Ahad, 22 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: GPMS Pahang Bacul, 'Sanggup Tolak' Debat Isu Lynas Antara Menteri Besar Dan Fuziah Salleh

Posted: 22 Jan 2012 01:39 AM PST

KUANTAN, 22 Jan - Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan Yang DiPertua, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pahang iaitu Wan Emril Nizam Wan Embong (foto) yang mahu debat isu Lynas antara Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dengan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dibatalkan. Beliau berkata bagi membantah hasrat MB Pahang untuk berdebat secara terbuka dengan Fuziah dalam isu tersebut. Persoalan yang timbul, kenapakah debat itu harus dibatalkan sedangkan ia adalah ruang terbuka untuk kedua-dua pihak mengeluarkan dan mempertahankan hujjah masing-masing agar dinilai oleh rakyat. Kenyataan Wan Emril kononnya perjumpaan "Town Hall" itu akan dijadikan landasan untuk menghentam dan memburukkan kerajaan seperti yang berlaku sebelum ini. Malah, katanya yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini (22 Jan) dengan jelas mengatakan perjumpaan bersama sebelum ini telah dijadikan platform untuk pembangkang menyelar rancangan kerajaan. Kononnya, berbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa projek Lynas tidak berbahaya seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Maka itu, beliau takut kerajaan dimalukan sekali lagi oleh pembangkang andai debat itu dilakukan. Persoalan yang perlu ditanya kepada Wan Emril ialah jika benar kerajaan telah menyakinkan rakyat kenapa perlu takut untuk berhadapan secara "anak jantan" di pentas terbuka (debat). Malah, rakyat juga ada hak untuk mempertikaikan "projek berisiko" yang dibawa masuk oleh kerajaan melalui "pintu belakang". Tidak timbul soal tidak percaya atau tidak, kerana memang sudah menjadi tradisi pemimpin kerajaan UMNO BN akan mengambil komisyen "under table" sebelum meluluskan apa jua projek sekali pun. Malah, dalam permohonan kawasan balak, lombong, tanah dan sebagainya ternyata memang ramai yang mengetahui terpaksa memberi habuan tertentu kepada pihak yang berkenaan jika mahu permohonan diangkat dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang dipimpin oleh Menteri Besar sendiri. Itu belum termasuk habuan lumayan untuk ahli majlis itu sendiri sebelum projek disokong.


Bukti, kenyataan Wan Emril di Sinar Harian tentang isu ini

Wan Emril sepatutnya tahu semua ini dan ia memang menjadi amalan "dulu, kini dan selamanya" oleh kerajaan UMNO BN. Maka itulah, rakyat berhak mempertikaikan projek Lynas kerana kemasukannya mencurigakan dan penuh dengan kontroversi. Tidak timbul soal pembankang atau sebaliknya, kerana ramai juga penyokong BN terutamanya dari parti MCA yang turut membantah projek Lynas. Maka beliau harus sedar, isu Lynas bukanlah politik tetapi isu rakyat Kuantan secara umumnya. Tidak perlu takut dengan "debat" yang bakal diadakan kerana ia dianjurkan oleh pihak yang profesional dan telah banyak menganjurkan debat seperti itu selama ini iaitu Sinar Harian. Tidak timbul juga soal kecoh atau tidak kerana, penganjur berhak membatalkan debat itu jika berlaku kekecohan. Malah, Sinar Harian dilihat lebih telus dan terbuka dalam bidang ini. Maka, tidak perlulah Wan Emril membuat kajian sendiri dek kerana mahu mempertahankan pemimpin mereka yang mula ketakutan untuk berhadapan dengan rakyat. Siapa yang mahu percaya dengan kerajaan?. Jika kerajaan membuat taklimat Lynas di Komplek Penyiaran Pahang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu baru-baru ini pun diadakan secara tertutup?. Semua ini menimbulkan keraguan dan ternyata satu usaha untuk menutup kelemahan mereka sebenarnya.

[Justeru, sebagai sebuah pemimpin NGO yang berpaksikan pendidikan Wan Emril harus bersikap terbuka dan lebih profesional dalam membuat keputusan. Kenapa perlu pertahankan sesuatu isu jika rakyat menolaknya. Jalan terbaik dan lebih demokrasi iani berdebat secara terbuka. Jika MB Pahang berjaya mematahkan hujjah Fuziah Salleh, maka rakyat pasti akan terima kenyataan dan apa yang diperkatakan. Begitulah sebaliknya. Debat adalah satu platform sihat yang perlu disuburkan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Jika kerajaan berada di pihak yang benar, maka rakyat akan mempercayai hujjah yang diberikan. Namun, jika majoriti rakyat menolaknya, wajarlah kerajaan membatalkan projek Lynas walau pun ada beberapa kerat pemimpin tertentu yang akan dapat untung besar. Semua ini perlu dipastikan demi masa depan rakyat tercinta. Oleh itu, kami mengesyorkan agar debat terbuka ini diteruskan bagi menjamin keadilan untuk semua pihak. Berani kerana benar dan takut kerana salah].

Panas: Guna 'Duit Zakat' Untuk Beli Hotel Mewah, Kerajaan Negeri Di Gesa Halang Urusan Berkaitan

Posted: 21 Jan 2012 12:35 PM PST

KUANTAN, 22 Jan - Belum pun kes penggunaan wang zakat yang melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) reda, kini heboh pula berita Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pula menggunakan wang zakat. Jika Jamil Khir didakwa gunakan gunakan wang zakat sebanyak RM63,650.00 untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, apa yang berlaku di sini sesungguhnya lebih mengejutkan umat Islam dan rakyat Pahang sebenarnya. Ini kerana, daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan MUIP dipercayai mahu menggunakan wang zakat mencecah puluhan juta ringgit semata-mata mahu mengambil alih pengurusan (membeli) hotel MS Garden Kuantan (foto) . Difahamkan, pihak berkenaan telah pun membuat bayaran pendahuluan terhadap hotel terbabit sebanyak RM5 juta dan bakinya akan diambil melalui wang zakat. Apa yang lebih mengejutkan ialah urusan yang berkaitan telah dibuat secara "mengelirukan" hingga menyebabkan ramai pihak kini berada dalam dilema sebenarnya. Ini kerana urusan yang berkaitan dikatakan "memanipulasi" nama pihak istana demi kepentingan beberapa kerat individu di agensi terbabit sebenarnya. Justeru itu, ramai yng terkejut dengan isu ini kerana jika benar dakwaan MUIP mahu menggunakan wang zakat untuk mengambilalih pengurusan sebuah hotel maka ia jelas sekali "lari" daripada matlamat asal zakat itu sendiri. Malah, ia juga tersasar daripada misi MUIP iaitu "Memperkasakan Ummah Melalui Peningkatan Taqwa, Pembentukan Akhlak Yang Terpuji, Pengurusan Sosio-Ekonomi Yang Mampan, Dakwah Yang Berkesan, Pembudayaan Ilmu, Pemartabatan Adat Resam Melayu dan Perundangan Yang Berlandaskan Syariat". Justeru itu, seluruh umat Islam di Pahang digesa bertindak untuk memastikan urusan ini tidak berlaku. Amatlah malang sekali, dikala begitu ramai asnaf (mereka yang layak) menerima wang zakat masih memerlukannya tiba-tiba wang tersebut digunakan bagi tujuan perniagaan (komersial). Maka itu, Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob digesa bertindak untuk menghalang urusan tersebut.


Beginilah rupa sebuah pusat hiburan yang terdapat dalam hotel tersebut
Apakah wajar wang zakat dilaburkan untuk tujuan komersial seperti ini?
Sertai debat panas isu ini di ruang sembang popular cari malay forum
[Kami akan melaporkan perkembangan terkini isu ini dalam masa terdekat selepas siasatan rapi berkaitan siapakah "orang dalam" yang terlibat dengan urusan yang berkenaan. Sebelum ini, PDO juga telah membongkarkan kes khalwat melibatkan bekas Setiausaha MUIP sehingga diambil tindakan oleh Yang DiPertua MUIP sendiri iaitu KeBawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang. Difahamkan pegawai terbabit telah ditukarkan ke Jerantut dan kes beliau masih dibicarakan hingga ke hari ini. Oleh itu, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama dan gambar beberapa individu yang dipercayai memainkan peranan dalam pelaburan yang cukup "memalukan" ini. Apa yang lebih menyedihkan, kini urusan zakat difahamkan diuruskan terus oleh MUIP dan Pusat Kutipan Zakat hanya sekadar menjadi "pengutip wang zakat" semata-mata, sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengagihkan wang tersebut kepada pihak yang memerlukan. Jika benar dakwaan ini, maka ia merupakan satu episod malang dalam sejarah zakat di Pahang. Apakah cerita lembu Fidlot yang melibatkan Shahrizat Jalil akan berlaku pula di negeri ini. Tindakan guna wang ke jalan yang tidak sepatutnya amatlah mengecewakan umat Islam. Semoga isu ini dapat dipantau dengan sebaik mungkin demi "masa depan Islam" hendaknya].

Posted: 21 Jan 2012 10:14 AM PST

Panas: Aktiviti Curi Balak Di Kawasan MB Pahang, PAS Gesa Adnan Yaakob Jelaskan Kepada Rakyat !

Posted: 21 Jan 2012 09:26 AM PST

KUANTAN, 22 Jan - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang menggesa Kerajaan Negeri pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) menjelaskan kepada rakyat bagaimana boleh berlaku pengeluaran balak di kawasan Hutan Simpan Kekal Kemasul di dalam Daerah Bentong. Berdasarkan lawatan kerja PAS Pahang ke kawasan tersebut pada 19 Januari 2012, didapati papan tanda pemberitahuan status Hutan Simpan Kekal oleh Jabatan Perhutanan masih gah terpacak di puncak bukit berkenaan. Kewujudan papan tanda rasmi ini mengundang tanda tanya rakyat mengenai status hutan tersebut adakah sudah dilupuskan untuk tujuan pembalakan dan pertanian berikutan terdapatnya tiga kawasan matau pembalakan di sekitarnya yang siap tertera nombor lesen dan maklumat pembalakan. Sehubungan itu, PAS Pahang mahu Kerajaan Pahang menjelaskan kepada rakyat persoalan-persoalan seperti benarkah kerajaan telah mengeluarkan lesen pembalakan yang sah untuk membolehkan pengeluaran balak di kawasan hutan simpan tersebut? Keduana, adakah status Hutan Simpan Kekal itu telah dilupuskan?; Jika dilupuskan adakah mengikut prosedur atau dibolehkan oleh undang-undang? Turut dipersoalkan ialah mengapa kawasan itu dilupuskan sedangkan kawasan tersebut amat penting sebagai khazanah perhutanan negara sekali gus sebagai kawasan tadahan untuk lembangan Sungai Triang dan Sungai Pertang. Tidakkah akan menjejaskan ekologi dan bekalan air bersih jangka panjang untuk negara? Justeru itu, PAS Pahang berpendapat jika aktiviti pembalakan tersebut adalah haram, maka adalah mustahil pihak berkuasa perhutanan tidak mengetahuinya berdasarkan aktiviti pembalakan dan matau yang terletak di tepi jalan raya sekali gus tertera lesen pembalakan. Malah, kawasan hutan tersebut terletak di dalam DUN yang diwakili oleh MB Pahang itu.



Adnan marah orang ceroboh tanah kerajaan, tapi hutan balak apa citer?

[Difahamkan juga, PAS Pahang telah mendapat aduan penduduk sekitar bahawa aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan lepas dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan Kampung Chemomoi dan FELDA Kemasul - Triang termasuk pada waktu malam. Penduduk tempatan juga mengadu mengenai keadaan air Sungai Pertang dan Sungai Triang yang begitu keruh sejak beberapa bulan berkemungkinan kesan daripada aktiviti pembalakan tersebut. PAS Pahang menggesa pihak kerajaan menarik balik sebarang lesen pembalakan jika ada dikeluarkan kepada mana-mana pihak dan mengambil tindakan segera hentikan sebarang aktiviti penjarahan hasil hutan di kawasan Hutan Simpan Kemasul sekali gus diikuti tindakan segera untuk Pemuliharaanya demi untuk sediakan kawasan tadahan air bersih kepada generasi akan datang].

Tiada ulasan: