Isnin, 30 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Iklaneka PDO: AuNew Pilih Malaysia Sebagai Hub Pasaran South East Asia, Usahawan Di Perlukan !

Posted: 30 Jan 2012 04:48 AM PST

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan tanpa had dengan bermodalkan hanya RM199 sahaja. Baru dilancarkan dan usahawan diperlukan di seluruh negara. Produk hebat dan terbukti berkesan. Satu peluang perniagaan terbaik "berdaftar" dan berpusat di Australia kini berada di Malaysia menanti anda dan menjanjikan peluang lumayan yang memberansangkan. Berasal dari sebuah syarikat yang ditubuhkan di Australia pada 1994 dengan nama "GMP Pharmaceutical" bagi memenuhi permintaan pasaran di Asia. Pada 2002, syarikat ini telah membuka sebuah kilang di New Zealand dan telah menempa kejayaan dalam masa 4 tahun yang menjadi pengeluar produk pharmaceutical terbesar di New Zealand. Aunew berazam untuk menjadi sebagai "World Largest E-Natural Health Product Franchise" dan telah membuat pelaburan lebih USD500 juta bagi membina empayar perniagaan ini di seluruh dunia. Aunew telah mengembangkan perniagaannya di China dan kini (Oktober 2011) Aunew telah memilih Malaysia sebagai sebuah hub bagi pasaran "South East Asia" yang menawarkan produk-produk terbaik yang terpilih dari Australia dan New Zealand dengan sistem dan peluang pendapatan (Residual Income) yang lumayan setelah memulakannya !.



Rebut, daftar dan jadilah diantara peserta terawal sekarang (pioneer). Hanya memerlukan modal yang rendah dan hasil memberansangkan yang pasti anda tidak mahu melepaskan peluang ini. Usahawan diperlukan di seluruh negara sekarang. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, Sila klik laman rasmi AuNewTeam untuk info atau SMS 019-2845511 Sekarang!

Kerajaan Negeri Bakal Berhadapan Dengan Protes Rakyat Jika Tidak Tangguh Korporat JBA Pahang !

Posted: 29 Jan 2012 07:55 PM PST

KUANTAN, 30 Jan - Nampaknya, Kerajaan Negeri Pahang bakal menerima musibah dan tamparan hebat menjelang Pilihanraya Uumum Ke-13 akan datang. Ia berikutan terdapat laporan protes besar-besaran akan dilakukan oleh ribuan rakyat termasuk dikalangan para pegawai dan kakitangan Jabatan Belakan Air (JBA) Pahang dalam tempoh terdekat ini. Agensi itu adalah merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Bantahan itu timbul akibat ketidakpuasan hati pihak terbabit tidak berpuas hari dengan permintaan mereka agar JBA Pahang menangguhkan pengkopratan dan pengswastaan agensi terbabit. Tempoh empat belas hari (14) hari diberikan oleh pihak terbabit andainya bantahan mereka tidak dipedulikan. Menurut satu kenyataan pihak berkenaan sepatunya pihak Kerajaan Negeri Pahang terlebih dahulu menyelesaikan isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) sebelum meneruskan agenda Pengkorporatan JBA Pahang. Perkara ini dibuat secara tergesa-gesa sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak khususnya kakitangan JBA sendiri. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tiada pilihan lain kecuali bertindak mengadakan bantahan besar-besaran membabitkan semua kakitangan JBA Pahang. Sekiranya Pengkorporatan ini diteruskan kerajaan walaupun ianya mendapat bantahan rakyat. Malah, turut dipersoalkan ialah semua pekerja terbabit dikatakan belum mendapat maklumat secara menyeluruh berkaitan terma dan syarat menambah baik perkhidmatan atau sebaliknya.


Laporan dari Sinar Harian tentang pertemuan kakitangan terbabit tentang
isu ini
dengan Presiden Cuepacs, Dato' Hj. Omar Osman di Temerloh
[Akibat tindakan tergesa-gesa kerajaan itu, ramai pekerja JBA Pahang terutamanya "pekerja kontrak" akan kehilangan mata pencarian. Ini kerana, sekiranya ia berlaku maka JBA Pahang terbabit dijangka akanmengecilkan kakitangannya dan ini menimbulkan kesulitan kepada sebahagian besar dari kalangan mereka yang mempunyai pinjaman bank dan koperasi yang berkaitan. Jika kontrak mereka ditamatkan secara tergesa, bermakna mereka terpaksa menanggung hutang yang pasti akan membebankan uintuk tempoh yang lama. JBA Pahang perlu selesaikan dulu masalah air yang berlaku diseluruh negeri ini sebelum beriya-iya mahu dikorporatkan. Apa guna pengkopratan, sekiranya masalah air sedia ada masih gagal ditangani dan diselesaikan. Malah, tindakan ini jelas sekali ada usaha Kerajaan Negeri Pahang untuk mengambilk duit rakyat secara mudah sebenarnya. Justeru, rakyat Pahang digesa bangkit membantah demi masa depan mereka. Sudahlah kita ditipu dengan "Subsidi Kerajaan Negeri" pada bil yang dilihat amat mengelirukan apabila jumllah yang terpaksa dibayar lebih tinggi daripada penggunaan asal selama ini. Malah, JBA Pahang juga mengenakan caj "kepala meter" kepada pengguna yang dilihat satu strategi mudah untuk mereka mendapat duit. Dikala, rakyat Selangor mendapat kebajikan 20 meter padu air percuma, tiba-tiba kita mahu dibebankan dengan kenaikan harga air jika JBA Pahang dikorporatkan. Oleh itu, marilah sama-sama kita bangkit berjuang untuk halang semua ini daripada berlaku].

DAP Bidas Ismail Sabri Tipu Rakyat, Isu Kenaikan Harga Gula Semata-Mata Untuk Pancing Undi PRU

Posted: 29 Jan 2012 05:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Jan - Parti Demoratik Rakyat (DAP) hari ini membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu. "Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob. "Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (foto) dalam satu kenyataan. Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30. Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung". Pua juga berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidaklah melambung.

[Ismail Sabri memangnya pemimpin UMNO dan Menteri BN yang telah banyak kali menipu rakyat dalam isu kenaikkan harga barang. Sejak beliau menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan sudah beberapa kali "menipu rakyat". Malah pada penghujung tahun 2010 dulu (3 November) beliau dengan beraninya mengatakan "harga minyak RON95 akan kekal tahun ini" klik sini , jaminan itu dibuat selepas RON97 naik naik lima sen seliter sehari sebelum itu. Namun, apa yang berlaku awal tahun 2011 minyak RON95 telah naik tanpa diduga iaitu dua bulan selepas janji manis beliau itu. Sekarang dia mahu menipu rakyat lagi dengan kenyataan yang mahu mempertahankan kerajaan. Sedangkan rakyat sudah tahu taktik kotor beliau selama ini. Oleh itu, rakyat diminta berhati-hati dengan apa jua janji dan tawaran yang dibuat oleh kerajaan sekarang. Segalanya adalah menjurus kepada "pancing undi" untuk Pilihanraya Umum Ke-13 sebenarnya. Maka, fikirkanlah dan jangan melakukan kesilapan lagi].

Tiada ulasan: