Selasa, 10 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Jom kita angkat tangan ramai-ramai

Posted: 10 Jan 2012 05:30 AM PST

Tak habis-habis... Lepas satu, satu.

Mula-mula. Azizan. Lepas tu, Sayfool. Sekarang... Yuri pulak??

Weh.... tak der kerja lain ke?? Fitnah!! Fitnah!! Fitnah!!

Senang citer, macam ni ler. Jom kita tanya secara openly....

Siapa nak jadi millionaire@jutawan segera?? Aha... katakan saja anda diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Hahahahaha.... sapa diliwat oleh Anwar Ibrahim.... angkat tangan!!

Ayuh.... Jom kita pakat-pakat angkat tangan ramai-ramai!! Kasik penaikkan lagi kehebatan Anwar Ibrahim, sambil mengkayakan diri.


Hahahaha.... Usah komer termakan ler ceriter.

[sumber]

Ini macam kalu, ruyup rejim Najib dan UMNO

Posted: 10 Jan 2012 03:31 AM PST

Di KL lautan manusia. Di Matang Pauh pun lautan manusia. Bukan sikit-sikit manusia. Melaut-laut, hang kata.

Kalau macam ini lah lautan manusia yang berada di belakang Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.... isyaAllah tsunami pasti berlaku dalam PRU13 nanti. Besaq punya tsunami!!

Kali ini, tsunami akan meranap-ruyupkan terus Najib dan UMNO-nya.... masuk ke dalam kubor.




Last but not least... aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger Anak Sungai Derhaka kerana gambar-gambar ini aku cilok dari blognya. Aku harap hang tak kisah. Bukan apa... biar rakyat tahu yang sokongan padu terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat, bukan retorik kita... tetapi its for real.

Uishhh.... kalau Najib tengok ler, pasti dia terkincit punyer.

Insaf terhadap dosa tapi lupakan yang tak senonoh

Posted: 09 Jan 2012 09:00 PM PST

Semangat anak muda

Posted: 09 Jan 2012 07:00 PM PST


Adam Adli dipenaya!!

Dia digantung 3 semester hanya kerana 'turun'kan Najib daripada tiang. Ek ele... kerana itu nak penaya kawan tu?? Uishhh.... ini mungkin samada, derang ni sudah gila... bangang.... membodek atau tak dak teloq, wallahua'lam.

Ishhh... ishhhh.... Rupanya itu 'turunkan' si Najib tu daripada tiang, satu kesalahan besor mengikut pendapat kangkung-kangkung dan kongkang-kongkang yang dicucuk hidung di UPSI tu. Uuuuu.... mencemarkan imej UPSI konon... Ciitt!! Pooodaahh!!

Weh.... korang boleh sekat pengajian dia tetapi korang tak boleh sekat semangat anak muda tu tau. Sepatutnya, UPSI berbangga kerana telah berjaya mendidik dan melahirkan kalangan pelajar yang berjiwa besar seperti Adam Adli serta rakan-rakannya yang lain.

Tapi malangnya... UPSI mendidik para pelajarnya menjadi penakut dan pak turut. Aha, jadi... manusia yang mudah dicucuk hidung. Weh.... no class la!!

Hmmmm.... patutler bila sebut UPSI jer, ramai yang mencemek muka. Rupanya orang tak pandang walau sebelah mata pun weh... No class!!

Arr... sebab itu, tindakan menggantung pengajian Adam Adli selama 3 semester juga, adalah tindakan terkebelakang pihak UPSI. Weh... kita berjalan mesti ke depan, bukan mengundur ke belakang. Kalau mengundur ke belalang.... something must be wrong somewhere. Tak betul!!

Lantaran itu, SEE YOU IN COURT, kata Adam Adli.

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.

Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi, Adam Adli berkata beliau mula dibicarakan pada pukul 3.30 petang tadi.

"Ketika dibicarakan saya seorang diri berdepan dengan lapan orang panel...saya seorang diri tanpa pembelaan peguam.

"Saya tidak dibenarkan membawa peguam kerana ia adalah peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), satu pembelaan yang saya tidak layak dapat," katanya.

Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak kain rentang yang gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya bendera kebebasan mahasiswa.

Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini berkata akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik sehingga AUKU dimansuhkan.

"Saya akan pastikan tiada penindasan lagi," katanya menambah akan mengambil tindak undang-undang untuk mencabar keputusan itu yang disifatkan berat sebelah.-MI

TERBAAEEKKKK!!!

Posted: 09 Jan 2012 05:24 PM PST

Kelakar.... and I like it very much. Like!! Like!! Like!!

So... ISA and tuan punya iklan ini, gua harap lu orang tak kisah gua cilok untuk disebar-sebarkan. Pesanan yang baik, patut kita sebarkan, tak gitu??

Hahahaha.... Ubah. Bersihkan negara dari kekotoran UMNO.

Hidup Pakatan Rakyat!!


Tiada ulasan: