Jumaat, 6 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Hasil seni kreatif

Posted: 06 Jan 2012 08:00 AM PST




Hasil seni yang kreatif dan tepat sekali.

Kah kah kah kah kah...


Ceritanya di
sini.

Dey, poooraaahh!!

Posted: 06 Jan 2012 06:00 AM PST


Perhimpunan 901....

Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.[sini]

Hulu Lekir, Bukit Merah
Lu tak hadir, ada orang kesah??

Dey, poooraaahhh!!

Kah kah kah kah

Weh... see the leg la.

Posted: 06 Jan 2012 04:28 AM PST


My name is Anwar. Anwar Ibrahim.
Not Pete.. Not Petra.
But... Anwar Ibrahim
.

So....
Kalau takut pada risiko, usah bicara tentang perjuangan
[sini]

WHEEEKKKKKKK!!!

Posted: 05 Jan 2012 08:39 PM PST


Lately ni.... aku sangat busy. Ada kalanya, tak berkesempatan nak berinternet dan terpaksa curi-curi masa untuk menjengok berita terkini di alam maya.

Aha pagi ni... ada sedikit masa terluang, so... teman pun tak mahu lepaskan peluang. Ciittt!! Sakitnya hati apabila membaca berita tentang kenyataan si duri dalam daging PAS iaitu Hassan Ali terhadap PKR dan Anwar. [sini] Lantaran itu, ada juga orang yang menggelarnya, daging busuk dalam PAS. [sini]

Yaaa betol!! Teman amat setuju. Daging busuk yang membusukkan imej PAS.

Malaon ini, tidak ada semangat setia kawan langsung. Terus-menerus cuba menghuru-harakan ikatan kukuh antara rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat. Yang syiuknya.... siap cuba nak membodek Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi pulak tu.

Weh... takyah nak jadi Tok Ampu ler. Derang berdua, bukannya kemaruk jawatan macam awak tu. Derang pun tak kesah dengan jawatan PM tu. Yang kesah dan sibuk ialah awak tu. So... jangan nak babitkan nama kedua-dua Tok Guru, ek?? Ini tentu ada sesuatu muslihat... Musang berbulu ayam selalunya ada banyak muslihat. Betul tak??

Ehh.. ehh... dengar citernya, si daging busuk ni, dedulunya kempunan nak jadi MB Selangor. Ya ke?? Dengar citernya lagi, si gunting dalam lipatan ni, dedulunya cuba nak satukan UMNO dengan PAS di Selangor agar dia dapat peluang jadi MB Selangor, ya ke?? Dengar citernya lagi... si duri dalam daging ini, frust giler sebab konspirasinya tak menjadi dan dia gigit jari dan dipinggiri dalam partinya sendiri?? Benar ke??

Agaknya, sebab itulah dia sekarang ni meroyan sakan. Kononnya.... nak masuk UMNO tak boleh lagi, sebab dah diikat dengan 'sumpah'. Mau tak mau terpaksa ler tunggu PRU13.... baru 'sumpah' terbatal. So... sementara waktu itu, buatlah kerja-kerja untuk memporak-peranda Pakatan Rakyat bagi menjejaskan peluang kemenangan buat mereka dalam PRU nanti. Mungkin dia berasa karier politiknya akan cerah semula sekiranya UMNO menang.

Well.... dia merancang tetapi Allah SWT juga merancang dan sesungguhnya Allah SWT-lah perancang yang Maha hebat. Apa jua yang dikehendakNYA... mungkin ada hikmahnya.

Berbalik kepada si daging busuk tadi, mungkin dia kini bertambah kecewa apabila nama Aziz Bari disebut-sebut bakal menggantikkannya di Gombak Setia. Hahahaha.... terlepaslah peluang nak terus bergelar YB dan menjadi MB.

Agaknya, sebab.... tulah dia kuat benor bodek kedua-dua Tok Guru kita dengan harapan tidak akan dikecewakan. Well... apa yang pasti, jika dia bertanding atas tiket UMNO pun, dia akan kojol dan atas tiket PAS pun dia lagi teruk kojolnya.


Sebabnya.... sebut jer nama Hassan Ali, orang akan ter-WHEEEKKKK!! Daging busuk beb!!

Tiada ulasan: