Rabu, 11 Januari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


901 : Bom jangka meletup disyaki terancang

Posted: 11 Jan 2012 09:13 PM PST

Letupan bom buatan sendiri di sekitar Jalan Khidmat Usaha dan Jalan Dutamas, berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Isnin lalu dipercayai dilakukan secara terancang dan diletupkan secara jangka masa.Namun, polis belum mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis masih menunggu pengesahan daripada pakar dan ahli kimia bagi menentukan jenis serta kelas bahan letupan yang digunakan itu.
Menurutnya, polis sudah mengumpul semua bahan bukti dari tempat kejadian dan menghantarnya untuk dianalisis. Selain itu, polis sedang mengesan saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian letupan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Terus menangi hati rakyat untuk ke Putrajaya

Posted: 11 Jan 2012 09:07 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Rakyat tidak akan memberi peluang kepada Barisan Nasional dan Umno untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang dengan pelbagai isu yang membebani parti itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong.
Ketika merasmikan bilik gerakan JDM Sungai Mulia bagi Parlimen Wangsa Maju, malam tadi, Tan menegaskan keputusan mahkamah memutuskan Ketua Umum PKR, datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah juga akan menguatkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
"Banyak isu yang dihadapi Barisan Nasional yang rakyat tidak mampu terima. Malahan baru-baru ini keputusan mahkamah yang mendapati Anwar tidak bersalah juga akan menambah sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat," katanya yang juga Penyelaras PKR Wangsa Maju di hadapan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.
Read More / Baca Lagi >>

BUKTI PERKASA TAK GENTLE BERBANDING HIMPUNAN 901

Posted: 11 Jan 2012 09:06 PM PST

Baru kate 'KEMUNGKINAN'... dah gelabah satu badan... punye tak gentle... camne nak perjuang Islam....malu la woiii!!!  huhuhuhuhuhu...
SHAH ALAM - "Kami pimpinan Perkasa ketawa besar bila Ketua AMK Shamsul Iskandar (Mohd Akin) bertanyakan apakah berkemungkinan Perkasa mendalangi letupan bom di pekarangan Mahkamah Jalan Duta."

Demikian respons Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berhubung kenyataan Shamsul semalam yang mencabar pertubuhan pembela hak orang Melayu itu menafikan pembabitan mereka dalam insiden Isnin lalu, yang terjadi sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah.
Read More / Baca Lagi >>

901 : Saya pun boleh saman Perkasa - Shamsul

Posted: 11 Jan 2012 09:03 PM PST

KUALA LUMPUR 12 Jan: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak ada halangan sekiranya Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mahu memfailkan saman terhadap beliau.
Ia ekoran desakan beliau meminta pertubuhan itu menafikan penglibatan mereka dalam insiden letupan berhampiran Mahkamah Jalan Duta pada Isnin lalu.
Sebaliknya, kata Shamsul, beliau juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pertubuhan itu kerana memutar belitkan kenyataannya.
"Saman itu adalah hak Perkasa.. saya bersedia untuk menjawab persoalan yang dikemukakan sekiranya mereka benar ingin mengemukakan saman. Tetapi saya juga mempunyai hak untuk menyaman mereka sekiranya dakwaan mereka kosong," kata Shamsul.
Read More / Baca Lagi >>

Jumpa Hasan: Ismail Kamus mahu saman media

Posted: 11 Jan 2012 09:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu, lapor Harakah cetak yang sedang dalam pasaran sekarang.

"Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi tadi (10 Januari) saya baru keluar hospital," katanya.

Menurut beliau, tidak ada sesiapa yang menghubunginya untuk menghadiri sidang media Hasan.
Read More / Baca Lagi >>

Anak Bercerai : Taib disepina beri keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah

Posted: 11 Jan 2012 09:01 PM PST

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah disepina untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam pertikaian mengenai harta sepencarian antara anak keduanya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib, dan bekas isterinya, Shahnaz A Majid.

Dokumen mahkamah yang diperolehi Malaysiakini menunjukkan Taib,
72, telah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi untuk Shahnaz dalam sambungan perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Tinggi mulai Isnin.Read More / Baca Lagi >>

‘Wang zakat boleh digunakan untuk mempertahankan kedaulatan Islam,’ kata Pengarah MAIWP

Posted: 11 Jan 2012 09:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini berkata wang zakat dibenarkan untuk digunakan oleh menteri berkaitan keagamaan, dirinya dan mana-mana pegawai MAIWP kerana ia merupakan satu langkah untuk "mempertahankan kedaulatan institusi Islam".
Datuk Che Mat Che Ali menafikan dakwaan menyalahgunakan RM63,650 wang zakat bersama-sama Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) kerana dana zakat dan sumber daripada kerajaan dimasukkan ke dalam akaun yang sama.
"Zakat boleh digunakan untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan Islam," katanya di sini ketika pengumuman pungutan zakat di Bangunan Perkim.
"Penggunaan wang zakat untuk kes guaman adalah demi mempertahankan kedaulatan Islam," katanya merujuk kepada kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh semalam.
"Pembayaran tersebut kami gunakan dana daripada kerajaan. Bila kerajaan beri dana, tak kira RM500,000 atau RM700,000, duit itu masuk akaun yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

901 : Anwar bebas, Umno pecah....

Posted: 11 Jan 2012 08:59 PM PST

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila ditanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara sinikal beliau menjawab:

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang.
mahathir ebook launching 091211 04"Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah."

Mahathir memang terkenal dengan komen-komen sinikalnya. Anwar Ibrahim adalah bekas anak didik yang ditatang beliau satu ketika dahulu.

Namun akhirnya Anwar menjadi musuh politik nombor satu Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu. Anwar juga merupakan satu-satunya ahli politik yang masih belum dapat "dibunuh" karier politiknya olehnya.
Read More / Baca Lagi >>

Jawapan terhadap ‘Mahasiswa Tong Kosong’

Posted: 11 Jan 2012 08:57 PM PST

Zul Fikri Zamir Mohamad Munir

12 JAN — "The experience of my life, in which there has been no lack of either success or failures, has not only not destroyed my faith in the clear, bright future of mankind, but on the contrary, has given it an indestructible temper. This faith in reason, in truth, in human solidarity, which at the age of eighteen I took with me into the workers quarters of the provincial town of Nikolayev — this faith I have preserved more fully and completely. It has become more mature, but not less ardent". ~ Leon Trotsky
"Concentrated politics", yang merujuk kepada ekonomi oleh Trotskyism (pengikut Trosky) sebagai "inverted Trotskyism", manjadikannya relevan sekurang-kurangnya sehingga hujung dekad hadapan. Penswastaan, pengurangan perbelanjaan awam serta pengurangan cukai kepada golongan kaya masih relevan untuk dibincangkan sehingga kini.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Surau Al-Sahiliah : Gambaran Surau baru menjelaskan tohmahan

Posted: 11 Jan 2012 07:55 PM PST

ALOR SETAR, 12 Jan - Gambaran pelukis serta plan tapak surau baru yang bakal dibina menganti kan Surau Al-Sahiliah sudah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri.
Gambaran pelukis berdasarkan senibina yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri ini bagi mengantikan Surau Al-Sahiliah yang menjadi pertikaian beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambaran pelukis ini sekaligus menjelaskan tohmahan pihak terbabit bahawa Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan mengenai surau baru yang bakal dibina.
Read More / Baca Lagi >>

Pumped-up DAP ready for combat

Posted: 11 Jan 2012 07:51 PM PST

After 46 years of struggle, delegates and leaders at DAP's national conference last Sunday were all pumped up at the renewed prospect of ridding the BN regime from Putrajaya.

There is nothing better than starting the week, and 2012, with a massive surge of positive energy. The DAP national convention last Sunday in Shah Alam was certainly a focal point, and delegates and leaders alike approached the gathering with hope, excitement and great expectation. Those who came in with open hearts and ears did not leave disappointed.
The convention kicked off with veteran DAP chairman Karpal Singh prophetically declaring that he had no doubt in his mind that Anwar Ibrahim would be acquitted of the sodomy charge. Many of us hope the second part of his prophecy would come to pass as well, which is that Anwar would become the next prime minister.
With more than 1,000 branch representatives and observers in attendance, the entire hall exuded a huge amount of optimism. The VIP list included the likes of Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim, PAS vice-president Mat Sabu, PKR vice-president Azmin Ali and PSM president Dr Nasir Hashim.
What was more remarkable was the presence of the French ambassador and New Zealand high commissioner as well as those from the Singapore, Australian and Japanese embassies. Clearly, this was an event to watch!
Read More / Baca Lagi >>

PBSNT VS FAM - Ahmad Said naik angin dengan FAM...

Posted: 11 Jan 2012 07:49 PM PST

Ahmad Said naik angin

AHMAD SAID ancam saman FAM.

KONTROVERSI 'surat pekeliling' yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum reda.
Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tampil menyuarakan rasa kesal dan tidak puas hatinya ekoran 'penderitaan' yang dialami pasukan bola sepak Terengganu gara-gara kekeliruan yang timbul dalam surat tersebut.
Dalam nada keras, Ahmad yang juga penyokong No. 1 Terengganu mengemukakan tiga pilihan kepada FAM dengan dua daripada syarat itu ialah meminta badan induk bola sepak negara itu membayar ganti rugi atau membenarkan dua pemain import yang telah ditandatangani Terengganu beraksi dalam Liga Super.
Bagaimanapun, syarat ketiga yang disuarakan Ahmad perlu diambil serius FAM apabila Menteri Besar itu mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team daripada beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali akan buka rahsia Kerajaan Perpaduang?

Posted: 11 Jan 2012 07:45 PM PST


SinarHarian melaporkan:
SHAH ALAM - Pas yang memecat Datuk Dr Hasan Ali, Ahad lalu dipercayai bimbang kemungkinan bekas Pesuruhjaya Negeri Selangor akan mendedahkan rahsia-rahsia parti termasuk desas-desus bahawa wujud perundingan membentuk kerajaan perpaduan tiga tahun lalu, kata penasihat pusat kajian Ilham Centre.

Muhamad Hisomudin Bakar berkata, tindakan Pas memecat Hasan sebenarnya tidak akan membawa kepada perpecahan atau kesan yang mendalam, sebaliknya pemimpin-pemimpinnya bimbang mereka akan berhadapan dengan senario yang dialami oleh PKR sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Aha... tipu, ek??

Posted: 11 Jan 2012 07:43 PM PST


Yang tiada dikatakan ada. Yang tak hadir dikatakan hadir....

Awat jadi lagu tu?? Terdesak sangat ke untuk tunjuk pada orang kononnya Hassan 'Akidah' dapat sokongan depa-depa tu.

Ini sapa punya kerja?? Hoi... Buat apa la nak tipu-tipu. Orang tau. Tak malu ka???
Read More / Baca Lagi >>

901 : Blogger Pro-Umno Hina Mahkamah dan Anwar

Posted: 11 Jan 2012 07:40 PM PST

GEORGE TOWN, 11 JAN : Beberapa orang wakil dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Keadilan (SAMM) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap blogger pro-Umno, Papa Gomo yang mengeluarkan artikel menghina keputusan mahkamah.
Penyelaras SAMM Mohd Aidil Ibrahim berkata, selain artikel yang berbunyi 'hakim telah dibeli oleh DS Anuar Ibrahim', Papa Gomo juga menfitnahkan nama Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan menggunakan perkataan "babi" serta ayat-ayat yang kurang ajar.
Read More / Baca Lagi >>

Tuan Mufti, Apakah Menghalang & Menentang Qazaf Itu "Fisabilillah"?

Posted: 11 Jan 2012 07:38 PM PST


Tiada salah guna wang zakat

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.

Gambar: Barisan peguam membantah qazaf yang dipohon oleh Anwar

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.
Read More / Baca Lagi >>

Johor's silent Tionghua revolution

Posted: 11 Jan 2012 07:35 PM PST

Dear Olde (though not too old) Hishamuddin Hussein is on panic mode. Politically accident-proned, the Home Minister has a natural talent in offending the Chinese and Indians, so even he would have realized by now, the Chinese and Indians won't be too fond of him.

Because his federal constituency of Sembrong has 40% Chinese voters wakakaka, he has correctly assessed he'll be stuffed in the next general election.

Hisham's fear has found firm grounds in The Malaysian Insider's (TMI) latest report that In Johor, Chinese set to snub BN in polls.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM jejaki pesalah akta harga barangan...jerung besar bebas lagi..!!!!

Posted: 11 Jan 2012 07:27 PM PST

MHBN berperanan melindungi kepentingan rakyat daripada kenaikan harga yang tidak munasabah.
KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menjalankan operasi menjejak mereka yang melanggar akta membabitkan harga barang negara dalam usaha menegakkan keadilan.
Pengarah SPRM Sarawak, Haji Bahri Mohamad Zin, berkata pihaknya memandang serius perkara ini agar hasrat murni kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat akan tercapai.
"SPRM ingin menarik perhatian berhubung Projek Majlis Harga Barang Negara (MHBN) yang dilaksanakan untuk menstabilkan harga barang termasuk barangan perlu, Gas Petroleum Cecair (LPG) dan penyeragaman harga petrol dan diesel.
"MHBN dilaksanakan kerajaan sejak 2008, berikutan timbul isu kenaikan harga barang tanpa kawalan dan masalah barangan perlu yang menjejaskan kehidupan rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Testing Malaysia's promises - John Malott

Posted: 11 Jan 2012 07:24 PM PST

Testing Malaysia's promises - John MalottIf electoral reforms don't happen soon, the post-acquittal joy may quickly sour.
The not guilty verdict handed down last Monday in the sodomy trial of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim made both sides, Prime Minister Najib Razak and the opposition, happy. Mr. Najib gets an immediate political boost by claiming a victory for the rule of law and an independent judiciary, while Mr. Anwar can focus on the election ahead. This good feeling, however, is likely to be short-lived. Serious challenges lie ahead.
The first test of the post-verdict era will be whether the government chooses to appeal the acquittal. Defense experts successfully demolished the government's DNA evidence, but the judge said during the trial that Mr. Anwar's accuser was credible and reliable. With parliamentary elections looming, the government might conclude that forcing Mr. Anwar back into the courtroom will distract and pull him away from the campaign trail. On the other hand, an appeal would be polarizing and cost the government the support of centrists and independents.
Read More / Baca Lagi >>

Zakat: Jamil Khir mesti letak jawatan

Posted: 11 Jan 2012 07:17 PM PST


KUALA LUMPUR, 12 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali tidak boleh lari dari tanggungjawab setelah berdepan dengan dakwaan pecah amanah dan menyalahgunakan kuasa.
"Paling ringan, tanggungjawab yang mesti diambil oleh mereka ialah meletakkan jawatan," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar).
Menurutnya, perletakan jawatan itu kelak akan memudahkan proses siasatan diambil apabila dakwaan rasmi telah dikemukakan ke atas salah laku mereka."
"Menggunakan RM 63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman mereka mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu perbuatan tercela justeru ia melibatkan wang milik asnaf yang sewajibnya diagihkan," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau turut merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara, antaranya:
Read More / Baca Lagi >>

The Malaysian Bar is not a pub

Posted: 11 Jan 2012 07:13 PM PST

The governing body for lawyers is not a pedestal or a platform to simply spew out opinions based on personal perceptions.
A pub is a watering hole, a place where people congregate and have a good time. The place to socialise cordially and, to a certain extent, a perfectly legitimate space where it seems right for someone to throw curses at a certain football team that one particularly hate, as long as you're in the right pub. It is the place where people discuss, dispute, confabulate and, given the right amount of alcohol introduced in the debate, one can expect such discourse to be as lively as when Bung Mokhtar Radin of Kinabatangan took on Karpal Singh of Bukit Gelugor in Parliament.
Karpal Singh
"Tuan yang dipertua saya mohon agar ini Bigfoot of Kinabatangan tidak menggangu saya ketika.."
Bung Mokhtar
Read More / Baca Lagi >>

Tiada pengaturan semula Jemaah Menteri, tunggu pengundian dahulu

Posted: 11 Jan 2012 07:10 PM PST


KUALA LUMPUR, 12 Jan — Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk mengekalkan anggota Kabinetnya walaupun berdepan dengan skandal yang mengaitkan dua menterinya, tapi akan melaksanakan pilihan raya selepas meneliti sokongan akibat daripada pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, dan pemberian "one off" oleh Putrajaya kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber. The Malaysian Insider difahamkan bahawa perdana menteri telah mengenal pasti menteri dan timbalan menteri yang berpotensi untuk kabinet barunya daripada pejabat perdana menteri selepas kembali ke tanah air selepas bercuti pada 3 Januari lalu.
"Najib memutuskan untuk mengekalkan anggota kabinetnya, menurut pembuat dasar Umno yang rapat dengan presiden parti tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Hadi mahu jadi nelayan semula

Posted: 11 Jan 2012 07:09 PM PST

SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.
Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.
Ada yang menyebut namanya sebagai seorang  calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.
Momentum  atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar  sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.
Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan ; Ahli politik perlu bersikap terbuka hadapi tohmahan - Tun M

Posted: 11 Jan 2012 07:07 PM PST

Ahli politik perlu bersikap terbuka hadapi tohmahan - Tun MKUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, setiap ahli politik perlu bersikap terbuka dalam berhadapan dengan apa jua tohmahan yang dilemparkan oleh musuh mereka.
Menurut beliau, walaupun penyelesaian terhadap segala tohmahan itu wajar dilakukan secara penghakiman di mahkamah, mereka tidak seharusnya 'membiasakan' diri berbuat demikian.
''Kalau kita perhatikan politik di Malaysia hari ini, ia sering diwarnai dengan tindakan mahkamah. Kes-kes yang dibawa ke mahkamah kini cukup banyak dan membabitkan jumlah saman berjuta ringgit.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan : Abdul Hadi juga patut dipecat?

Posted: 11 Jan 2012 07:06 PM PST

Abdul Hadi juga patut dipecat?KOTA BHARU - Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.
"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: