Isnin, 2 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Tahniah: Pahang Juara Piala Emas Raja-Raja 2011

Posted: 01 Jan 2012 06:50 PM PST

KUANTAN, 2 Jan - Pasukan Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja setelah menewaskan Melaka 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi. Sokongan padu lebih 5,000 penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium nyata membakar semangat juang skuad Tok Gajah untuk muncul pemenang, sekaligus mengulangi kejayaan menjulang piala berkenaan pada 1980, menewaskan Perak 4-2. Kemenangan itu menamatkan kemarau 31 tahun. Meskipun menyedari lawannya bertaraf pasukan jemputan yang merupakan pasukan berdaftar di bawah Kelab Warisan Melayu Melaka dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan awal, Pahang akhirnya berjaya menjulang kejuaraan itu bagi melengkapkan penantian setelah kali terakhir muncul juara pada 1980. Setiausaha Kehormat Bola Sepak Melayu Pahang merangkap Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Anwar Awad berkata, pasukannya mempunyai kekuatan yang dibarisi beberapa pemain Pahang berpengalaman. "Kita mempunyai enam pemain bermain dalam saingan Liga Super musim ini dan saya juga difahamkan, pasukan Melaka dibantu beberapa pemain dari Majlis Perbandaran Muar. "Saya yakin kita mempunyai kekuatan mencukupi, namun kita perlu berwaspada berikutan belum melihat corak permainan Melaka kerana mereka dalam kumpulan yang berasingan," katanya sebelum perlawanan bermula.

[Apapun kemenangan ini sedikit sebanyak mengembalikan maruah bolasepak Pahang yang kain tercalar dalam Piala Malaysia dan Liga Super sebelum ini. Pahang, bukan sahaja gagal layak ke Piala Malaysia 2011, malahan tiada seorang pun pemain pasukan Pahang yang terpilih sebagai pemain kebangsaan mutakhir ini. Walhal, Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah dari negeri Pahang. Semua ini menyebabkan ramai peminat bolasepak di negeri ini yangbegitu kecewa dan terkilan dengan prestasi pasukan negeri sekarang ini. Kemenangan Pahang menjuari Piala Emas Raja-Raja ini diharap dapat menyuntik semangat pasukan Pahang untuk lebih cemerlang lagi dalam persaingan bolasepak seterusnya. Jangan biarkan penyokong terus bosan untuk hadri lagi ke Stadium Darul Makmur. Jika tidak, sudah pasti stadium hanya akan penuh dengan bangku dan kerusi, tanpa penonton lagi seperti sekarang ini].

Berita Baik: Orang Awam Boleh Melihat Serta Beri Ulasan Dokumen Lynas Mulai Esok Hingga 20 Jan

Posted: 01 Jan 2012 06:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Jan - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah menerima dokumen bagi permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada Lynas (M) Sdn Bhd. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madinah Mohamad (foto) berkata, ia adalah dokumen baharu yang akan dikemukakan untuk pertimbangan LPTA dan ia akan dipamerkan bagi mendapatkan maklum balas awam bermula 8 hingga 17 Januari ini. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata orang ramai boleh melihat dokumen itu di lokasi seperti berikut iaitu Ibu Pejabat LPTA di Dengkil dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK) di Kuantan pada Isnin hingga Jumaat ini. Pada hari Ahad hingga Khamis pula orang ramai boleh melihatnya di pejabat sementara LPTA di tapak syarikat Lynas (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng dan di Pejabat LPTA Cawangan Timur di Kemaman, Trengganu. "Bagi orang ramai yang ingin memberi ulasan berhubung dengan dokumen ini, mereka perlu mengemukakan ulasan menggunakan borang yang disediakan di lokasi berkenaan sebelum jam 12 tengah hari pada 20 Januari 2012 ini", katanya.

Panas: Zizan Offer Ustaz Azhar Masuk Raja Lawak

Posted: 01 Jan 2012 04:48 PM PST

Adakah pendakwah dan penceramah agama popular, Ustaz Azhar Idrus akan berganding dengan pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Zizan dalam Raja Lawak musim keenam pada tahun ini? Ini satu soalan yang diajukan kepada Azhar semasa beliau mengendalikan sesi soal jawab agama dalam program Jom Santai Bersama GeMS sempena sambutan tahun baru 2012 di Dataran Kemerdekaan di sini malam kelmarin. Ustaz Azhar Idrus kemudiannya menunjukkan bakat dalam bidang muzik ketika sesi soal jawab agama dalam program itu. Ikuti video di bawah ini:-



[Sememangnya cara pendekatan kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus adalah yang terbaik di abad ini. Tapi hairannya, ada pulau Ustaz UMNO yang berani mengutuk dan mengatakan beliau tidak mentafsir hadis dengan betul. Ini yang memusykilkan kita sebenarnya. Tapi, umat Islam di Malaysia lebih kenal siapa yang berada di landasan kebenaran atau sebaliknya. Penampilan Ustaz Azhar bukan sahaja diterima oleh orang-orang PAS, namun ramai juga penyokong UMNO turut hadir dalam kuliha-kuliah yang beliau sampaikan. Apa yang menarik, Ustaz Azhar juga telah diundang menyampaikan kuliah Maghribnya di surau dan masjid yang dikawal oleh kerajaan UMNO BN, termasuk Majis Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah dekat Kuantan baru-baru ini. Semua ini melambangkang, cara pendekatan beliau digemari oleh kawan atau lawan. Ternyata beliau berjaya membawa perubahan dalam cara penyampaian dakwah yang penuh dengan humor untuk menarik anak-anak muda supaya kembali mencintai Islam. Syabas serta tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus].

Tragedi Di Ambang Tahun Baru, Tujuh Terbunuh Dalam Nahas Ngeri Di Sitiawan Malam Kelmarin !!

Posted: 01 Jan 2012 04:17 PM PST

SITIAWAN, 2 Jan - Ketika seluruh masyarakat menantikan detik menyambut Tahun Baru 2012, satu nahas ngeri meragut nyawa tujuh remaja termasuk dua beradik berlaku di Kilometer 9.6, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat Lekir, Seri Manjung malam kelmarin. Nahas pada pukul 10.30 malam itu melibatkan dua buah kereta iaitu Honda Stream dan Honda Civic dengan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG. Mereka yang maut ialah enam penumpang Honda Stream iaitu Mohamad Kamil Samsuri, 15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15; Mohamad Hadi Sulaiman, 17 dan abangnya, Badrul Isa Sulaiman, 19. Kesemuanya dari Batu 15 Lekir, Sitiawan dekat sini. Turut terkorban ialah Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dari Kampung Parit Haji Dollah, Sitiawan; Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, dan pemandu kenderaan pelbagai guna itu, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, berasal dari Sungai Mekong, Jeli, Kelantan. Ketika kejadian, MPV dinaiki 10 penumpang itu dipercayai baru pulang dari membeli peralatan sekolah di Sitiawan sebelum terlibat dalam nahas. Pemandu treler, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, yang berasal dari Lebuh Padang Tembak, Pulau Pinang cedera parah dan kini dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM). Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Supritendan Ismail Munajat berkata, Mohd. Hisam meninggal dunia di HSM pukul 8.35 pagi ini manakala enam penumpang yang lain mati di tempat kejadian. Seorang lagi penumpang, Khairul Mohd. Noor, 17, dari Batu 15, Lekir yang berada di tempat duduk sebelah pemandu hanya cedera ringan. "Dua lagi penumpang perempuan MPV itu belum dikenal pasti kerana mereka telah pulang ke rumah dan tidak membuat laporan polis. Salah seorang daripada mereka cedera ringan dan seorang lagi tidak cedera," katanya. Menurut Ismail, kesemua mangsa yang terbunuh mengalami kecederaan serius termasuk pecah dan putus kepala, mata tercabut dan perut terburai. Menurutnya, nahas berlaku apabila MPV tersebut yang dari arah Sitiawan hilang kawalan ketika cuba memotong kereta Honda Civic itu di laluan kecemasan.


Inilah dia keadaan Honda Stream yang telah hancur akibat kemalangan itu


Ini pula salah sebuah lagi kereta Honda yang turut terlibat nahas negeri itu

Katanya, MPV berkenaan kemudian masuk secara mengejut ke laluan hadapan kereta Honda Civic itu lalu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler dari arah Teluk Intan. "Ia menyebabkan MPV itu berpusing dan terbalik beberapa kali sehingga ramai penumpang kenderaan itu tercampak keluar. Seorang terjatuh di atas kereta Honda Civic berkenaan. "Treler tersebut pula terbabas ke kanan jalan dan merempuh gerai buah-buahan di tepi jalan. Difahamkan, treler itu dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pulau Pinang," katanya. Menurutnya, siasatan awal polis mendapati MPV tersebut dipercayai dipandu laju melebih 120 kilometer sejam berdasarkan keadaan kenderaan yang tercabut bumbung dan tercampak sejauh kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. Katanya, keadaan jalan di situ lurus dan tidak hujan sewaktu kejadian. Ia agak gelap kerana tiada lampu jalan. "Namun demikian kawasan itu sering berlaku kemalangan, mungkin disebabkan terdapat banyak gerai buah-buahan di tepi jalan dan menjadi punca banyak kereta berhenti di lorong kecemasan untuk membeli buah-buahan," katanya. Ismail berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: