Pahang Daily Online |
| Lim Guan Eng: PLUS Akan Di Hapuskan Sekiranya Pakatan Memerintah Negara Selepas Pru-13 Nanti! Posted: 15 Jan 2012 01:41 AM PST ![]() Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto) dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat dekat Alor Setar semalam berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan. "Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati. Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidk membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal. "Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi. Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat. Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana yang tercatat di dalam Buku Jingga. |
| Badminton: Chong Wei Juarai Terbuka Malaysia! Posted: 15 Jan 2012 01:26 AM PST
|
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan