Khamis, 12 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Umno sesat...

Posted: 12 Jan 2012 11:00 AM PST

Tikus gergasi dijumpai...

Posted: 12 Jan 2012 09:30 AM PST

Tikus Gergasi Dijumpai Dalam Kedai Kasut

Satu gambar yang menunjukkan seekor tikus gergasi didakwa dijumpai dalam sebuah kedai kasut di bandar raya New York, Amerika Syarikat telah tersebar luas dalam internet.

Imej tersebut dikatakan menunjukkan seorang pekerja kedai Foot Locker di The Bronx sedang memegang tikus mati sebesar 3 kaki di atas penyeduk.

Satu tikus gergasi yang lebih kurang sama besar, telah dijumpai di kawasan Brooklyn, New York pada tahun lepas, dikatakan tikus spesis Gambian Pouched.

Dr. Robert S Voss, kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York, berkata: "Tidak mungkin tikus itu adalah tikus biasa yang terdapat dalam pembetungan. Saya pasti 90 peratus yang tikus itu adalah dari spesis Gambian Pouched."

Dr. Voss berkata yang ada kemungkinan bahawa tikus tersebut adalah binatang peliharaan yang melarikan diri. Beliau juga berkata yang binatang jenis ini kelihatan garang tetapi sebenarnya mereka sangat suka bermain dan jinak. (Orange UK)

Anwar nak tunjuk baik pulak dahh...

Posted: 12 Jan 2012 08:55 AM PST

Anwar Patut Teruskan Saman Keatas Saiful

DILAPORKAN dalam banyak blog pro Pakatan Rakyat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memaafkan sesiapa yang memfitnahnya dan dipercayai beliau merujuk kepada Saiful Bukhari.

KeadilanDaily.com melaporkan Anwar sebagai berkata:

Menurut Anwar, beliau tidak berhasrat memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku, malah sedia memaafkan pihak yang memfitnahnya selama ini.

"Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam, malah sedia memaafkan.

Agak mengejutkan juga bila penulis mendapat berita dari sumber yang sama bahawa Anwar telah mengarahkan para peguamnya untuk menggugurkan tuntutan saman ke atas Saiful seawalnya pada Isnin depan.

Ideanya ialah untuk menumpukan pada perbicaraan qazaf ke atas Saiful di Mahkamah Syariah.

Sementara penulis sedar bahawa hak untuk menyaman sesiapa adalah milik mutlak Datuk Seri Anwar, penulis juga berpendapat amatlah tidak wajar untuk menggugurkan saman tersebut dikala proses pengadilan berhubung dakwaan liwat itu masih belum tamat.

Pendakwaan masih mempunyai masa sehingga 25 Januari depan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Walaupun dengan meneruskan saman di peringkat sivil, tidak ada sebarang peruntukan undang-undang yang menghalang proses qazaf dijalankan serentak kerana ia melibatkan 2 sistem mahkamah yang berbeza.

Apatah lagi apabila penulis turut dimaklumkan bahawa penghakiman penuh oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidi Md Diah adalah sangat berbeza dengan penghakiman ringkas yang dibacakan pada pagi 9 Januari yang lepas.

Dimana yang berbeza, apa yang berbeza, semua itu masih lagi jadi tanda tanya besar. Paling tidak, penghakiman penuh ini sangat dinantikan oleh para penyokong BN untuk meneruskan fitnah jahat ke atas Anwar.

Ada yang memaklumkan penulis bahawa tindakan menarik balik saman ini adalah untuk mengelakkan Saiful dari mendedahkan kes-kes liwat yang berlaku selain daripada dalam pendakwaan asal iaitu pada 26 Jun 2008.

(Saiful pernah mendakwa telah diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar sebelum kejadian pada 26 Jun 2008, dengan beberapa kejadian itu berlaku di luar negara).

Penulis agak skeptikal dengan pandangan tersebut sebab kerana keyakinan penulis bahawa Datuk Seri Anwar memang tidak terlibat dengan kegiatan sedemikian, tapi dengan politik persepsi melebihi fakta, adalah menjadi kesilapan besar kalau kita tidak mengambil tindakan awal mematikan hujahan sedemikian.

Penulis harap Datuk Seri Anwar tidak mengulangi kesilapan pada 2004 apabila tidak mengambil tindakan saman ke atas pengadu Azizan Abu Bakar dan Umi Hafilda seterus membiarkan persoalan ini berlegar tanpa jawapan.

Sedikit sebanyak, kegagalan tersebut menyebabkan masih ada segelintir masyarakat yang percaya Anwar terlibat dengan menjadikan komen hakim Mahkamah Rayuan yang mengesahkan penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual sebagai senjata utama.

Semua kejadian yang berlaku ini sepatutnya memberikan iktibar kepada kita untuk belajar sesuatu darinya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama dimasa-masa akan datang.- SPR

Betoi kata bapak dia, ramai yang simpati kat Sayfool... kahkahkah...

Posted: 12 Jan 2012 05:30 AM PST

Untungnya Hassan Ali, dapat surat bergundi gundi...

Posted: 12 Jan 2012 04:35 AM PST

Surat Terbuka Untuk Dr Hassan Ali

Oleh: smart

Assalamualaikum; Dr, saya amat berasa sedih dengan berita pemecatan Dr. Saya berasa begitu kecewa dan saya rasa macam ada yang tak kena dalam hal ini. Namun, saya masih berlapang dada kerana ini adalah kehendak jemaah. Saya kata kehendak jemaah adalah kerana jemaahlah yang memilih mereka.

Apalah yang dapat saya buat selain daripada berdoa dengan mengharapkan petunjuk Allah. Saya harapkan agar Dr. bersabar dan sentiasa memohon perlindungan Allah. Siapalah saya ini untuk mengeluarkan kata-kata itu kepada Dr. Dr, merupakan pakar motivasi. Buku-buku yang Dr. tulis dan terbitkan bukannya sebuah dua.

Untuk makluman Dr, saya adalah antara peminat Dr. Saya begitu berminat dengan ceramah Dr. Jika Dr datang ke Negeri Sembilan, insyaAllah saya akan turut hadir untuk mendengar ceramah Dr. Tak cukup dengan itu, saya akan beli kaset-kaset yang mengandungi ucapan Dr.

Pada hemat saya, bukan saya sahaja yang berbuat begitu, malah ramai lagi yang seperti saya. Mereka juga bukan calang-calang orangnya. Mereka begitu menghormati perjuangan Dr.

Dr,
Saya juga amat kecewa. Malah terkejut. Memang saya tak sangka, sungguh tak sangka. Sebagai pejuang Islam, Dr. mengungkit-ungkit akan kononnya jasa-jasa Dr. yang lepas-lepas. Habis Dr.! Habis!

Bukan saya orangnya untuk menghukum dalam urusan dosa dan pahala. Tetapi itulah yang saya telah pelajari di dalam kuliah-kuliah agama. Saya tak mahu menghuraikannya dengan lebih panjang kerana saya rasa Dr. lebih maklum.

Sapa pulak yang MSO tibai nih... kahkahkah...

Posted: 12 Jan 2012 02:50 AM PST

Ada Orang Kecewa Bila Anwar Dibebaskan

Pembebasan Mahkamah Tinggi ke atas Anwar Ibrahim terhadap dakwaan meliwat semalam disambut sorakan kegembiraan dan leraian air mata oleh keluarga dan para penyokongnya tetapi sebaliknya tidak begitu kepada bekas-bekas rakan dan pendolor perjuangnya sebelum ini yang sudah mendapat sejemput rezeki hasil pembalunan mereka terhadap Anwar.

Jelas sekali mereka itu kecewa dengan keputusan mahkamah itu. Kalaulah mereka berkuasa dan mampu berbuat mereka akan bakar mahkamah dan gantung hakim yang membuat keputusan itu. Salah seorang daripadanya bertekad untuk terus menghalang Anwar dari menjadi perdana menteri.

Sombong dan takabur sekali hamba Allah ini. Dia bercakap seolah-olah Tuhan hanya akan mendengar doa dia seorang saja dan Tuhan tidak akan memalingkan wajah kepada orang lain yang bersimpati dengan Anwar. Orang seperti ini selalunya akan mati beragam dengan ketaksuban kepada kehebatan dirinya sendiri yang sebenarnya tidak sejauh mana pun. Dia akan jadi seperti bawang yang rosak kerana jambaknya sendiri. (Kegoaan).

Terang bersuluh bahawa sikap manusia itu bukan saja tidak profesional tetapi dipengaruhi syaitan yang senantiasa mengajak supaya bergaduh dan berbalah sesama sendiri. Macam mana mereka sendiri bercita-cita untuk jadi MB kalau jiwanya kecil dan dhaif dalam berpolitik. Orang seperti ini akan tewas sebelum tiba hari penamaan calon.

Bila dia masuk politik dia tidak perlu seperti berada di rumah. Di rumah dia boleh berkasar dengan isteri dan boleh tempeleng sampai berdarah pipi. Itu hak dia secara peribadi. Tetapi bila terjun dalam politik kena fleksible dan prof, sifat-sifat peribadian yang jelek kena dibuang.

Dendam yang membabi buta disebabkan kita kecewa kerana kelemahan kita sendiri tidak boleh dibawa ke dalam politik. Kalau sikap itu menjadi pakaian dan amalan selamanya kita tidak akan muncul menjadi pemimpin yang berwibawa dan disanjung tinggi. Orang yang merajuk meninggalkan pejuangan kerana tidak senang dan cemburu dengan orang lain juga bukan calon pemimpin yang hebat. Taraf mereka hanya pemimpin jambtan.

Anda rakan-rakan Anwar yang membakar kaki seluar itu hendaklah berhenti menggunakan dendam peribadi untuk mencemuh Anwar. Dunia tidak akan dengar apa yang anda cakap sekali pun benar dengan cara dan tindakan anda itu. Sebabnya orang semua tahu dan kenal siapa anda semuanya. Andalah di antara orang yang menyusun konspirasi untuk menganiayaan dan memalukan Anwar.

Bukankah anda yang seorang ini menjadi raja dan merasa berkuasa semasa Anwar menjadi TPM dulu. Bukankah anda seorang yang sombong dan angkuh menyakini Anwar akan menjadi PM pada bila-bila masa saja dan tidak memerlukan apa-apa pertolongan lagi. "Tidak payah sheikh Anwar akan jadi PM bila-bila masa, kuasa sudah dalam genggaman," itu kata anda. Saya yakin anda tidak pasti dengan kesombongan anda itu.

Apakah anda akan menggunakan alasan anda tidak tahu keperibadian Anwar maka anda membenci dan menyerang Anwar balik. Adalah bohong. Seburuk-buruk bohong adalah berbohong kepada diri sendiri. Bohong kalau anda tidak tahu dan apa yang anda tahu saya percaya adalah kebaikan yang anda perlu sanjung hingga ke hari ini.

Lakukanlah dan halanglah Anwar dari jadi PM. Kuasa menghalang bukan ditangan anda, ia ditangan Tuhan dan rakyat. Hari ini rakyat sudah siap sedia untuk mengangkat Anwar ke darjat yang sepatutnya. Kalau Allah sudah mentakdirkan demikian jika anda mengaku anda diliwat Anwar pun, Anwar tetap akan jadi PM. Pilihan raya umum adalah masa yang akan tiba untuk itu.

Saya yakin Anwar dan rakan-rakan anda yang masih setia tidak mengharapkan anda. Tetapi mereka mungkin mahukan anda berhenti merapu dan meroyan sendiri kerana bimbang ia akan memusnahkan kehidupan dan kewibawaan anda selama ini. Saya diberi tahu anda telah menangis menyesali tindakan anda tetapi sayang hari sudah senja untuk anda kembali semula ke pangkal akidah.

Bersikap profesional dan gentlemenlah. Dan kalau mahu kenanglah budi dan jasa Anwar kepada anda. Apa yang Anwar telah korbankan untuk anda rasanya belum tersatasi oleh Najib Razak yang anda dolor hari ini. Kalau Anwar telah memberikan nasi sekawah kepada anda, Najib hanya memberi anda nasi setempurung saja. Anda fahamlah sendiri di mana anda dan apakah status anda hanya menerima nasi dalam tempurung.

Bagaimana pun selamat menghalang Anwar untuk jadi perdana menteri kerana itu adalah kerja terbaik buat anda setelah anda kini tidak boleh mundur atau u-turn kepada jalan benar semula. Dalam politik yang diamalkan di negara ini tindakan anda itu halal, tetapi adat, budaya dan agama mungkin tidak membenarkannya.

Menteri jaga Agama pun kencing berlari... kahkahkah...

Posted: 12 Jan 2012 01:00 AM PST

BUKTI SALAHGUNA WANG ZAKAT MAIWP


Saya pada hari ini tampil dengan bukti-bukti dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum selama ini.

Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.


****************************

Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera.

KEADILAN memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini. Saya akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan kes salahguna wang zakat ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Video: Anak-anak Anwar Ibrahim sampaikan penghargaan

Posted: 11 Jan 2012 11:21 PM PST

Sedap dia ni tibai Zul Kulim... kahkahkah...

Posted: 11 Jan 2012 08:00 PM PST

Penghakiman Anwar 901: Jawapan balas terhadap kenyataan Zul Kulim

Ini jawapan saya kepada posting di blog Zul Kulim tengtang komen beliau mengenai penghakiman kes Liwat Anwar.... yang saya rasa yakin tak akan diapprove beliau untuk dipaparkan dibawah posting tersebut....

YB zul..

1. mengenai mahkamah dikuasai pihak eksekutif.... ingat lagi video korek korek korek VK Linggam??? dari beberapa kes berprofil politik tinggi... selalunya mahkamah tinggi akan nampak bebas tetapi bila masuk mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan... nampak jadi pelik... macam kes MB perak - Nizar vs Zambry????

so apa nak diherankan oleh keputusan mahkamah tinggi dalam kes Anwar ni... dan apa pula citer Saiful pi jumpak Najib...?? Mula Najib nafi... tapi bila keluar gambar mengaku pula saiful pi jumpak dia kononnya nak mintak biasiswa.. tapi mintak biasiswa apa ke jadahnya pulak sedangkan saiful tu kena dissmiss dari UTP???? or anybody oleh pi jumpak Najib nak mintak biasiswa??? nak mintak masuk MRSM/SBP????? lagi satu macam mana pelajar yg di universiti sokong BN - aspirasi tapi pi jadi penolong Anwar/??? cuma Anwar je bodoh tak periksa latarbelakang orang yang nak kerja dengan dia...

2. mengenai isu paksa atau suka sama suka... bukankah si Saiful sendiri masa sumpah laknak kata dia dipaksa??? atau anda kata si saiful berbohong masa sumpak laknat tu???? Kalau suka sama suka pasai apa si saiful pi buat pemeriksaan dan report polis kata dia diliwat ???? jadi si saiful ni berbohong ke??? kalau dia berbohong.. maka lagi la keterangan dia di mahkamah tak boleh dipakai.....

yang karpal kata tu dia mengandaikan kalau liwat tu berlaku pun... si saiful ni tak boleh diterima pengsaksian dia... YB Zul... awak ni lawyer betul ke lawyer butuk?????

btw... ada beza antara air mani dan sperm.. air mani adalah medium utk sperm??? adakah DNA Anwar dalam dubur tu dari air mani atau DNA sperm??? kerana jika DNA air mani, DNA Anwar dari darah boleh dicampurkan kepada air mani orang lain dan di planted dalam dubur Saiful.. tapi kalau DNA sperm... maka ianya memang sperm atau sell dari Anwar.....

dan dari keternagan masa perbicaraan... ada DNA lelaki X dan Y... yang didedah adalah DNA lelaki Y iaitu dikatakan DNA Anwar... diapa pula lelaki X yang DNA nya ada dalam dubur Saiful????

DNA ni ada profile dia.. dan profile ni boleh disimpan dalam database macam simpan profile cap jari... so tak perlu untuk di beri sample baru kerana perbandingan DNA boleh dilakukan dari database???? (macam dibandingkan profile cap jari dgn yg ada kat jari dalam sistem biometrik) bukankah profile DNA Anwar sudah ada??? kenapa pula nak mintak sample baru??? untuk ditanam ke dubur YB Zul KUlim pulak ke?????

BTW... Mahkamah Allah adalah di padang Mahsyar.. bukan dengan buat sumpah... Allah maha mengetahui samada Anwar meliwat atau tidak.. Saiful membuat fitnah atau tidak... YB Zul Kulim dapat insentif dari UMporNO atau tidak.... hukuman Allah tu tak tunggu sampai ada sumpak dibuat..... malah Allah boleh balas di dunia ni jugak tanpa perlu dimohon, dimintak, di solat hajatkan... .....

PS.. saya ucapkan YB Zul Kulim selamat bertanding PRU13 atas tiket BEBAS... dan tak hilang wang pertaruhan (kalau UMporNO letak calon jugak utk lawan anta... yang saya percaya mereka akan melakukannya)... rajin rajin la mintak Najib tak letak calon UMporNO lawan anta nanti.... bodek bagi kuat sikit... kasi air-cond emas sikit... kipas emas tak cukup....

Tukar Tiub merapu tapi best... kahkahkah...

Posted: 11 Jan 2012 06:00 PM PST

Kalau Masih Ada Yang Tak Faham

SURAT PENCERAHAN DARI PEMBACA

waduh waduh... ramai melayu yg tak faham real politik...Hassan Ali bukan pejuang agama wuiii... Hassan Ali pejuang politik yg menggunakan agama sbg perisai politiknya... Hassan Ali nak jd MB Selangor..tak dpt kerana dihalang PR sbb bersekongkol dgn umno nak tubuh kerajaan negeri... Benci aku org bertopengkan agama utk kepentingan politik mcm Hassan Ali!
By Anonymous on HEBAT SEBAGAI PAKAR MOTIVASI PANDANGAN ... on 1/11/12

masih ada yang bebal lagi:

NAKHAIE: ADAKAH HASAN AKAN DPAT KEADILAN JIKA BUAT RAYUAN - minsider

Bekas naib presiden PAS Nakhaie Ahmad menyifatkan "perkara sama" pasti akan berulang sekiranyar Hasan Ali yang dipecat keahlian oleh PAS tanpa mengikut prosedur perlembagaan parti, mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama.

Nakhaie menegaskan prosedur pemecatan Hasan tidak wajar kerana bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak diberi peluang membela diri di peringkat jawatankuasa disiplin parti itu.

"Proses pemecatan Hasan Ali tidak wajar kerana beliau tidak diberi peluang mempertahankan diri dan adalah jelas pandangan Hasan Ali mewakili pandangan lama era kepimpinan ulama yang dianggap oleh pemimpin baru PAS sebagai sesuatu yang sudah lapuk," katanya kepada The Malaysian Insider.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH

NOTA:
dari sumber maklumat
hasan ali ini bukan pinjam
400 ribu ringgit tetapi
900 ribu ringgit dari harakah

tetapi
bukan pasal duit hutang ini
hasan ali di buang
hasan ali dibuang
kerana dia tak baca tukar tiub
kah kah kah

Apahal ngan bapak Sayfool nih...

Posted: 11 Jan 2012 04:00 PM PST

Bapa Saiful minta Peguam Negara rayu keputusan... (disini)

BAPA Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim (kiri) ketika mengadakan sidang media di rumahnya di Bandar Utama, Damansara, Kuala Lumpur, petang tadi. - Foto Chan Wai Yew

Takkan pasai gurauan ni kot...

Leganya Anwar... hihi...

Posted: 11 Jan 2012 02:30 PM PST

Anwar lega Hassan Ali Dipecat.....

Oleh: norsya

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar menyokong tindakan Pas Pusat memecat Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuat kuasa serta- merta semalam.

Sokongan itu disuarakan Anwar sewaktu sesi ceramahnya sempena Gerakan Bebas Anwar 901 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang dihadiri kira-kira 5,000 ribu hadirin, malam tadi.

"Eloklah Hasan dipecat. Dasar Pakatan Rakyat (PR) bukanlah perkauman tetapi mengangkat semua kaum," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas pemecatan Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta merta mengikut Perlembagaan Pas, hari ini.

Pas pusat dalam mesyuarat yang diadakan semalam telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.

Kenyataan media Pas dikeluarkan petang ini menyebut, keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Secara kebetulan, Pas mengumumkan pendirian terbaru ini tiga hari selepas Azmin meminta parti Islam itu mengambil tindakan ke atas Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia yang terletak dalam bahagian Parlimen Gombak. Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak.

Berucap sama pada ceramah itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden PKR, Tian Chua dan anak Anwar, Nurul Izzah yang juga seorang lagi Naib Presiden PKR.

Turut serta, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan Sasterawan Negara, A Samad Said."

Tiada ulasan: