Ahad, 29 Januari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Cara berfikir Umno amat purba

Posted: 29 Jan 2012 05:03 PM PST

Sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka.

PETALING JAYA: Cara berfikir pemimpin-pemimpin Umno amat purba kerana mereka gentar untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat, demikian ditegaskan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Jelas, Umno belum berhenti dari muslihatnya terus memperbodoh dan menindas minda rakyat. Dengan ini, kuasa memerintah negara terus kekal di tangan dan pelbagai penyelewengan mudah diteruskan tanpa sekatan.
"Apa yang kita pasti, sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas perkara ini berhubung sikap Perdana Menteri dan juga Presiden Umno-Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkali-kali enggan menyahut cabaran Ketua Pembangkang dan juga pemimpin Pakatan Rakyat untuk berdebat.

Anwar secara terbuka mengajak Najib berdebat mengenai beberapa isu kritikal semasa – politik, ekonomi dan kebajikan rakyat - yang sedang hangat diperkatakan kini.

Dr Manuty berkata, alasan yang diberikan begitu memual dan menjengkelkan. Sikap ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya Umno untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat.

Debat – amalan tradisi pemimpin

Sesungguhnya kata beliau, PKR ingin menegaskan pendirian bahawa debat antara pemimpin adalah tradisi mana-mana kepimpinan silam bagi semua tamadun. Di dalam Al Quran sendiri Allah SWT menjelaskan:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (An-Nahl: 125).

Beliau menegaskan pada hakikatnya, budaya debat adalah amalan lumrah para ilmuan dan kepimpinan silam. Melaluinya, kebenaran akan lebih terserlah dan "insight" baru dapat dicernakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Lebih penting katanya, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang akan diberikan amanah mengurus negara pada masa depan. Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat.

"Kita pun merasa aneh mengapa pula Najib tidak punyai keberanian menyahut cabaran ini sedangkan, beliau sendiri dikatakan selalu mempamirkan gaya pidato yang tidak kurang hebatnya semasa berucap di khalayak umum di mana-mana.

"Beliau sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga dengan bekalan idea dan maklumat jika diperlukan.

"PKR merasa kesal akan betapa hina dan rendahnya pandangan Umno-BN terhadap rakyat Malaysia yang bersifat majmuk ini," tegas beliau. - FMT

Keputusan/ulasan langsung AJL 26

Posted: 29 Jan 2012 09:16 AM PST

Keputusan akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)
1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano

Update secara langsung:
1. Persembahan pembukaan oleh penyanyi feveret Abang Nara, Jamal Abdillah. Weee ~~~
2. Fuh. Persembahan Awie terus membakar semangat AJL26. Mantop babe ~~~
3. Sheila Majid la pulak. Kenapa semua mantap-mantap untuk opening show nie? Arghh
4. Fuh ~~ Terkagum sebentar dengan persembahan tiga legend sebentar tadi. Persembahan 12 peserta selepas ini. Sama-sama kita nantikan.
5. Persembahan pertama daripada Projek Pistol dengan lagu Wanita Seluruh Dunia.
6. Arrangement muzik yang sangat berlainan daripada lagu asal daripada Projek Pistol. Mantap dan sedap didengar.
7. Persembahan seterusnya oleh Jacyln Victor dengan lagu Sedetik Lebih.
8. Not bad jugak kan Jac nyanyi lagu Sedetik Lebih. Lebih kurang tahap Abang Anuar Zain gak la.
9. Monoloque dan Atilia pulak. Yeah ~~ Lagu feveret gak nie.
10. Comel gila rambut Atilia. Lagu nie memang susah sikit nak nyanyi time live rasanya. Good effort anyway.
11. Yuna muncul untuk lagu Gadis Semasa. Memang arrangement lain 100% nie. Nice ~~
12. Nice outfit Yuna. Menarik tertarik kau memang da bomb.
13. Lagu Kalau Berpacaran pulak. Lagu best nie. Banyak nasihat."
14. Serius comel sangat lagu Kalau Berpacaran nie. Ana Rafali nampak hijau gitu.
15. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif. Adakah dia akan menang?
16. 16 tahun dan dah masuk AJL. U go girl.
17. Juara Anugerah Mobile Celcom jatuh kepada lagu Sedetik Lebih.
18. Persembahan daripada Faizal Tahir dengan lagu Karma. Ada orang kata ini adalah persembahan terakhir daripada Faizal untuk AJL. Layan ~~
19. Terbakar piano dibuatnya oleh Faizal Tahir
20. Seramai 30 orang juri telah digunakan untuk memilih lagu terbaik AJL26. Harap-harap tiada kontroversi.
21. Alyah dengan lagu Kisah Hati sekarang. Siapa sebenarnya manusia yang bernama Manusia Putih yang mencipta lagu ini?
22. Fuh. Starting pun dah sedap dah Alyah nie. Baju pun cantik gak. Nice
23. Arghhhh. Napa Remy Ishak muncul dan memeluk Alyah. Mesti ramai yang panas.
24. Sungai Lui daripada Aizad. Melodi yang mampu melegakan jiwa.
25. Aizad membuktikan yang bakat adalah segalanya. Kurang rupa sikit pun tak apa.
26. Hebat benar orang yang melukis kat belakang semasa persembahan Aizad nie.
27. Yuna dengan lagu Penakut. One of Abang Nara punya favourite song jugak.
28. Good persembahan daripada Yuna, sekarang ini lagu kegemaran ramai, Awan Nano daripada Hafiz akan didendangkan.
29. Awan Nano nano nano nano nano.
30. Beribu Sesalan sekarang ini. Adakah lagu feveret kebanyakan peminat muzik ini akan merangkul gelaran juara?
31. Memang meletop 3 Suara bawak lagu Beribu Sesalan. Meremang bulu roma.

Sumber ; BeautifulNara

Tiada ulasan: