Muslimeen United |
- Serang di Jalan Kebun: Suhakam pertikai polis
- Bekas Pemimpin Umno Dakwa Pemimpin Melayu Menipu Bangsanya Sendiri
- Ikhwan harapkan Malaysia selepas Mesir
- Najib Dan UMNO Masih Amalkan Khurafat: Tepung Tawar Van Skuad Sayang
- Sekat Bantuan Belajar Ugama; Umno Sekat kelahiran Ulamak
Serang di Jalan Kebun: Suhakam pertikai polis Posted: 25 Jan 2012 01:38 AM PST (Badrul Hisham menyerahkan memo kepada Pesuruhjaya Suhakam ekoran serangan majlis mereka di Jalan Kebun, Klang) KUALA LUMPUR, 25 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini melahirkan rasa kesal di atas insiden serangan di majlis anjuran Asal Bukan Umno (ABU) bersama Hindraf di Jalan Kebun, Klang baru-baru ini. Bercakap sewaktu menerima serahan memorandum dari kumpulan Asal Bukan Umno (ABU) hari ini, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah (gambar bawah) berkata, pihak berkuasa sepatutnya bertindak adil dalam insiden tersebut. "Sebagai pihak berkuasa mereka sepatutnya menggunakan undang-undang melindungi mangsa kepada kekacauan tersebut bukannya memberi perlindungan kepada yang membuat kacau. "Saya ingin menegur pihak polis agar lebih adil, siapa yang benar atau yang salah mereka perlu tahu dan kita tidak mahu mereka menyalahguna kuasa yang mereka ada," jelasnya. Serahan memorandum itu dibuat pemimpin ABU yang diketuai Badrul Hisham Shahrin di Pejabat Suruhanjaya itu di Kuala Lumpur pagi tadi. Semalam mereka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Menurut jurucakap mereka, laporan tidak dibuat di Klang kerana tidak yakin dengan polis di sana yang dlihat bercakap dengan pihak terbabit selepas kejadian itu. Ceramah Umum ABU di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai. Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu. Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan. Dalam ulasannya, Sha'ani berkata, pihak berkuasa juga sepatutnya boleh terus mengambil tindakan kepada mereka yang menyerang ceramah ABU pada malam itu kerana jelas boleh dilihat pihak mana yang memulakan kekacauan tersebut. "Suhakam sendiri melihat apa yang berlaku pada hari tersebut siapa yang memulakan kekacauan dan sepatutnya pihak polis boleh menahan terus mereka tetapi apa yang kita dengari adalah kenyataan pihak berkuasa yang mengatakan tidak ada apa-apa yang berlaku dan belum menerima sebarang laporan. "Majlis tersebut dianjurkan oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sah di sisi undang-undang bukannya kongsi gelap, dan atas alasan itulah sepatutnya polis sedar siapa yang bersalah ataupun tidak," katanya lagi. Menurutnya, apa yang dibimbangi, serangan tanpa rasa takut ekoran tiada tindakan drastik oleh pihak bekuasa akan menjadi trend selepas ini lebih-lebih lagi dalam suasana menjelang pilihan raya. Sehubungan itu, beliau memberitahu Suhakam akan membawa perkara tersebut dalam mesyuarat suruhanjaya untuk tindakan selanjutnya serta akan melakukan inkues awam. "Setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan bukannya dilindungi oleh pihak berkuasa, saya ingin persoalkan kepada pihak polis siapa yang mereka ingin lindungi individu yang benar ataupun yang bersalah," katanya. Selesai segera Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard (gambar) sewaktu menyerah memorandum berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera agar ia tidak lagi timbul pada masa yang akan datang. "Melihat kepada kejadian tersebut, saya mengesaki bahawa polis pada malam tersebut telah bersubahat dengan orang-orang yang menyerang para hadirin yang hadir di program ceramah. "Pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyerang sebaliknya menyuruh kami menghentikan program ceramah itu dan ini jelas menandakan polis gagal menjaga keselamatan orang ramai yang hadir," katanya. Selain itu, beliau juga mahu Suhakam melakukan siasatan sama ada benarkah dakwaan bahawa pihak polis ada bersubahat dengan penyerang-penyerang yang terlibat. Sementara itu laporan media (Sinar Harian) mengatakan, polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an pagi semalam bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu. Menurut laporan itu lagi, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah. diambil. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku. |
Bekas Pemimpin Umno Dakwa Pemimpin Melayu Menipu Bangsanya Sendiri Posted: 24 Jan 2012 10:22 PM PST Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara. Bekas wakil rakyat Umno, Dato' Mohd Ariff Sabri Aziz bahkan mengatakan, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Dan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang. Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet. Bekas ADUN Pulau Manis, Pahang itu menegaskan punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri. Katanya, Kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya. Namun, katanya, 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya. Oleh itu, beliau berkata walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri. Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu. Dato' Mohd Ariff Sabri Aziz bukanlah calang-calang orang dalam Umno. Beliau adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketuanya. Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian. Dato' Mohd Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan. Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya, dan hubungan baiknya dengan Najib, adakah ia memberi kesan kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno. Baru-baru ini juga, bekas Menteri Umno, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir mendakwa Umno gunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi. Beliau berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalamannya sendiri memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi. "Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan, "Ia secara terang-terangan untuk membeli undi," katanya. Abdul Kadir masih memegang jawatan dalam Umno, berkata, beliau mahu mengingatkan rakyat tentang 'Amanah Merdeka' yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil. Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan. "Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia, Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah, Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan," tambahnya. Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral. "Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar, selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan kerana kerajaan pembuli besar,"tegasnya. Abdul Kadir manambah, semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka. Kedua-dua mereka yang menyuarakan kebenaran adalah mereka yang pernah memimpin jutaan ahli-ahli Umno. Walaupun pendedahan seperti ini telah banyak dibuat oleh bekas-bekas pemimpin Umno, namun adakah orag-orang Melayu dikampung-kampung tahu? Adakah oang-orang Melayu yang pernah mereka pimpin itu percaya? -apakhabarganu |
Ikhwan harapkan Malaysia selepas Mesir Posted: 24 Jan 2012 10:17 PM PST KUALA LUMPUR, 25 Jan: Parti politik naungan Ikhwanul Muslimin Freedom and Justice Party (FJP) berharap Malaysia akan mencontohi Mesir selepas ini. (Gambar: Dr Syed Azman berbincang dengan Dr Essam di pejabatnya dekat Kaherah) Timbalan Pengerusi FJP, Dr Essam El-Eryan dalam temubualnya dengan Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ingin benar tahu apakah kebangkitan rakyat juga akan berlaku di Malaysia dalam pilihan raya ke 13 nanti. FJP mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi dan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat. Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi. Dalam sidang Parlimen pertama, pimpinan kanan FJP, Dr Saad al-Katatni telah dilantik sebagai Ketua (speaker) Majlis Rakyat yang pertama selepas kejatuhan rejim Mubarak. Sepanjang bulan lalu Dr Syed Azman berada di kota Kaherah sebagai anggota rombongan Ahli Pemerhati Antarabangsa Pilihan Raya Mesir di bawah seliaan PBB yang yang baru berakhir baru-baru ini. Tidak siapa dapat menjangkakan Pilihan raya boleh dijalankan dengan aman selepas 'Revolusi 25 Februari' yang telah berjaya menggulingkan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun secara sukarela berdemonstrasi di jalan-jalanraya di seluruh negara. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar PAS telah bertemu dengan Dr Essam, sahabat lama beliau di sana. Menurut Dr Essam, punca kemenangan FJP adalah melalui susunan trategi yang antaranya: 1. Organisasi kempen FJP yang tersusun dan berstrategik. 2. Teknik 'bantuan dan kebajikan' yang efektif kepada pengundi terutamanya di luar bandar. 3. Pendekatan kempen kepada golongan remaja dan anak muda yang mesra dan bersifat memenuhi realiti semasa. 4. Kempen dari rumah ke rumah yang berterusan. 5. Mengemukakan pelan ekonomi yang di terima rakyat. 6. Kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook yang amat berkesan. |
Najib Dan UMNO Masih Amalkan Khurafat: Tepung Tawar Van Skuad Sayang Posted: 24 Jan 2012 05:10 PM PST Najib tepung tawar van Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan KOTA BAHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan. Majlis ringkas berkenaan berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada jam 11.50 pagi ini. Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Halimah Mahamad. Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam. Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd Fatmi di Jalan Hospital di sini. Sementara itu, Halimah berkata, van Skuad Sayang itu akan digunakan 14 bahagian UMNO di negeri ini manakala sebuah lagi akan digunakan Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Beliau berkata, kemudahan itu akan dapat melancarkan lagi kegiatan Pergerakan Wanita UMNO Kelantan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negeri. "Sebelum ini, Wanita UMNO menggunakan kenderaan sendiri termasuk untuk masuk ke kampung bagi mendekati rakyat dan membantu meringankan beban mereka," katanya. Beliau berharap dengan adanya van berkenaan, ahli pergerakan itu akan lebih gigih lagi mendekati dan memberi bantuan kepada rakyat. - BERNAMA Garis Panduan Hukum Khurafat Dan Azimat Apa cerita Jamil Khir yang bertanggungjawab di dalam hal-ehwal agama di dalam UMNO dan kabinet? Mana mufti-mufti? Mana sekalian para ustadz dan ulamak dalam UMNO? Mahu share juga ker dalam bab khurafat yang terpampang jelas dilakukan oleh PM? Kebenaran terdedah jua: bahawa Najib dan UMNO masih terkongkong dengan amalan-amalan khurafatnya, lagi mahu bising cakap pasal Islam dan wasatiah. Wasatiah Najib dan UMNO membolehkan kerja-kerja khurafat dan syirik di kalangan masyarakat Islam di negara ini. -GB |
Sekat Bantuan Belajar Ugama; Umno Sekat kelahiran Ulamak Posted: 24 Jan 2012 05:09 PM PST DUNGUN - Tindakan kerajaan Umno Terengganu menyekat bantuan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang pengajian ugama adalah sebenarnya mahu menyekat kelahiran ulamak. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, ketiadaan ulamak akam menyebabkan rakyat jahil dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. "Apabila ulamak meninggal dunia, maka sedikit demi sedikit ilmu hilang dari masyarakat dan manusia menjadi jahil, "apabila masyarakat jahil kerana tiada ilmu, iman tdak ada (dan manusia) tidak takut kepada Allah SWT,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan di Kampung Pak Sabah di sini, semalam, Selasa 24 Januari. Menurutnya, pada ketika itu, manusia akan menganggap, tidak salah melakukan rasuah dan tidak apa melakukan zina. Oleh kerana itu, beliau berkata, kerajaan Umno Terengganu cuba menyekat kelahiran ulamak dengan mengahalang para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di bidang ugama. Beliau mengumpamakan tindakan Umno itu cuba mengeringkan punca air diempangan supaya air akan berhenti mengalir. "Dia (Umno) nak mengeringkan punca air, apabila empangan kering dengan sndirinya air yang mengalir kering, inilah yang umno buat sekarang, "bila dia tidak beri bantuan kepada orang (yang) mengaji ugama, yang mahu pergi (melanjutkan pelajaran) ke Yaman, Mesir, Jordan, dengan sendirinya ulamak akan berkurangan,"jelasnya. Katanya, sifir Umno adalah, apabila ulamak berkurangan, rakyat akan menjadi jahil dan akan menentang Islam. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata, ilmu-ilmu ugama turut menjadi semakin berkurang apabila ulamak tidak amanah dengan ilmunya. Katanya, adalah satu perkara yang amat pelik apabila ada ulamak yang tidak amanah memberikan perakuan bahawa Menteri juga layak menerima wang zakat. Sedangkan, kata beliau, perkara tersebut telah dijelaskan dalam zaman Syaidina Omar al-Khattab, mana-mana individu yang telah menerima wang daripada Baitul-Mal adalah haram nenerima zakat. "Kalau dia sudah ada gaji, sudah ada elaun, maka zakat tidak boleh diberikan lagi,"katanya ketika mengulas isu Menteri Umno/BN yang menggunakan zakat untuk membiayai kos guaman. -BO |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan