Rabu, 4 Januari 2012

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Najib ulangi kesilapan Pak Lah....

Posted: 03 Jan 2012 10:45 PM PST

BN sebenarnya saja menempah maut kerana tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap Shahrizat dan keluarganya yang terbelit dengan skandal lembu fidlot ini.

Mereka lupa, Shahrizat adalah sebahagian daripada punca BN tumpas banyak kerusi di seluruh Kuala Lumpur terutama di Lembah Pantai.

Ketika Shahrizat menjadi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat di era Pak Lah, beliau dan 'team' banyak melakukan kerosakan dengan menumpukan biz keluarga dan orang keliling kelalang dari menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ke bahu beliau.

Lebih ketara apabila beliau memangku jawatan Isa Samad yang telah dilucutkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan . Siapa tidak tahu bagaimana DBKL telah digunakan sesuka hati mereka?

Hari ini Najib mengulangi kesilapan Pak Lah. Selamat berjaya....

'Dakwa ketua NFC atas cubaan sogok polis, SPRM'
Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

NONESehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan.
Dalam satu sidang akhbarnya di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Rafizi juga mendakwa sebanyak RM1.755 juta dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC.
Rafizi mendakwa, sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh.

Rafizi juga mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail menjadi "orang tengah" untuk menyampaikan wang tersebut kepada pegawai penyiasat SPRM dan PDRM.

Rafizi berkata dakwaan itu dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis yang dibuat oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut.

Katanya, Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apabila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut.

"Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:

"Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.

"Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," dakwanya dalam sidang media hari ini.

[Berita penuh menyusul]

Tiada ulasan: