Selasa, 3 Januari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Video] : Ceramah DSAI di Ledang Johor 3/1/12

Posted: 03 Jan 2012 09:34 PM PST



Tangkap Taib Mahmud : Interpol serah surat pada polis Malaysia

Posted: 03 Jan 2012 07:43 PM PST


Di sebalik desakan yang memuncak oleh NGO asing supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud ditangkap atas tuduhan rasuah, Pertubuhan Antarabangsa Polis Jenayah (Interpol) berkata tindakan itu hanya boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.


Ini adalah jawapan yang diberikan kepada Dana Bruno Manser yang berpangkalan di Switzerland yang menerajui kempen antarabangsa ke atas ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia itu.

Menurut kenyataan akhbar oleh BMF, sekretariat Interpol, memaklumkan bahawa "bantuan Interpol hanya boleh digerakkan oleh keputusan pihak berkuasa tempatan yang berwibawa dan atas permintaan penyelaras tempatan yang dikenali sebagai National Central Bureau (NCB)".

"Sekiranya anda ingin memulakan prosiding jenayah terhadap individu yang dinamakan itu, anda dinasihati supaya menghubungi polis negara berkenaan dan / atau badan kehakimannya."

Menurut BMF, maklumat laman web Interpol, menyebut NCB bagi Malaysia secara langsung terletak di bawah kuasa Ketua Polis Negara.

Awal bulan lalu, BMF dan 16 NGO lain yang berpangkalan di enam negara menggesa Malaysia untuk menangkap Taib dan 13 ahli keluarganya atas dakwaan "salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah".

Sepucuk surat 10 halaman memperincikan tuduhan-tuduhan terhadap mereka dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia melalui pos berdaftar, tetapi menurut BMF, pihak berkuasa gagal memberikan jawapan.

Siasatan BMF menunjukkan bahawa keluarga Taib mempunyai kepentingan dalam lebih daripada 400 syarikat di 25 negara dengan nilai yang dianggarkan ratusan bilion dolar Amerika. - Malaysiakini

SANTAI : Remaja curi kereta api untuk hadiah Tahun Baru kekasih

Posted: 03 Jan 2012 06:42 PM PST

Hasrat 'hadiah Tahun Baru' tak kesampaian apabila tertangkap

PATNA: Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencuri sebuah kereta api ekspres gara-gara niatnya untuk memberikannya sebagai 'hadiah Tahun Baru' kepada teman wanitanya.

Lelaki terbabit, Ketan Kumar, 25, menaiki Ekspres Amrapali 15708 ke Katihar dari utara India, Amritsar pada malam tahun baru dan mengacu pistol ke kepala pemandu ketika mengarahkannya memberhentikan kereta api berkenaan.

Kejadian berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan. Apabila pemandu, Janardan Paswan enggan mematuhi arahan berkenaan, Kumar menyerangnya dengan memukulnya menggunakan pistol terbabit, kata polis.

Penumpang kereta api yang mendengar bunyi bising bergegas membantu. Mereka bergelut dengan Kumar dan membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada anggota polis yang ditugaskan mengawal kereta api.

Polis kemudian mengambil keterangan Kumar dan disumbat dalam penjara selepas itu.

"Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai memperingati isterinya, Mumtaz Mahal. Oleh sebab itu, saya mahu mengambil alih enjin kereta api berkenaan dan memberikannya sebagai hadiah kepada teman wanita saya tetapi polis menghalang rancangan saya," kata pemuda itu kepada pihak berkuasa.

Kumar juga enggan mendedahkan nama teman wanitanya. "Saya tidak akan dedahkan nama teman wanita saya," katanya selepas digari dan terus membantah tindakan polis menahannya.

Polis turut mendakwa Kumar atas tuduhan bertindak membahayakan nyawa beratus-ratus penumpang kereta api itu. Dia terus ditahan reman sehingga menunggu perbicaraan. – Agensi

Saya hanya mahu bantu Pakatan, parti tidak penting - Prof Aziz Bari

Posted: 03 Jan 2012 04:46 PM PST

SHAH ALAM - Bekas profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, penyertaan beliau dalam mana-mana parti politik komponen Pakatan Rakyat (PR) tidak penting, sebaliknya hanya mahu membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Malah kata beliau, apa yang penting bagi dirinya ialah membawa mesej perjuangan dan membantu PR, yang akan genap empat tahun April ini, mencapai matlamat perikatan tersebut.

Lagipun kata Aziz, beliau juga tidak pernah mengisi borang menjadi ahli mana-mana parti politik termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disebut-sebutkan banyak pihak.

"Saya tidak isi borang menjadi ahli parti politik. Setahu saya, saya sendiri tidak mengisi borang menjadi ahli PKR pun.

"Jadi, bagi saya menjadi ahli parti politik bukan penting... ia bukan isu. Bagi saya, saya menjadi ahli parti politik juga bukan satu perkara penting," kata Aziz sambil menekankan bahawa beliau akan bertanding jika diberi peluang untuk membantu PR mencapai matlamat perjuangan.

"Terpulanglah kepada mana-mana parti (dalam PR)... jadi ahli tidak penting, itu bukan isunya," kata beliau yang mengakhiri perkhidmatannya di UIA pada 31 Disember lalu.

Malah kata Aziz, sekiranya bertanding dalam pilihan raya kali, ia juga merupakan keputusan 'sekali sahaja'.

"Saya pun sudah 53 tahun, jadi kalau saya tanding pun, ia hanya 'one-off' sahaja," katanya lagi kepada Sinar Harian Online.

Minggu lalu, Dewan Pemuda Pas Pusat mempelawa Aziz menyertai parti Islam itu sekiranya ahli akademik itu sudah menamatkan kerjayanya di UIA.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, tawaran itu bagi memberi ruang kepada pensyarah undang-undang berkenaan mempraktikkan ilmunya sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan dalam menegur kepincangan sistem politik negara.

"Kami mengalu-alukan penyertaannya sebagai ahli politik bagi sama-sama membentuk sistem negara yang amat memerlukan ilmunya selama ini.

"Kita yakin penyertaan beliau dapat memberikan manfaat kerana ilmunya selama ini, diterjemahkan bagi membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang sebenar," katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sekiranya Aziz menyertai Pas, bekas pensyarah itu dapat mengembangkan lagi ilmunya untuk sama-sama memelihara Perlembagaan Negara yang sering dipertikaikan selama ini.

Beberapa laporan media juga menyebut beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam. - Sinar Harian

BENCANA : Laut Aral, sempadan Uzbekistan Kazakhstan kering , kehendak Nya ...

Posted: 03 Jan 2012 06:52 AM PST



Lagi gambar-gambar DI SINI

Transformasi Najib bagai susu 1Malaysia

Posted: 03 Jan 2012 05:24 AM PST

Laungan slogan "1Malaysia" berkumandang dalam perhimpunan UMNO pada Oktober 2009, dengan semangat berkobar-kobar untuk "berubah" sebelum diubah.

Pada ketika itu, UMNO baru sahaja menang dalam PRK DUN Bagan Pinang, selepas tujuh kekalahan berturut-turut dalam PRK di Semenanjung Malaysia, pasca 8 Mac 2008. UMNO masih diselubungi suasana krisis, maka bahasa yang pragmatik berjaya menenggelamkan suara-suara perkauman. Perwakilan dan pemimpin UMNO sebulat suara menyokong program transformasi yang dibawa Najib Razak. - SETERUSNYA


Hati-hati Dengan Panggilan Dari Bukit Aman

Posted: 03 Jan 2012 04:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan daripada individu menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang mahu membantu mengurangkan kadar saman trafik.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kebelakangan ini, polis menerima tidak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444 dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Kebanyakan pemanggil akan memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik dengan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil, katanya dalam kenyataan, Selasa.

Untuk itu, Ramli menasihatkan orang ramai agar mendapatkan butiran pemanggil seperti meminta pemanggil memberikan nama, pangkat dan jawatan serta memberitahu akan memanggil semula si pemanggil menggunakan nombor yang tertera di skrin.

"Proses verifikasi seperti ini boleh mencegah kejadian penipuan kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman," katanya.

Ramli berkata polis telah menerima beberapa laporan mengenai penipuan menggunakan nombor talian ini daripada orang ramai dan pihaknya akan menyiasat dengan segera.

Beliau juga berkata semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia Berhad juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu. - BERNAMA

Insiden UPSI : Mahasiswa buat laporan polis

Posted: 03 Jan 2012 01:13 AM PST

Kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) hari ini membuat laporan polis berhubung cara pasukan keselamatan itu menangani perhimpunan anjuran sekumpulan mahasiswa di Tanjung Malim kelmarin.

Kumpulan tersebut mendakwa pihak polis kerana bertindak ganas dan mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara pada perhimpunan itu.

NONELaporan polis itu dibuat oleh jurucakap BEBAS Haziq Abdullah Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 2 petang ini.

Laporan polis itu mewakili 17 mahasiswa yang ditahan pada hari tersebut termasuk pengerusi BEBAS Muhammad Safwan Anang yang turut hadir dalam sewaktu membuat laporan polis tersebut.

Muhammad Safwan yang berkerusi roda ditemani isterinya Masturah Abu Bakar dan ibu mertuanya Mariam Abdul Rashid. Kira-kira 30 mahasiswa dan NGO hadir memberi sokongan kepada mereka.

Dalam laporan polis itu Haziq mendakwa pihak polis telah mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara, antaranya penangkapan mereka didakwa dibuat secara ganas dan kasar dan aktivis serta peserta ditahan dan diheret secara kasar. - Malaysiakini

Tiada ulasan: