Pahang Daily Online |
- Tuduhan Kononnya PDO 'Cuba Fitnah' Dan Hasut Rakyat Membenci Raja Tidak Berasas Sebenarnya!
- Eksklusif: Video, MB Pahang Setuju Debat Lynas !
- Panas: Video, Anwar Jawab Fitnah Dan Tohmahan
Tuduhan Kononnya PDO 'Cuba Fitnah' Dan Hasut Rakyat Membenci Raja Tidak Berasas Sebenarnya! Posted: 28 Jan 2012 04:21 AM PST Sungguh mengejutkan apabila ada pihak yang cuba menyerang Pahang Daily Online (PDO) gara-gara menyiarkan maklumat panas berhubung tindakan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk membeli Hotel MS Garden dekat sini. Malah ada diantara mereka yang tergamak mengatakan PDO cuba menfitnah Tengku Mahkota Pahang (pemikirpolitikjerantut). Manakala blogger (wanzamzuriwanhasenan) pula dengan beraninya menuduh PDO telah menyerang raja sendiri dan menghasut rakyat Pahang supaya membenci institusi raja. Tuduhan ini dilemparkan selepas isu ini didedahkan pula oleh media arus perdana beberapa hari selepas PDO membongkarkannya. Itu pun, selepas Tengku Mahkota Pahang mengeluarkan titah baginda terhadap isu panas ini. Persoalannya yang timbul, apakah benar PDO cuba menghasut rakyat dengan isu sebegini?. Benarkah PDO cuba untuk mengajak rakyat agar membenci raja?. Nampaknya, para blogger UMNO terbabit tidak faham dengan isu yang dibongkarkan dan menuduh kami tidak profesional dalam memaparkan artikel berkenaan. Bagi kami, tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas sama sekali. Ini kerana, isu yang PDO dedahkan bukanlah semudah itu maklumatnya boleh dipungut ditepi jalan begitu saja. Sebelum ini sudah banyak isu rakyat termasuk penyelewengan yang berlaku di beberapa buah agensi kerajaan seperti JBA, JAIP, UMP, KIPSAS, MPK dan sebagainya telah kami dedahkan. Apakah semua pendedahan itu bertujuan untuk menghasut rakyat supaya membenci agensi terbabit?. Sebelum ini PDO juga pernah mendedahkan beberapa isu agama berkaitan dengan JAIP dan MUIP. Malah, pendedahan kami tentang kes khalwat bekas Setiausaha MUIP sendiri telah berjaya membuka mata pihak-pihak tertentu untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit. Di fahamkan, Tengku Mahkota Pahang sendiri selaku Yang DiPertua MUIP telah mengarahkan pegawai berkenaan dipecat dan difahamkan beliau kini berpindah ke Jerantut. Bukankah, tindakan Tengku Mahkota Pahang itu berasaskan kepada maklumat dan pendedahan yang dibuat oleh PDO. Tambahan pula, ketika itu tidak ada satu pun media arus perdana yang berani mainkan isu berkenaan demi menjaga nama baik kerajaan sebenarnya. [Makanya, apakah pendedahan PDO tentang isu MUIP beli hotel MS Garden ini dianggap fitnah semata-mata kerana Tengku Mahkota Pahang tiba-tiba keluarkan kenyataan baginda kepada media. Para blogger UMNO perlu ingat bahawa Tengku Mahkota Pahang tidak pernah menyebut PDO menfitnah "raja" atas isu ini dan baginda sendiri sebenarnya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Oleh itu, usahlah para blogger UMNO melatah dan begitu cepat menuduh PDO cuba menfitnah dan menghasut rakyat supaya membenci raja. PDO sebenarnya mendedahkan ada pegawai dalam MUIP yang telah membelakangkan kepentingan agama sedangkan mereka berada dan dipertanggungjawab untuk urusan terbabit. Malah, PDO juga ucapkan tahniah kepada Tengku Mahkota Pahang yang mengambil berat isu ini. Para blogger UMNO diminta menyiasat dulu kesahihan cerita berkenaan dengan mana-mana sahabat mereka di JAIP dan MUIP sebelum berani menuduh PDO membuat fitnah isu ini. Bagi PDO, kepentingan agama perlulah dipertahankan dan jangan jadi bacul semata-mata mahu menjilat dan mengampu seperti mereka itu]. |
Eksklusif: Video, MB Pahang Setuju Debat Lynas ! Posted: 28 Jan 2012 04:12 AM PST |
Panas: Video, Anwar Jawab Fitnah Dan Tohmahan Posted: 28 Jan 2012 03:07 AM PST |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan