Sabtu, 28 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


2000 Orang Hadiri Ceramah Umno Di Jalan Kebun Shah Alam Semalam

Posted: 28 Jan 2012 07:30 AM PST



Wow! Ramainya.
ni mesti kes takda nasi dan air free...
ni mesti kes tak angkut dengan bas free..

hahaha.. mungkin wartawan utusan tak dapat datang time ni

saya tolong upload.

Pas bincang hasrat Hadi undur 12 Feb

Posted: 27 Jan 2012 11:44 PM PST

G MANIMARAN

SHAH ALAM - Pas pusat akan membincangkan hasrat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menawarkan diri untuk tidak bertanding lagi dalam pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, Abdul Hadi telah lama melahirkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusinya demi memberi laluan kepada tenaga-tenaga muda dan pelapis.

"Kami akan membincangkan hasrat beliau apabila mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat, bulan depan, pada 12 Februari," kata Tuan Ibrahim kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.

Abdul Hadi kini merupakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pun begitu, menurut Tuan Ibrahim, Pas masih memerlukan "suara" Abdul Hadi didengar di Parlimen.

"Berdasarkan keadaan kesihatan dan kemampuan beliau, kami merasakan suara Abdul Hadi perlu didengar di Parlimen," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

Pas: 'Hukum' MB Kedah tak timbul, fokus mansuh Auku

Posted: 27 Jan 2012 11:00 PM PST

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata, gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari agar kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan ke atas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak timbul dan ia juga bukan formula penyelesaian.

Sebaliknya menurut beliau, PR perlu memberi tumpuan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dengan membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

"Pakatan akan mengambil tindakan maksimum untuk memansuhkan Auku," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Salahuddin berkata, semua pihak perlu melihat bahawa masalah semasa ini berpunca daripada kewujudan Auku itu sendiri.

"Seharusnya jangan kita mengalihkan senapang, tembakan ke arah pihak (kumpulan sasaran) yang salah. Apa yang penting, kita memaksimumkan serangan ke arah BN (Barisan Nasional), tindakan untuk memastikan Auku ini dihapuskan," kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sehubungan itu, Salahuddin berkata, pendekatan mengambil tindakan ke atas Azizan tidak akan menyelesaikan kontroversi semasa, sebaliknya isu yang timbul memerlukan penyelesaian menyeluruh dengan memansuhkan Auku.

"Saya tidak fikir ia akan menyelesaikan masalah (dengan mengambil tindakan ke atas Menteri Besar)," katanya.

Ditanya sama ada PR akan membincangkan perkara itu, Salahuddin berkata, "tidak dalam keadaan untuk dibincangkan."

Dalam temu bual dengan Sinar Harian semalam, Menteri Besar Kedah berkata, orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kuin kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain.

Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pakar perlembagaan itu sepatutnya lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya.

"Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama," kata beliau.

Azizan mencadangkan PR agar mengambil tindakan terhadap Azizan kerana menggunakan Auku untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan.

Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Mereka didakwa mengikut kesalahan di bawah Auku kerana menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media.

Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin turut menganggap kes enam pelajar terbabit selesai setelah mereka dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian manakala seorang lagi dikehendaki membayar denda.

Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN

Posted: 27 Jan 2012 10:58 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan "Buku Jingga bukan al-Quran" yang harus dipatuhi sepanjang masa.

"Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib)," tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz "buta undang-undang" dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

"Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

"Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat," katanya.

Beliau menambah: "Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur."

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

"Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, 'gentleman' sikit.

"Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain," katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

"Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

"Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah," katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

'Sudah lama jadi YB', Hadi tawar tak tanding

Posted: 27 Jan 2012 10:30 PM PST

FARUSH KHAN & W SAIDATUL FADZILAH W NAJEMUDIN

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

"Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen," katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

"Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen," katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.

Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.

"Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama," katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.

"Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini," katanya.

YB Ustaz Nasa Buat Laporan Polis Isu Ceramah Bersama Dr Hasan Ali

Posted: 27 Jan 2012 09:43 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXnT-BYOULNFJlqa8YLLvfu2fkr_FibKsdNirsZrxcvnl3Vyt4ccYGYATz1yQ12qwu_SnoxBtrSG552QGzmV_xbrVn3Txjg5GkztMAcb25UmU8eeXWFoFi7oMsIQZJPhXb_-K_CZ6npvna/s400/421702_346990221992288_1297833962_n.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVIdNHduqc1-riBVDHVkfkTom-5IntW3vpThluMI4EilnLGyR2u485kpmesOSKyVKmt7hYdOZWVEcuFXzA-xayJB5hBaVCSJ4pk_swnGtRia0a8jpcv7PDzen7h2WmF8hHOI1S9iTsoM2B/s400/nasa.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-z7Ao_0CDP1Y/TyK1bhI1R0I/AAAAAAAAF4U/V-aAtdk1v_s/s320/419386_272207759513638_182898551777893_717053_48561755_n.jpg

Gila Mo Plat Weh! BKF3000

Posted: 27 Jan 2012 06:05 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2yzwoi272ZK1eDHj42V6u5uaLU1NrJtVNkTXMEsnekFZ2KkDI6E5Agmhh6j0PWbFNn7Ym083X6nw2hVyA1BB8Ty-6mxVB8qQXjrortbEMEnvmZwMyOW_cUi4yMHUjf87ymPJLCAEdP-A8/s400/camry+sel.JPG

MB Kedah: Orang luar jangan campur urusan Kuin

Posted: 27 Jan 2012 05:47 PM PST

NURUL FATIHAH SULAINI

ALOR SETAR - Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain.

Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sepatutnya, pakar perlembagaan itu lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya.

"Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Azizan diminta mengulas kenyataan Aziz dalam Wacana Sinar Harian kelmarin yang mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan terhadap Azizan kerana menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan.

Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Mereka didakwa mengikut kesalahan di bawah Auku kerana menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media.

Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin turut menganggap kes enam pelajar terbabit selesai setelah mereka dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian manakala seorang lagi dikehendaki membayar denda.

"Kita tidak mahu melayan sebarang isu itu kerana mahkamah sudah menetapkan hukuman setimpal ke atas pelajar terbabit.

Henti pertikai isu Exco agama

Posted: 27 Jan 2012 05:44 PM PST

RISWANDI RAZAK

SHAH ALAM - Pas Selangor menggesa semua pihak agar tidak mempertikaikan tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang portfolio agama.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman berkata, isu kelayakan menteri besar tidak timbul kerana menteri besar di negeri pimpinan Umno memegang portfolio agama walaupun tidak mempunyai latar belakang agama.

Menurutnya, pertukaran portfolio ini juga telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama di Selangor.

"Terdapat negeri pimpinan Umno, Barisan Nasional (BN) menteri besar mereka secara automatik akan menjadi Exco agama, sebagai contoh Pahang.

"Isu ini tidak timbul, malah Tan Sri Abdul Khalid sendiri pernah menyebut sekiranya wujud perkara-perkara yang memerlukan nasihat dari Pas, beliau akan rujuk kepada kita," katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bahawa Abdul Khalid tidak layak menjaga portfolio tersebut kerana tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.

Selain Pahang, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan juga memegang portfolio agama Islam.

Dr Rani berkata, rombakan yang turut menyaksikan pelantikan­ Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan adalah perkara yang dipersetujui bersama Pas Selangor.

"Ianya dipersetujui atas sebab pilihan raya semakin hampir dan faktor jangka masa menguasai portfolio baru seperti Exco Hal Ehwal Agama, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

"Portfolio ini akan mengambil masa yang lama kerana melibatkan beberapa jabatan dan institusi penting," katanya.

Sementara itu dalam isu lain, Dr Rani berkata, program jelajah seluruh negara dianjurkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak memberi kesan kepada parti itu.

Menurutnya, hanya segelintir ahli Pas yang hadir dan datang kerana mahu mendengar sendiri hujah dari Hasan.

Sebaliknya, beliau mencadangkan agar program itu dibuat setiap hari bagi memudahkan rakyat nilai sendiri niat sebenar Hasan.

"Dalam program yang beliau adakan di tempat saya, warga tempatan yang sekitar 100 orang, selebihnya ahli-ahli Umno sahaja," katanya.

Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman berkata, berdasarkan tinjauan di keseluruhan bahagian Pas di Negeri Selangor, pihaknya mendapati ahli-ahli tidak terpengaruh dengan isu terbabit.

Menurutnya, ahli-ahli Pas memahami faktor pemecatan tersebut dan kini kembali menumpukan fokus kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

"Ekoran pemecatan terbabit, kita menerima laporan dari 22 kawasan bahawa kita tidak terjejas dengan pemecatan Dr Hasan ini," katanya.

Ketua Pemuda Pas Negeri, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, rakyat diharap tidak tertipu dengan kenyataan Hasan.

Menurutnya, Pas Selangor menyokong penuh keputusan Pas Pusat memecat beliau atas sebab tindak tanduk dan kenyataan Hasan sejak kebelakangan ini.

"Kemarahan beliau terhadap Pas semakin melonjak apabila diketahui bahawa beliau tidak dicalonkan oleh Pas Gombak Setia dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Keadaan ini menyebabkan beliau sanggup menidakkan segala yang pernah beliau lakukan sebelum ini," katanya.

Tiada ulasan: