Selasa, 10 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Memalukan: Masih Ramai Puak-Puak UMNO Yang Percaya Kepada Cakap Saiful Daripada Bukti DNA

Posted: 10 Jan 2012 05:51 AM PST

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilihat satu tamparan yang cukup hebat kepada puak-puak UMNO sekarang ini. Apa tidaknya, gara-gara Anwar bebas kini mereka seolah "tiada idea lagi" bila diajukan soalan bahawa kes liwat II itu adalah fitnah jahat dan satu konspirasi pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan masa depan politik Ketua Pembangkang itu. Ramai dikalangan mereka kini gagal untuk berhadapan dengan rakyat terutamanya orang-orang kampung yang selama ini dimomokkan dengan cerita "Anwar Kaki Liwat". Kini masing-masing serba salah untuk mengeluarkan komen lagi, malah ramai dikalangan rakyat sudah mula "terbaca" penipuan yang dilakukan oleh mereka selama ini. Masing-masing tidak mampu berhujjah dan berhadapan dengan rakyat terutamanya penyokong pembangkang baik di kedai-kedai kopi atau dimana saja sekarang ini. Pembebasan Anwar ibarat satu rahmat kepada mereka yang menyokong mantan TPM itu selama ini. Tohmahan dan fitnah melampau yang dilemparkan kini terkena batang hidung masing-masing. Baru sekarang puak-puak ini sedar bahawa mereka rupanya menjaja cerita fitnah. Sebelum ini mereka berkobar-kobar mempertahankan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang kononnya menjadi "mangsa liwat Anwar". Rupa-rupanya DNA Anwar setitik pun tidak masuk ke dalam dubur si Saiful. Soalnya, DNA siapa yang berada dalam dubur anak muda itu jika bukan Anwar?. Saiful sepatutnya membuat laporan polis terhadap kehadiran misteri dua lagi DNA yang dijumpai oleh doktor pakar dalam duburnya, supaya memudahkan pihak polis menjalankan siasatan selepas ini. Hakikat "kebenaran" terlalu sukar untuk diterima oleh golongan yang mendewakan Saiful. Biar pun mahkamah membebaskan Anwar, namun ada diantara mereka yang masih lagi berhujjah dengan mengatakan Hakim hanya pertikai isu DNA yang terusik tetapi itu tidak bermakna Anwar tidak meliwat Saiful kata mereka. Punyalah "bengap" jiwa-jiwa puak-puak UMNO ini sehingga "bukti utama berlaku kes liwat" yang sudah disahkan oleh mahkamah itu pun mereka tolak dan masih percaya kepada laporan polis Saiful yang mengatakan dia diliwat. Maknanya mereka percaya kenyataan "lisan" Saiful daripada fakta saintifik yang lebih relevan dalam kes ini. Sebab itu ramai diantara mereka yang masih terkinja-kinja menjaja cerita kononnya Anwar bebas tidak bermakna dia bukan kaki liwat. Malah, sahabat baik Saiful sendiri iaitu Rahimi Osman dengan bangganya turut mengatakan bahawa keputusan mahkamah membebaskan Anwar tidak bermakna kejadian liwat tidak berlaku. Punyalah bodoh kenyataan mereka sekarang dek kerana ingin menutup malu besar akibat "konspirasi politik" yang tidak menjadi. Masing-masing kini masih terpedaya dengan mainan politik murahan pihak tertentu yang begitu rakus untuk terus pertahankan kuasa.



[Jiwa-jiwa mereka ini sebenarnya sudah terlalu teruk dan sukar untuk dibersihkan lagi. Sudah terbukti kes itu adalah fitnah, namun masih ada yang sanggup percaya kepada laporan polis dari mulut si Saiful. Malah mereka lupa Saiful bertemu Najib, Rosmah, Ezam serta lain-lain orang besar sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Walhal, ketika itu Saiful bekerja dengan Anwar. Kenapa Najib boleh benarkan Saiful bertandang ke rumahnya?. Apa hebatnya Saiful? Dia siapa ketika itu?. Namanya meletup tatkala kes ini dibongkarkan. Maknanya, ketika Saiful berjumpa Najib beliau masih bertugas dengan Anwar. Kenapa begitu istimewa boleh izinkan seorang anak muda bertemunya di malam hari. Alasan pertama Najib, mahu tolong Saiful hal biasiswa?. Hebat sangatkah Saiful hingga boleh mengadap TPM untuk biasiswa?. Bayangkan, jika sekarang pun anak-anak orang UMNO mahu mengadap Najib di rumahnya, maka tidak mungkin Rosmah Mansor akan benarkan melainkan ada "projek besar" untuk menjatuhkan seseorang. Rakyat boleh baca semua ini, maka usahlah puak-puak UMNO berbangga sangat kononnya walau pun mahkamah bebaskan Anwar tidak bermakna beliau tidak meliwat Saiful. Kalau macam itu mereka juga perlu bertanya, apahal TPM boleh benarkan Saiful berjumpa dengan beliau sedangkan jika dia diliwat maka terus ke balai polis buat laporan. Kenapa perlu terus jumpa orang-orang tertentu dan kenapa Laporan Perubatan Hospital Pusrawi tidak diterima oleh Saiful hanya kerana tidak mengesahkan dia diliwat?. Bodoh sangatkah beliau, mahu mengatakan dia diliwat sedangkan doktor mengesahkan dia suci tanpa sebarang tusukan. Itu pun puak-puak UMNO masih tak boleh berfikir dengan kepada otak masing-masing. Jika inilah keadaannya, sampai mati pun mereka ini akan percaya dan tetap akan kata Anwar Ibrahim peliwat. Itu bodoh namanya, kerana percaya cakap mulut daripada fakta saintifik].

Letupan Bom: Pihak Polis 'Tidak Wajar' Menuduh Penyokong Anwar Ibrahim Yang Melakukannya !!

Posted: 09 Jan 2012 08:21 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan - Pihak polis tidak wajar terlalu cepat mengumumkan kononnya letupan bom yang berlaku ketika himpunan "Bebas Anwar 901" berhampiran jalan masuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam dilakukan oleh penyokong Anwar. Ini kerana, polis sepatutnya mendedahkan maklumat itu selepas mereka menjalanlan siasatan dengan rapi dan profesional. Mana mungkin penyokong Anwar boleh lakukan perbuatan sedemikian, sedangkan dalam masa yang sama Anwar sudah pun dibebaskan. Jika Anwar disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara maka alasan polis bom dilakukan oleh penyokong Anwar ada logiknya. Tapi, tidak mungkin mana-mana individu akan bertindak "bodoh" seperti itu selepas apa yang diperjuangkan mereka berjaya mencapai matlamatnya. Malah, pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan awal-awal lagi sudah meletakkan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari segenap arah untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan provokasi. Menuduh penyokong Anwar dikala hati dan perasaan mereka gembira dengan keputusan pembebasan beliau, jelas sekali satu tuduhan yang boleh dipertikaikan sebenarnya. Paling mengejutkan, ada beberapa pihak yang nampak dan mungkin boleh menjadi saksi siapa yang meletakkan bom berkenaan. Malah, mereka percaya ia dilakukan oleh pihak berkuasa sendiri bagi "menconteng arang" ke muka Anwar kononnya penyokong beliau bertindak ganas. Padahal, mereka yang mengatur semua itu. Pihak polis tidal wajar terus memperbodohkan rakyat Malaysia lagi. Cukuplah dengan apa yang dilakukan selama ini, kenapa mahu ditambah lagi "dosa kering" yang bakal menjatuhkan imej mereka dikalangan rakyat. Paling menarik, seperti yang dijangka media arus pengampu (TV3) dengan bangga menyiarkan laporan tajuk utama dalam Buletin Utama malam tadi. Ia seolah-olah mahu menggambarkan betapa ganasnya penyokong Anwar Ibrahim. Kenyataan kononnya "bom buatan sendiri" juga tidak boleh diterima kerana lokasi letupan itu adalah di kawasan penyokong Anwar berhimpun. Mana mungkin penyokong sendiri mahu cederakan kumpulan mereka, sedangkan mereka sama-sama berjuang. Ini bermakna, memang ada pihak lain yang merencanakan semua itu demi merosakkan nama baik Parti Pembangkang. Oleh itu, pihak polis wajar bertindak profesional dan mendedahkan siapa yang terlibat supaya rakyat boleh menilainya.

[Begitu cepat pihak polis tuduh penyokong Anwar terlibat, sedangkan mereka belum buat penyiasatan yang rapi terhadap kes ini. Kenapa perlu dedahkan kepada media bahawa penyokong Anwar terlibat?. Bukankah Perkasa juga ada yang datang untuk membuat provokasi semasa perhimpunan itu berjalan semalam. Bahkan, bom yang meletup itu begitu kuat hingga menggegarkan mereka yang berada di sekitar kawasan Masjid Wilayah yang berdekatan. Sepatutnya pihak polis membuat penyiasatan dengan lebih detail sebelum mengatakan ia dilakukan oleh penyokong Anwar. Tidak mungkin orang akan membawa bom sebab polis begitu ramai berada di sekeliling kawasan itu sebenarnya. Takkanlah ada orang begitu bodoh sanggup membawa bom dan kenapalah tidak dilempar terus ke khalayak ramai ketika mereka sedang berasak-asak ].

Panas: Dato' Fauzi Gusar Nyawa Si Saiful Bukhari Terancam Gara-Gara Tewas Isu Liwatnya Hari Ini

Posted: 09 Jan 2012 07:47 AM PST

KUANTAN, 9 Jan - Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) hari ini menegaskan beliau gusar dengan keselamatan Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Ia kerana, sebelum ini Saiful dengan berani mendedahkan beliau ada bertemu dengan tokoh-tokoh tertentu seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor (ketika itu masih TPM), berhubung dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bertemu dengan ASP Rodwan Yusoff dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Md Nor sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan dia diliwat. "Persoalannya, apa motif beliau bertemu mereka?. Saya risau Saiful akan diancam dan bakal menjadi seperti Altantunya Shaariibuu sekiranya dia mendedahkan rahsia ini. Rakyat perlu tahu motif sebenar, sedangkan Saiful ternyata tidak diliwat oleh sesiapa", kata Dato' Fauzi ketika dihubungi krew PDO siang tadi. "Kenapa mereka tidak halang Saiful ketika itu?. Kenapa biarkan anak muda itu membuat laporan palsu tentang kes ini?", kata beliau lagi. Terdahulu, Saiful dalam satu kenyataan hari ini reda dengan keputusan mahkamah dan beliau berharap pihak Pendakwaraya akan membuat rayuan kes itu demi keadilan yang dituntutnya. Malah Saiful juga mahu mahkamah yang lebih tinggi mendengar kes berkenaan selepas ini. Saolnya sekarang, ke mana harus Saiful membawa diri selepas ini?. Walau pun DNA yang dipertikaikan mahkamah, namun rakyat sebenarnya sudah lama musykil dan keliru dengan berbagai-bagai lagi episod memalukan terhadap kes ini. Penyokonhg Saiful wajar menerima kenyataan bahawa beliau bukanlah mangsa liwat Anwar sebenarnya, tetapi dia menjadi mangsa "Konspirasi Jahat" terhadap Anwar selama ini. Apapun, semoga Saiful terus tabah hadapi dugaan ini. Terimalah kenyataan bahawa anda masih teruna lagi.


Saiful pernah cetuskan kontroversi bila beliau sanggup bersumpah laknat

sedangkan rakyat melihat beliau sebenarnya bukanlah mangsa liwat

[Persoalan tentang nyawa Saiful terancam ini mungkin ada kebenarnnya. Tambahan pula bila konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim berjaya digagalkan. Saiful perlu perjelaskan apa kaitan nama-nama yang dinyatakan di mahkamah sebelum ini. Kenapa dia jumpa Najib, Ezam dan berhubung dengan pihak yang berkenaan?. Di sini jelas ada wujudnya unsur-unsur konspirasi seperti yang didakwa. Maka itulah, Saiful kini mempunyai rahsia besar tentang hubungan beliau dengan pihak yang terbabit. Akibat khuatir Saiful terpaksa dedahkan rahsia sebenar kes ini, maka pihak berkenaan pasti akan mengambil tindakan drastik termasuk menghilangnya seperti apa yang berlaku kepada Altantunya Shariibuu dulu. Saiful perlu dihilangkan demi menutup mulutnya mendedahkan pihak yang paksa beliau mengaku di liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya kebenaran tersingkap jua. Buatlah perubahan mulai sekarang].

Tiada ulasan: