Sabtu, 14 Januari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Rasuah: Hukum jerung, ampunkan bilis – Ambiga

Posted: 14 Jan 2012 06:54 PM PST

ALOR SETAR, 14 JAN: Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga S menggesa Pakatan Rakyat menyediakan satu rancangan menyeluruh untuk menangani rasuah secara serius.
Menurutnya, penubuhan badan khusus untuk menyiasat kes-kes rasuah dalam negara sahaja tidak mencukupi.
Beliau mencadangkan agar Pakatan mempertimbangkan untuk mendapatkan kembali harta-harta yang diperolehi pesalah rasuah melalui amalan rasuah mereka.
"Saya harap Pakatan Rakyat juga harus memikirkan bagaimana untuk membawa aset dan wang yang keluar ini untuk dibawa kembali kedalam negara. Ini adalah wang rakyat yang boleh dikembalikan bagi meringankan beban rakyat," kata Ambiga.
Beliau turut menggesa Pakatan Rakyat agar memberikan tumpuan khusus kepada penyelewengan wang negara dalam jumlah yang tinggi dan mempertimbangkan untuk memberikan pengampunan kepada pesalah-pesalah kecil.
Read More / Baca Lagi >>

Dengar suara mahasiswa jika mahu ke Putrajaya – Gamis

Posted: 14 Jan 2012 06:50 PM PST

ALOR SETAR 14 JAN: Mahasiswa menggesa Pakatan Rakyat agar memberikan tumpuan kepada suara anak muda sekiranya mereka mahu diberikan mandat untuk mentadbir Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Akram Ikrami berkata, anak muda kini tidak mudah tertipu dengan retorik politik untuk menarik perhatian mereka.
Katanya, kebebasan mahasisiwa dan professional akademik perlu diutamakan memandangkan banyak campur tangan dalam pentadbiran universiti sehingga membantutkan kebebasan akademik.
"Mereka bekerja tidak seronok sebab sekatan kerajaan Umno BN. Idea dan pandangan hanya untuk mengejar ranking universiti tanpa ruang untuk menyumbang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS, DAP, PKR adalah 'kuda perjuangan'

Posted: 14 Jan 2012 05:59 PM PST


ALOR SETAR, 14 Jan: PAS, DAP dan PKR tidak pernah diperalat, diperkuda dan diperbodohkan antara satu sama lain, sebaliknya ketiga-tiga parti itu adalah 'kuda-kuda perjuangan' untuk merubah landskap politik tanah air.

Hanya dengan kuda-kuda perjuangan itu yang yang akan membolehkan politik kotor yang diamalkan oleh Umno BN di negara ini dibersihkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu dakwaan Umno yang mengatakan PAS diperalatkan atau diperkudakan oleh DAP ternyata tidak berasas.

"Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekali-kali boleh diperbodohkan oleh sesiapa, insya Allah," katanya ketika berucap pada sesi Penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS will stick it out with Pakatan, says Nik Aziz

Posted: 14 Jan 2012 05:59 PM PST

Nik Aziz (left) says hello to a young man just outside the venue of the 3rd Pakatan Rakyat Convention in Kedah capital Alor Setar Jan 14 2012. — Picture by Jack Ooi
ALOR STAR, Jan 14 — PAS reaffirmed its commitment to the Pakatan Rakyat (PR) pact today, just days after the Islamist party sacked outspoken maverick Datuk Hasan Ali from its ranks. PAS spiritual advisor Datuk Nik Aziz Nik Mat said there was no chance the party would consider joining Umno after being kicked out of Barisan Nasional (BN) in 1977 after helping the ruling coalition win in the general election three years prior.
"After the last general election, Umno again asked PAS to join it. I said, cis! I know you," he said to raucous laughter and claps from the PR convention here.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar tells Pakatan: Steady on to Putrajaya

Posted: 14 Jan 2012 05:58 PM PST

Anwar (left) having a chat with Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat during the 3rd Pakatan Rakyat Convention in Kedah capital Alor Setar January 14 2012. — Picture by Jack Ooi
ALOR STAR, Jan 14 — Pakatan Rakyat (PR) must stay the course to topple Barisan Nasional (BN) and seize federal power, Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. "Man can plan. We may face many tests but it should not weaken or erode our conviction that... God decides," the opposition pact's leader told the PR convention here.
"Neither should we feel threatened, trapped or lose out because of money or threats. So we must be consistent and committed to our struggle to uphold justice for all Malaysians.
Read More / Baca Lagi >>

PLUS Di Hapus Apabila PR Perintah

Posted: 14 Jan 2012 05:57 PM PST

Umno Sudah Tidak Layak Mengurus DEB

Posted: 14 Jan 2012 05:56 PM PST

Mat Sabu BN Takut Bebaskan Media

Posted: 14 Jan 2012 05:55 PM PST

Lensa Rapat Rakyat Konvensyen PR ke 3

Posted: 14 Jan 2012 05:53 PM PST





















Beku akaun NFC bukti pendedahan KEADILAN benar

Posted: 14 Jan 2012 05:52 PM PST

ALOR SETAR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan membekukan akaun NFC seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bukti bahawa pendedahan yang dibuat KEADILAN selama ini adalah benar dan bukan fitnah mahu pun manipulasi fakta.
"Mereka kata fitnah-fitnah akhirnya hari ini beku. Kalau fitnah, beku buat apa?" kata Anwar.
Anwar berkata demikian dalam respons kepada pengumuman Najib hari ini bahawa aset NFC dibekukan buat masa ini.
Najib juga dilaporkan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar untuk meneliti bagaimana penyelewengan itu boleh diselesaikan.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini membuat pendedahan bersiri penyelewengan NFC yang menerima pinjaman RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan tanpa sebarang jadual pembayaran balik.
Read More / Baca Lagi >>

Peserta konvensyen ikrar bina Malaysia baru

Posted: 14 Jan 2012 05:48 PM PST

ALOR SETAR, 14 Jan: Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini, bergema dengan ikrar para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Dengan diketuai Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan ditemani Penolong Setiausaha Agung PKR, Rosli Abdullah dan Teresa Kok dari DAP, mereka bersama-sama membaca Ikrar Pakatan Rakyat yang berbunyi:

"Bahawasanya kami, Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia; Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Drought of new ideas threatens Pakatan’s Putrajaya bid

Posted: 14 Jan 2012 05:43 PM PST


ANALYSIS, Jan 15 — More than a year on after unveiling its Buku Jingga book of reforms, Pakatan Rakyat (PR) appears to have moved little from where it was at its previous convention in Penang.
Eschewing bold moves for refried ideas laid out in its Buku Jingga, PR looked less a forward-looking pact at its third convention in Alor Star yesterday than one content to offer old wine in new bottles.
This was most evident in PR's decision to repackage four policy thrusts from the 13-month-old master plan as "Tawaran Jingga", accompanied by well-rehearsed speeches touting the past successes of opposition-led states.
While PR may have been buoyed by the surprise acquittal of its leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim, little of this renewed vigour and optimism went into resolving key issues still plaguing the sometimes fractious alliance.
Elephants in the room 
Read More / Baca Lagi >>

Anwar ulang cabaran debat kepada Najib

Posted: 14 Jan 2012 05:42 PM PST

ALOR SETAR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi cabaran debat krisis dan polisi negara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Anwar mengulangi cabaran itu dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
"Najib kata kononnya Pakatan Rakyat ini retorik. Untuk tentukan sama ada retorik atau populis atau pun bukan, saya cabar debat terbuka antara Najib dan saya tentang dasar negara ini," kata Anwar.
Dalam ucapan penggulungannya itu, Anwar sempat membidas Najib yang sebelum ini melaung-laungkan mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan ikrar bentuk kerajaan bersih

Posted: 14 Jan 2012 05:41 PM PST

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menyatakan ikrar untuk mengukuhkan jati diri dan menolak kesemua bentuk sogokan yang boleh mengkhianati usaha pakatan tersebut.

Pemimpin DAP, PAS dan PKR itu mengangkat tangan dan membacakan lima ikrar tersebut di hadapan 2,000 orang penyokong mereka dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar.

Dalam ikrar tersebut, pemimpin berkenaan berkata asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh dan rakyat Malaysia semakin dinafikan hak serta terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Tawaran Jingga Pakatan Rakyat – ‘Bersihkan Malaysia’

Posted: 14 Jan 2012 05:34 PM PST

Di ambang pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), negara kembali berdepan dengan pelbagai kemelut dan suasana krisis hasil langsung dari urus-tadbir dan tata-kelola sebuah pemerintahan yang tempang. Sebuah kerajaan yang tidak benar-benar komited untuk mensejahterakan rakyat seluruhnya bahkan meletakkan keutamaannya untuk membela suku-sakat kroni dan membolot kekayaan negara untuk segelintir kelompok penguasa, lazimnya akan berakhir dengan kehidupan rakyat yang serba terhempit dan ternafi dari mengecapi kekayaan dan kemakmuran negara.

Justeru, jurang antara kaya-miskin tampak semakin melebar, kesenjangan pembangunan antara bandar-desa, antara pantai Barat Semenanjung dan negeri pantai Timur-Utara, serta Sabah-Sarawak semakin ketara. Begitu juga hal hutang negara, khasnya hutang awam (Kerajaan Persekutuan) terus membengkak, daya-saing terus menjunam, 'brain-drain' tidak mampu disekat, ketirisan akibat rasuah dan salahguna kuasa dalam sistem 'delivery' berulang setiap tahun dan ekonomi terdedah kepada ancaman kebankrapan hasil pengurusan dan defisit fiskal yang tidak mematuhi tuntutan amalan terbaik-best practice- dan prinsip tata-kelola kewangan pruden.
Read More / Baca Lagi >>

Setiausaha Agung KEADILAN terima anugerah Datuk

Posted: 14 Jan 2012 05:33 PM PST

ALOR STAR: DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menganugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.
Anugerah itu adalah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84.
Saifuddin menerima anugerah itu Istana Anak Bukit, Alor Star 15 Januari.

Anwar: Pakatan bersedia untuk ke Putrajaya

Posted: 14 Jan 2012 05:30 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di konvensyen PKR pada hari ini.
ALOR STAR, 14 Jan  — Pakatan Rakyat (PR) harus mengekalkan matlamat untuk menumpaskan  Barisan Nasional (BN) dan menawan pentadbiran persekutuan, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. "Manusia hanya mampu merancang. Kita menghadapi pelbagai cabaran dan ujian, tapi janganlah itu menghapuskan matlamat kita ... Tuhan menentukan," kata Ketua Pembangkang itu ketika Konvensyen ke-3 PKR di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana

Posted: 14 Jan 2012 05:29 PM PST



ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: