Pahang Daily Online |
| Panas: Video Demo UPSI, Pihak Polis Tidak Wajar Bertindak Keterlaluan Terhadap Para Mahasiswa Posted: 01 Jan 2012 06:15 AM PST
[Difahamkan, kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini. 17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River. Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF). Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River. Persoalannya, kenapa pihak polis boleh bertindak ganas terhadap Mahasiswa?. Kenapa perlu gunakan kekerasan, sedangkan mereka menuntut kebebesan yang ada dalam perlembagaan. Polis beekrja untuk siapa?. Bukankah rakyat "pembayar cukai" yang membayar gaji mereka. Tindakan polis yang lebih gemar bertindak atas arahan politik dilihat satu kesilapan besar yang menyebabkan rakyat semakin benci dengan institusi itu. Mereka harus patauh kepada Allah Yang Maha Esa dan bukannya arahan pemimpin yang takut untuk kehilangan kuasa. Polis juga adalah manusia dan makhluk Allah yang diberikan akal fikiran. Kenapa mereka sanggup memperlakukan rakyat sesuka hati atas nama undang-undang yang dicipta oleh manusia?. Bukankah mereka semua akan mati dan mengadap Allah suatu hari nanti?. Ingatlah, setiap yang kita lakukan atas dunia akan diadili di akhirat kelak]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan