Ahad, 15 Januari 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Sallehuddin Ayub bercakap macam wakil Umno?

Posted: 15 Jan 2012 03:06 AM PST

Pasti orang PAS tak percaya apabila saya kata YB Sallehuddin Ayub naib Presiden PAS ketika bercakap dalam Forum memperingati 100 tahun perlaksanaan undang undang Islam di Terengganu, semacam wakil umno.

Pasti akan berkata saya buat fitnah terhadap Sallehuddin Ayub yang diam tak berkata apa apa ketika kemelut melanda PAS yang belum boleh dikatakan sudah reda itu.

Dr Hassan Ali buat hal lagi ketika buat kenyataan pasal perhimpunan 901 yang akan diadakan di depan mahkamah di Jalan Duta itu semacam menemplak PAS dan Anwar.

Bukan setakat itu saja malahan dia menyatakan bahawa Anwar orang yang tak layak dilantik sebagai perdana menteri kerana imejnya sudah buruk iaitu benar benar melakukan liwat berdasarkan keputusan mahkamah dikatakan ada kes yang boleh dijatuhkan penjara.

Pada hal kes liwat satu dulu Anwar bebas dan tak bersalah oleh mahkamah.

Sehubungan dengan perkara diatas Anda mungkin masih ingat lagi YB Sallehuddin Ayub pernah memuji Tun Ghaffar Baba dalam parlimen suatu masa dulu.

Hari ini beliau memuji perlembangaan Negara Malaysia kerana memasuk agama Islam sebagai agama rasmi Negara.Bermakna perlembagaan Negara bukan naktoh pada perlaksanakan hudud di Negara ini.

Macam mana beliau boleh memuji perlembagaan Lord Reid yang jelas bercanggah dengan Islam sebenar sepertimana pernah disebut oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar begitu baik tangapannya walaupun bukan aktivis politik Negara.

Berkali kali dia memuji bahawa undang undang ciptaan inggeris ini tidak menghalang perlaksanaan Undang undang Islam seperti hudud yang luluskan oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Pada hal tokoh lain berkata perlembagaan Negara Malaysia inilah yang menghalang perlaksanaan kanun jenayah syariah Kelantan dan Terengganu.

Apa motif beliau bercakap memuji perlembagaan Negara, sedangkan pemimpin lain menyalahkan dan mengutuk sekeras kerasnnya bahawa perlembangaan Lord Reid ini sebagai penghalangnya.

Adakah dia nak jadi macam Dr Hassan Ali yang bertindak macam orang suruhan umno yang masih tak puashati dengan Mustafa Ali, Saari Sungib dan Dr Abdul Rani Osman pesuruhjaya PAS Selangor yang baru menggantinya itu.

Sikap memuji perlembagaan Negara yang jelas bercanggah dengan Islam sebenar itu sangat tak wajar di lakukan oleh Wakil PAS lebih lebih lagi beliau adalah naib presiden PAS yang di sanjung dan di hormati berbanding dengan dua naib presiden.

Saya tak tahu mengapa boleh bertindak demikian dalam arena politik kini. Adakah ia boleh menguntungkan PAS. Bagi saya tindakan begitu boleh melemahkan PAS. Apa lagi PAS masih dalam idah kemelut yang mungkin akan berlarutan.

Tiada ulasan: