Selasa, 3 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Dr Asri kira nak tibai ja... kahkahkah...

Posted: 03 Jan 2012 08:00 AM PST

Dr Asri: Dua Formula Selesai Isu Demo Upsi

SHAH ALAM : Kerajaan perlu mengadakan satu suruhanjaya bagi menyiasat kontroversi terbaru membabitkan perhimpunan menuntut kebebasan akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) semalam yang bertukar ganas, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Selain itu, pemerhati politik dari Universiti Sains Malaysia ini juga menyarankan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang sebelum ini menjadi fokus isu-isu generasi muda dan penuntut universiti, agar mengadakan satu pertemuan antara polis dan mahasisawa yang terbabit dalam perhimpunan bagi mencari jalan penyelesaian.

Asri berkata, beliau telah memberi pendapat itu kepada Saifuddin semalam, beberapa jam selepas insiden di pintu masuk utama Upsi pada awal pagi tahun baru 2012.

"Saya juga telah beri pendapat tadi (semalam) kepada Datuk Saifuddin agar berjumpa dengan ketua operasi polis dan pihak pelajar secara tertutup.

"Siasat. Bawa peguam yang baik untuk bersoal jawab. Mungkin hakikat sebenar dapat ditemui," kata bekas Mufti Perlis ini dalam satu kenyataannya awal pagi ini.

Laporan media menyebut beberapa pelajar pusat pengajian tinggi tercedera manakala 17 orang ditahan polis. Bagaimanapun kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Shukri berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

Bagaimanapun tindakan polis dikritik beberapa pihak.

Peguam-peguam yang mewakili mahasiswa terbabit bercadang mengadakan tindakan undang-undang.

Asri yang kini merupakan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford berkata, bukan semestinya pihak berkuasa bersetuju dengan tuntutan kumpulan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan, tetapi mereka tidak wajar diperlakukan sedemikian.

"Jika mahu tahan, tahan dengan prosedur yang betul, bukan pukul. Menindas mereka hanya membangkitkan sentimen kebencian kepada pihak kerajaan yang nanti tidak dapat diubati lagi.

"Kena ingat apa yang berlaku di Tunisia.

Suruhanjaya siasatan perlu dibuat. Saya di UK, diberikan pelbagai maklumat dari pelbagai pihak. Ada yang sokong, ada yang marah," katanya yang turut mengulas isu ini menerusi Twitter semalam.

Tambah beliau, "saya juga menjemput sekali lagi anggota polis di mana sahaja, membaca surat terbuka saya kepada polis yang saya tulis beberapa bulan lepas."

"Mungkin ada yang boleh diambil manfaat. Saya sedar polis juga ada tanggungjawab mereka, tapi kena cermat dan teliti," katanya lagi.

Surat itu disiarkan oleh beberapa portal pertengahan tahun lalu ketika isu perhimpunan Bersih 2.0 hangat diperkatakan.

Sambil berkata beliau terkejut melihat beberapa mahasiswa yang menyertai demonstrasi tercedera, Asri berkata, jika terbukti pihak polis yang memukul mereka, ia sesuatu yang malang bagi negara.

"Apa pun kena siasat siapa yang salah," kata beliau sambil menambah, "saya berpendapat golongan terpelajar mesti diberi ruang bersuara dengan syarat aman daripada (kejadian) rusuhan."

"Jika mereka diganggu atau dicederakan, ia petanda kezaliman sesuatu pemerintahan," katanya lagi.- SPR

Najib oii, hang teriak air mata darah pun tak guna dahh... kahkahkah...

Posted: 03 Jan 2012 06:55 AM PST

Bekas orang kanan Najib sertai DAP

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias sah menyertai DAP.

Penyertaan Ariff Sabri ke dalam DAP adalah satu tamparan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana Ariff Sabri adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004.

Beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno, kata Ariff seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.

Bercakap lanjut, Ariff yang juga seorang kolumnis di FMT berkata DAP kini 'lebih relevan' buat orang Melayu berbanding Umno.

"Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas," kata Ariff.

Tambahnya, perjuangan membela Melayu yang dijaja Umno tidak lagi meyakinkannya dan sebahagiannya berpunca daripada sikap tidak endah Umno terhadap gejala rasuah dalam pentadbiran mereka.

"Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

"Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini," kata Ariff.

Beliau juga menegaskan yang penyertaannya ke dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

"Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir," katanya.- KD

Ada lagi ka pecacai Raja Petra dalam Pakatan... haha...

Posted: 03 Jan 2012 05:00 AM PST

Kaji Semula Kerjasama Dengan Raja Petra

SEBAIK temuramah Raja Petra dengan beberapa media arus perdana menjadi hebahan massa semalam, penulis terfikir sudah sampai masanya Pakatan Rakyat mengkaji semula kerjasama yang wujud dengan pengendali portal Malaysia Today ini.

Penulis mendengar bahawa kehidupan Raja Petra di luar negara ditanggung oleh pihak-pihak yang ada kaitan dengan Pakatan Rakyat yang simpati dengan nasibnya yang dihambat tindakan undang-undang kerana menuduh Perdana Menteri dan isterinya terlibat dalam pembunuhan model Mongolia, Altantunya.

Walhal, penulis secara peribadi tidak nampak sebarang keperluan Raja Petra untuk melarikan diri kerana maklumat yang menyatakan penglibatan tersebut tidak dibuat secara langsung oleh beliau tapi berdasarkan maklumat yang dibekalkan seorang perisik tentera!! Kesalahannya (kalau ada) ialah menyiarkan berita tersebut melalui portal beritanya.

Tapi tidak mengapalah, yang penting sekarang Raja Petra sudah pun berada di luar negara sejak 3 tahun lepas bersama-sama dengan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

Satu ketika dahulu penulis memang kagum dengan Raja Petra kerana beliau punya keberanian luar biasa yang hampir sama dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor (kini Senator) yang sanggup keluar masuk penjara untuk mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim – pengorbanan yang bukan mudah dilakukan orang kebanyakan.

Tambahan pula fungsinya sebagai bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, penggerak kempen bebaskan Anwar 1 di Internet dan peranan Malaysia Today itu sendiri dalam isu berkaitan pembunuhan Altantunya, menjadikan Raja Petra begitu dekat dengan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Tapi kini penulis sedikit tidak faham apa yang menggerakkan Raja Petra untuk menentang Anwar dengan membuat pelbagai tindakan yang bertentangan seperti semalam. Mungkinkah faktor kewangan?

Kebetulan atau apa, isu liwat dan gay yang menjadi fokus Raja Petra dalam temuramah tersebut, muncul dikala keputusan mahkamah berkaitan dengan pertuduhan liwat Anwar, hanya tinggal kurang seminggu untuk diumumkan.

Penulis tidak nampak ini sebagai kebetulan tapi memang sengaja diadakan bagi memberi kelebihan kepada BN dan UMNO. Penulis tidak nampak pihak lain yang ada kepentingan melainkan 2 entiti di atas, tambahan lagi NST dan Utusan terlibat dalam mengadakan dan menyiarkan temuramah tersebut.

Tidak berapa lama dahulu, Raja Petra memberikan interview eksklusif dengan TV3 untuk menghentam Anwar dalam isu pembunuhan model Altantunya dan kaitannya dengan Perdana Menteri yang katanya adalah palsu, sengaja diadakan atas arahan Anwar.

Itu menjadikan Raja Petra ini orang yang bahaya kerana tanggapan umum yang dia adalah proksi Anwar begitu menebal dan apa jua yang ditulis olehnya mengenai Anwar adalah betul!!!

Justeru, penulis menyeru, selain apa bentuk sokongan material dan kewangan, Pakatan Rakyat juga perlu berhenti merujuk kepada Malaysia Today untuk menyiarkan maklumat-maklumat dalaman yang diperolehinya. Ini sepatutnya sudah lama dimulakan sejak Raja Petra mengadakan temuramah eksklusif dengan TV3 dahulu.

Diakhirnya nanti, rakyat tidak lagi akan melihat Raja Petra sebagai figura yang mewakili Pakatan Rakyat.

Itu bukan sahaja akan menghilangkan kelebihannya dikalangan penyokong Pakatan Rakyat yang membantu menaikkan ranking Malaysia Today malah kepada mana-mana pihak yang mungkin menyalurkan dana tambahan kepadanya sekarang (atas kelebihannya itu) bagi 'menentang' Pakatan Rakyat dan Anwar.

Sebagai ganti, portal berita sedia ada sudah cukup kuat untuk menjadi medium perantaraan walaupun Malaysia Today masih baik dari segi rankingnya dibanding dengan Keadilan Daily yang terkenal dengan pendedahan skandal yang melingkari National Fedlot Corporation (NFC).

Inilah masalah yang penulis lihat bila kita terlalu bergantung (dan menanggung?) kepada blog blog yang dimiliki individu seperti ini untuk menjadi perantara kita. Akan tiba satu masa bila mereka menggunakan kelebihan blog masing-masing untuk menentang kita semula terutama bila kehendak mereka tidak dipenuhi.- SPR

Bedebah sungguh, Najib ni kaki kencing rupanya... kahkahkah...

Posted: 03 Jan 2012 01:30 AM PST

Transformasi Politik Najib Yang Bohong dan Terus Zalim

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi."

Ni la bukti Raja Petra di beli... hihi...

Posted: 03 Jan 2012 12:00 AM PST

Wawancara RPK: Presiden MCLM letak jawatan

Presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim hari ini meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dalam media arus perdana semalam.

Dalam pengumuman dalam blognya hari ini, Haris Ibrahim berkata, wawancara Raja Petra -- yang juga jurucakap MCLM -- antara sebab untuk "keputusan sukar" itu dibuat.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).- M'kini

Video perakuan Safwan Anang dikasari Polis

Posted: 02 Jan 2012 10:00 PM PST

Pergghh... Dinsman pun tabik kat Adam Adli

Posted: 02 Jan 2012 08:00 PM PST


Syabas Adam Adli!

Oleh Dinsman

BILA diberitahu ada pelajar yang bertindak menurunkan bendera gambar Najib di PWTC, saya macam tak percaya, dan tak beri perhatian serius kepada berita itu kerana menganggap mungkin orang tersalah faham berita atau ada orang sengaja mereka-reka cerita. Saya sendiri memang tak ikuti berita, sama ada di televisyen mahupun akhbar harian.

Sehinggalah ada orang SMS kepada saya meminta carikan anak muda bernama Adam Adli, pelajar UPSI Tanjung Malim, untuk diajak ke program Paksi di Felda Sg Tengi pada 23 Disember, kerana pelajar ini seorang anak muda yang berani berkata benar.

"Paksi duk cari anak muda yang berani berkata benar, nah sekarang kita sudah ada orangnya. Adam Adli. Baca interbiu dengan dia dalam Sinar. Memang dia berani dan tak takut berkata benar. Dia yang turunkan bendera gambar Najib tu.:

Wah, rupa-rupanya memang betul ada anak muda kita yang berani bertindak senekad itu. Menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, di laman PWTC pula tu!

Tabik Adam Adli! Kamu memang berani. Baca wawancara dengan kamu itu, memang jelas kamu berani dan tahu apa yang kamu buat.

Bukan setakat aksi nakal seorang anak muda, tetapi aksi yang lahir dari suatu kesedaran dan keyakinan diri.

Alhamdulillah, kita masih ada anak muda yang boleh kita harapkan untuk berjuang kerana kebenaran dan keadilan.

Di zaman yang bukan sahaja anak-anak mudanya sudah kehilangan semangat perjuangan tetapi orang-orang dewasa yang intelektual, ilmuan, ulama dan budayawan pun semuanya sudah menjadi manusia materialis yang tanpa kesedaran kebenaran kecuali segelintir sahaja, kita berasa sangat lega apabila muncul seorang yang seperti Adam Adli ini.

Ya betul, saya jadi macam tak percaya pada berita itu pada mulanya bukanlah kerana apa, kerana sudah terlalu lama melihat masyarakat kita yang semakin hari semakin hilang kesedaran terhadap harga diri, semakin hilang kesedaran terhadap kepentingan dan makna kebenaran dan keadilan, semakin tidak mempedulikan apapun yang terjadi di sekeliling, dan semakin mementingkan kesenangan hidup materialis.

Melihat kawan-kawan yang ramai di kalangan penulis, budayawan, ilmuan, intelektual dan agamawan pun semakin tidak mempedulikan kemungkaran yang dilakukan oleh tokoh-tokoh pimpinan dalam pelbagai bidang (bukan sahaja politik), menyebabkan kita seperti tidak mahu berharapan lagi.

Berjuang tetap berjuang, tetap meneruskan perjuangan, dan tetap positif dengan perjuangan.

Tetapi oleh kerana realiti yang dihadapi hari-hari nampaknya seperti tidak juga membawa perkembangan yang diharapkan, maka harapan pun jadi seperti sudah membeku.

Seniman Paksi Rakyat (Paksi) sebenarnya tidak pernah berhenti berusaha mencari sahabat-sahabat seniman dan budayawan yang masih punya kesedaran terhadap kebenaran, terutamanya di kalangan anak muda (dipelopori Rozan dan Benz). Maka itulah apabila tercetusnya peristiwa berani seorang pelajar menurunkan bendera gambar Perdana Menteri itu, kawan-kawan pun SMS mencadangkan supaya Paksi mencarinya untuk diajak bergabung dalam aktiviti-aktiviti seni-budaya Paksi.

Memang itu suatu peristiwa besar sebenarnya. Terima kasih Sinar kerana menangkap saat penting peristiwa itu dan memberi ruang untuk anak muda itu menyatakan gejolak rasa-fikir dan semangat "berani kerana benarnya" itu; walaupun ramai 'orang dewasa' dan pemimpin establishment yang marah dan menuduhnya tidak beradab dan sebagainya.

Saya mengambil kesempatan ini menyatakan sokongan dan hormat kepada tindakannya yang sebenarnya sangat diharapkan dan sangat diperlukan oleh masyarakat kita hari ini. Ramai orang yang suka nak buat perkara macam itu sebenarnya, tetapi hanya seorang yang ada keberanian melakukannya. Syabas!

Hormat dan terima kasih juga kepada ayah dan ibunya yang bukan sahaja memahami tindakan anaknya itu, malah menyokongnya.

Kebetulan pula peristiwa ini terjadi di saat PAS sedang menghadapi suatu masalah rumit yang ditimbulkan oleh seorang Dr Hasan Ali, yang pernah menjadi Naib Presiden PAS, Pesuruhjaya Negeri Selangor, dan masih menjadi seorang Exco kerajaan negeri Selangor.

Entah bagaimana, saya tibatiba berasa peristiwa Dr Hasan Ali itu tidaklah begitu penting lagi, dibandingkan dengan peristiwa Adam Adli ini. Yang itu merosakkan harapan, yang ini pula membawa harapan baru. Penting lagilah harapan baru ini. Tenggelamlah berita Dr Hasan Ali yang cuba menarik perhatian umum dengan tindakannya menghentam pimpinan PAS itu.

Ya betul, seperti SMS Cikgu Khairuddin Masjid Batu kepada saya, katanya: "Bagi saya isu Dr Hasan hanya isu kecil yang bersifat setempat. Tidak akan berlaku perpecahan dalam PAS. Apa saja tindakan beliau sama ada keluar atau tidak, tak menjadi kudis bagi PAS."

Kata Pengerusi Masjid itu lagi: "Ahli-ahli PAS telah biasa kehilangan pemimpin yang lebih besar dan pengaruh yang lebih kuat, seperti Asri Muda dan Nakhaei. PAS tetap utuh dan bertambah kuat."

Betul, kita boleh lupakan saja isu Hasan Ali itu dan beri perhatian kepada kemunculan semangat baru seperti yang dibawa oleh Adam Adli ini.

Harapan yang membeku pun jadi cair dan segar semula. Semoga ia adalah suatu permulaan bagi sesuatu yang lebih bermakna, di ambang pilihan raya umum yang semakin dekat ini, memberi kekuatan baru yang lebih berkualiti lagi kepada PAS. Atau seperti kata Adam Adli: Kita mahu "merasakan kemenangan" yang kita inginkan itu! Insya- Allah.

Wanita wajib baca kalau nak 'Cool'

Posted: 02 Jan 2012 07:30 PM PST

WANITA... Berhentilah Merokok.....

Selamat malam dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam. Hurm, seperti mana tajuk di atas entry kali ini adalah berkaitan dengan isu rokok. Jika isu lelaki merokok memang sudah menjadi kebiasaan. Tapi bagaimana pula persepsi anda terhadap golongan wanita yang merokok?

Tahukah anda bahawa lebih ramai remaja wanita yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi 'cool'. Persoalannya 'Cool' ke wanita hisap rokok?

Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada tahun 203 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.

Kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan budaya Barat, filem, Laman web dan Internet, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih 'cool' jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. "Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan," katanya.

Mai pakat tengok maskot politik UMNO... kahkahkah...

Posted: 02 Jan 2012 06:00 PM PST

Rosmah Dan Lembu Adalah Dua Maskot Politik

Oleh Mohd Sayuti Omar

Orang Umno yang besar-besar nampaknya semua ada penyakit atau liabiliti tersendiri. Liabiliti ini tentu akan dijadikan isu pada pilihan raya akan datang. Walaupun liabiliti atau isu peribadi ini tidak manis dan tidak profesional dijadikan modal untuk menyerang di antara satu sama lain, tetapi nama lagi politik ia tidak akan mengenal siapa mangsanya dan pemainnya akan menggunakan apa jua senjata termasuk bola api.

Dalam politik kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan, putaran itu berterusan sepanjang masa akan berterusan zaman berzaman selagi ada politik. Sebab itu ada orang mengatakan politik itu kotor yang dikotorkan oleh pamancunya.

Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat, tokoh-tokoh mereka selain dari Anwar Ibrahim ada isu atau penyakitnya. Masing-masing ada liabiliti atau pun tanggungjawab yang boleh membawa kerugian.

Buat permulaan biarlah saya menyenaraikan isu-isu atau penyakit yang dihidapi oleh ahli politik di sebelah Umno dulu. Saya mulakan dengan orang nombor satu Umno Ha Najib Razak. Apakah penyakit Najib Razak? Dia bukan seorang penghidap barah tulang atau barah darah yang kronik (leukemia) seperti arwah bapaknya.

Tetapi penyakit atau pun isu yang membelenggu Najib ialah isterinya, Rosmah Mansor. Peranan, pengaruh dan juga gila glamour Rosmah akan menadi liabiti kepada Najib. Pergilah ke mana-mana dan tanya siapa orang akan mengatakan Najib bagus, tetapi isteri yang buruk. Wanita yang berparut di dahi itulah pembawa masalah dan sialnya.

Bekas seorang pemimpin tertinggi negara jiran pernah menyebut tentang Najib. Katanya kalau Najib hendak jadi PM dia harus menceraikan Rosmah Mansur. Nauzubalihiminazalik. Tidaklah kita memaksa Najib sampai ke situ tetapi cemuhan orang kepada Rosmah yang merosakan reputasi Najib sampai ke tahap itu. Ertinya Rosmah dengan gelagat, fiil dan perangainya menjadi masalah kepada Najib.

Kesimpulannya Najib tidak rosak dengan harta, dengan lembu tetapi rosak oleh isterinya sendiri yang gila glamour dan bertindak lebih sudu dari kuah. Saya yakin dalam pilihan raya nanti Rosmah akan menjadi isu untuk memburukkan Najib bin Razak. Poster Rosmah bersama cincin, selonggok kasut, beg tangan berjenama atau gaya dia sedang 'berkhasidah' di depan karaoke akan dipamirkan seluas-luasnya.

Seperti saya kata tadi kandati isu atau liabiliti bersifat peribadi itu tidak manis, tetapi nama lagi politik ia tetap akan dimain dan akan dipusing bagaikana piring hitam lama. Makanya Rosmah akan menjadi 'algojo' kepada politik Najib dalam pilihan raya kelak. Rosmah adalah maskot politik Najib.

Orang kedua yang akan berbelit dengan isu peribadi ialah Sharizat Jalil. Isu yang akan ditaburkan kepada Sharizat ialah isu projek lembu gemuk (NFC) yang diuruskan oleh suaminya, Mohamad Salleh. Walaupun Sharizat tidak terlibat tetapi kerana Mohamad Salleh suaminya, dan para pengarah di syarikat NFC itu anak-anaknya yang bergaji sampai RM40,000 sebulan, Sharizat tidak dapat lari dari isu lembuk gemuk itu.

Sudah lumrah dalam politik orang akan selak bukan saja setakat lengan tetapi sampai ke paha sekali. Sebab itu kalau kita ada kudis, panau, kurau dan jerawat... jangan sesekali cuba hendak masuk politik. Apa lagi kalau kita mempunyai rekod buruk, main dengan isteri orang, ambil isteri orang, bawa lari anak muda dan sebagainya, ia akan mengancam kita. Satu hari kisah-kisah lama yang sudah berlapuk dalam surat itu akan diungkit balik.

Tentang isu yang membelenggu Sharizat, bersumpah laknatlah Sharizat di 100 masjid di seluruh negara hatta termasuk masjidi Haram di Makkah dan masjid Al Aqsa di Palestin, orang tidak percaya. Selagi tudung kepala Sharizat tidak menutup rambutnya ussahlah bersumpah dan mengatakan tidak. Bau hamis tahi lembu dan lendir air liurnya tetap 'terselet' kepadanya.

Sharizat kena tanggung dan pukul liabiliti itu. Kalau takdir dia bertanding lagi dalam pilihan raya ke-13 nanti pasti banting kempen di pihak Pakatan Rakyat akan penuh dengan foto-foto lembu, gambar banglo di Bangsar dan juga di Singapura. Justeru maskot politik bagi Ketua Wanita Umno itu selama dia berkecimpungan dalam politik ialah LEMBU.

http://msomelayu.blogspot.com

GEMPAR!! Umno dah mati kutu... kahkahkah...

Posted: 02 Jan 2012 04:00 PM PST

Bekas Orang Kanan Najib Sertai & Bakal Bertanding Atas Tiket DAP

DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (kanan), yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias (kiri), veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke , yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

"Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami," kata Ahli Parlimen Rasah ini.

Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.

Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil "Rakan Pulau Pinang" yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.

"Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli," katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.

Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.

Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.

Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.

Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.

Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini. -TMI

Bedebah betoi: Pengantin dipaksa jadi pelacur

Posted: 02 Jan 2012 02:30 PM PST

SAHAR (tengah) bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Wanita Afghanistan, Husn Banu Ghazanfar (kanan) ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Kabul semalam.Polis selamatkan Sahar Gul selepas jiran dengar jeritan meminta tolong

KABUL: Seorang remaja berusia 15 tahun diseksa dengan teruk selain dikunci di dalam tandas oleh keluarga suaminya beberapa bulan lalu selepas enggan menjadi pelacur, kata pihak berkuasa semalam.

Sahar Gul berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan daripada sebuah rumah di wilayah utara Baghlan minggu lalu, selepas jiran melaporkan mendengar tangisan Sahar yang merintih kesakitan.
Polis Baghlan berkata, keluarga mentua Sahar mencabut kuku dan rambutnya serta menguncinya di bilik air bawah tanah yang gelap kira-kira lima bulan, tanpa memberi makanan dan air yang mencukupi.
"Keluarga suaminya turut menderanya dengan mencucuh api rokok dan menggunakan playar untuk merobek dagingnya.

"Mangsa berkahwin tujuh bulan lalu dan berasal dari wilayah Badakhshan. Keluarga mentua cuba memaksanya melacur untuk mendapatkan wang," kata Ketua Hal Ehwal Wanita di Baghland Rahima Zarifi kepada Reuters.

Walaupun sukar bercakap, Gul berupaya memberitahu media mengenai pengalaman ngeri yang dilaluinya selama dikurung keluarga mentua.

"Selama beberapa bulan saya dikurung dalam tandas oleh keluarga mentua terutama ibu mentua saya," katanya.
Gul ditemui dengan keadaan tubuhnya dipenuhi parut dan lebam manakala sebelah mata masih bengkak dan tertutup enam hari selepas diselamatkan.

Menurut doktor, mangsa dirawat di sebuah hospital kerajaan di sini, namun dia mungkin terpaksa dihantar ke India.

"Ini adalah satu daripada kes terburuk keganasan yang berlaku ke atas wanita Afghan.

"Penjenayah perlu dihukum supaya yang lain dapat belajar daripada kesilapan," kata Menteri kesihatan Suraya Dalil kepada media selepas melawat Gul bersama menteri hal ehwal wanita.

Seorang pegawai polis kanan di Baghlan Mohammad Zia, yang membantu menyelamatkan gadis itu berkata ibu mentua dan kakak iparnya sudah ditahan bagaimanapun suami dan bapa mentuanya melarikan diri.

"Kami sudah melancarka usaha untuk menangkap suami dan pihak lain yang terbabit," kata Zia. – Reuters/Agensi.

Tiada ulasan: