Pahang Daily Online |
- Panas: 'Pelajar UMP Kecewa', Najib Jaga Kawasan Orang Tapi Rakyat Sendiri Derita Isu Air Di Pekan
- Pakatan Masih Curiga Pembaharuan Pilihanraya
- Mahkamah: Isu Felda, 'Peneroka Berjaya' Halang KPF Adakan Mesyuarat Agung Khas (AGM) Esok !!
- Panas: Bebaskan Anwar, UMNO Cheras Menggesa Kerajaan Bubarkan Majlis Peguam Dan Suhakam
- Video: Anwar Gesa Rakyat Terus Buat Perubahan
- Lagi "Pemuda UMNO Buat Laporan Polis", Bantah Himpunan "Bebaskan Anwar 901" Pada 9 Jan Ini!
| Panas: 'Pelajar UMP Kecewa', Najib Jaga Kawasan Orang Tapi Rakyat Sendiri Derita Isu Air Di Pekan Posted: 04 Jan 2012 01:40 AM PST
[Apa yang berlaku dan kita saksikan ini sememangnya sungguh memalukan. Inilah dia budaya yang diamalkan oleh ramai pemimpin politik di negara kita terutamanya dari UMNO BN itu sebenarnya. Mereka lebih gemar mencari populariti diluar, sebaliknya di kawasan sendiri mereka ternyata mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat. Isu air sememangnya begitu sensitif buat rakyat Pahang. Media sengaja menyembunyikan isu ini dari pengetahuan seluruh rakyat, tetapi bagi yang menghadapinya mereka lebih mengetahui. Air di Pahang sememangnya bermasalah sejak sekian lama terutamanya di kawasan Felda. Malahan di bandar Kuantan sendiri terjadi masalah bekalan air baru-baru ini, akibat kerosakan teknikal yang berlaku. PM Najib Razak sepatutnya malu dengan rakyat Malaysia apabila gagal menjaga kebajikan rakyat sendiri, sebaliknya menjadi juara di tempat lain. Inilah yang dikatakan "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Fikirkanlah!]. |
| Pakatan Masih Curiga Pembaharuan Pilihanraya Posted: 04 Jan 2012 01:31 AM PST |
| Mahkamah: Isu Felda, 'Peneroka Berjaya' Halang KPF Adakan Mesyuarat Agung Khas (AGM) Esok !! Posted: 04 Jan 2012 12:07 AM PST KUANTAN, 4 Jan - Peneroka Felda akhirnya berjaya menghalang Mesyuarat Agung Khas (AGM), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok (5 Januari). Sejak awal lagi kira-kira 500 orang peneroka Felda telah berhimpun di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi. Dalam keputusan penghakiman hari ini, Peguam (plantif), Mohd Harris Abdullah (foto) memaklumkan saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik. Keputusan tersebut dibuat oleh Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, Maran setelah mereka dimaklumkan bahawa mesyuarat itu telah dibatalkan. setelah peguam bagi pihak Felda iaitu J. Doshi mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya bahawa mesyuarat tersebut (AGM KPF) dibatalkan. Bagaimana pun, Harris menjelaskan mereka akan menfailkan semula injuksi jika pihak Felda meneruskan Mesyuarat Agung Khas (AGM) itu. Beliau turut memaklumkan, pihaknya gagal untuk memohon kos mahkamah ditanggung oleh pihak Felda. Rabu lalu, beliau telah mengemukakan "interim injunction" di mahkamah berkenaan bagi menghalang Meyuarat Agung KPF pada 5 Januari ini (esok). Sebelum itu, empat orang peneroka Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya ahli KPF dari Felda Jengka 15, telah memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh. Saman tersebut adalah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding. Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia. Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan. ![]() Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi Ahli Lembaga Pengarah KPF, Dato' Zainal Hassan (juga bekas Exco Pahang) serta Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang) turut hadir Mazlan Aliman (Presiden ANAK) dan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS) serta pimpinan PKR yang lain juga turut hadir ADUN Beserah, YB Sy. Mohamad Sy.Loni, Cikgu Sulaiman Md Derus (PAS) Kamarzaman M.Yunus, Hatta, Syed Talib dan Hj.Zahari (PKR) juga hadir Bersemangat, Kamarul Hatta Ali (SAMM) pimpin laungan "Hidup Peneroka" Antara muslimat, isteri peneroka yang turut hadir di mahkamah pagi tadi ![]() Bergambar sambil pegang dokumen berkaitan selepas keputusan diumumkan [Turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi ialah Mazlan Aliman (Presiden ANAK), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat), Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang), Ustaz Nasrun Amir, Ustaz Fadhli Ibrahim, Ustaz Fadzil Nor, Cikgu Sulaiman Md Derus serta lain-lain kepimpinan PAS negeri dan kawasan. Manakala wakil PKR yang turut dilihat hadir ialah Kamarzaman Md Yunus (Setiausaha PKR Pahang), Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Hj.Zahari Mamat (Ketua PKR Cabang Paya Besar), Wak Rabidin (Ketua PKR Cabang Rompin) serta lain-lain. Kamarul Hatta Ali (Ketua SAMM Pahang) memimpin laungan "hidup peneroka" semasa mereka berhimpun di pintu masuk mahkamah selepas keputusan diumumkan oleh hakim. Apapun, syabas dan tahniah kepada warga Felda atas keputusan ini. Mazlan Aliman juga memaklumkan, mereka akan membongkar lebih banyak fail berkenaan Isa Samad dan Felda dalam masa terdekat. Semoga peneroka Felda di seluruh negara membuka mata atas segala isu yang berlaku. Ayuh! Berubahlah sekarang!]. |
| Panas: Bebaskan Anwar, UMNO Cheras Menggesa Kerajaan Bubarkan Majlis Peguam Dan Suhakam Posted: 03 Jan 2012 11:53 PM PST KUALA LUMPUR, 4 Jan - UMNO Bahagian Cheras hari ini mempersoalkan pendirian Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang membisu berhubung kedegilan pakatan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram 9 Januari ini. Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee (foto) mendakwa sikap itu jelas menunjukkan kedua-dua badan itu turut bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan demonstrasi jalanan untuk membersihkan dirinya yang didakwa meliwat. "Sebagai pengamal undang-undang, saya nak tanya mereka (Majlis Peguam dan peguam bela Anwar) apakah perbuatan kumpulan pro-Anwar itu betul dan masuk akal. "Kalau setakat mahu jadi perkakas pembangkang untuk mengecam kerajaan, adalah lebih baik kedua-dua (Majlis Peguam dan Suhakam) dibubarkan," katanya dalam entri terbaru Umnocheras.blogspot.com di sini hari ini. Pada 9 Januari ini mahkamah akan membuat keputusan sama ada Anwar yang juga Ketua Pembangkang, yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan bersalah atau tidak. Beliau turut mempersoalkan sama ada barisan peguam bela Anwar turut merestui gerakan tidak bertamadun itu yang jelas melanggar undang-undang sedia ada. Syed Ali berkata sikap dwistandard Majlis Peguam dan Suhakam telah menghakis keyakinan orang ramai terhadap fungsi dan peranan sebenar badan berkenaan. Beliau juga mengecam keras sikap pemimpin PAS yang kononnya digelar ulama tetapi tidak berani menjelaskan kepada umum sama ada perhimpunan haram digalakkan oleh ajaran Islam. Syed Ali berkata Anwar seperti sudah dapat menjangkakan bahawa beliau akan disabitkan bersalah sehingga terpaksa mengerah seluruh penyokongnya termasuk daripada DAP dan PAS supaya berhimpun pada hari berkenaan. Dalam perkembangan berkaitan, beliau sekali lagi mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang cuba anjur perhimpunan haram pada 9 Januari itu. |
| Video: Anwar Gesa Rakyat Terus Buat Perubahan Posted: 03 Jan 2012 11:43 PM PST |
| Lagi "Pemuda UMNO Buat Laporan Polis", Bantah Himpunan "Bebaskan Anwar 901" Pada 9 Jan Ini! Posted: 03 Jan 2012 11:01 PM PST
|
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan