagi. Kalau aku yang bongkar dulu, nanti hangpa kata aku sabotaj strategi.

Bila Mat Sabu kata macam tu, maka ianya mengesahkan, bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan Umno atau Najib. Dulu, aku pun tak berani tulis terang-terang, jadi aku tulis dalam bentuk polifiksyen. Dalam posting "Polifiksyen: Revolusi 13.1″, aku tulis macam ni.

"Anak-anak muda ini tahu apa yang dibincangkan diantara Guan Eng dengan Anwar. Anak muda ini juga tahu apa yang diperkatakan diantara Nik Aziz dengan Tengku Razaleigh. Anak muda juga tau apa yang dirancang oleh Muhyiddin dengan Anwar. Anak muda juga tau apa yang direncanakan oleh Hasan Ali dan Najib."

Jangan lupa, kes Anwar telah berlalu dimana Anwar dibebaskan. Anwar sendiri merasa "terperanjat" dengan keputusan tersebut. Jangan lupa juga, kes tersebut diputuskan ketika Najib berada di Afrika Selatan. Kalau dalam tahun 2004, apabila Anwar dibebaskan, Khairy Jamaludin adalah diantara orang yang pertama melawatnya. Bila Mat Sabu kata ada orang dalam BN yang membantu Pakatan, apakah Muhyidin orang nya?

Kes Hasan Ali juga sudah selesai dan aku ucapkan selamat jalan kat Hasan Ali. Tindakan terhadap Hasan Ali juga cukup surprise. Pas mengambil tindakan yang cukup drastik. Pasai apa? Apakah Pas sudah sedarapakah yang dirancang oleh Hasan Ali di Selangor. tindakan itu pula serentak dengan pembebasan Anwar.Cerita tentang orang Umno yang akan sabotaj Umno ini bukan cerita baru. Cerita ni dah mula sejak tahun 99 lagi. Masa tu, yang banyak bantu Keadilan ialah orang Umno. Ini perkara biasa…bila kapal nak tenggelam, tikus mula cabut lari.

Umno juga nak tenggelam. Itu sebab semakin ramai orang-orang umno yang sedang membeli insurans Pakatan Rakyat. Tu pasai aku kata, jangan kutuk orang Umno kuat sangat..sat lagi hangpa susah nak terima bila depa jugak yang akan jadi pemimpin hangpa. Dulu hangpa kutuk Kadir sheikh Fadzir bukan main kaw..siap dengan istana dia kat Kulim pun habih kena terjah. La ni, Kadiaq sanggup duduk dibarisan depam BERSIH 3.0. Hangpa nak buat macam mana?

Banyak jugak cerita-cerita yang aku dengar diperingkat nasional..tapi yang tu aku tak mau tulis dulu. Mungkin Raja Petra akan tulis bulan depan. Aku cuma nak korek sikit-sikit tentang Perak, sebab yang akan menerima bahana nanti, aku jugak.

Umno Perak juga sudah kelam kabut. Ada yang sudah menawarkan diri untuk membeli insurans Pakatan Rakyat. Aku tau, ada orang Pakatan yang sudah membuat deal dengan depa tapi itu bukan masalah aku. Hangpa ada deal ka…tu hangpa punya pasai.

Hangpa mungkin setuju dengan Mat Sabu dalam isu orang Umno yang bantu Pakatan dari dalam BN ini. Aku tak setuju. Kalau mau, tunjuk muka sekarang…bukan bila dah menang. Hangpa mungkin kata, kalau dedahkan sekarang, hancurlah strategi. Itu juga bukan masalah aku.

Bila Perak jatuh ketangan Pakatan dalam PRU 12, Umno Perak berpecah tiga. Satu team Tajol Rosli yang kalah. Musuh-musuh Tajol Rosli dalam Umno mengambil peluang untuk memijak Tajol Rosli dan akhirnya berjaya menyingkir Tajol Rosli sebagai Ketua Perhubungan Umno Perak.

Diantara pemimpin Umno yang bersekongkol dengan pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Tajol Rosli ialah Ahmad Pakeh Adam (Sg. Siput), Raja Ahmad Zainudin (Larut) dan Hamdi Jaafar (Bruas). depa ni la yang main surung sentap dengan Pakatan. Sekejap kata nak masuk Pakatan, bila dapat balak depa slow sikit. Tujuan depa nak jatuhkan Tajol Rosli supaya geng depa boleh jadi Ketua Umno Perak.

Tajol Rosli disingkir untuk membolehkan Najib mengambil alih Umno Perak dan melancarkan gerakan menjatuhkan Pakatan Rakyat. Bila Tajol Rosli tersingkir dan Najib jadi Ketua Umno Perak, orang yang menyokong Tajol Rosli pun lari. Biasa la dalam Umno. Kat mana ada peluang, tang situ la depa kerumun. Orang macam Hamidah, Ramly Zahari dan Hamdi Jaafar pun semua dok kerumun Najib. Orang Tajol Rosli terpinggir. Begitu juga geng Zambry Kadir yang juga terpinggir pasai dia orang Anwar.

Hei!! Berapa ramai hangpa yang tau..Zambry Kadir suatu masa dulu adalah Anwaristas. Tapi bila Anwar masuk jel, dia pun kena jaga poket dan perut. Tu pasai dia masih duduk dalam Umno…tetapi terpinggir.

Bila Pak Lah jadi PM, Zambry masuk team Pak Lah dan kamcing dengan Khairy Jamaludin. Tu pasai bila Najib jadi Ketua Umno Perak, Zambry pun terpinggir.

Sesuatu yang cerah mengenai Zambry ialah nasibnya…yang lain semua gelap. Apabila Najib berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Najib mahukan Hamidah atau Ramly Zahari yang jadi MB…tapi dipintas oleh Pak Lah pada saat akhir. Najib menyerahkan nama MB kepada Sultan pukul 2 petang, Pak Lah pi overuled pukul 4 petang. Zambry bernasib baik dapat jadi MB kerana peranan Khairy dan Pak Lah.

Bila Zambry jadi MB, puak-puak dalam Umno terus berpecah. Tapi satu yang bagus dalam Umno, apabila masing-masing dapat habuan, semua boleh duduk berbincang.

Hamidah jadi EXCO Kanan untuk mengimbangkan pengaruh team Tajol Rosli. Hamdi yang ugut nak masuk Pakatan pun diberikan jawatan Ketua Penerangan. Ahmad Pakeh Adam dan Raja Ahmad Zainudin pun diam bila dapat habuan.

Zambry bukan ada team sebab dia pro Pak Lah dan satu masa dulu merupakan Anwaristas. Jadi, bila dia jadi MB, perkara pertama yang dia buat ialah mengambil orang-orang Anwar yang sekapal dengannya. Hamdan Taha diambil jadi Setiausaha politiknya. Semua orang-orang Anwar yang balik kedalam Umno macam Hanapiah Man juga terus menjadi orang-orang Zambry.

Ini menyebabkan orang Umno iri hati dan kecik hati. Depa yang teguh berdiri dalam Umno tak dapat apa-apa, tapi orang yang kutuk Umno kaw-kaw masa dalam PKR dulu, tiba-tiba duduk keliling Zambry.

Zambry sebenarnya terpinggir. Tapi Najib tak boleh buat apa-apa sebab kalau buang Zambry, sat lagi dia masuk team Anwar..lagi haru. Serupa jugak macam Hasan ali di selangor. Kalau Pas ambil tindakan awal-awal dulu, Selangor mungkin tumbang. Tapi sekarang…kalau Hasan Ali nak masuk Umno pun..mampuih pi la kat dia.

Kat Perak, Zambry juga akan tersingkir. Sama ada Umno menang atau tidak di Perak dalam PRU 13 nanti, Zambry tidak akan menjadi Menteri Besar lagi. Kalau Zambry dikatakan membeli insurans Pakatan Rakyat pun, aku percaya. Sejak beberapa minggu lalu, ada ramai kaki yang aku jumpa tapi aku tak mau la heboh lagi. Tapi oleh kerana Mat Sabu dah bukak tembelang, aku cuma perincikan saja.

Zambry cuma ada 3-4 orang yang mengikutnya. Dalam PRU nanti, kalau dia tak jadi MB..dengan 3-4 ADUN ini sudah cukup untuk menumbangkan Umno/BN. Dan aku tau, memang sudah ada deal diantara Zambry dengan PR.

Pasai apa kau nak bukak tembelang? Pasai aku berpegang kepada ABU..Asalkan Bukan Umno.

Hangpa nak berpeluk dengan Umno..mampuih pi kat hangpa la. Tak kisah la kalah hangpa kata itu strategi.

Esok aku sambung tentang skandal-skandal Zambry. Hangpa tolong bagi tau Mat Sabu…kalau dia nak berpeluk dengan Zambry…boleh blah.

Takutnya aku kat Hassan Ali... kahkahkah...

Posted: 16 Jan 2012 06:00 PM PST

Apa Kesan Roadshow Hasan Ali Kepada PAS?

SIDANG media oleh Datuk Dr. Hasan Ali dirumahnya sebentar tadi berakhir dengan antaranya 'ikrar' Hasan Ali untuk mengadakan 'road tour' seluruh Malaysia untuk mendedahkan siapakah dia 'golongan parasit' dalam PAS yang dituduh menghalang tugasnya 'melindungi Islam' di Selangor.

Pertemuan dengan media ini adalah pertama kali diadakan sejak Hasan Ali dipecat dari jawatannya sebagai Exco Kanan di Selangor pada minggu lepas.

Penulis yakin, peluang mengadakan road tour ini bukan sahaja digunakan untuk mendedahkan golongan parasit yang diperkatakan, sebaiknya juga untuk mendedahkan segala 'keburukan' dalam PAS dan pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu sendiri.

Malah penulis juga dimaklumkan bahawa Hasan Ali akan turut menjaja isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh tidak sesuai dengan norma kehidupan bermasyarakat di Malaysia, walaupun Anwar telah diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.

Persoalannya sekarang, sejauh manakah PAS dan Pakatan Rakyat sendiri bersedia untuk menghadapi 'tindak balas' oleh Hasan Ali ini?

Penulis kurang bimbang dengan soal pentadbiran dalam kerajaan Negeri Selangor kerana walaupun telah dipecat, Hasan Ali masih terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi maklumat-maklumat sensitif. Yang penulis bimbangkan ialah kesannya kepada politik PAS.

Penulis yakin, setelah bersama-sama dengan parti tersebut sejak lebih 12 tahun dahulu, disamping pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti, Hasan Ali sudah tentu terdedah dengan pelbagai maklumat dalaman yang boleh diputar belitkan.

Tambahan lagi bila masih ada segelintir ahli PAS yang keliru dengan perubahan dasar parti tersebut apabila memilih untuk menganggotai Pakatan Rakyat, terutama kerjasamanya dengan DAP yang menyaksikan dasar negara Islam digugurkan untuk diganti dengan Negara Berkebajikan.

Diperingkat pentadbiran kerajaan negeri, penulis yakin, Hasan Ali akan menggunakan sepenuhnya isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama sebagai alasan kenapa dia disingkirkan dari PAS dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Hasan Ali akan menjadikan ketegasanya di dalam isu tersebut untuk menggambarkan dirinya sebagai hero kepada umat Islam dan orang teraniaya dalam masa yang sama. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang amat tidak baik untuk masa depan politik PAS.

Penulis harap PAS dan Pakatan Rakyat bersedia untuk mematahkan segala hujah Hasan Ali nanti. Jika perlu memohon injuksi Mahkamah untuk menghalang Hasan Ali dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan yang boleh merosakkan PAS.

Tindakan sama juga perlu diambil kepada kepimpinan PAS sedia ada yang dilihat bersengkongkol dengan Hasan Ali seperti Nasharudin Mat Isa. Jika tidak dibendung dari awal, 'barah' yang baru saja diubati ini akan melebar menjadi barah baru pula.- SPR

Orang bengong dilarang baca...

Posted: 16 Jan 2012 04:00 PM PST

Pas Bukan Alat Mana-Mana Pihak

Oleh Mohd Sayuti Omar

Penjelasan dan ketegasan Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengatakan Pas tidak pernah tunduk kepada kehendak dan tekanan mana-mana pihak termasuk DAP adalah satu realiti yang ada dalam perjuangan parti itu.

Bukan saja Pas tidak tunduk kepada rakan DAP yang dilihat banyak mempunyai persamaan dari segi ideologi politik itu tetapi parti itu juga tidak pernah tunduk kepada mana tekan dan kehendaki peribadi mana-mana indidivu.

Atas sifat Pas yang tegas dan konsisten begitulah menyebabkan Pas dapat bertahan sebagai parti yang bermaruah disegani. Abdul Hadi menegaskan demikian pada ceramah perdana di perkarangan stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti Alor Star dihadapan lebih 30,000 hadirin malam kelmarin.

Ia semua pihak perlu faham dan menerima hakikat apa yang ditegaskan Abdul Hadi itu. Ketegasan yang beliau sebutkan itu terutama dalam mendokong konsep perjuangan Pas bukan menunjukkan Pas keras yang tersalah anggap sebelum ini tetapi demi memastikan Pas tetap utuh dengan perjuangan asalnya.

Hal ini sebenarnya boleh dilihat, Pas tidak pernah mengubah perlembagaan parti seperti mana yang asal termasuk mengenai cita-cita dan matlamatnya. Ketegasan itu adalah keberanian dan keyakinan Pas dengan perjuangannya.

Akhir-akhir ini ada pihak mengatakan Pas kini sudah berubah dan menjadi alat kepadsa DAP dan juga Anwar Ibrahim. Sebenarnya tuduhan itu adalah tanggapan dari mereka yang jahil politik atau berjiwa kecil dan masak berpolitik. Orang yang tidak dapat menyelami perjuangan Pas dan melihat realiti Pas saja beranggapan demikian.

Umno selalu menggunakan alasan itu. Pemimpin Umno yang mengaku bijak dan hebat dalam politik terperangkap dalam tuduhan itu kepada Pas. Sikap ini juga ada kena mengena dengan keadaan Umno yang kehabisan modal.

Mereka dengan mudah mengambil kira apabila Pas menolak untuk berkerjasama politik dengan mereka tetapi boleh duduk bersama DAP, lontaran itu dilakukan kepada Pas. Menuduh Pas telah menjadi kuda tunggangan kepada DAP.

Mereka yang celik politik dan bijak membaca politik Pas sama sekali tidak menerima tuduhan kalangan pemimpin Umno. Sebaliknya mereka memulangan buah keras itu kepada Umno keengganan Umno mengubah perlembagaan dan pendekatan politik itulah menunjukkan Umno ditunggang.

Begitu juga dengan tuduhan mengatakan Pas mendengar kata Anwar Ibrahim juga tidak benar. Adalah dayus kalau Pas yang mempunyai pemimpinnya sendiri tetapi terpaksa mengikut arahan telunjuk orang lain. Orang bijak politik dapat membaca bagaimana Anwar begitu berceramat dan berdiplomasi dengan Pas kerana bimbang kehilangan sokongan Pas. Hakikat politik dalam Pakatan Rakyat hari baik parti Anwar itu banyak menerima bantuan dan pertolongan Pas.

Apa yang Anwar inginkan daripada Pas sehingga Pas mengorbankan prinsipnya yang telah dilakukan oleh Pas? Jawabnya tidak ada. Pas berkawan dan menumpang aura Anwar bukan bererti Pas telah mengorbankan prinsipnya, tetapi itulah kebijaksanaan siasah yang ada kepada Pas kini. Fahaman dan pendekatan Pas dalam hasrat mengimplimentasikan harat perjuangan mereka sudah ke depan waktu ini.

Hendaknya apa yang dijelaskan Abdul Hadi itu disemak dan dihayati oleh semua orang terutamanya orang Pas. Sedar atau tidak sedar apa yang berlaku sebaliknya baik Anwar atau DAP banyak berlunak dengan Pas kerana menyedari Pas adalah rakan yang akan memberi sumbangan untuk kemenangan.

Persefahaman politik di antara ketiga itu juga, Anwar, DAP dan Pas tidak akan mengorbankan mana-mana pihak sebaliknya keuntungan yang diraih nanti adalah keuntungan bersama. Kalau pun mereka berkorban adalah pendekatan-pendekatan dan cara mereka berpolitik sebelum ini yang telah menyebabkan UBN mendapat kemenangan, dan itu masih boleh dimaafkan dan satu keperluan semasa.

http://msomelayu.blogspot.com/

Berani tolak takut...

Posted: 16 Jan 2012 02:30 PM PST

Keberanian untuk takut

Oleh Zulhabri Supian

901 telah seminggu berlalu dan keputusan penghakiman yang membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat disambut baik seluruh warga Malaysia baik secara terbuka di lapangan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta mahupun secara tetutup di lokasi-lokasi lain..

Tambah menarik, Anwar Ibrahim sempat menjadi trending di laman kicau twitter di Australia, United Kingdom, Hong Kong, Indonesia dan pastinya Malaysia. Namun ada juga puak yang tidak bergembira iaitu pembenci Anwar Ibrahim yang mana profil mereka merentas parti politik, bangsa, agama, usia dan lokaliti, dan mereka punya alasan-alasan tersendiri

Analisa atas keputusan penghakiman ini dan impak jangka masa singkat dan panjang telah banyak diulas di media arus perdana dan alternatif dan saya tidak berniat untuk mengulas tentang hal yang sama. Cumanya di sini saya ingin berkongsi pemerhatian saya tentang hal yang tidak bersangkut langsung dengan 901, tetapi punya pertalian tidak langsung tentang karakter bersama yang dimiliki rakyat Malaysia iaitu suatu keberanian yang dimiliki segenap sektor dan lapisan yang menurut saya bersifat negatif dan berlawanan dengan semangat dan hasrat murni agenda rakyat. Keberanian yang saya maksudkan adalah keberanian untuk merasa takut dan terus ditakut-takutkan.

Sebelumnya, saya ingin menjelaskan bahawa agenda rakyat yang dimaksudkan dan wajar diangkat seluruh rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

● pengukuhan demokrasi ke arah yang lebih telus dan tulen

● mewujudkan demokrasi langsung di tingkat local

● kebebasan berekspresi

● menjunjung tinggi Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang

● mengukuhkan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa

● mewujudkan sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil

● mewujudkan keadilan sosial bersama-sama ekonomi yang mapan dan adil

● menghormati keragaman pandangan.

Agenda rakyat ini menurut saya wajib dibenahi dan difahami dengan serius supaya ia tidak sekadar agenda yang lunak pada perkataan tetapi tidak pada isinya. Siapapun yang membawa agenda ini wajib kita berikan dukungan dan kita kemudi sebaik-baiknya supaya semangatnya merentasi parti politik untuk ia tetap relevan selama-lamanya kerana hakikatnya parti politik akan datang dan pergi. Meskipun begitu menidakkan peranan mereka membabi buta juga tidak menguntungkan negara di dalam jangka masa dekat dan panjang, maka itu pragmatisme dalam mencapai matlamat harus digunapakai.

Anehnya agenda rakyat seperti ini cukup ditakuti, dibimbangi dan dibenci segelintir rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui rasa takut mereka di laman media sosial dan borak-borak di kedai mamak. Tambah aneh agenda ini dipercayai oleh mereka didalangi sebuah pakatan parti-parti politik yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat yang saban hari dibalun di media arus perdana mesra kerajaan sebagai pengkhianat dan pembawa kehancuran di Malaysia.

Fakta yang menyatakan bahawa agenda ini turut dibawa masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan tidak pernah diperhalusi dan difikirkan akal murni mereka. Jelas ketakutan dalam semua hal sudah meresap kuat baik ketakutan berfikir, ketakutan bertanya, ketakutan membaca, apatah lagi ketakutan beraksi dan bertindak.

Menakjubkan lagi adalah agenda rakyat seperti ini ditakuti akan mengancam ketuanan Melayu Islam Malaysia yang sejak azali katanya adalah hak mutlak yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa. Jelas ketakutan puak-puak ini sangat merbahaya kepada kelanjutan Malaysia yang lebih baik dan progresif.

Keruntuhan Umno-BN

Menurut pandangan para sarjana, perkembangan kerajaan dan faktor-faktor jatuh bangun sesebuah kerajaan terbahagi kepada beberapa teori. Teori-teori yang sering diketengahkan adalah teori irama (rhythmic theory), teori kitaran (cyclical theory), teori linear (linear theory), teori pertembungan/pertentangan peradaban (the clash of civilizations) dan teori pendekatan psikologi/ketuhanan.

Pada pandangan saya, teori kitaran lebih mirip untuk terjadi di Malaysia kerana menurut pengemuka-pengemuka teori ini, sesebuah kerajaan akan bergerak seperti kitaran atau putaran yang melalui beberapa peringkat perkembangannya. Ruang lingkup perkembangan peradaban itu dimulakan dengan peringkat pengasasan, kemajuan dan kegemilangan, dan akhirnya kepada peringkat kemerosotan serta keruntuhan. Kekosongan itu akan diambilalih oleh sebuah kerajaan yang lain. Kerajaan baru itu akan mengikut pola yang serupa seperti kerajaan sebelumnya. Dua sarjana yang melihat perkembangan peradaban melalui cara sebegini ialah Ibn Khaldun dan Malik Bennabi.

Namun begitu, persoalan paling besar adalah seberapa siap ejen-ejen perubah di Malaysia untuk menghilangkan rasa takut mereka untuk menjadikan teori kitaran ini suatu realiti di peringkat kerajaan persekutuan?

Berani takut

Jika kejatuhan rejim yang berlaku di Timur Tengah baru-baru ini digerakkan sebahagian besarnya oleh ejen-ejen perubah iaitu kelompok pelajar, mahasiswa, pekerja dan anak muda. Majoriti kelompok yang sama di Malaysia sebaliknya pula gagah berani merasa takut untuk membuat perubahan baik perubahan rejim mahupun yang lebih halus perubahan pemikiran.

Mari kita lihat satu persatu kondisi ejen-ejen perubah kerajaan/pemikiran yang longlai ketakutan selama ini.

Pelajar sekolah — Pelajar di Malaysia terutama yang masih bersekolah menengah dikawal ketat pemikiran mereka dengan dasar pendidikan yang mengongkong para pelajar untuk berfikir luas yakni di luar konteks peperiksaan semata-mata. Pengalaman saya semasa di sekolah menengah membenarkan pandangan ini di mana minat untuk mengetahui isu-isu semasa melalui bahan bacaan tambahan tidak berkaitan subjek yang diajar seperti surat khabar, majalah dan buku tidak dipupuk dan digalakkan atas alasan tidak masuk di dalam soalan peperiksaan.

Jika di Indonesia subjek tentang hak asasi manusia, demokrasi dan korupsi diajar di sekolah sehingga menghasilkan suasana persekitaran sekolah yang demokratis, tetapi di negara ini didikan awal subjek seperti ini sepertinya termasuk di dalam kategori ancaman keselamatan yang berat untuk penguasa sekolah dan juga negara.

Mahasiswa — Seperti pelajar sekolah, mahasiswa kita selama ini ditakut-takutkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan malangnya majoriti dari mereka menerima ketakutan yang ditanam ini sebagai berasas demi kononnya untuk mencari kestabilan hidup tanpa menyedari bahawa dunia kerjaya di luar sana menghargai manusia yang berfikir daripada mereka yang bermental robot.

Jika di Indonesia, kuasa mahasiswa berjaya meruntuhkan rejim Soeharto yang zalim, di Malaysia banyak di kalangan mahasiswa menganggap kezaliman atas nama Melayu Islam itu wajib dipertahan. Lebih malang agenda yang diperjuang Adam Adli ditolak tepi sebaliknya personaliti pembawa agenda yang diangkat tinggi kepentingannya.

Pekerja — Ketakutan untuk dibuang kerja seandainya diketahui terlibat dengan aktiviti yang mencerahkan tetapi dianggap subversif di Malaysia melebihi segala-galanya. Individualisme meresap di segenap lapisan sektor kerjaya dan kolektivisme dibungkam secara tidak sedar oleh majikan oleh yang bersekongkol bersama-sama penguasa memberi layanan "ala hamba" zaman moden. Kaum pekerja yang sangat berkuasa di negara-negara maju hanya mampu berperanan sebagai pemerhati sambil menunggu ejen-ejen perubah lain memulakan aksi.

Demi sesuap nasi menyara keluarga dan ketakutan atas rezeki yang ditentukan Umno BN, agenda-agenda rakyat yang murni bagi sebahagian besar pekerja hanya akan diambil berat sekiranya keadaan sudah semakin terdesak. Suatu hal yang tidak disedari adalah kreativiti dan kemandirian itulah yang akan membawa seseorang itu keluar dari lubang kemiskinan.

Anak muda — Ketiga-tiga ejen perubah di atas juga mewakili anak muda yang kental ketakutannya.

Seniman — Ejen perubah yang tidak kurang penting dan berperanan besar ke atas kejatuhan Soeharto di Indonesia tetapi sekadar berperanan sebagai ejen pengampu di Malaysia adalah seniman. Alasan tipikal seniman di Malaysia adalah kami tidak mahu masuk campur urusan politik dan tidak minat politik walhal sebenarnya mereka itu takut untuk berfikir dan berpandangan secara bebas. Jangan nanti hairan sekiranya ada perubahan rejim, kelompok seniman penakut ini akan secara tiba-tiba mendakwa mereka menyokong rejim yang baru. Atas alasan apa? sudah tentu takut kehilangan periuk nasi dan jauh sekali kerana menjunjung agenda-agenda rakyat.

"Revolusi" peti undi?

Semoga apa yang saya perkatakan ini dapat dibuktikan salah menjelang pilihanraya umum yang bakal menjelang dan yang lebih penting adalah keberanian untuk membawa agenda-agenda rakyat ini melangkaui proses pilihanraya dan melepasi agenda politik kepartian sempit. Ejen perubah wajib memainkan peranan mereka sebagai pencetus kepada sebuah kebangkitan dan selebihnya biar rakyat seluruhnya dan masa yang menentukan.

Mungkinkah Malaysia memilih untuk perubahan melalui peti undi seperti yang ditunjukkan semasa pilihanraya umum 2008, kita tunggu dan lihat. Namun ingin saya pertegaskan di sini bahawa walau apapun yang terjadi, hal yang paling penting selain perubahan rejim adalah melawan ketakutan dan memberanikan diri untuk memiliki mental yang mampu berfikir. ayuh bersama-sama menolak ketakutan!.

Tiada ulasan: