Ahad, 29 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tahniah Awan Nano!!

Posted: 29 Jan 2012 08:12 AM PST

Tahniah Hasmi Hashim @ Budi Hikayat kerana nukilan lirik lagu 'Awan Nano' yang begitu indah. Lagu tersebut telah menggondol tempat pertama Anugerah Juara Lagu ke 26 malam tadi.

Kejayaan yang dicipta ialah hasil gandingan mantop antara pencipta lagu M. Nasir, penulis lirik serta penyanyi yang suaranya.... WOW!!

Memalam yang syahdu ni, nikmati lagu tersebut...


Sokong TPM!! Tolak kelompok gila kuasa.

Posted: 29 Jan 2012 03:31 AM PST


Sapa yang gila kuasa, ek??
Yang buat kerja gila ler.

Such as...
Beli kapal terbang... pakai tak boleh terbang
Beli kapal selam... pakai tak boleh selam
Menteri yang lembunya duduk dalam kondo
Menteri yang pompuannyer gila shopping

Arr... puak-puak iniler.
Gila nak terus kuasa
Nak kuasa supaya dapat terus buat kerja gila!!

Hahahahaha...

Siapa gila kuasa, angkat tangan!!

Tolak mereka!! Tolak mereka!!

Kah kah kah kah

[sini]


Si bingai nak pekena orang cerdik, akhirnya terserlah kebangangan diri

Posted: 28 Jan 2012 11:17 PM PST


Hmm,,, patutler mereka bangang dan tak dapat compute apa yang orang cakap sepenuhnya. Ini kerana, mereka berotak 'OKU'. Otak mereka terbantut pembesarannya, kesan daripada proses pembonzaian. Lantas.... ia jadi very very kemetot. Pea brain beb!!

Cer tengok bagaimana puak-puak berotak kemetot ini laporkan berita dan buat kenyataan tentang Anwar. Anwar didakwa oleh mereka sebagai penyokong Israel. Heboh dan ruih mereka canang sana sini. Mereka fikir apa yang mereka canang itu betul. But...

Hahahaha.... rupanya, otak kementot mereka tak compute sepenuhnya, jadi berita pun jadi tak lengkap. Punyalah kroniknya tahap 'OKU' pada otak mereka, hinggakan mereka tak sedar yang mereka tu bangang.

Anwar cakap lain mereka cakap lain. Tak caya kalu baca....

PETALING JAYA 29 JAN: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan media berhubung putar belit fakta dan kenyataan beliau yang di siarkan melalui media arus perdana.

Berikut adalah kenyataan penuh menerusi kenyataan media beliau.

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati.

Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut: "..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM


Oleh sebab, kroniknya kecacatan pada tahap yang serius, maka tindak-tanduk serta apa yang mereka cakap, tak boleh pakai dah.

Weh... mereka dah jadi macam zombie. Oleh sebab itu.... mereka layak kita 'mati'kan dan kita kambuskan jer dalam kubor.

[sumber]

UMNO pun tak siorkan Hassan Akidah

Posted: 28 Jan 2012 05:00 PM PST


Naib Presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi kata, Hassan Ali tak perlu masuk UMNO. Berjuanglah dari luar agar lebih mudah dia nak perjuangkan apa yang dia kata dia nak perjuangkan. [sini]

Hahahaha.... Apakah Zahid Hamidi cuba katakan yang UMNO tak berminat nak perjuangkan akidah umat Melayu Islam di Malaysia yang banyak dah tergelincir?? Apakah perjuangan mahu membetulkan dan menyelamatkan akidah orang Melayu Islam ialah perjuangan Hassan Ali?? Apakah UMNO, not interested??

Sebenarnya, UMNO lebih suka bangsa Melayu hanyut. Kalau bangsa Melayu kuat beriman dengan agamanya, UMNO akan dapat susah. Banyak Melayu yang teguh Islamnya pasti akan sokong PAS. Kesedaran bangsa Melayu tentang Islam yang syumul, akan merugikan UMNO. Hai... UMNO bukan ke banyak buat kerja-kerja mungkar. God fearing muslims takkan nak bersekongkol dengan parti yang buat banyak perkara mungkar yang dikutuk Allah SWT??

Jika ini berlaku, akibatnya nanti..... terpinggirlah UMNO. Bangsa Melayu akan meninggalkan UMNO dan UMNO akan tumpor bersama-sama mereka yang masih ketegor. Begitu juga mereka yang hardcore.... dulu, kini dan selamanya, mahu bersama UMNO.
Link
Sebab tu, institusi-institusi yang boleh menguatkan iman serta akidah orang Islam, seperti sekolah-sekolah agama dianaktirikan. Dan, di Jabatan-jabatan Agama Islam serta Majlis-majlis Agama Islam negeri, yang sepatutnya memainkan peranan dan memikul amanah menjaga, memelihara serta mengukuhkan akidah umat Islam, mereka letakkan orang-orang UMNO untuk menguasainya. Mengapa?? Supaya senang ia dimanipulasi mengikut kepentingan politik mereka.

Lihat apa jadi pada wang zakat. Ia dieksploitasi dan agihan serta pengunaannya tidak diurus tadbir dengan betul dan adil. Tidak ada ke program yang berkesan dirancang dan dilaksanakan untuk membantu orang Islam, terutaman yang miskin tegar secara serius. Pulak tu, kekadang bantuan yang diberi pun, dibuat secara pilih kasih. Ada double standard. Ada yang patut dapat bantuan tapi diabaikan. Maka terkapai-kapailah mereka dibuai kemiskinan dan kesengsaran. [sini dan sini]

Sebaliknya, ada pulak yang tak sepatutnya dapat.... tetapi diberi bantuan itu dan ini. Yang lawaknya.... ada ke pulak wang zakat digunakan untuk biayai kos guaman orang yang kaya raya, hanya kerana dia ada kedudukan dalam kerajaan UMNO??

Hahahaha.... Tak ke gila puak-puak UMNO ni?? Sebab tu, UMNO tak berminat nak pelawa Hassan Ali masuk UMNO kerana dia seorang pejuang akidah [kononyer ler], sedangkan perjuangan UMNO lebih kepada membesarkan perut dan tembolok mereka saja. Untuk itu, mereka perlukan kuasa. Jadi, mereka sanggup lakukan apa saja untuk terus berkuasa. Aaaahhh... Persetankan akidah umat Melayu Islam. Melayu Islam lemah, UMNO akan di'sembah'

Kesian Hassan Ali. Terlopong ler dia. Perjuangan dia dan UMNO tak ngam. Nampaknya, dia terpaksaler berjuang secara 'solo' berplatformkan Himpun. Itu pun jika hayat Himpun panjang. Kalau tidak....???

Hahahahaha.... you all visual-kan-lah sendiri nasib si Hassan Ali. Aku malas nak peningkan kepala memikior dan ambik pot pasal nasib, malaon tak mengasi ini.

Itu sebab, orang tua dah kata.... penyakit jangan dicari. Arrrr.... kau carik penyakit, kau tanggunglah sendiri.

Tiada ulasan: