Selasa, 17 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kalau Pakatan Rakyat tawan Putrajaya....

Posted: 17 Jan 2012 06:00 AM PST


Sekarang.... kehidupan kita di bawah kerajaan pusat yang dikuasai oleh UMNO@BN, amat derita. Bukan derita batin, tetapi derita nak yang tanggung hidup akibat kos sara hidup yang amat tinggi gara-gara ketidakcekapan UMNO@BN memerintah dan mentadbir negara. Hamppehh!!

Keadaan lebih teruk bagi mereka yang sudah berkeluarga dan beranak-pinak, especially yang tinggal di kota-kota besar. Serba serbi main duit, hinggakan ada yang terpaksa kais pagi makan pagi... kais petang makan petang. Malah, banyak dalam kalangan warga kota yang terpaksa buat dua tiga kerja untuk sara diri dan keluarga. Kesian mereka.

Kehidupan orang-orang di kampung dan mereka yang bergaji lecil dan sederhana di bandar-bandar kecil, pun begitu juga. Kenaikan harga barangan makanan, pengangkutan serta perkhidmatan amat membebankan. Nilai duit semakin kecil dan kuasa membeli yang semakin susut, menyebabkan kualiti hidup rakyat merosot.

Situasi ini amat berbeza dengan kehidupan para pemimpin UMNO@BN serta keluarga mereka yang kaya-raya. Mereka hidup mewah. Maklumlah duit dan harta, yang mereka punyai.... makan tak habis. Tak luak beb!! Bagaimana mereka boleh memperoleh kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah macam itu??

Hahahaha.... Stupid question!! Cicah taufu bersama sos lada. Sudah tahu bertanya pula. Kita TST sudah ler.

Oleh demikian, kita mesti lakukan sesuatu, sekiranya kita mahu keadaan hidup kita lebih terjamin dan lebih selesa. Bodohlah kita kalau terus berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu. Oleh sebab kerajaan yang usang ini sudah tidak upaya untuk melakukan sesuatu untuk rakyatnya, selain mengkhianati amanah kita, maka.... kerajaan itu mesti kita singkirkan. Kita gantikan dengan kerajaan yang lebih berintegriti dan amanah. Ya... kerajaan yang sudah ada track record bagi membuktikan keupayaan mereka.

Mungkin Allah SWT telah merencanakan kemenangan Pakatan Rakyat di 5 minus 1 negeri sahaja buat kita pada PRU12 dahulu. Antaranya, ada negeri yang kaya dan ada negeri tak berapa kaya. Mengapa...??

Mungkin untuk menunjukkan bukti, kemampuan PR mengurus tadbir negeri-negeri tersebut. Terbukti negeri yang miskin telah menjadi bertambah makmur dan negeri yang kaya menjadi semakin makmur. Di samping itu, kebajikan rakyat juga terpelihara. Dengan itu.... rakyat dapat menggunakan akal yang Allah SWT kurniakan untuk menilai dan membuat pilihan yang tepat, kerajaan mana yang baik untuk kita semua.

Pakatan Rakyat telah berjanji.... jika mereka berjaya menguasai Putrajaya dalam PRU13 nanti, harga petrol akan diturunkan, cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan RM5000 ke bawah akan dihapuskan, tol dihapuskan, pinjaman PTPTN dihapuskan, gaji kakitangan awam awam akan dinaikkan, banyak cukai yang membeban dan menghisap darah rakyat akan dihapuskan. InsyaAllah, harga barangan keperluan juga akan turun dan macam-macam lagi faedah yang akan kita nikmati.

Bayangkan nikmat yang akan kita kecapi untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup kita. Selain itu, segala kepincangan aspek pentadbiran juga akan dibaikpulih demi kelancaran pentadbiran dan juga bagi memberi keadilan untuk semua rakyat.

MasyaAllah.... apa lagi yang kita hendak?? Bukti kemampuan PR mengurus tadbir negeri sudah ada di depan mata, malah sudah diperakui pulak tu. Kita cuma perlu berubah dan berikan peluang serta kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Ketepikan prejudis dan jangan terpengaruh dengan propaganda jahat yang dimainkan oleh UMNO@BN. Sesungguhnya, itu mereka lakukan untuk kepentingan serta survival kuasa politik mereka semata-mata.

Cukuplah 54 tahun peluang diberikan kepada mereka. Kini... tibalah masanya untuk kita fikir dan utamakan kebajikan kita pulak. Kuburkan UMNO@BN!! Ayuh, bersama-sama Pakatan Rakyat, membina Malaysia Baru demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Hidup Pakatan Rakyat!!

[Sumber: sini,dan sini]

Kita tak kisah. Jangan macam si parasit tu sudah.

Posted: 17 Jan 2012 04:00 AM PST


Siapa jadi pilihan??

Siapa pun kita tak kisah.
Jangan macam si parasit tu sudah.

[sini]

Rugi kalau tak pilih lagi...

Posted: 17 Jan 2012 02:19 AM PST


Apa nak lagi...??

Ketua Audit Negara puji. Rakyat puji. Hatta... Sultan Kedah pun puji. Yang tak puji tetapi asyik mencaci ialah UMNO.

Mengapa, ek??

Sebab.... mereka jeles!! Mereka dengki!! Mereka iri hati!!

Hahahahaha.... Mereka sukar nak perintah negeri Kedah lagi. Mereka susah nak cari makan lagi. Tembolok tak boleh berisi lagi.

Siapa yang kempunan nak jadi Embi, pasti gigit jari. Melepasler anak daddy Mahadet Kutty. Huhuhuhu....


ALOR SETAR, 16 Jan: Pembaharuan dan kemajuan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mendapat pujian Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.

"Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam", titah baginda semalam dipetik Sinar Harian.

Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.-

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

"Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat," titah baginda.

Baginda turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar belakang.

"Tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini. Beta harap semua pihak komited menjalankan tugas, ikhlas, amanah serta telus dalam mengendalikan urusan pentadbiran," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, seluruh kepimpinan kerajaan, anggota pentadbiran dan rakyat haruslah bertakwa kepada ALLAH SWT agar mendapat keberkatanNya.

"Jentera pentadbiran dan pengurusan negeri yang cekap amat penting untuk merancang dan melaksana dasar dan program Kerajaan Negeri. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang teguh pada konsep amanah dan kepimpinan berintegriti," titah baginda.- Harakahdaily

Boyalan jer orang meroyan

Posted: 17 Jan 2012 12:45 AM PST


Boleh merayu... tapi tak nak merayu. Sombong!! Bongkak!! Angkuh!!

Lepas tu, nak buat tuduhan itu dan ini pulak. Eeee... menyampah aku!!

Udah-udah ler tu. Usah di layan orang meroyan. Takde paedahnyer. Buang masa jer.

Pssssttt!!

Ada orang kata, dia ni dah meroyan. Ada juga kata, dia ni gila talak. Ada pulak yang kata, dia dah tak boleh pakai, sebab dah mengalami "permanent head damage". Yang mana satu, wehh??

One for all and all for one!!

Kah kah kah kah...


SHAH ALAM – Dakwaan Datuk Dr Hasan Ali bahawa pemecatan beliau oleh Pas bersifat tidak adil dan tidak demokratik satu kenyataan tidak berasas dan "fitnah berat", kata beberapa pemimpin kanan parti Islam itu.

Jueteru, Naib Persiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Hasan perlu berhenti membuat kenyataan seperti itu dan melihat peruntukan Perlembagaan Pas 82(9) yang digunakan jawatankuasa kerja pusat di mana tindakan ke atas beliau adalah berdasarkan fakta-fakta kes.

"Pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat, perkara itu diputuskan oleh parti, di mana saya juga terlibat dalam membuat keputusan.

"Kami (Pas) telah memberi peluang kepada beliau untuk mengemukakan rayuan dan jika beliau benar ingin menegak kebenaran, beliau sewajarnya menggunakan platform itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut bersetuju dengan pandangan Salahuddin supaya Hasan mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati dengan tindakan tempoh hari.

Katanya, jika tidak puas hati, Hasan perlu mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari yang diberikan kepada Majlis Syura dan jika rayuan tidak dikemukan, Pas menganggap beliau menerima tindakan pemecatan.

"Ambil contoh ini, jika kita memandu kereta tanpa cukai jalan dan ditakdirkan kita ditahan lalu disaman polis, adakah kita patut salahkan polis? Ini kerana kesalahan itu adalah disebabkan oleh kecuaian kita sendiri, sama seperti Hasan.

"Jadi, jangan salahkan orang lain apabila dikenakan tindakan dan saya tegaskan sekali lagi, pemecatan beliau merupakan masalah dalaman parti yang timbul dan tiada kena mengena dengan individu lain ataupun desakan luar," katanya.

Ketika ditanya sekiranya Hasan mengemukakan rayuan, sejauh manakah kebarangkalian rayuan Hasan itu akan diterima, Tuan Ibrahim menambah, kenyataan dan tindakan Hasan perlu seiring.

"Beliau juga ada membuat kenyataan bahawa dalam hatinya akan tetap bersama Pas. Jadi Hasan perlu menunjukkan kesungguhan beliau untuk membaiki imej dan kedudukan beliau dalam parti," katanya.

Ketika diminta mengulas isu yang sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas lanjut kerana Hasan kini bukan lagi ahli Pas. [Seterusnya di sini]

Hancor UMNO!!

Posted: 16 Jan 2012 11:40 PM PST



Wa dah cakap... Jangan diharap pada UMNO untuk membela nasib rakyat marhaen.

Hahahaha.... Dah kena batang hidung sendiri, baru nak melalak. Hancor UMNO!!

1Malaysia, Rakyat dipijak, Kroni dapat untung!!

Le tour de Hassan Ali

Posted: 16 Jan 2012 05:30 PM PST


Kata dia, ada parasit dalam PAS. Tapi, dia tak boleh dedah sekarang. Uuuu... tak boleh kasi tahu.
Tunggu roadshownya. Le tour de Hassan Ali akan datang.[sini]

Kah Kah Kah Kah

Bikin promosi nampak?? Siap ada unsur suspens. Nak tahu kalau... datanglah beramai-ramai ke roadshow saya nanti.

Kah Kah Kah Kah

Kesian dia.... Terpaksa selitkan unsur suspens dalam promosinya kerana takut roadshow tak laku dan hanya akan didengar oleh bangku-bangku, macam dalam ceramah-ceramah UMNO.

Dia ni sebenarnya nak perdaya siapa?? Dia tuduh dalam PAS ada parasit dan parasit-parasit inilah yang telah memesongkan PAS daripada perjuangan Islamnya. Tetapi... Tok Guru Nik Aziz kata, tidak. Tok Guru Haji Hadi kata, tidak. Tok Guru Harun Din kata, tidak.

Antara kata Tok-tok Guru ni dengan kata Hassan Ali.... siapa orang nak percaya??

Lu orang jawab ler sendiri. Sebab tu, aku kata malaun ni dah kronik "permanent head damage"-nya. Tak boleh pakai dah, wa cakap lu. Hanya orang bangang jer yang akan termakan cakap si sour grape ini. Dek terkejut kena pecat, agaknya saraf otaknya pun terputus kot.

Kerana 'otak' dah damage.... dia dah tak boleh nak control mulutnya. Itu sebab apa ynag keluar daripada mulutnya..... merapu belaka!! Dan, dalam konon roadshownya nanti, akan kuat lagilah merapunya.

Apa yang menarik untuk kita perhatikan nanti, ialah.... apakah dia akan menjelajah seorang diri atau para penyokongnya akan bersama-samanya. Itu pun, kalau dia masih ada penyokong ler. Aha... kalau masih ada siapa mereka?? Jeng.... jeng.... jeng....

Entah-entah yang akan mengekori dia nanti ialah malaon-malaon UMNO. So... tunggulah wayang hebat daripada pelakon handalan bernama Ah Sang Ah Lee!! Adios..

Tumpor UMNO!!

Posted: 16 Jan 2012 03:30 PM PST


Tumpor... Tumpor... Tumpor UMNO!!


Hancor... Hancor... Hancor UMNO!!

Masuk kubor ler kamu UMNO!!

Kah kah kah kah


Orang dah tak mahu, so shut up you!!

Posted: 16 Jan 2012 02:30 PM PST



Setiap saat

Setiap masa
Sudah kena pecat
You peduli apa

Kah kah kah kah

Tiada ulasan: