Isnin, 9 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pengerusi PKR Pahang Berharap Agar Pihak Polis Siasat Secara Profesional Siapa Dalang Letup Bom

Posted: 09 Jan 2012 07:15 AM PST

KUANTAN, 9 Jan - Rata-rata pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang berpuas dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan liwatnya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini. Menurut Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) berkata, keputusan hari ini menggambarkan apa yang berlaku kepada Anwar selama ini hanyalah konspirasi politik jahat pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politiknya. Mahkamah bertindak bijak dengan bertindak adil terhadap kes ini. Kehadiran ribuan rakyat sejak awal-awal lagi untuk memberi sokongan padu kepada Anwar, jelas membuktikan mereka langsung tidak percaya dengan kes itu. "Apa yang menghairankan kita ialah dalam keadaan pihak polis bertindak profesional menjaga keadaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini, tiba-tiba berlaku tiga letupan bom yang menggegarkan seluruh kawasan tersebut dan yang berhampiran. Soalnya, mana mungkin penyokong Anwar letupkan bom selepas keputusan mahkamah dibuat. Polis wajar menyiasat insiden ini dengan profesional, jika tidak mahu kewibaan mereka dipertikaikan oleh rakyat", kata Dato' Fauzi. Dalam kejadian pagi tadi, tiga bom dipercayai telah diletakkan dalam kon berwarna oren dengan jangka waktu tertentu (timing) untuk diletupkan. Biar pun tiada kecederaan serius namun ia sedikit mencalarkan imej perhimpunan aman Bebas Anwar 901 pagi tadi. "Polis perlu menyiasat dengan telus dan mendedahkan siapakah yang punya angkara kejadian memalukan ini. Mereka yang menjaga keselamatan dan sepatutnya awal-awal lagi sudah bersedia dengan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokasi terbabit, bagi mengenal pasti pihak yang cuba menggugat keselamatan negara. Bukankah sejak dari awal pihak polis sudah dimaklumkan lokasi perhimpunan aman berkenaan. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Bukankah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu profesional dalam tindakan mereka", tambah Dato' Fauzi lagi. Sementara itu Dato' Fauzi turut menjawab kenyataan mantan PM Mahathir kononnya pembesan Anwar hari ini membuktikan tidak wujudnya konspirasi dalam kes liwat yang dihadapinya. "Mahathir kata ini bukti tidak ada konspirasi terhadap Anwar. Saya nak katakan kepada Mahathir bahawa ini membuktikan ada konspirasi tetapi konspirasi telah gagal!!", kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO di era Mahathir itu.

Keletihan Sertai Himpunan Bebas Anwar, Blogger Hilang "Kamera Nikon D3000" Berharga RM1,800

Posted: 09 Jan 2012 06:07 AM PST

KUANTAN, 9 Jan - Gara-gara keletihan ketika bersama rakyat dalam Himpunan Bebas Anwar 901 di Perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Blogger Cucumatkilau (CMK) telah kehilangan sebuah kamera bernilai RM1,800 sekitar jam 11.45 pagi tadi. Kejadian itu disedari beliau selepas turun dari teksi ketika dalam perjalanan dari Hentian Putra ke Hentian Pekeliling (berhampiran Hotel Vistana). "Saya sungguh terkejut bila melihat kamera berjenama Nikon itu tiada. Ketika di mahkamah, saya sangkutkan kamera itu di leher supaya ia tidak hilang. Tapi, bila menaiki teksi saya letakkan kamera itu disebelah kanan (tempat duduk belakang) selepas melihat gambar-gambar yang saya rakamkan ketika himpunan Bebas Anwar 901 sebelum itu. Agak mengecewakan, beratus-ratus gambar menarik yang saya rakamkam telah dihilang bersama kamera tersebut. Saya sungguh sedih dengan apa yang berlaku ini. Perkara yang sama tidak boleh berulang lagi, kini saya hanya mampu berserah supaya pemandu teksi berkenaan memulangkannya kepada saya jika terbaca artikel ini", kata CMK. Beliau turut menegaskan, dia tidak ingat syarikat teksi dan nombor plat kenderaan tersebut. "Hanya yang saya ingat ialah teksi itu berwarna kuning (Iswara). Saya naik teksi di luar Hentian Duta bukan di dalam kawasan terbabit. Kini segalanya telah hilang dan yang ada hanyalah charger dan beg kamera itu sahaja. Saya panik dan teruja dengan apa yang telah berlaku".


Hanya yang tinggal ialah beg nikon berserta charger kamera sahaja.

"Tambahan pula kamera itu adalah hadiah daripada seseorang sempena hari lahir saya pada tahun lalu. Kini saya tiada lagi kamera canggih untuk rakamkan aktiviti rakyat", kata CMK. Beliau turut menyeru kepada mana-mana pihak yang didatangi oleh sesiapa yang ingin menawarkan diri untuk menjual kamera jenis Nikon D3000 (foto) dengan harga murah agar dapat menghubunginya ditalian 0123854400. "Sayu tiada dana yang mencukupi untuk beli kamera jenis itu lagi. Selama ini saya hanya gunakan telefon bimbit dan kamera digital sahaja untuk mengambil gambar. Maka, kehilangannya amatlah dirasai", tambahnya lagi.

Anwar Bebas Daripada Tuduhan Meliwat Si Saiful Terbukti Semua Itu Konspirasi Politik Sebenarnya

Posted: 08 Jan 2012 10:01 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan -Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pagi tadi memberi kesan yang amat besar terhadap masa depan Pakatan Rakyat membabitkan kesedaran rakyat berhubung budaya jijik musuh-musuh politik beliau. Membebaskan Anwar dari hukuman penjara juga memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal. Keputusan tersebut sekali gus menunjukkan Anwar adalah seorang yang bersih. Manakala pelbagai deretan konspirasi untuk mengaibkan beliau selama ini adalah rekaan yang sengaja direkacipta oleh musuh-musuh politik Anwar. Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T' sebelum ini. Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi. Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN untuk mengenakan Anwar. Secara terus, keputusan pembebasan Anwar mengheret pencemaran yang lebih kronik kepada musuh-musuh politik beliau yang terdiri dari pemimpin-pemimpin UMNO BN. Daya tahan pemimpin ulung Pembicaraan selama 87 hari sejak 2008 merupakan suatu tempoh yang memenatkan bukan sahaja dari kudrat tenaganya tetapi lebih perit kepada tekanan mental mereka yang cuba disabitkan kesalahan. Inilah realiti yang telah di lalui oleh Anwar. Konspirasi fitnah 1 yang ditempuh ketika era Dr Mahathir dan disambung pula ketika era Najib telah memberi pengalaman dan kekentalan yang bukan sedikit. Sebagai seorang ahli politik, ketua pembangkang dan pemimpin komponen pakatan Rakyat untuk menyongsong diri dan membawa muka keseluruh ceruk rantau disaat beliau diaibkan oleh musuh serta media bukan sesuatu yang mudah. Segala penghinaan tersebut telah dibawa dan diterima oleh Anwar Ibrahim.


Ribuan rakyat hadir beri sokongan kepada Anwar di mahkamah pagi tadi

[Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka. Lebih ramai lagi dilihat tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan. Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ. Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi". Mereka juga memakai kain berwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar". Dianggarkan lebih sepuluh ribut rakyat hadir berikan sokongan].

Tiada ulasan: