Pahang Daily Online |
- Panas: 'Duit Zakat Beli Hotel', MUIP Di Gesa Siasat Master Mind Di Sebalik Segala Urusan Berkenaan!
- Mengejutkan: Semalam 'Dua Mangsa' Mati Lemas, Hari Ini Seorang Lagi Mangsa Mati Di Pantai Sepat
- Anak Jati Pahang Gesa Mereka Lebih Diutamakan Untuk Sebarang Peluang Pekerjaan' Di Negeri Ini!
- BN Pahang Yakin "Rampas Semula" Semua Kerusi Pembangkang Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ini!
- Panas: Beli Hotel Guna Duit Zakat, Ramai Kecewa Serta Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Isu Ini
Panas: 'Duit Zakat Beli Hotel', MUIP Di Gesa Siasat Master Mind Di Sebalik Segala Urusan Berkenaan! Posted: 23 Jan 2012 06:44 AM PST KUANTAN, 23 Jan - Gara-gara melantik "orang luar" menjadi Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) maka akhirnya kontroversi pembelian Hotel MS Garden terjadi. Menurut sumber, pegawai berkenaan dikenali sebagai Izhar Ahmad (foto) yang berasal dari Kelantan itu dipercayai menjadi punca segala kekalutan yang melanda MUIP sekarang ini. Beliau yang bukan merupakan "orang agama" diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjaga hal ehwal ekonomi MUIP. Malah, menurut kariah di kawasan tempat tinggal beliau, kelibatnya tidak pernah dilihat bersama-sama jemaah yang lain di surau tamat perumahan terbabit. Justeru itu, pihak kami mendesak supaya Kerajaan Negeri Pahang menyiasat hal ini demi kepentingan agama Islam itu sendiri. Tindakan beliau yang mempengaruhi Timbalan Yang DiPertua MUIP, Dato' Sri Wan Hj.Abdul Wahid Hj.Wan Hassan untuk menggunakan "duit zakat" bagi membeli hotel terbabit amatlah dikesali. Malah, difahamkan beliau turut memanipulasi nama "pihak istana" untuk membolehkan urusan pengambilan wang zakat dipermudahkan. Tindakan yang mengelirukan ini tidak wajar berlaku sebenarnya, kerana wang zakat adalah bertujuan untuk kebajikan dan bukannya komersial. Menurut sumber, segala urusan pembelian hotel berkenaan kini hampir selesai sepenuhnya. Malah, bayaran deposit urusan pengambilalihan hotel terbabit sudah pun dilunaskan iaitu sebanyak RM5 juta. Difahamkan juga, hotel ini mahu dijadikan "Islamic Hotel" seleras dengan hala tuju MUIP yang mahu meningkatkan syiar agama Islam di negeri ini. Namun, apa yang meragukan ialah pembelian terbabit hanya atas namanya sahaja, sedangkan pihak pengurusan dikekalkan kerana MUIP langsung tidak punyai kepakaran untuk mentadbir sebuah hotel sehebat MS Garden itu sebenarnya. Inilah yang memusykilkan umat Islam andainya segalanya ini berlaku. Nama MUIP akan tertera pada hotel terbabit, sedangkan di dalamnya masih mengekalkan benda yang sama. Apakah Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP tidak boleh berfikir sebijak itu dan hanya mengejar komisyen dan keuntungan yang akan diperolehi atas pelaburan yang cukup menimbulkan kontroversi ini. [Jika benar dakwaan pihak terbabit bahawa "Master Mind" di sebalik kontroversi ini ialah Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP sendiri, maka tindakan tegas wajar diambil. Beliau adalah "orang luar" yang telah dilantik ke jawatan itu dengan mengenepikan ramai calon-calon anak jati Pahang yang lebih layak sebenarnya. Siasatan telus perlu dilakukan siapakah "proksi" beliau di MUIP hingga membolehkan urusan menggunakan wang zakat untuk tujuan komersial ini. Justeru itu hala tuju MUIP perlu diperbetulkan jika mahu melihat masa depan agama Islam itu terbela. Jika duit zakat pun mahu dikomersialkan, maka apakah akan terjadi kepada Asnaf yang lapan itu gamaknya. Masih ramai asnaf yang gagal mendapat peruntukan wang zakat. Maka, kenapa mahu diselewengan ke jalan pelaburan?. Apa motif wang zakat sebenarnya?. Harap, Pegawai terbabit dapat menjawapnya agar ia tidak kelirukan umat Islam. Bekerjalah kerana Allah, bukan kerana mengejar keuntungan duniawi semata-mata]. |
Mengejutkan: Semalam 'Dua Mangsa' Mati Lemas, Hari Ini Seorang Lagi Mangsa Mati Di Pantai Sepat Posted: 23 Jan 2012 05:40 AM PST KUANTAN 23 Jan - Pantai Sepat di sini hari ini meragut satu lagi nyawa apabila seorang remaja lelaki mati lemas ketika mandi-manda bersama ahli keluarga yang lain, petang ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusoff (foto) berkata, mangsa, R. Alvin, 16, dari Tanah Putih di sini meninggal dunia pada pukul 6 petang manakala saudara perempuannya R. Thanusa, 13, dari Batu Arang, Selangor berjaya diselamatkan daripada lemas. Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat keluarga yang terdiri daripada keluarganya dan saudara maranya berkelah di pantai itu sempena cuti Tahun Baru Cina. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan Thanusa turut dirawat di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan stabil. Dalam kejadian petang semalam, dua beradik mati lemas di pantai yang sama ketika berkelah bersama keluarganya. |
Anak Jati Pahang Gesa Mereka Lebih Diutamakan Untuk Sebarang Peluang Pekerjaan' Di Negeri Ini! Posted: 23 Jan 2012 04:34 AM PST ' KUANTAN, 23 Jan - Ramai rakyat Pahang yang ingin berurusan sama ada mendapatkan peluang pekerjaan atau sebagainya di negeri ini, kecewa dengan sikap sesetengah agensi kerajaan yang lebih mengutamakan "orang luar" daripada anak jati (tempatan) sendiri. Senario yang berlaku jelas membuktikan Kerajaan Negeri Pahang sendiri tidak serius untuk membantu dan memberi peluang anak-anak tempatan mendapat keistimewaan di negeri sendiri, walau pun ibubapa dan mereka sendiri lahir dan dibesarkan di negeri ini. Situasi ini agak berbeza dengan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia sebenarnya. Di tempat lain, anak-anak tempatan lebih diutamakan dalam apa jua bidang termasuk pekerjaan itu sendiri. Banyak kes-kes yang terjadi dan tidak dilaporkan. Malah, ada dikalangan agensi kerajaan di negeri ini lebih mengutamakan "orang luar" daripada "anak jati Pahang" sendiri. Kerajaan Negeri Pahang digesa memantau fenomena yang sudah sekian lama berlarutan ini. Berilah ruang kepada anak-anak Pahang untuk menabur jasa di bumi sendiri. Berikut, luahan hati seorang pembaca Pahang Daily Online (PDO) yang kami terima; "Saya nak buat aduan ni pasal peluang kerjaya anak tempatan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP), kalau kita tgk mana mana negeri lain saya pernah interview lecturer di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Waktu tu kat ruang menunggu dia panggil semua anak Terengganu masuk dulu dan semua dapat, yang lebih tu baru dia interview mean orang luar la tapi tu pun belum tentu dapat termasuk saya la tak dapat. tapi lain di MPK dan UMP saya dapat info di UMP banyak orang luar jadi lecturer dan staf terutama dari johor dan negeri semenanjung. Saya nampak tak berjiwa Pahang la mereka ni. harap dapat paparkan isu ni supaya mereka alert. kalau tgk UMP dan MPK ni sama je tatau la kroni ke apa tapi sian anak pahang nak berbakti di negeri sendiri susah. saya pernah belajar di UTM dan UTHM Johor mereka memang amek anak tempatan nak anak johor kalau di uthm kalau anak jawa memang dapatla, so di UMP ni berbeza. sila bongkarkan amin". Inilah bukti sebahagian daripada luahan hati anak-anak Pahang yang kecewa dengan senario ini. [Isu yang sama turut berlaku di mana-mana agensi kerajaan negeri yang lain termasuk di Maahad Tahfiz milik Yayasan Pahang itu sendiri sebenarnya. Anak-anak Pahang yang memohon kebanyakkan ditolak begitu sahaja sebaliknya orang luar yang lebih diberi keutamaan. Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang mempunyai masalah ini, sila emailkan kepada kami masalah anda untuk didedahkan. Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu dengan masalah ketidak adilan yang berlaku di negeri sendiri. Oleh itu, luahkan apa yang terbuku di hati anda sekarang. Kita tidak mahu anak-anak Pahang teraniaya di bumi sendiri. Sepatutnya, Kerajaan Negeri Pahang lebih mengutamakan anak tempatan dalam apa jua bidang bukannya orang luar. Mereka wajar mencontohi amalan yang dilakukan di negeri lain yang secara jelas lebih memberi keistimewaan kepada anak negeri masing-masing. Masa untuk berubah sudah tiba. Jangan biarkan amalan ini dikekalkan kerana kita adalah anak jati Pahang]. |
BN Pahang Yakin "Rampas Semula" Semua Kerusi Pembangkang Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ini! Posted: 22 Jan 2012 10:23 PM PST TEMERLOH, 23 Jan - BN Pahang yakin mampu merampas semula semua kerusi yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) berkata berdasarkan angin perubahan politik semasa, BN yakin dapat merampas semula kerusi terbabit walaupun mengakui ia sedikit sukar. "Kerusi parlimen Kuantan sedikit sukar kerana isu Lynas tetapi Parlimen Indera Mahkota kita tidak ada masalah. "Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan, Beserah juga tiada masalah, malah Triang dan Tras juga boleh kita rampas jika kita bekerja keras dan bersatu padu, kesemuanya boleh kita rampas kembali," katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan 3,000 jentera pilihan raya Wanita BN di sini semalam. Adnan berkata pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri yang merupakan sayap kanan parti perlu sentiasa turun padang mendekati rakyat dan mendengar serta mencari jalan membantu menyelesaikan masalah mereka. "Kesilapan masa lampau perlu dijadikan pengajaran dan kali ini kita perlu bekerja kuat untuk menang di mana segala kelemahan perlu diatasi. "Kita jangan persoalkan siapa calon atau komponen parti, yang pentingnya kita perlu menang dan segala janji rakyat akan kita tunaikan," katanya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota parti supaya mengetepikan perkara remeh temeh yang boleh gugat keutuhan parti menjelang PRU-13. Sokongan rakyat terhadap isu Lynas yang diperjuangkan oleh Fuziah jadi alasan BN tidak yakin untuk rampas kerusi yang diwakilii beliau |
Panas: Beli Hotel Guna Duit Zakat, Ramai Kecewa Serta Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Isu Ini Posted: 22 Jan 2012 11:24 AM PST KUANTAN, 23 Jan - Susulan pendedahan Pahang Daily Online (PDO) tentang isu penggunaan wang zakat untuk membeli sebuah hotel mewah di sini semalam, telah menyebabkan berbagai pihak terkejut dan gempar. Apa tidaknya, isu yang meibatkan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ini sesungguhnya begitu sensitif kepada umat Islam terutamanya orang-orang Melayu. Rata-rata yang ditemui, kecewa dengan apa yang berlaku dan amatlah berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. "Kita tidak mahu duit zakat digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan komersial (beli hotel). Ramai lagi asnaf yang perlu dibantu tapi kenapa mahu beli hotel. Apa motif dan agenda MUIP dalam mengembangkan syiar Islam di negeri ini .. ", kata seorang pemimpin NGO yang ditemui. Berita menggemarkan ini telah menyebabkan pihak-pihak yang terlibat kini "bagai cacing kepanasan". Kami sudah mendapat maklumat terperinci tentang urusan terbabit sebenarnya, dan akan didedahkan dalam masa terdekat jika usaha ini tidak dibatalkan. Segala maklumat bergambar dan dokumen berkaitan akan didedahkan bagi membuktikan bahawa urusan yang berlaku atas perkara ini telah dibuat secara "khilaf" dan mengelirukan. Umat Islam di Pahang tanpa mengira perbezaan fahaman politik perlu bangkit mempertahankan duit zakat agar tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi itu. Difahamkan, urusan pembelian Hotel MS Garden Kuantan yang mencecah puluhan juta ringgit itu kini sudah masuk ke peringkat terakhir (pembayaran). Kelulusan penggunaan wang zakat juga telah diperolehi secara "mengelirukan" dan penuh dengan "kontroversi" oleh pihak yang berkenaan. Malah, lebih mengejutkan hotel terbabit kononnya akan dijadikan "Islamic Hotel" tanpa membuat perubahan terhadap pentadbiran (management) hotel berkenaan. Inilah yang mengelirukan dan tidak wajar dilakukan demi kepentingan agama Islam. Jika ia diteruskan maka sudah pasti ia akan menyebabkan umat Islam marah dan bangkit menentang usaha ini. Kami tidak teragak-agak untuk menyiarkan gambar beberapa individu yang dipercayai menjadi "master mind" dalam urusan yang berkenaan. Pendedahan panas yang menggemparkan tentang isu ini semalam [Apa yang dipertikaikan dalam isu ini ialah perniagaan hotel yang dibeli adakah mengikut hukum syarak dan sebagainya. Kalau tidak mengikut hukum syarak maka ia tidak sepatutnya dibeli atas nama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Ini kerana umum mengetahui bahawa hotel seperti itu banyak menyajikan adengan maksiat dan yang tidak berlandasakan Islam. Jika ia dibeli oleh MUIP dan pengurusan serta pentadbiran masih yang sama, apakah mereka yakin hotel itu dapat dibersihkan?. Malah, ia juga akan menjatuhkan imej agama Islam itu sendiri jika ada aktiviti dan program yang tidak bermoral dianjurkan di situ. Kenapa individu yang berkenaan tidak boloeh berfikir sejauh ini dan hanya memikirkan kuntungan serta komisyen yang bakal diraih atas pembelian tersebut. Ini sungguh memalukan umat Islam dan tidak wajar dibenarkan. Usahlah merosakkan kepercayaan umat Islam terhadap MUIP. Ramai juga mereka yang mengeluarkan zakat kini kecewa dengan senario yang berlaku ini. Apakah wajar mereka bersubahat dalam urusan yang mengelirukan seperti ini. Justeru, pihak yang berkenaan diminta mengambil perhatian untuk membatalkan segala urusan yang terbabit demi masa deoan dan kesucian agama Islam. Wamg zakat haruslah diagih-agihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan, bukan dikomersialkan sedemikian rupa. Maka, berfikirlah sebelum buat tindakan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan