Isnin, 9 Januari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Perihal tersingkirnya Hasan Ali

Posted: 09 Jan 2012 08:02 PM PST


Ibarat duri dalam daging PAS, Hasan Ali akhirnya terpaksa dibuang setelah tidak berganjak daripada terus mencucuk-cucuk parti dan Pakatan Rakyat.

Dengan keputusan berani dan menggemparkan itu, PAS dijangka tidak akan berundur lagi walaupun anggota exco kerajaan Selangor itu boleh merayu kepada majlis syura.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan aliKeputusan kali ini, biarpun bagi sesetengah orang sudah terlambat, kelihatan sudah muktamad.

Majlis syura yang disertai barisan teratas pemimpin parti dan beberapa tokoh ulama dikatakan berat hati untuk merombak kembali keputusan semalam.

Menurut sumber parti, walaupun ahli-ahli jawatankuasa mencadangkan ADUN Gombak Setia itu sekadar digantung keahliannya, pucuk pimpinan atasan PAS bertegas inginkan beliau dipecat.

Malah mereka yang menyokongnya, dan bersimpati dengannya, sendiri bersedia menerima saranan agar tindakan disiplin dikenakan kepada bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu.

Mereka setidak-tidaknya boleh menerima cadangan menggantung keahlian Hasan.Read More / Baca Lagi >>

Bebas Anwar, kemenangan awal Pakatan Rakyat

Posted: 09 Jan 2012 08:01 PM PST

SHAH ALAM, 10 Jan: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) menyifatkan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar semalam merupakan tamparan awal kepada Umno BN menjelang Piliham Raya Umum ke-13 nanti.

Dengan keputusan membebaskan Anwar itu ujarnya, Umno terpaksa mencari skrip baru untuk menutup malu selepas terlebih dahulu meletakkan hukuman bersalah terhadap ketua pembangkang itu sebelum mahkamah membuat keputusan.

"Umno terpaksa menerima keputusan ini dalam keadaan yang sabar kerana keadilan akhirnya terbukti walaupun mereka sebelum ini telah membuat keputusan awal terhadap Anwar.

"Sebelum PRU-13 Umno telah kalah dalam politik kotor mereka yang telah dirancang hampir tiga tahun dan saya pasti hukuman sepenuhnya pada Umno adalah pada PRU13 nanti," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kita Bersatu Padu Menolak Lembu 1Malaysia - Zuraida Kamaruddin

Posted: 09 Jan 2012 07:56 PM PST

Video-Sodomy II verdict: Anwar NOT guilty!

Posted: 09 Jan 2012 07:49 PM PST

Video- The Anwar Verdict: Pekida/Perkasa supporters backing-off into the mosque

Posted: 09 Jan 2012 07:48 PM PST

Video Anwar Verdict: Rafizi's views

Posted: 09 Jan 2012 07:46 PM PST

Video Anwar Verdict: Views

Posted: 09 Jan 2012 07:45 PM PST

Sodomy II verdict: Jubilation at court

Posted: 09 Jan 2012 07:44 PM PST

Video : Adam Adli suspended for three semesters

Posted: 09 Jan 2012 07:41 PM PST

Gantung Adam Adli bermotif politik, zalim- Nurul Izzah

Posted: 09 Jan 2012 07:39 PM PST

KUALA LUMPUR 10 Jan: Tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggantung pengajian pemimpin mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim bermotif politik dan zalim, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Beliau merujuk keputusan USPI semalam menggantung pengajian Adam Adli selama tiga semester, di atas tuduhan mencemar nama baik universiti berkenaan.
"Tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka.
"Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda," kata beliau.
Menurut Izzah, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal dan menyatakan pendirian mereka.
Justeru itu katanya, jawatankuasa disiplin UPSI yang menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalam disifatkan merendahkan maruah dan nama UPSI- yang mempunyai sejarah dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum merdeka lagi.
"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bangkit dan pertahankan hak mahasiswa, kerana mahasiswa lah yang menjadi penyambung perjuangan kita demi Malaysia yang lebih baik," tegas beliau.

Sinar keadilan dari mahkamah Jalan Duta

Posted: 09 Jan 2012 07:35 PM PST


Selasa, 10 Januari: Sejak awal Subuh lagi (Isnin), Masjid Wilayah Persekutuan, yang berada di depan Mahkamah Tinggi Jalan Duta didatangi ribuan umat Islam untuk mendengar keputusan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka menunaikan solat Subuh dan kemudian menuju ke kompleks mahkamah tersebut – tidak jauh dari situ dengan penuh semangat dan bersedia menerima apa saja keputusan mahkamah.
Dingin Subuh tidak terasa kerana ramainya orang yang hendak memberi sokongan kepada Anwar, seorang pemimpin pembangkang penuh karisma, yang menghadapi siri fitnah bertahun-tahun lamanya.
(Gambar: Awal Subuh mereka sudah berkumpul di Masjid Wilayah)
Sebahagian besar mereka yang datang menyangkakan, Anwar akan dijatuhkan hukuman bersalah, namun mereka menggagahkan diri untuk datang bagi meneruskan perjuangan ketua pembangkang itu.
Ertinya di sini, mereka bukan semata-mata datang untuk menyokong Anwar secara peribadi, tetapi mereka datang untuk menyokong perjuangan pemimpin Pakatan Rakyat itu bagi membebaskan Malaysia dari cengkaman politik Umno/BN yang korup.
Read More / Baca Lagi >>

Not a great day for justice

Posted: 09 Jan 2012 07:34 PM PST

Ali Kadir
I have to break up the party but it is a sad day when we Malaysians are celebrating an acquittal which would HAVE been an acquittal in any democracy.Please stop calling the judge a hero or brave person or hailing the government for not interfering in the judiciary. It is embarrassing because we once had one of the most respected judiciaries in the Commonwealth and now we are celebrating one enlightened decision.
This is the equivalent of being Olympians at football and then celebrating a win at regional level. (Oh sorry, we actually did this also.)
I don't know Anwar Ibrahim and I think Anwar is a poor judge of people (Mahathir Mohamad, Eskay Abdullah, Zulkifli Noordin, Ezam, Saiful, etc) but this sodomy case was very weak. The offence was consensual but Saiful alleged that he was forced into the act and then there were the multiple screw-ups.
Read More / Baca Lagi >>

901 : Bebaskan anwar mahkamah jalan duta

Posted: 09 Jan 2012 07:32 PM PST

Video - Duta High Court: Tiga letupan bom berasingan

Posted: 09 Jan 2012 07:28 PM PST

901 : Amerika Syarikat sambut baik pembebasan Anwar

Posted: 09 Jan 2012 07:24 PM PST

NONEAmerika Syarikat mengalu-alukan keputusan Mahkamh Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Menurut AFP yang memetik kenyataan media jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland keputusan itu adalah peluang bagi rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan.

"Kami alu-alukan kes yang telah kami perhatikan sekian lama ini akhirnya ditutup.

"Keputusan mencerminkan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memfokuskan kepada masa depan," kata Nuland.
Read More / Baca Lagi >>

901 : Polis digesa bertindak segera insiden letupan

Posted: 09 Jan 2012 07:22 PM PST


SHAH ALAM, 10 Jan: Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam sekeras-kerasnya insiden pengeboman yang berlaku di sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.
Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, menyifatkan adalah sesuatu yang memelikkan, di saat Kompleks Mahkamah Jalan Duta boleh diiktiraf sebagai kawasan paling selamat di Malaysia dengan kawalan rapi ratusan anggota polis, masih ada ruang untuk pihak tidak bertanggungjawab melakukan perancangan bodoh sebegitu.
Kejadian tersebut telah menyebabkan lima orang tercedera dan beberapa buah kenderaan turut rosak, di mana tidak kurang 3 letupan telah berlaku di sekitar kawasan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Hasan dipecat kerana salah sendiri bukan sebab Anwar Ibrahim

Posted: 09 Jan 2012 07:20 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.
"Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.
"Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama," katanya kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Adam Adli tidak akan merayu

Posted: 09 Jan 2012 07:17 PM PST

Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Pelajar itu hadir pada perbicaraan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Disiplin UPSI yang bersidang selama 90 minit.Menurut kenyataan menerusi Twitter daripada Solidariti Mahasiswa, keputusan itu selepas Adam Adli mendengar perbicaraan disiplin selama sejam di universiti.
Solidariti Mahasiswa berkata, satu tindakan akan diambil bagi mencabarkan keputusan itu.
Adam Adli yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan pada Isnin atas dakwaan berkenaan dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng jangka PRU pada Jun atau September

Posted: 09 Jan 2012 06:58 PM PST

dap conference 080112 lim guan engBertentangan dengan pandangan popular, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat tidak akan menyaksikan pembubaran parilimen bagi membolehkan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

"Bagi saya, pilihan raya awal bermaksud mereka mahu ia diadakan pada Mac. Bagaimanapun, saya tidak fikir bahawa ia akan diadakan pada Mac tetapi sebaliknya pada bulan Jun atau September, " katanya hari ini.
          
Ditanya sama ada keputusan itu akan meningkatkan sokongan atau kepopularan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Lim berkata beliau tidak fikir begitu - sebaliknya, ia meletakkan Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.
                                              
"Apa yang penting bukan hanya keadilan untuk Anwar tetapi keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Ini adalah hari yang penting bagi Malaysia, untuk kebebasan dan keadilan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kini Hasan Ali wakil rakyat Bebas, rayu jika mahu kekal, kata PAS

Posted: 09 Jan 2012 06:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali agar mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya ingin terus bersama parti Islam itu dan digelar "wakil rakyat PAS."
Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS pusat berkata Hasan mempunyai tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan rayuan.
Jelas beliau, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Hasan (gambar) hilang kelayakan untuk terus bertanding atas tiket PAS.
"Dalam tempoh 30 hari beliau (Hasan) boleh membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama, status beliau sekarang adalah wakil rakyat Bebas... kecuali beliau buat rayuan dan diterima beliau akan kekal sebagai wakil rakyat PAS sekiranya rayuan itu diterima.
"Bila sudah dipecat beliau bukan lagi ahli dan wakil rakyat PAS, beliau hanya ada peluang 30 hari untuk membuat rayuan," kata Tuan Ibrahim menambah peluang Hasan membela diri masih ada melalui Majlis Syura Ulama sekiranya exco kerajaan negeri Selangor itu tidak berpuas hati dan merasakan diri tidak mendapat keadilan.
Read More / Baca Lagi >>

Jingga 13 selar UPSI gantung Adam Adli

Posted: 09 Jan 2012 06:52 PM PST



KUALA LUMPUR, 10 Jan: Jingga 13 menyelar tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bertindak menggantung Adam Adli selama lapan belas (18) bulan tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.
Jingga 13 dalam satu kenyataan hari ini merasakan keputusan itu adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah serta membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa dan kecenderungan positif mereka.
"Adalah satu kerugian buat negara dan institusi perguruan itu yang telah menggantung mahasiwa yang begitu progresif dan berani menyatakan pendiriannya secara tegas di sebalik mahasiswa lain yang terjerut dengan akta terbabit," kata Jingga 13 kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

901 : Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar

Posted: 09 Jan 2012 06:50 PM PST

Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik.
"Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.
"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.
"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros, kata pakar ekonomi

Posted: 09 Jan 2012 06:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.
Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)  Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.
Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.
Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim Bebas: Perancangan Mahathir?

Posted: 09 Jan 2012 06:38 PM PST



Episod suka duka sebuah cerita sudah pun berakhir kira-kira 23 jam lalu.

Seluruh dunia sudah pun mengetahui keputusannya.

Anwar Ibrahim dibebaskan dan dilepaskan tanpa syarat.

Tetapi masih ada satu lagi yang tertinggal.
Read More / Baca Lagi >>

901 blasts a sign of things to come?

Posted: 09 Jan 2012 06:35 PM PST

PKR fears that Malaysian politics may have entered a dangerous phase.
KUALA LUMPUR: PKR leaders fear that today's Jalan Duta Court Complex bombings may signal a change to a new and dangerous political climate in Malaysia.
Calling this morning's three explosions "premeditated", Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar said she shuddered at the thought that similar attacks might happen in the future.
"There is the possibility that we're entering a very dangerous political climate," she told reporters after visiting the five bomb victims at Hospital Kuala Lumpur (HKL) this afternoon.
The explosions rocked the Jalan Duta court complex this morning, minutes after the High Court acquitted Opposition Leader Anwar Ibrahim of sodomy.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: