Jumaat, 27 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video: Haron Din Mimpi Jumpa Nabi Muhammad

Posted: 26 Jan 2012 11:18 PM PST


Cadangan Lynas, Buang Sisa Radioaktif Ke Pulau Tidak Berpenghuni Wajar Di Halang Oleh Rakyat

Posted: 26 Jan 2012 07:34 PM PST

KUANTAN, 27 Jan - Lynas Corporation bercadang untuk membuang sisa pepejal radioaktif dari loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng dekat sini ke sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang. Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) dalam satu kenyataannya semalam. Alternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Fuziah, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu. Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, katanya yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "Mereka berkata mereka belum mengenal pasti lokasi untuk Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF), tetapi mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan. "Salah satu pilihan itu ialah sebuah pulau di luar pantai Pahang yang tidak berpenghuni, " katanya. PDF adalah bertujuan untuk aliran sisa pepejal loji, yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif. Dua lagi aliran sisa juga mengandungi bahan radioaktif, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai radioaktif dan Lynas bercadang untuk mengitarkannya semula dan mengkomersilkannya. Bagaimanapun, Fuziah berkata, lokasi pulau tersebut belum ditentukan kerana idea itu "masih dalam pertimbangan". Bagi suarakan tentangannya terhadap itu, semalam Fauziah menyerahkan penghujahan bertulis kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Kuantan. "Ini tidak harus dibenar kerana bahan dari PDF boleh meluluhkan ke dalam laut," demikian menurut penghujahan tersebut.


[Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuantan itu menafikan beliau bersetuju dengan cadangan Lynas ini. Katanya, dimana saja Lynas mahu buangkan sisa pepejal radioaktif seperti yang dimaksudkan maka rakyat perlu menantangnya kerana ia tetap membahayakan rakyat. Lynas kini perlu mencari alternatif lain untuk meyakinkan rakyat tentang bahan buangan radioaktif mereka, jika tidak mahu isu ini terus berpanjangan. Rakyat sebenarnya, mahukan supaya operasi kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan itu dibatalkan secara keseluruhannya tanpa sebarang alasan lagi. Kini Lynas sibuk membuat promosi di dalam berbagai-bagai akhbar untuk memberi maklumat tentang kilang mereka itu. Namun, ramai yang sudah hilang keyakinan dan hairan kenapa baru sekarang mahu membuat promosi dan hebahan ketika kilang sudah didirikan. Kenapa tidak semasa ia mahu dibina dulu?. Apakah Lynas takut rakyat bangkit menentang pada ketika itu?. Maka kini baru dilakukannya].

PAS Pahang Gesa MUIP Membatalkan Hasrat Beli Hotel Serta Lebih Tumpu Kemaslahatan Ummah!

Posted: 26 Jan 2012 11:59 AM PST

KUANTAN, 27 Jan - PAS Pahang menggesa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membatalkan hasrat untuk membeli Hotel MS Garden dan lebih mengutamakan kemaslahatan ummah. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) ketika mengulas isu kontroversi ini dalam posting terbaru di blog peribadinya semalam. Kata beliau, tinjauan awam mendapati rata-rata rakyat Pahang tidak bersetuju dengan tindakan walaupun tidak menggunakan wang zakat. Tindakan segera YDP MUIP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberikan penjelasan segera terhadap isu ini harus dipuji. Baginda bertitah urusan pengambilalihan hotel itu oleh MUIP akan dibuat menerusi pinjaman, tetapi sama ada akan menggunakan wang zakat bagi urusan itu belum dimuktamadkan."Bagi saya masa untuk selesaikan hal kewangan ini dahulu dan kita akan pastikan cuba tidak gunakan wang zakat," titahnya (dipetik dari Sinar Harian). Dalam keadaan masih ramai umat Islam berada di tahap kemiskinan tegar, sebahagian besar rakyat Pahang sangat mengharapkan isu-isu utama dapat diselesaikan terlebih dahulu. Kegagalan kerajaan negeri untuk memastikan seluruh institusi agama berjalan dengan sempurna telah menyebabkan banyak urusan pentadbiran masih berhadapan dengan pelbagai kepincangan. Antara kepincangan yang dimaksudkan ialah seperti kegagalan melantik hakim Mahkamah Tinggi Syariah, hakim Mahkamah Rayuan Syariah, pendakwaraya, Pengetua Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan dan puluhan kekosongan naib Qadhi dan wali hakim. Kesemua ini telah membawa kesusahan kepada masyarakat Islam di Pahang. Apakah hujah kerajaan negeri Pahang dalam membeli hotel di tengah kota ibu negeri Pahang? Jika keutamaannya adalah untuk meninggikan imej MUIP, bukankah lebih baik selesaikan ratusan kes syariah seperti perceraian, tuntutan harta dan lain yang masih tertunggak akibat kekurangan pegawai daripada membeli hotel. Beliau turut menegaskan ketika ini, rakyat Pahang masih menunggu tindakan kerajaan negeri untuk melaksanakan hasrat KDYMM Sultan Pahang bagi mewujudkan sekolah agama Bestari di Pahang. Bahkan, rakyat Pahang sedang tertunggu-tunggu usaha kerajaan negeri untuk mengatasi pelbagai kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah agama yang tidak lagi kelihatan, daripada pengumuman untuk membeli hotel mewah.

[Rata-rata rakyat berharap kerajaan negeri Pahang dapat mengunakan puluhan juta wang zakat yang terkumpul kini bagi meninggikan syiar Islam terutamanya bagi memajukan bidang pendidikan. Alangkah baiknya kalau setiap sekolah agama diperuntukan RM200,000 bagi membaikpulih kerosakan dan penyediaan kemudahan pendidikan, bantuan pendidikan kepada para pelajar miskin serta menigkatkan bayaran bantuan kepada pelajar agama di Timur Tengah kerana Pahang antara yang paling sedikit bantuan berbanding negeri-negeri lain. Selari dengan tuntutan dan hasrat rakyat, PAS Pahang menyarankan kerajaan negeri Pahang khususnya MUIP untuk membatalkan hasrat membeli hotel mewah sebanyak RM50 juta itu. Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat kepada rakyat Pahang dan Islam itu secara keseluruhannya].

Panas: Ayah Si 'Rahimi', Yang Merupakan Mantan Ketua PKR Cabang Bentong Akhirnya Keluar PKR!

Posted: 26 Jan 2012 11:14 AM PST

KUANTAN, 27 Jan - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang kini kehilangan seorang lagi pejuang hebat yang telah sekian lama bersama parti itu dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Entah kenapa di ketika Anwar baru sahaja dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan Osman Ishak (foto) meninggalkan parti itu. Beliau yang merupakan mantan Ketua PKR Cabang Bentong dan merupakan antara penggerak Keadilan di Pahang dikatakan meninggalkan parti itu selepas "percaya dengan video seks" yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang (Anwar) itu. Kami tidak dapat menghubungi beliau buat masa ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tindakannya itu. Namun, berdasarkan wawancara eksklusif yang telah dibuat olehnya dengan wartawan Utusan Malaysia Ahad lalu, ternyata ayah kepada Rahimi iaitu bekas Setiausaha Sulit Anwar itu kecewa dengan moral pemimpin terbabit maka rela meninggalkan perjuangan yang didokongnya selama ini. Baca disini untuk mendengar luahan hatinya. Persoalannya sekarang, apakah pemergian Osman yang merupakan salah seorang penyokong tegar Anwar itu boleh menggoncangkan PKR dan Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang?. Osman yang kelibatnya tidak lagi kelihatan dalam mana-mana program Anwar mutakhir ini dikatakan mengambil tindakan tersebut demi kebenaran. Malah, beliau sanggup berbalah dengan anaknya (Rahimi) dalam isu-isu yang melibatkan Anwar.

[Difahamkan, ramai lagi pemimpin kanan PKR termasuk dari negeri Pahang akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Apakah ini tandanya, pilihanraya umum ke-13 sudah semakin hampir dan urusan "jual beli" sudah mula berlaku. Terdapat juga sumber mengatakan, ada beberapa kerat pemimpin PKR Pahang kini mula mengadakan "pertemuan sulit" dengan pemimpin UMNO untuk tujuan "penghijrahan". Mereka dipercayai akan melakukan tindakan tersebut beberapa hari menjelang PRU-13 ini nanti. Soalnya sekarang, apakah PKR boleh menyiasat siapa individu terbabit atau mereka akan berhadapan dengan isu "lompat parti" sekali lagi selepas ini. Kepercayaan rakyat pasti akan terhakis jika semua ini tidak dibendung dari sekarang. Dengan ini, kini sudah dua orang bekas Ketua Cabang PKR Pahang meninggalkan parti itu. Sebelum ini, Md Nor Jaafar iaitu bekas Ketua Cabang Jerantut keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bersama Datuk Zaid Ibrahim. Kini, apakah Osman akan menyertai beliau atau masuk UMNO seperti yang dilakukan oleh anaknya Rahimi (foto) sebelum ini. Apapun, PKR harus lebih berhati-hati].

Felda Bakal Defisit RM1.2b Jika Ia Di Senaraikan !

Posted: 26 Jan 2012 10:40 AM PST

Tiada ulasan: