MIMPI SENJA |
- Datuk Salleh Majib kembali ke Rahmatullah
- Orang Kristian isytihar perang terhadap Ibrahim Ali dan UMNO
- Insiden UPSI : Kumpulan Mahasiswa beri Najib 24jam untuk minta maaf ...
- Insiden UPSI : Polis, bersedialah untuk disaman
- Insiden UPSI : Semua 17 yang ditahan dibebaskan, Safwan semakin pulih
- Celakalah Umno ....
- Video detik cemas di UPSI
- Insiden UPSI : Tindakan bersifat 'negara polis' - Nurul Izzah
Datuk Salleh Majib kembali ke Rahmatullah Posted: 01 Jan 2012 09:19 PM PST |
Orang Kristian isytihar perang terhadap Ibrahim Ali dan UMNO Posted: 01 Jan 2012 07:53 PM PST Perkasa dah buat hal lagi! Mendakwa dirinya sebagai penegak hak orang Melayu, kumpulan ini sering dilabel sebagai samseng golongan ekstrim. Sekarang, rakyat Malaysia mesti memikirkan siapakah sebenarnya ahli kumpulan yang seperti seperti terdiri dari mereka yang tidak pernah atau tak habis sekolah ini. Nyata, presiden pengasasnya Ibrahim Ali adalah sejenis manusia yang tidak akan berfikiran secara logik, berbincang secara rasional atau bersetuju apabila orang lain sudah terbukti benar . Dia dan pemimpin-pemimpin Perkasa lain ketagih dengan sikap menipu dan menikan dari belakang, Ini ialah abad ke-21! Zaman kebanjiran maklumat di mana ia boleh diakses melalui Internet kerana meningkatnya pengglobalisasian dan ekonomi digital dunia. SETERUSNYA |
Insiden UPSI : Kumpulan Mahasiswa beri Najib 24jam untuk minta maaf ... Posted: 01 Jan 2012 05:33 AM PST SHAH ALAM – Kumpulan mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan menuntut kebebasan Adam Adli Abdul Halim dan akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi tadi mahu Datuk Seri Najib Tun Razak agar memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam berhubung kekasaran pihak polis. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, tindakan polis melakukan kekasaran terhadap mereka termasuk menyebabkan Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang cedera parah tidak sepatutnya berlaku. Menurut Haziq, tindakan polis menumbuk dan menendang untuk meleraikan demonstrasi adalah tidak relevan kerana kumpulan mahasiswa terbabit tidak melakukan apa-apa yang mencetuskan keganasan dan hanya baring beramai-ramai di depan pintu utama Upsi. Dalam perkembangan berkaitan seramai 17 mahasiswa yang ditahan di Balai Polis Tanjung Malim telah dibebaskan sekitar 4 petang tadi. Safwan masih dirawat di Hospital Slim River dan keadaannya dilaporkan stabil. Menceritakan insiden yang berlaku malam tadi, Haziq berkata mereka mula berkumpul di pintu utama Upsi pada jam 1.50 pagi dan sempat memberi ucapan selama 10 minit sebelum pihak polis dan FRU tiba. "Polis memberi amaran supaya menghentikan perhimpunan jika tidak akan sembur gas pemedih mata dan ketika kami ingin ke depan pintu pagar Upsi, tiba-tiba seorang pegawai polis datang, ingin menarik Safwan ke trak polis. "Mahasiswa yang berhimpun menjadi marah dan berlaku pergelutan antara kami dan polis, dan di situ kami dibelasah, ditumbuk dan ditendang," katanya. Haziq berkata, Safwan yang pernah mempunyai rekod perubatan di mana tulang mukanya pernah retak, telah ditumbuk oleh pegawai polis mengakibatkan dia menggigil kesakitan dan rebah di atas jalan. Jelas Haziq, insiden memecah pintu masuk Klinik Syifa berhampiran adalah kerana keadaan memaksa iaitu ingin membantu Safwan yang menggigil dan berlumuran darah. "Kami tidak dapat membawa Safwan ke hospital kerana kunci kereta sudah dirampas, lalu pergi ke klinik berkenaan dan merayu kepada pembantu jururawat agar membuka pintu tetapi enggan berbuat demikian. "Tiba-tiba berlaku adegan tolak-menolak antara kami dan pihak polis di depan pintu klinik menyebabkan pintu itu pecah, ramai yang cedera akibat insiden itu tetapi polis tidak memberi sebarang bantuan perubatan kepada kami," katanya. Haziq, antara 17 mahasiswa yang ditahan berkata, Safwan kemudiannya dibawa ke hospital dengan kereta rakannya. "Saya dan 16 yang lain dibawa ke balai polis untuk memberi keterangan, kemudian ditahan beberapa jam sebelum dibebaskan petang tadi," katanya.- Sinar Harian |
Insiden UPSI : Polis, bersedialah untuk disaman Posted: 01 Jan 2012 02:32 AM PST Pihak polis yang didakwa melakukan kekasaran dalam perhimpunan mahasiswa menuntut prokebebasan akademik di Tanjung Malim awal pagi tadi diingatkan supaya bersedia menghadapi tindakan saman di mahkamah. Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS hari ini berkata, tidakan tersebut jelas tindakan yang zalim, tidak munasabah dan bertentangan dengan norma-norma hak asasi manusia. "JUHAM yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para Mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di Mahkamah," Kata pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi. Justeru, dalam kenyataannya hari ni, JUHAM menyeru saksi kejadian tampil dan menghubungi JUHAM bagi membantu pihaknya mengumpulkan bukti "keganasan" polis dalam perhimpunan tersebut. Katanya, lima peguam JUHAM termasuk dirinya sendiri kini sudah berkampung di balai polis Tanjung Malim sejak awal pagi bagi menunjukkan sokongan dan kesediaan mewakili mahasiswa sekiranya polis mahu mendapatkan reman untuk terus menahan. Jawatankuasa itu juga menyifatkan tindakan polis malam tadi sebagai pilih kasih dan tidak seperti layanan yang diterima oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang berhimpun pada 21 Disember lalu. - Harakahdaily |
Insiden UPSI : Semua 17 yang ditahan dibebaskan, Safwan semakin pulih Posted: 01 Jan 2012 01:02 AM PST Kesemua tahanan termasuk Adam Adli yang ditangkap awal pagi tadi dalam satu perhimpunan yang berlangsung di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dibebaskan, pada kira-kira jam 4 petang tadi. Malah, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang yang dikejarkan ke hospital kerana kecederaan yang parah, kini semakin pulih, menurut sumber. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab mengesahkan kepadaMerdekaReview, bahawa 17 orang ahanan termasuk Adam Adli dan rakan-rakannya telah dibebaskan dari IPD Slim River tadi. Menurutnya, kira-kira 300 orang berada di luar balai polis berhimpun menuntut pembebasan tahanan siswa/i. Malah, sesetengah warga Facebook telah menyeru agar rakyat menelefon ke Balai Polis untuk mendesak agar tahanan dibebaskan mereka, sejak pagi tadi. Menurut sumber dari laman We Are All Safwan Anang, yang ditubuhkan pagi tadi, Muhammad Safwan Anang yang dikejar ke hospital lantaran kecederaan parah kini semakin pulih keadaannya. MPMUM kutuk tindakan polis Di samping itu, dalam satu kenyataan tadi, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang menggunakan kekerasan terhadap para mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi. Sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan secara aman di depan UPSI malam tadi untuk menuntut pihak UPSI supaya menggugurkan kes Adam Adli yang menghadapi tindakan disiplin serta menyeru kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengekang kebebasan akademik pensyarah dan mahasiswa. Awal pagi tadi, kira-kira 100 mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan UPSI telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa mahasiswa cedera parah. Dalam insiden ini juga berlakunya satu kemalangan yang tidak diingini yakni Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang Taib telah ditumbuk dan patah rusuknya dan keadaan beliau masih kurang stabil kini. Sehingga kini, 17 mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Najib, Adam Adli. Antara mahasiswa yang telah ditangkap polis ialah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Haziq Abdullah (Presiden KAMI), Syukri Razab (Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia), Shukri Kamaruddin, dan beberapa mahasiswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang. MPMUM menyatakan rasa kesal terhadap tragedi berdarah yang berlaku kerana sekumpulan mahasiswa yang berhimpun secara aman tidak mengakibatkan sebarang kesusahan dan kegugatan kepada orang awam ataupun polis dan MPMUM tidak bersetuju dengan tindakan polis dan FRU yang menggunakan kekasaran melampau terhadap para mahasiswa yang tidak memegang sebarang senjata. MPMUM menuntut agar pihak polis tidak mengamalkan sikap "double standard" dalam menguruskan insiden sedemikian kerana pihak polis langsung tidak mengadakan sebarang sekatan terhadap tindakan Pro-Aspirasi yang mengadakan perhimpunan awam di Putrajaya baru-baru ini. MPMUM berharap agar pihak polis memainkan peranannya untuk melindungi keselamatan rakyat jelata dan tidak menjadi alat kerajaan untuk mengekang kebebasan mahasiswa dan menindas mahasiswa dengan zalim. Sesungguhnya tindakan mahasiswa yang menuntut supaya AUKU dimansuhkan ataupun berhimpun secara aman merupakan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, tindakan polis dan FRU yang menzalimi mahasiswa malam tadi telah menjadikan janji Perdana Menteri, Najib yang ingin memberikan ruang yang lebih besar kepada mahasiswa sebagai komestik politik. MPMUM menyeru pihak kerajaan memansuhkanAUKU yang mengekang kebebasan mahasiswa supaya prinsip demokrasi kampus dapat dihidupkan semula. |
Posted: 01 Jan 2012 12:28 AM PST Anak-Anak Muda menempelak tindakan polis terhadap tangkapan mahasiswa dan ini lebih menyedihkan apabila ada yang tercedera. Kami tekankan bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan. Sewajarnya pihak polis menjaga dan mengawal keadaan dan bukan melakukan rempuhan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mahasiswa. Kami yakin dan percaya, Gerakan Mahasiswa tidak akan lemah dengan pencabulan pihak polis dalam insiden di UPSI semalam. Mahasiswa dan Anak Muda perlu terus memperjuangkan agenda perubahan yang digarap bersama dalam mereformasikan Universiti, Kebebasan Akademik dan Pemansuhan AUKU dan Akta-akta yang 'menggari' dan 'memenjarakan' mahasiswa. ... SETERUSNYA |
Posted: 01 Jan 2012 12:03 AM PST |
Insiden UPSI : Tindakan bersifat 'negara polis' - Nurul Izzah Posted: 31 Dec 2011 11:04 PM PST KENYATAAN MEDIA 1 Januari 2012 Untuk Sebaran Segera Tuntutan Mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan BEBAS bagi memansuhkan AUKU adalah suatu usaha berterusan golongan Mahasiswa untuk menuntut hak dan kebebasan buat seluruh mahasiswa di Malaysia. BEBAS bersama SMM terus memperjuangkan pemansuhan AUKU dan Kebangkitan Mahasiswa terus dicerna dalam Himpunan diluar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru 2012. Tetapi amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak Polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan oleh pihak polis iaitu Pengerusi BEBAS, Sdr Safwan Anang cedera dan kini berada di Hospital Tanjung Malim, Perak. Seramai 15 mahasiswa ditangkap di dalam Himpunan Menuntut Kebebasan Akademik dan Pemansuhan AUKU itu. Tindakan tersebut adalah tidak demokratik, bersifat "negara polis" (police state) langsung mempalitkan titik hitam di awal sambutan Tahun Baru 2012 ini memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia dan umumnya bahawa kerakusan Kerajaan UMNO-BN menggunakan Polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini. Saya menempelak tindakan polis terhadap tangkapan mahasiswa dan ini lebih menyedihkan apabila ada yang tercedera. Saya tekankan bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan. Sewajarnya pihak polis menjaga dan mengawal keadaan dan bukan melakukan rempuhan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mahasiswa. Saya yakin dan percaya, Gerakan Mahasiswa tidak akan lemah dengan pencabulan pihak polis dalam insiden di UPSI semalam. Mahasiswa dan Anak Muda perlu terus memperjuangkan agenda perubahan yang digarap bersama dalam mereformasikan Universiti, Kebebasan Akademik dan Pemansuhan AUKU dan Akta-akta yang 'menggari' dan 'memenjarakan' mahasiswa. YB Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan