Ahad, 8 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Pemimpin 'Kontroversi' Datuk Dr. Hassan Ali Akhirnya Di Pecat Daripada Parti PAS Hari Ini

Posted: 08 Jan 2012 01:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan - Parti Islam SeMalaysia (PAS) membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali (foto) sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta. Keputusan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini. Dalam kenyataannya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS. "Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi. Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com. Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang. Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS. Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam. Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu. Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.



[Keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS ini adalah sesuatu yang sungguh mengejutkan kita semua sebenarnya. Namun, mungkin PAS ada alasan tersendiri untuk mengambil tindakan drastik terhadap Hassan gara-gara tindakan dan kenyataannya yang jelas mencabar kewibaan parti. Hassan Ali dalam pada itu menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini. Beliau juga terkejut dengan tindakan yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu kerana perjuangan Islam yang dipeloporinya sejak sekian lama dibalas sedemikian rupa oleh PAS. Namun, keputusan sudah dibuat dan Hassan wajar bermuhasabah diri dan menerima ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Jika PAS berani memecat seorang ADUN dan Exco Kerajaan Negeri sehebat Hassan Ali, maka sepatutnya UMNO juga mengambil tindakan yang sama untuk memecat pemimpin mereka yang khianat kepada rakyat seperti Sharizat Jalil dan yang lainnya. Di sini, kita boleh menilai mana yang lebih jujur dalam perjuangan terhadap memartabatkan Islam dan rakyat Malaysia sebenarnya. Begini akhirnya nasib Hassan Ali].

Ribuan Rakyat Sambut Anwar Di Balok, Terbukti Mantan TPM Itu Masih Dapat Sokongan Rakyat !!

Posted: 08 Jan 2012 12:56 AM PST

KUANTAN, 8 Jan - Ribuan rakyat hadir ke Putra Balok dekat sini petang semalam, bagi ceramah dan amanat terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) sebelum keputusan kes liwat yang dihadapinya diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin ini. Rata-rata yang hadir berpuas hati dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Anwar. Ketua Pembangkang itu berjaya memukau orang ramai dengan aksi ceramahnya sambil berdiri dengan diselangi unsur-unsur humor yang mencuit hati hadirin. Anwar sempat menghabiskan masa hampir dua jam untuk membongkarkan kes yang dihadapinya dan isu-isu semasa yang lain. "Saya tidak kisah sama ada di penjara atau tidak, apa yang penting ialah rakyat teruskan perjuangan untuk memenangkan PKR, PAS dan DAP (Pakatan Rakyat) pada Pilihanraya Umum ke-13", kata Anwar sambil mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang hadir. Anwar juga mengimbau kembali keistimewaan yang beliau perolehi ketika masih berada dalam kerajaan serta bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan suatu ketika dulu. "Dulu mereka kata Anwar Menteri Kewangan terhebat di dunia .... sekarang Anwar Menteri Kewangan terburuk di dunia. Hanya kerana saya menentang arus. Bayangkan jika saya terus mengikut jejak langkah mereka, sudah pasti akan diberi layanan istimewa hingga ke hari ini", kata beliau. Anwar turut mendedahkan beliau telah menerima beberapa jemputan khas daripada beberapa buah negara untuk membicarakan soal kebebasan dan keadilan negara Islam. Katanya, biar pun dia tidak dilayan dengan baik di Malaysia, namun masyarakat dunia tetap menyanjunginya.




Sementara itu Anwar juga kecewa dengan dasar-dasar kerajaan hari ini yang lebih banyak menguntungkan golongan korporat daripada rakyat marhaen. Beliau berjanji akan menurunkan harga minyak dan caj elektrik jika Pakatan Rakyat berkuasa dan beliau adalah Perdana Menteri. "Hari ini kita menang, esok kita turun harga minyak. Petronas untung 90 bilion setahun, kenapa tidak boleh agihkan kepada rakyat?. Kenapa perlu bagi kepada Melayu yang sama. Anak Mahathir, Mohzani dapat projek hampir RM10 billion daripada Petronas. Apa pasal, Melayu lain tak ada ke?. Saya tahu caranya, biar pun mereka tuduh saya gila. Jika urusan kewangan ditadbir dengan baik, nescaya kita dapat lakukan", katanya. Menyentuh soal elektrik Anwar berkata jika dia PM, dia akan memanggil semua pihak yang mengaut untung besar untuk diteliti semula bagi memberi kebajikan kepada rakyat. "Jika mereka untung RM1 billion, tidak boleh ke kita kurangkan keuntungan. Mereka tidak rugi, tapi keuntungan itu diberikan semula kepada rakyat. Semua ini boleh dilaksanakan. Tapi pemimpin UMNO tidak berani panggil tokey-tokey besar yang bekalkan tenaga elektrik ini", katanya. Anwar juga turut ucapkan syabas kepada golongan muda yang dilihat begitu ramai hadir ke program itu petang tadi. "Orang muda perlu berani membuat perubahan", kata Anwar. Ceramah Anwar berakhir sekitar jam 6.45 petang, sebelum beliau bergegas ke satu lagi program besar-besaran di Kuala Berang, Trengganu selepas itu.

[Turut menyampaikan ceramah ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Dr.Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang). Sebelum itu, Anwar dikatakan telah singgah di Pejabat Perhubungan PKR Pahang di Jalan Beserah. Melihat kepada sokongan rakyat terhadap Anwar itu, ternyata semakin beliau ditekan maka semakin beliau terus mendapat sokongan. Jika senario ini terus berlaku maka kemungkinan besar perubahan akan berlaku pada Pilihanraya Umum akan datang pasti terlaksana jua akhirnya. Apa yang menarik, kunjungan Anwar ke Kuantan kali ini sungguh mengejutkan kerana pihak polis dilihat mengiringi pergerakan beliau dari Lapangan Terbang Sultan Hj.Ahmad Shah hinggalah ke lokasi ceramah terbabit. Walau waktu siang, namun kehadiran ribuan rakyat sungguh membanggakan. Malah, kelihatan juga beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian Indera Mahkota dan wartawan media arus perdana yang dilihat memantau keadaan. Apa yang pasti, gelombang kebangkitan rakyat seperti zaman awal reformasi kini bermula semula. Jika Anwa dipenjarakan, sudah pasti peluang untuk UMNO BN terus berkuasa akan hancur berkecai. Inilah yang membingungkan mereka sebenarnya. Apapun, sama-sama kita turun ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada hari Isnin ini untuk memberikan sokongan padu terhadap beliau].

Panas: Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Perdana Menteri Malaysia "Anwar Ibrahim" Malam Tadi

Posted: 07 Jan 2012 10:21 AM PST

Berita paling panas yang seluruh rakyat Malaysia dengar malam tadi ialah berkenaan seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 yang menggemparkan negara apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri Malaysia ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembaca berita wanita itu kemudian mengubah semula skrip kepada nama Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membacakan kenyataan berkenaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijemput menghadiri Sidang Tahunan ke-100 ANC di Afrika Selatan. Ramai yang terkejut dengan perkara ini dan tidak menyangka ia boleh berlaku ketika suasana menjelang pilihanraya sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kemungkinan besar Pembaca Berita itu akan dikenakan tindakan "displin" sama ada digantung atau pun dipecat. Sebelum ini beberapa selebriti seperti Wardina Safiyyah pernah juga dikenakan tindakan apabila beliau hadir ke satu majlis anjuran pembangkang. Beliau kemudian dilihat kembali mengendalikan rancangan popular "Malaysia Hari Ini" selepas isu kontroversi itu. Namun beliau kemudiannya berundur dari MHI awal tahun ini. Banyak lagi laporan yang diterima berkaitan kesilapan yang menyebabkan kakitangan TV3 dikenakan tindakan displin sebelum ini. Paling menarik ada jurukamera TV3 yang dikenakan tindakan gara-gara hanya menyiarkan "tangan Rosmah Mansor" tanpa wajahnya pada satu majlis yang dihadiri oleh PM Najib Razak satu ketika dulu. Berita ini heboh diperkatakan dimana Rosmah telah memanggil beberapa orang kanan TV3 akibat kesilapan tersebut. Kini kes yang sama bakal berlaku kepada Pembaca Berita TV3 pula. Apapun, sama-sama kita nantikan info selasnjutnya kontroversi ini.




Tiada ulasan: