Ahad, 15 Januari 2012

PERAKITE

PERAKITE


Media Umno terus dengan tuduhan pada Anwar

Posted: 15 Jan 2012 06:32 AM PST

Selepas dibebaskan dari tuduhan liwat,  Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menghadapi tuduhan mempertahankan hak golongan homoseksual, begitulah dakwaan Mingguan Malaysia.
Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan Mahkamah Tinggi memutuskan tidak cukup bukti untuk mensabitkan beliau.
Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk "Anwar ulas isu gay" sementara Berita Harian pula dengan tajuk "Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam".
Mingguan Malaysia berkata ketua pembangkang itu semasa temubual dengan BBC mengatakan undang-undang berkaitan hak golongan seksual di Malaysia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

Tiada ulasan: