Khamis, 26 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Projek NFC tidak gagal - Noh Omar

Posted: 26 Jan 2012 06:55 AM PST

KUALA SELANGOR 26 Jan — Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.

"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing di sini, hari ini.

Noh berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Ambrin dalam satu kenyataan berkata "perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN (Jabatan Audit Negara) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan." — LAGI NOH-NFC 2 KUALA SELANGOR Ambrin dalam kenyataan itu juga menyebut pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau juga berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

Mengulas lanjut, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.

Beliau berkata pertikaian yang ditimbulkan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai sebenarnya jelas menunjukkan mereka keliru.

Ini kerana, katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.

Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut, katanya.

"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut," katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.

"Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian," katanya.

— BERNAMA

Rakyat tidak bodoh macam puak Umno. Bodoh macam lembu!

Angkara Nak Dapat Wang RM 500, Ada Yang Pengsan

Posted: 26 Jan 2012 06:50 AM PST

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/394809_10150561826576940_330360741939_9001809_520282408_n.jpg

Pengerusi PTPTN: Janji pembangkang mahu lupus PTPTN

Posted: 26 Jan 2012 04:00 AM PST

KUALA KRAU - Janji pembangkang yang kononnya mahu melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat lebih bersifat janji politik semata-mata dalam usaha mereka untuk meraih sokongan generasi muda.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata rakyat perlu sedar bahawa pihak pembangkang kini akan menabur pelbagai janji dalam usaha mereka meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji itu sebenarnya tidak berpijak di bumi nyata.

"Semasa beliau (Anwar) menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah mencadangkan supaya kerajaan meminjam daripada Tabung Kewangan Dunia (IMF) ketika berlaku krisis ekonomi, kini beliau mahu lupuskan pinjaman PTPTN pulak?," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada 233 penduduk Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau di sini.

Ismail yang juga anggota Parlimen Kuala Krau berkata rakyat wajar berfikir secara rasional terhadap setiap janji yang dibuat pihak pembangkang ketika ini, kerana banyak janji yang dibuat itu langsung tidak berpijak di bumi nyata.

Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak pernah membuat janji yang tidak mungkin dapat ditunaikan, namun pelbagai program yang dibuat akan sentiasa mengambil kira kesejahteraan rakyat.

"Sejak 2007, PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM38 bilion bagi membantu pelajar meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini," katanya.

Beliau berkata pihak PTPTN juga telah banyak memberi pelbagai kelonggaran berhubung soal pembayaran balik pinjaman itu.

"Semua pihak harus sedar bahawa pinjaman yang dibayar itu, akan diberikan pula kepada pelajar lain yang mahu meneruskan pengajian mereka," katanya.- Bernama

Aspirasi pertahan Auku, bertegas masih relevan

Posted: 26 Jan 2012 03:30 AM PST

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

SHAH ALAM – Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) berpendirian bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) masih relevan pada hari ini walaupun banyak pihak mahukan ia dipinda atau dimansuhkan.

Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, Auku perlu kerana ia memastikan mahasiswa terus fokus kepada akademik dan tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mungkin mengganggu pelajaran mereka.

Menurutnya lagi, dakwaan sesetengah kelompok mahasiswa yang mengatakan Auku bersifat menekan adalah tidak benar kerana banyak lagi ruang untuk menyuarakan kebebasan bersuara dan berpersatuan.

"Bagi Aspirasi, justifikasi Auku adalah masih relevan dan ia juga perlu untuk urus tadbir universiti serta selaras dengan perkara yang berlaku di universiti itu sendiri," katanyapada Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku" anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Kaji semula sekatan kekang pelajar, kata VC Unisel

Posted: 26 Jan 2012 02:59 AM PST

SUHARNE ZAINUDIN

SHAH ALAM - Pemangku Presiden dan Naib Censelor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof. Dr Anuar Ahmad menyarankan agar sekatan terhadap golongan pelajar universiti berpolitik harus dikaji semula.

Beliau berkata, sekatan tersebut secara tidak langsung menghalang negara melahirkan golongan mahasiswa yang berpotensi menjadi pemimpin pada masa akan datang.

"Adalah menjadi sesuatu yang pelik kerana pelajar yang tidak masuk universiti dibenarkan mendaftar dalam parti politik tetapi pelajar yang masuk universiti tidak dibenarkan berpolitik.

"Oleh itu, ini adalah sesuatu yang diminta agar dikaji semula kerana kumpulan yang cerdik ini tidak diberi dan dihalang," katanya.

Beliau turut menegaskan,Unisel sentiasa memberi peluang dan ruang kepada pelajar-pelajarnya berdemonstrasi sekiranya ia dilaksanakan secara formal dan bertanggungjawab,sekali gus menyangkal dakwaan universiti berkenaan tidak mengamalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Janji beri tanah menang PRU-13, hanya janji kosong Pas - MB Pahang

Posted: 26 Jan 2012 02:54 AM PST

KUANTAN 26 Jan. - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji Pas untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata, ia hanya berupa janji kosong yang agak mustahil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.

"Yang lain adalah tanah rezab seperti rezab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah Pas boleh berbuat demikian?.

"Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini hari ini. — BERNAMA

Aziz Bari Masih Belum Putuskan Parti Mana Yang Akan Disertainya

Posted: 26 Jan 2012 12:00 AM PST

Oleh IZRA ABD RAHMAN PETALING JAYA: Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari akan memastikan parti politik yang bakal disertainya nanti adalah sesuai dan terbaik.

Abdul Aziz berkata, walaupun menerima banyak tawaran daripada parti pembangkang, beliau hanya akan membuat pertimbangan terhadap parti yang dapat menerima prinsip-prinsip dalam diri beliau.

"Memang saya ada terima banyak tawaran. Daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP pun ada tawar saya sertai mereka.

"Tapi saya juga kena tahu peranan yang saya mainkan dalam parti tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, dekat sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi terkini yang menyatakan beliau akan menjadi calon PKR dan akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam, tempat kelahirannya.

Difahamkan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan mengumumkan penyertaan Abdul Aziz dalam parti itu pada masa terdekat.

Abdul Aziz yang enggan mengulas lanjut spekulasi itu menegaskan beliau masih menunggu tawaran paling baik daripada mana-mana parti yang pernah membuat tawaran kepada beliau.

"Kita pun tak tahu bila pilihan raya. Parlimen pun belum bubar. Adakah ini masa yang baik untuk bercakap soal ini?.

"Saya tengah tunggu tawaran terbaik, saya nak tahu prinsip saya diterima atau tidak," jelasnya.

Sebagai contoh, Abdul Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan isu "Bebaskan Lima Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN)" di Kedah di bawah kerajaan pembangkang.

"Saya sendiri tak setuju dengan isu KUIN di Kedah, saya hentam mereka. Ini menunjukkan tak semestinya saya setuju dengan Pakatan Rakyat (PR)," ujarnya.

Mengulas lanjut spekulasi politik terhadap dirinya, beliau mengakui terlalu banyak spekulasi telah dibuat tentang parti yang bakal disertai.

"Ada yang kata saya nak bertanding ganti Dr Hasan Ali di Gombak Setia dan banyak lagi.

"Spekulasi sahaja, saya tak kisah. Bukan melibatkan peribadi atau perkara yang memburukkan saya," katanya.

Pemuda Pas sebelum ini menjemput Aziz Bari menyertai parti berkenaan dan tawaran itu disambut baik oleh para pemimpin PAS.

Sebelum ini Abdul Aziz mengumumkan kesediaannya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang namun tidak menyatakan secara khusus parti mana yang bakal disertainya.

DR Rani: BR1M Untuk Pancing Pengundi

Posted: 25 Jan 2012 11:11 PM PST

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM, 26 JAN : Bantuan bermusim seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sering dilakukan menjelang diadakan Pilihanraya Umum oleh kerajaan BN yang diperkenalkan baru-baru ini memperjelaskan bahawa ia bertujuan semata-mata untuk memancing pengundi.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata Pakatan Rakyat menerima baik sebarang usaha untuk membantu meringankan bebanan rakyat oleh mana-mana pihak samaada kerajaan maupun badan-badan swasta.

Namun usaha tersebut perlu dilakukan secara berterusan bagi membuktikan keikhlasan dalam memastikan rakyat terus terbela

"Kenapa dari dulu mereka tidak kembalikan hak yang sepatutnya milik rakyat? Kalau dihitung, sejak 50 tahun memerintah bantuan yang disalurkan sebanyak RM500 itu bersamaan dengan RM 9.09 sahaja setahun, bermakna sebulan hanya RM 0.75.

"Jadi jelaslah mereka ini tidak ikhlas. Semua ini mainan politik yang rakyat sudah lama tahu dan sedar. Rakyat hari ini tidak bodoh menilai," jelas Dr. Rani yang juga Adun Meru.

Menurut Dr. Rani segala bentuk bantuan dan pemberian tersebut perlu diterima dan diambil kerana wang tersebut adalah dari wang rakyat hasil dari kutipan cukai dan hasil negara.

"Apa sahaja yang mereka beri, rakyat perlu ambil kerana itu bukan duit dari poket pemimpin BN. Bak kata Tok Guru Nik Aziz, kalau diberi kain pelekat pun kita ambil asalkan undi itu jangan pangkah mereka," nasihat Dr. Rani.

Katanya, amalan rasuah dan sogokan yang berlaku secara berleluasa dalam kerajaan serta pemimpin-pemimpin BN yang cuba di ketengahkan kepada rakyat merupakan sikap tidak jujur yang perlu dibenteras.

Ujarnya kerajaan yang telus dan prihatin sepatutnya tidak mengamalkan amalan sogokan politik kepada rakyat sebagaimana dilakukan kerajaan pimpinan BN.

"Sebagai contoh kerajaan Selangor sekarang yang menyediakan pelbagai insentif dan bantuan mengurangkan beban rakyat dengan mengembalikan semula kekayaan negeri ini kepada rakyat yang sememangnya berhak.

"Kalau dulu semua kekayaan negeri ada yang masuk dalam kocek pemimpim-pemimpin tertentu yang hanya baki kecil sahaja diperoleh oleh negeri," ujar beliau.

Jelas beliau rakyat seharusnya menolak amalan sogokan bermusim yang diamalkan oleh kerajaan pusat pimpinan BN dalam pilihanraya umum akan datang bagi memastikan kekayaan negara dapat dinikmati rakyat secara adil dan berterusan.

Misi PR tawan Johor, pertahan Selangor

Posted: 25 Jan 2012 05:33 PM PST

RUZY ADILA IDRIS

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya merampas negeri Selangor dan tiga negeri lain yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kini Pakatan Rakyat menyasarkan sebuah lagi negeri yang menjadi kubu kuat BN - Johor.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu.

Azmin melahirkan keyakinan itu ketika negara bersiap sedia untuk mengadakan PRU13, yang ramai menjangkakan akan diadakan menjelang pertengahan tahun ini.

Pada Mac 2008, PR yang dianggotai PAS, DAP dan PKR menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak, selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.

Bagaimanapun PR hilang kerajaan negeri Perak pada awal 2009.

"Jika Johor berjaya dirampas, ini merupakan permulaan yang baik untuk Pakatan Rakyat (PR) menyusun langkah bagi menawan Putrajaya tetapi perkara ini tidak mungkin berlaku jika Sabah dan Sarawak tidak berada dalam genggaman," kata beliau dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online semalam.

"Dalam usaha untuk menawan Johor, kami juga akan berusaha untuk mempertahankan Selangor dan dalam masa yang sama kami akan memperluaskan pengaruh ke daerah-daerah yang telah ditakluki," katanya.

Sementara itu, Azmin turut mengulas kenyataan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang meminta kepimpinan BN Selangor untuk merampas Selangor dengan apa cara sekalipun.

"Jelas kenyataan itu menunjukkan Najib menggalakkan ahlinya boleh menghalalkan apa cara sekalipun termasuk rasuah, mengugut ataupun merampas demi mencapai matlamat yang ingin dicapai.

"Jika beliau (Najib) merupakan kelompok yang sederhana, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana boleh membimbangkan rakyat," kata Pengerusi PKR Selangor ini.

Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak menambah, Najib sebagai seorang pemimpin yang demokrat sewajarnya menghormati keputusan rakyat Selangor yang telah memilih PR sebagai peneraju baru negeri itu.

Beliau bagaimanapun tidak bimbang tentang situasi ini kerana merasakan apa yang berlaku sekadar retorik dalam politik semata-mata.

Katanya, maklum balas yang diterima oleh rakyat Selangor terhadap kepimpinan PR adalah sangat positif terutamanya kini rakyat Selangor dapat merasai hasil dari khazanah negeri itu.

Video Barcelona vs Real Madrid [Copa del Rey 2012]

Posted: 25 Jan 2012 04:21 PM PST




Tiada ulasan: