RAKYAT MARHAEN |
- Human Rights Watch: AG should not appeal
- KUIN
- PRU 13 - Pengundi Berbelah Bagi Di Perak
- RU 13 : Tiada Biometrik, Kata SPR
- NFC: Soi Lek pun bidas Shahrizat
- Prof Khoo: Saya tak kata kita tak boleh terima legenda.....
- Can Bersih clean-up EC?
- 'Good boy' Soi Lek defends Najib: It was Shahrizat's fault NFC blew up in Umno's face
- Rumah Anwar Dikunjungi Semula....
- PKNS siasat kakitangan rasuah
- Pakatan tawan Putrajaya jika satu lawan satu
- Sekarang Hassan Ali merasakan Umno parti terbaik di dunia, tapi sampai bila?
- Hilangnya semangat Muhyiddin, berhati-hati dikala Umno sedang bertelagah sesama sendiri
- 901 explosives: Mark of an expert
- PM jamin Pertahan Tanah Warisan Melayu Kg. Puah. ....... lepas tue jadi macam Kg.Baru...!!!!
- 2 Bayi Maut di Pusat Asuhan - Pasukan Khas bakal Siasat.
- Masihkah kau ingat (Part 2)
- Masihkah Kau Ingat (Part 1)
- Kg Berembang final battle
- Robohnya Surau Kg. Berembang Kerana Pengkhianatan UMNO 3
- Robohnya Surau Kg. Berembang Kerana Pengkhianatan UMNO 2
- Robohnya Surau Kg. Berembang Kerana Pengkhianatan UMNO
- Masjid RTB Bujal, Kemaman
- We Have The Best Agung But The Worst Ever PM
- Kisah najib dan Islam Wasatiahnya
Human Rights Watch: AG should not appeal Posted: 20 Jan 2012 09:05 PM PST The Human Rights Watch says the decision to appeal would allow government to interfere in the judiciary. PETALING JAYA: US based NGO, Human Rights Watch criticised the Attorney General's (AG) Chambers for filing an appeal in Opposition Leader Anwar Ibrahim's Sodomy II trial.HRW's Asia division deputy director, Phil Robertson, in a statement, said that the end of the trial allowed a way out for the government to bow out gracefully. "The trial court gave the government a chance to bow out gracefully from Anwar's politically motivated prosecution. It's very unfortunate that they didn't take it." The criticism following the AG's Chambers move to file an appeal yesterday evening. Anwar was acquitted from the charges of sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, on January 9. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 20 Jan 2012 09:03 PM PST Oleh Muhammad Sanusi Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama. Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera. Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah : Read More / Baca Lagi >> |
PRU 13 - Pengundi Berbelah Bagi Di Perak Posted: 20 Jan 2012 08:59 PM PST SHAH ALAM, 21 Jan: PIliharaya Umum ke 13 akan menyaksikan pertarungan sengit di Perak berdasarkan sebuah kajian yang mendapati sokongan pengundi Melayu untuk Barisan Nasional semakin meningkat namun sokongan pengundi Cina untuk Pakatan Rakyat juga mantap. Kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati sokongan pengundi Melayu untuk Barisan Nasional di Perak adalah 56 peratus manakala sokongan pengundi Cina untuk Pakatan Rakyat adalah 48 peratus. Read More / Baca Lagi >> |
RU 13 : Tiada Biometrik, Kata SPR Posted: 20 Jan 2012 08:57 PM PST PETALING JAYA, 21 JAN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan sistem pengesahan pengundi secara biometrik pada masa akan datang walaupun ia tidak akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sebaliknya suruhanjaya itu akan memberi tumpuan bagi menilai keberkesanan, kebaikan dan keburukan penggunakan dakwat kekal pada pilihan raya akan datang. |
NFC: Soi Lek pun bidas Shahrizat Posted: 20 Jan 2012 08:53 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Jan: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, dengan pendedahan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil sewajarnya tahu tindakan yang harus diambil. Tidak menyebut secara jelas sama ada tindakan tersebut adalah 'meletakkan jawatan', namun Soi Lek berkata Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang melaporkan porojek itu bermasalah. Apatah lagi katanya selepas pendedahan itu, beberapa pihak termasuk dari BN sendiri mendesak beliau meletakkan jawatan. Read More / Baca Lagi >> |
Prof Khoo: Saya tak kata kita tak boleh terima legenda..... Posted: 20 Jan 2012 08:50 PM PST Ahli sejarah Prof Khoo Khay Kim menjelaskan beliau tidak pernah berkata yang kita harus mengetepikan lagenda yang "tidak terbukti" seperti Hang Tuah atau Hang Li Po, tetapi sebaliknya mahu sejarah rasmi memberi tumpuan kepada tokoh-tokoh sejarah yang lebih relevan. "Bukan saya kata kita tidak boleh terima legenda dan mitos. Jika masyarakat telah menerima satu mitos selama beberapa abad maka mitos itu telah jadi tradisi. "Kalau sudah jadi tradisi, biasanya kita tidak akan mempersoalkannya lagi. Tapi kita boleh persoalkannya," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini kelmarin. Katanya, ahli sejarah perlu menyampaikan kebenaran dalam sesuatu peristiwa atau maklumat sejarah seperti dalam soal kewujudan Hang Tuah. "Kalau nak masukkan dalam buku, kita boleh kata 'mengikut legenda, misalnya. Perkataan yang biasa digunakan, ialah pernah ada seorang laksamana bernama Hang Tuah. Bila kita akui itu sebagai legenda, tiada masalah." Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 20 Jan 2012 07:59 PM PST The time has come for Bersih 3.0 because let us face it: the BN federal government is certainly not going to improve the electoral system as it will mean their downfall from political power. As for KL-Federal Territory, indications are that the status quo remains with only the seats of Setiawangsa, Putrajaya and Labuan still eluding Pakatan's grasp. However, all these are merely ground reports. But the actual situation after the votes are counted may produce totally different results. And this due to none other than the ever-powerful spoiler, the Election Commission (EC). Read More / Baca Lagi >> |
'Good boy' Soi Lek defends Najib: It was Shahrizat's fault NFC blew up in Umno's face Posted: 20 Jan 2012 07:52 PM PST The Barisan Nasional (BN) government, particularly embattled minister Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, handled the National Feedlot Centre (NFC) controversy poorly, causing the public to perceive the project as "real rotten", says Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Read More / Baca Lagi >>The MCA president said Shahrizat was "poorly advised" on the matter after it was highlighted in the Auditor-General's Report 2010, adding that, as a senior minister, she should have known what to do when faced with resounding calls for her resignation. "They should have caught the bull by the horns in the early days. First, by having an audit. Having an open book about it," Dr Chua said at the MCA headquarters in Kuala Lumpur. He noted that the RM250 million federally-funded NFC project "has problems",which was further exacerbated by the opposition's "spinning" in the media. |
Rumah Anwar Dikunjungi Semula.... Posted: 20 Jan 2012 07:51 PM PST Pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II benar-benar melonjakkan semangat rakyat khasnya penyokong Pakatan Rakyat. Betapa tidak, mereka yang sebelum ini menyepi atau memerhati dari jauh mengenai nasib dan masa depan politik Anwar kini sudah mendekati balik, kembali semula menjadi tetamu setia Anwar. Mereka telah mendapat suntikan dan keyakinan baru dari pembebasan Anwar itu. Tiga tahun - sepanjang perbicaraan tuduhan liwat II itu pengaruh atau sokongan ke atas Anwar agak berkurangan. Penyokong jadi tidak berapa bersemangat, kecuali mereka yang setia kepadanya. Majlis solat hajat dan munajat yang diadakan setiap malam Jumaat di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur tidak semeriah semasa Anwar di pecat dari Umno 3 September 1998. Ketika itu penyokongnya berkampung dan berkhemah di rumah Anwar di Bukit Damansara. Solat hajat dan munajat dihadiri ratusan penyokong dan keluarga terdekatnya. Persekitaran rumah Anwar umpama 'jenawari', (pesta kenduri). Perkarangan rumah bakal PM itu juga menjadi medan tempat para peniaga seperti buku, kaset dan cenderamata refomasi mencari rezeki. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 20 Jan 2012 07:48 PM PST `PKNS merupakan sebuah organisasi yang berintegriti dan telus kerana ini merupakan antara kod etika organisasi kami.'. PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulakan siasatan dalaman secara menyeluruh dan tindakan tatatertib terhadap mana – mana kakitangan yang terlibat dengan rasuah."PKNS merupakan sebuah organisasi yang berintegriti dan telus kerana ini merupakan antara kod etika organisasi kami. "Oleh yang demikian sebarang bentuk salah laku merupakan satu perkara yang amat serius," kata Pengurus Besar PKNS, Othman Omar ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian semalam yang bertajuk 'SPRM Tahan Kakitangan PKNS'. Beliau turut menambah bahawa pihak pengurusan PKNS akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan. |
Pakatan tawan Putrajaya jika satu lawan satu Posted: 20 Jan 2012 07:34 PM PST Andaian ini berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008, kata Mohamad Sabu. PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan menang dan membentuk kerajaan persekutuan baru jika parti itu meletak hanya seorang calon menentang BN dalam pilihan raya umum 13.Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, andaian ini berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008. Katanya, Pakatan Rakyat menawan lima negeri – Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan mengekalkan Kelantan. Bagaimanapun, Perak kembali ke pangkuan BN ekoran tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti pada 2009. "Jika satu lawan satu, Putrajaya boleh bertukar tangan," katanya. Tidak takut Pemimpin popular PAS itu berkata, masyarakat bukan Islam sudah tidak takut dengan parti Islam itu. Menurutnya, penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS telah memecah pemikiran rakyat bahawa kerajaan BN boleh dikalahkan di peringkat Putrajaya. Bila mereka mengundi PAS, lima negeri itu tumbang, tambahnya. "Rakyat melihat Putrajaya bileh dikalahkan," kata Mohamad. Pilihan raya umum 2008 merupakan kejayaan paling besar pembangkang dalam sejarah pilihan raya negara. |
Sekarang Hassan Ali merasakan Umno parti terbaik di dunia, tapi sampai bila? Posted: 20 Jan 2012 07:33 PM PST Hassan Ali sangat marah buat masa ini dan sebetulnya dia marah. Dengan pilihanraya akan menjelang tidak lama lagi, beliau harusmencari jalan untuk kekal relevan dan diambil sebagai calon. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau baru sahaja dipecat daripada PAS dan reputasi beliau sekarang agak tercalar. Beliau dituduh menjadi sebagai 'katak' dan dimotivasikan oleh wang. Hassan sekarang sedang bekerja keras untuk mencari jalan untuk diambil sebagai calon parlimen supaya dia tidak perlu berpisah dengan faedah dan kelebihan yang disediakan untuk ahli parlimen. Sudah tentunya PAS tidak mahu apa-apa lagi kaitan dengan beliau begitu juga PKR dan DAP. Jadi, Hassan terpaksalah meminta simpati kepada UMNO. UMNO pula, yang sememangnya bermotifkan wang akan membiarkan beliau terus meminta dan menggunakan beliau sepenuhnya sebelum menolak beliau ke tepi, sama seperti sampah sarap UMNO yang lain seperti Zahrain Hasim, Zul Noordin, Hee Yit Foong, Keshvinder Singh, Tan Tee Beng dan yang sewaktu dengan mereka. |
Hilangnya semangat Muhyiddin, berhati-hati dikala Umno sedang bertelagah sesama sendiri Posted: 20 Jan 2012 07:33 PM PST Muhyiddin Yasin telah menjadi seorang yang kurang bersemangat sejak kebelakangan ini. Anda mungkin bertanya, apa yang telah menjadikannya begitu kurang bersemangat – dalam kebanyakan perkara ! Suka atau tidak, Timbalan Perdana Menteri dan orang nombor 2 Umno yang sudah berusia 64 tahun itu terpaksa juga bertindak balas. Lambat laun, beliau perlu membuat keputusan sama ada masih mahu mejadi lembu cucuk hidung untuk mantan perdana menteri Mahathir Mohamad atau tidak. Jika diamati keadaan sekarang, Muhyiddin kini menghadapi dilema besar. Beliau enggan melepaskan jawatannya dan pada masa yang sama tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan yang semakin menjadi-jadi antara Mahathir dan Najib. Hanya sekadar orang nombor dua sahaja, Muhyiddin sedar beliau tidak mempunyai hak untuk memberi komen tentang isu-isu negara. Najib tidak memerlukan dia untuk membuat keputusan dalam perkara-perkara yang kritikal. Apa yang telah diputuskan oleh Najib adalah hak Najib seorang sahaja. |
901 explosives: Mark of an expert Posted: 20 Jan 2012 07:31 PM PST A former military men said all explosives would carry its maker's signature and the police with its resources should have nailed the culprit by now. PETALING JAYA: The explosions at the Anwar Ibrahim sodomny case verdict has the signature of a professional, according to a former military explosive expert.Because of this the former militarty man is surprised that after two weeks the police have not been been able to investigate and arrest those involved in the explosions. "If I had the forensic evidence and the police's resources, I could have at least delivered a list of suspects within 24 hours," he said. The explosives expert said that based on signature of the Improvised Explosives Device (IED), the police should have been to able to identify the culprit. "You and I can make chocolate cakes, but each of us will have our own signature ways of doing it which would differentiate yours from mine. Read More / Baca Lagi >> |
PM jamin Pertahan Tanah Warisan Melayu Kg. Puah. ....... lepas tue jadi macam Kg.Baru...!!!! Posted: 20 Jan 2012 07:27 PM PST KUALA LUMPUR, 20 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Kampung Puah akan terus dipelihara sebagai salah sebuah kampung warisan di Kuala Lumpur. Najib menjelaskan beliau telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berunding dengan syarikat pemaju, Aamin Development Sdn Bhd, supaya mengambil kira hasrat penduduk dalam merangka pembangunan. Read More / Baca Lagi >> |
2 Bayi Maut di Pusat Asuhan - Pasukan Khas bakal Siasat. Posted: 20 Jan 2012 07:24 PM PST KUALA LUMPUR 21 Jan. - Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan, di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, kelmarin dan laporan hasil siasatan itu akan diumumkan kepada orang ramai selepas diterima Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 20 Jan 2012 07:18 PM PST |
Posted: 20 Jan 2012 07:18 PM PST |
Posted: 20 Jan 2012 07:16 PM PST |
Robohnya Surau Kg. Berembang Kerana Pengkhianatan UMNO 3 Posted: 20 Jan 2012 07:13 PM PST |
Robohnya Surau Kg. Berembang Kerana Pengkhianatan UMNO 2 Posted: 20 Jan 2012 07:13 PM PST |
Robohnya Surau Kg. Berembang Kerana Pengkhianatan UMNO Posted: 20 Jan 2012 07:13 PM PST |
Posted: 20 Jan 2012 07:11 PM PST |
We Have The Best Agung But The Worst Ever PM Posted: 20 Jan 2012 07:03 PM PST |
Kisah najib dan Islam Wasatiahnya Posted: 20 Jan 2012 06:59 PM PST Ini fakta , zaman Tunku Abdul Rahman beliau memperkenalkan musabaqah al-Quran, manakala zaman Tun Hussein Onn memperkenalkan Bulan Dakwah. zaman pemerintahan mahathir pula dia Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Tun Abdullah Badwi Islam Hadhari pula diperkenalkan. Najib sedar itu, untuk tarik dan pikat hati pengundi melayu menjelang PRU13 ini sesuatu harus dilakukan, sesuatu perlu difikirkan. nah, sekarang najib berusaha memperkenalkan Islam Wasatiah disamping slogan 1 Malaysia. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan