Selasa, 3 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pembangkang Akan Gerakkan 100,000 Penyokong Berhimpun Sokong Anwar Ibrahim Pada 9 Jan Ini

Posted: 03 Jan 2012 12:47 AM PST

PETALING JAYA, 3 Jan - Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menggerakan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes liwat II. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (foto) berkata, muslihat UMNO-Barisan Nasional yang merekasaya tomahan ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Tegas beliau, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar. "Walau apapun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat. "Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti."Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process", katanya. Mengenai pendirian dan sokongan DAP pula katanya, Ketua AMK, Shamsul Iskandar sudah berjumpa dengan pimpinan DAP dan ianya akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat petang ini dan taklimat Pakatan Rakyat pada 5 Januari ini. Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama. "Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman with bill atau without bill kerana gerakan ini bukan bermusim. "Gerakan rakyat akan berterusan sehingga PRU-13. Diharapkan beliau akan diberikan Keadilan. "Kita akan teruskan sama ada dibebaskan atau dipenjarakan dengan segera pada hari tersebut kita akan Penang. Kita ada satu perhimpunan besar pada 9 Jan jam 8 malam di tapak ekspo. "Kalau dibebaskan beliau akan balik ke kampung untuk meraikan kemenangan tersebut. "Sekiranya beliau ditahan kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut beliau dibebaskan daripada kezaliman," katanya. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman memberikan jaminan, Pas akan gerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini. "Saranan saya, jangan seorang pun bawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya seru ahli PAS untuk turun pada 9 Jan," katanya.

Tiada ulasan: