Sabtu, 14 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kerajaan Kelantan Mahu Hapus Hutang PTPTN

Posted: 14 Jan 2012 03:01 AM PST




Muhyiddin: Kerajaan Tak Perlu Wujudkan Badan Lain Kendali Pilihanraya Kononnya SPR Itu Telus

Posted: 14 Jan 2012 02:06 AM PST

KANGAR 14 Jan - Kerajaan tidak perlu mewujudkan sebuah badan lain untuk mengendalikan pilihan raya memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah terbukti mampu mengendalikan pilihan raya dengan baik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto). Timbalan Perdana Menteri berkata, SPR adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen dan sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen telah pun ditubuhkan bagi menambah baik sistem pilihan raya sedia ada. Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan tanggungjawabnya tanpa berkongsi kuasa dengan mana-mana agensi. Akhbar tempatan memetik Abdul Rashid sebagai berkata kerajaan juga disarankan mewujudkan sebuah badan bebas bagi memastikan pilihan raya dapat memuaskan hati semua pihak. Muhyiddin berkata, beliau tidak pasti maksud sebenar Abdul Rashid itu tetapi kerajaan bersedia untuk menerima sebarang cadangan dan mempertimbangkannya jika perlu. Kerajaan, katanya, tidak nampak adanya keperluan untuk menubuhkan sebuah badan khas yang dimaksudkan itu kerana semuanya telah berjalan dengan betul dan cadangan penubuhan jawatankuasa pilihan khas parlimen itu telah pun diteliti oleh SPR.

Terkini: Mangsa Banjir Di Pahang Kini Meningkat Kepada 1,026 Orang Sehingga Jam 9.00 Pagi Tadi !

Posted: 13 Jan 2012 09:04 PM PST

KUANTAN 14 Jan - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Kuantan dan Pekan terus meningkat kepada 1,026 orang berbanding 805 orang petang semalam. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sehingga pukul 9 pagi tadi, mangsa pemindahan daerah Kuantan yang ditempatkan di lima pusat pemindahan meningkat kepada 704 orang daripada 189 keluarga. "Seramai 476 orang daripada 124 keluarga ditempatkan di SMK Pandan, Dewan Orang Ramai Sri Damai (93 orang daripada 31 keluarga), Dewan Orang Ramai Panching (18 orang daripada 6 keluarga), SMK Gudang Rasau (80 orang daripada 20 keluarga) dan terbaru Balai Raya Cherating (37 orang daripada lapan keluarga). "Daerah Pekan pula masih kekal satu pusat pemindahan yang dibuka iaitu di SK Sinar Mutiara yang menempatkan 322 orang daripada 78 keluarga dari Kampung Cenderawasih," katanya di sini hari ini. Sementara itu, jalan utama Kuantan-Sungai Lembing di Kilometer 30 masih dinaiki air setinggi satu meter dan ditutup kepada semua kenderaan.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang, Kini Sentiasa 'Siap Sedia' Menghadapi Bencana Banjir!

Posted: 13 Jan 2012 07:37 PM PST

KUANTAN 14 Jan - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang sentiasa bersiap sedia untuk menangani apa jua krisis, kecemasan dan bencana yang berlaku di negeri ini. Pengarahnya, Kolonel Che Othman Hussin (foto) berkata, persediaan itu termasuk kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua ekoran hujan lebat yang berterusan selama empat hari sejak Selasa lalu. Menurutnya, JPAM Pahang kini memiliki 43,326 Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) terlatih yang sentiasa bersiap sedia untuk digerakkan sekiranya berlaku bencana. "Kami (JPAM Pahang) tidak hadapi sebarang masalah, dengan kelengkapan logistik dan anggota yang ada, kami sentiasa bersiap sedia menghadapi apa jua bencana termasuk banjir di negeri ini. "Kami juga mempunyai bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam di Kuantan dan Temerloh dan sekiranya apa-apa berlaku, anggota di dua daerah inilah yang pertama akan bergerak sebelum dimaklumkan kepada anggota lain sekiranya bantuan diperlukan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan kenderaan operasi JPAM Pahang tahun 2012 di sini hari ini. Pada majlis tersebut, JPAM Pahang menerima enam kenderaan baru iaitu sebuah lori lima tan dan lima buah pacuan empat roda serta dua van yang diubah suai menjadi ambulans. Che Othman berkata, melalui statistik Sistem Respons Kecemasan Malaysia 999 (MERS 999) bagi 2011, sejumlah 6,432 kes kecemasan ditangani JPAM Pahang dengan mangsa diselamatkan seramai 3,874 orang. "Ini jelas menunjukkan JPAM begitu dekat di hati rakyat manakala anggota pasukan pertahanan awam pula mempunyai ruang yang lebih luas untuk mencurahkan khidmat bakti kepada negara," katanya. Beliau juga berkata, pada tahun ini pihaknya sasarkan pengambilan ASPA seramai 18,000 orang.

Tiada ulasan: