Isnin, 16 Januari 2012

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Parasit, sifat Parasit dan perbandingan dengan telahan Hassan Ali!

Posted: 16 Jan 2012 10:16 PM PST

Heboh kini umum membicarakan berhubung suatu perkataan yang tidak dipopularkan iaitu PARASIT.


Perkataan ini dihangatkan oleh media selepas bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali menuduh kononnya ada Parasit dalam PAS yang mahu dan berusaha menjatuhkan beliau hingga dipecat daripada PAS.

Nampak macam 'real' kenyataan Hassan Ali oleh pandangan umum kerana beliau bekas ahli dan kepimpinan PAS.Mungkin besar pengaruhnya selaku Motivator..

Perihal beliau telah dipecat kerana mengkritik PAS didada akhbar Umno langsung tidak menjadi persoalan kepada para penyokong Hassan Ali.

Motivator hebat ini menggunakan kehebatannya berhujah dan menarik umum dengan lunak suaranya dan airmata yang bergenang untuk mewajahkan kononnya beliaulah pejuang Islam yang tulen.

Apakah yang menyertai PAS sekian lama dan sejak dahulu lagi selain Hassan Ali yang hanya menyertai PAS pada tahun 1998 ini bukan pejuang Islam?

Sebelum Hassan Ali menyertai PAS, telah ramai yang menyertai PAS yang menjadi kepimpinan PAS dan berteguh dengan wajah PAS.

Arakian, sahabat sepejabat saya menyebut, prestasinya di Dun Gombak Setia amat-amat tidak disenangi pengundi di sana yang rata-rata mahu PAS tidak lagi mencalonkan beliau (sebelum dipecat).

Walaupun wujud Pusat Khidmat Wakil Rakyat Gombak Setia, namun bayang-bayang Hassan Ali sukar sekali ditemui disana masakan batang tubuhnya.

Hassan menyertai PAS pada tahun 1998 ketika Krisis Anwar-Mahathir.Ketika itu ramai teruja dengan kepetahan bekas Orang Kuat Biro Tata Negara (BTN) ini berhujah.

Malah bekas pendoktrin kepada idealisme Umno ini mencanang ke seluruh negara bahawa Anwar mangsa kezaliman, mangsa percaturan politik Umno-BN.

Ketika itu suara-suara Hassan Ali seringkali direkodkan bercakap dalam laporan Harakah Cetak dan HarakahDaily.

Terkemudian, beliau bertanding mewakili PAS di Parlimen Parit Buntar dan Dun Sungai Burung dan menang pada pilihan raya umum 1999.

Kepetahannya berhujah di Parlimen memukau semangat penulis yang pada tahun 2001 menyertai Harakah.Penulis amat teruja dengan kepetahan dan kehebatan (hebatttt) Hassan Ali semasa berceramah dan cukup minat dengan cara beliau mengendalikan Forum Ehwal Islam (sebelum menyertai PAS).Selepas menyertai PAS, beliau tidak diberikan peluang untuk masuk ke saluran-saluran media Umno TV1, TV2, TV3, Utusan Malaysia ataupun Berita Harian.


Sejak tahun 1998 hingga pasca PRU-12, suara Hassan hanya dilaporkan dalam media-media alternatif sahaja.Sebelum terlupa, Hassan pernah bertanding pada PRU-11 (tahun 2004) Hassan langsung tidak menang dalam penyertaannya semasa pilihan raya
berkenaan.

Lama Hassan menyepi, dan kemudiannya pada PRU-12 (tahun 2008) Hassan dicalonkan di Gombak Setia dan alhamdulilah menang dan dilantik pula menjadi Exco Kerajaan Selangor.Tahniah..

Hassan ketika itu selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.Namun, selepas beberapa peristiwa terutamanya selepas Muktamar PAS di Kuala LUmpur (Taman Melewar) pada tahun 2011 yang mana muktamar turut menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat.

Hassan kemudiannya digantikan oleh Dr Rani Abdul Hamid selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.

Terkemudian selepas beberapa bulan Muktamar PAS selesai, Hassan mula mengorak langkah menjadi 'agak berlainan' dengan beberapa keputusan parti dalam hal-hal tertentu termasuk dalam isu HIMPUN, dan dimaklumkan tidak menyertai Himpunan Aman Isu Air Selangor membantah Syabas.Hassan dikatakan tidak menyertai kerana menghadiri satu program bersama kakitangan Syabas selaku jemputan (tiada masalah kerana ia suatu undangan).

Namun, menjelang hujung tahun 2011, Hassan kelihatan semakin garang menyerang PAS (bukan kepimpinan PAS) dengan menyatakan PAS telah lari arah tuju kerana mendambakan strategi Negara Berkebajikan.

Seingat penulis yang membuat liputan penuh semasa Muktamar PAS di Melewar, Hassan langsung tidak berucap membantah Negara Berkebajikan yang dicanang Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa membacakan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar itu.

Malah semasa muktamar atau selepas muktamar, tiada kedengaran langsung samada laporan akhbar harian ataus ebagainya bahawa Hassan mempertikan Negara Berkebajikan sebagai suatu konsep (bukan perubahan dasar) kerana dasar PAS tetap Islam.

Begitupun, selepas tidak lagi menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, dan kontroversi kenyataan Saari Sungip berhubung dakwaan ketidakcalonan Hassan sebagai calon Gombak Setia dalam PRU-13 yang belumpun diputuskan oleh Majlis Syura atau pucuk pimpinan tertinggi PAS, Hassan segera memberontak menyatakan PAS sudah lari daripada
perjuangan.

Jika Hassan menyerang Saari kerana membuat dakwaan ketidakcalonan, penulis merasakan ia suatu yang sangat wajar dan disetujui kerana Saari tiada locus standi untuk menyatakan atau mendedahkannya kerana ia adalah hak PAS Pusat dan Majlis Syura
untuk menetapkan dan menapis calon PAS.

Namun, Hassan tidak menyerang Saaari, sebaliknya menjadikan Batang Tubuh PAS sebagai sasaran dengan menyerang PAS..Diingatkan kepada semua pihak bahawa Hassan MENYERANG PAS bukan PIMPINAN PAS....

Terkemudian, selepas beberapa pihak menasihatkan agar beliau mengendurkan serangan dan bertemu dengan pimpinan PAS, dan selepas Tok Guru Nik Aziz menyatakan penyelesaian, namun Hassan tetap berkeras dan mempertahankan diri dan menyerang PAS dan beberapa individu dalam PAS secara berterusan.

Serangan itu menyebabkan pada pada 3 Januari 2012, Hassan disahkan dipecat daripada PAS melalui suatu kenyataan Presiden PAS selepas mesyuarat PAS Pusat.

Kenyataan itu kemudiannya menghangatkan keadaan, dan ramai yang menuduh kononnya terdapat Parasit yang menyebabkan kononnya parti bertindak sedemikian kepada Hassan Ali.

Menyoroti perkembangan Hassan Ali sejak masuk dan dipecat daripada PAS, ramai ahli yang ditemui penulis merasa terkilan dengan sikap dan tindak tanduk Hassan selaku orang yang Ber'PHD'.

Jika beliau sayangkan perjuangan PAS meletakkan Islam sebagai dasar dan mendaulahkan Islam di negara ini, Hassan Ali yang BerPHD tentunya tahu kaedah selaku pimpinan untuk menyampaikan ketidakpuasan hatinya kepada pimpinan yang lebih atas.

Menggunakan akhbar arus perdana yang nyata menjadi alat Umno-BN bukanlah suatu langkah bijak yang menambahkan kebijaksanaan orang yang BerPHD seperti beliau dalam berpolitik.

Lagi-lagi pula, Hassan dikatakan sangat rapat dengan kepimpinan PAS yang pada bila-bila masa boleh sahaja menyampaikan rasa tidak senangnya ataupun menyatakan pandangan yang berbeza dengan langkah PAS.

- Menggunakan media musuh untuk menyerang parti adalah suatu langkah yang sangat bijak kepada Hassan Ali pada tanggapan Hassan Ali sahaja bukan tanggapan pimpinan PAS yang lain.

- Menggunakan media musuh untuk menjelaskan Dasar Parti atau sebarang pendekatan parti sebenarnya adalah suatu tindakan bijak pada pimpinan yang bukan bernama Hassan Ali.

Inilah bezanya dua pendapat.Hassan kini telah dipecat, sementara PAS masih terus berjalan dan merancang pelbagai strategi untuk meneruskan misi bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam pilihan Raya Umum ke-13.

Hassan dibenarkan merayu kepada Majlis Syura Ulama, namun Hassan telah membayangkan beliau tidak akan merayu selagi PARASIT tidak dibersihkan daripada PAS.

Hassan mempopularkan perkataan Parasit walaupun perkataan ini sebenarnya telahpun cuba dipopularkan beberapa blogger yang menyokong Hassan.

Apakah makna sebenar parasit, penulis yang mengikuti pengajian bahasa dan lingustik ada menelaah maksud perkataan ini (Parasit).


Apa itu PARASIT?

Berikut adalah makna dan bagaimana hubungkait Parasit dalam kehidupan manusia, haiwan dan tumpuhan :


PARASIT adalah haiwan renek yang dapat menurunkan produktiviti
haiwan atau pokok yang ditumpanginya. Parasit dapat menyerang manusia dan haiwan, seperti menyerang kulit manusia.

Parasitoid adalah parasit yang menggunakan jaringan organisme lainnya untuk mendapatkan nutrisi mereka sampai benda hidup yang ditumpangi mati kerana kehilangan jaringan atau nutrisi yang diambilnya.

Parasitoid juga diketahui sebagai necrotroph.Pengertian diatas lebih pada sebuah frame biologi, namun dalam kehidupan di dunia, parasit ini boleh berwujud manusia, dalam bentuk manusia malas yang menggantungkan hidupnya pada manusia

lainnya tanpa sebuah timbal balik apapun, dan wujud juga dalam bentuk yang bervariasi.

Yang jelas sifat parasit ini tidak akan dipelihara oleh manusia yang ingin berjaya, sebab tidak pernah ada dalam sejarah manusia jenis ini bisa berhasil mewujudkan impian, kerana mungkin mereka tidak punya mimpi. Atau memiliki mimpi tanpa
lainnya.

Bentuk lainnya dari sifat parasit ini adalah tidak konsisten pada ucapannya. Tidak melakukan apa yang sudah disepakati, manusia jenis ini hanya akan membuat kita sakit hati dan bisa menghancurkan seluruh pasukan jika menjadi anggota dalam suatu sinergi.

Hanya mencari keuntungan dan setelah mendapatkan, lalu lupa pada kewajibannya. Tidak malu meminta banyak, setelah itu kewajiban dilupakan.

Beberapa kali saya melihat watak manusia jenis ini, dan yang terakhir malah luar biasa, setelah mengambil banyak sekali lalu tidak malu untuk berlenggang-kangkung seperti tidak ada apa-apa lagi.

Apakah nilai yang keluar dari mulutnya sama dengan kalau dia kentut? Hmmm…



Perihal Parasit yang disebutkan Hassan Ali mungkin sekali boleh terkena kepada batang tubuhnya sendiri yang pernah menjadi Orang Kuat Biro Tata Negara (BTN), kemudiannya menyertai PAS dan menang di beberapa kawasan (Sungai Burung, Parit Buntar dan terakhir Gombak Setia) dan akhirnya dipecat daripada PAS kerana
mengkritik dasar PAS.

Kelainan nada Hassan dan persepsi!

Hassan telah berlainan dengan nada yang dibawa dalam arus PAS.Hassan sebelum ini telah hidup atas kesusahan dan perit jerih pejuang-pejuang PAS termasuk tukang pacak bendera, tukang bawa poster dan tampal poster, tukang edar risalah, tukang bawa
Healer semasa ceramah dan demonstrasi, sahabat-sahabat Unit Amal yang menjadi pengawal-penjaga keselamatan-, tukang sapu sampah di Pejabat Agung PAS, di Pejabat Harakah, di pejabat-pejabat PAS seluruh negara, tukang back-up Hassan Ali, tukang segala jenis tukang yang semuanya ahli PAS.


Hassan juga telah pernah hidup dan menghirup wang-wang yang menjadi gaji dan elaunnya selaku Adun Sungai Burung, Adun Gombak Setia, ahli Parlimen Parit Buntar dan Exco Kerajaan Selagor kerana menang atas tiket PAS dan dikempen oleh ahli PAS dan Harakah sewaktu pilihan raya umum 1999-2008.

Pernahkan Utusan Malaysia, TV3 atau apa sahaja medium Umno-BN berkempen untuk beliau semasa beliau menjadi calon PAS dan menang di atas tiket PAS?

Hassan juga kini hidup setelah dipecat daripada PAS selaku Adun Gombak Setia dan akan terus mendapat gaji dan elaun selaku Adun sehingga Parlimen dan Dun Selangor dibubarkan untuk diadakan pilihan raya umum ke-13.

Melihat makna sebenar Parasit, apakah perbuatan Hassan juga boleh tersifat sebagai sifat Parasit kerana pernah menumpang dalam PAS dan menang atas tiket PAS dan dipecat kerana mungkin sekali menjadi Parasit yang jelas 'membaham PAS' semasa berada di dalam PAS melalui akhbar pro-Umno.

Hassan akan terus hidup dan hidup untuk terus menyerang PAS menjelang pilihan raya umum ke-13 selagi kononnya Parasit dalam PAS tidak dibersihkan ..Entah siapa sebenarnya Parasit, mungkin ramai boleh mentamsilkannya....Terpulang kepada pembaca untuk menilai apa itu Parasit sebenarnya....

Namun, kepada penulis, sebagai seorang saudara seIslam penulis tetap mendoakan agar Hassan terus berjaya dengan perjuangannya...

PR Negeri Sembilan lancar Manifesto 'Tonggak Nan 9"-

Posted: 16 Jan 2012 07:52 PM PST

SEREMBAN : Dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan tidak lama lagi, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah mengambil langkah awal untuk mengumumkan Manifesto Pakatan Rakyat negeri itu pada 15 Januari lalu.

Manifesto bertajuk '"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan telah dilancarkan dalam satu Ceramah Perdana 15 Januari lalu di Dataran Rakyat, Gemas.

Ceramah itu membariskan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu; dan barisan kepimpinan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Sembilan.

Sementara Manifesto itu dilancarkan bersama ketiga-tiga pimpinan Pakatan Negeri Sembilan iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufik Abd Ghani , Pengerusi DAP Negeri, Antony Loke dan Pengerusi KeADILan Negeri, Dato' Kamarul Bahrin Abbas.

Kira-kira 10,000 penyokong hadir ke ceramah berkenaan yang julung kali diadakan di Gemas, suatu daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Johor.

Berikut adalah Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang telah dilancarkan 15 Januari lalu.



Tonggak 1: Rakyat itu tuan

- Mewajibkan Menteri Besar dan Exco mengisytiharkan harta.
- Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek

pembangunan sektor awam,

Tonggak 2: Rakyat nan senang dan sejahtera

- Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
- Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan

pelancongan.

Tonggak 3: Rakyat nan bertelapak

- Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold)

kepada milik kekal (freehold).
- Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran

selama lima tahun.

Tonggak 4: Rakyat nan berilmu

- Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan anak warga

Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga

peringkat SPM.

- Memberi sumbangan RM1,500 kepada pelajar yang berjaya

mengikuti ijazah pertama dan RM 1,000.00 untuk Diploma di IPTA

dan IPTS yang diiktiraf.

- Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah

selatan Semenanjung.

Tonggak5: Rakyat nan berakhlak

- Memperkemaskan sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu

instrumen pembasmi kemiskinan.

- Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga kesekolah menengah

- Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM 1,000.00 sebulan dan

memberi elaun RM250.00 sebulan kepada guru Al- Qur'an.

- Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.

- Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama

bukan

Tonggak 6: Rakyat nan aman dan mencintai alam

- Memperkasakan mekanisme penguatkuasaan undang-undang dan

peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala

sosial.

- Memberikan insentif kepada majikan yang menyediakan kemudahan

pengangkutan kepada pekerja wanita yang bekerja syif malam bagi

menjaga keselamatan mereka.

- Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak

mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak

alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.

- Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindungan hidupan

liar kawasan tadahan air, taman hutan lipur dan rezab hutan

bakau di kawasan persisiran pantai



Tonggak 7: Rakyat nan selesa

- Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih berkesan

untuk penduduk bandar dan luar bandar.

- Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri

Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.

- Mewuiudkan zon akses kepada lnternet secara percuma di

seluruh Negeri Sembilan.

Tunggak 8. Wanita dimartabatkan, rakyat nan muda disayangi, nan

dizalimi dibela, dan nan tua disantuni.


- Memberi bantuan tahunan RM500.00 kepada ibu tunggal yang

layak.

- Memberi tujuh hari cuti ihsan pada pekerja sektor awam yang

kematian pasangan

- Membuka akaun tabungan permulaan RM 100.00 bagi setiap

kelahiran bayi

- Mengadakan projek usahawan muda bagi mengalakklan anak muda

menceburkan diri dalam perindustrian dan Perniagaan

- Memastikan anak muda diwakili di dalam JKKK

- Meningkatkan pembangunan sukan

- Menyokong cadangan mengagihkan tanah Felda Plantation Sdn Bhd

kepada generasi kedua peneroka

- Mempercepatkan pengeluaran hak milik tanah kepada peneroka

yang telah melunaskan hutang kepada Felda.

- Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan

Felda untuk generasi kedua peneroka.

- Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar

termasuk warga emas, fakir miskin, golongan berpendapatan

rendah, tidak bernasib baik dan OKU

- Memberi sumbangan tahunan RM100.00 kepada warga emas.

- Menyediakan Insuran Takaful Kifalah secara percuma kepada

warga emas (manfaat kematian RM2,500.00 dibayar kepada waris)

- Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada

pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga

berpendapatan bulanan RM 1,500 ke bawah


Tonggak 9: Rakyat nan berbudaya dan beradat

- Merakyat seni setiap kaum.

- Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi

membangunkan tanah adat yang terbiar.

- Menaikkan elaun Datuk tembaga Adat kepada RM 1,000.00 sebulan

dan memberi elaun sebanyak RM 250.00 kepada Buapak.

- Menubuhkan sebuah Institusi bagi memperkasakanAdat perpatih.

Tiada ulasan: