Kerabu Bersuara ® |
- Mat Sabu, Anwar, Nik Aziz Dan Ustaz Azhar Sesat Kata Ulama Muda Umno
- Bos Mydin Nak Main Politik?
- Sakmongkol 'trojan' Najib dalam DAP?
- Blogger cabar peguam Rais jumpa di Konvensyen PR esok
- Ibrahim Ali tawar elaun MP buru dalang letupan 901
- Sudahlah, hentikanlah fitnah- Anwar
- TAKLIMAT KEPADA DYMM TUANKU SULTAN TENTANG STATUS YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI SEBAGAI AHLI MMKN.
- Ahli Gusti Undertaker Pun Tahu Hormat Ulama
- Sheik Qaradawi Ucap Tahniah Kepada Anwar. Ulamak Paling Pengaruh! PapalGomol?
| Mat Sabu, Anwar, Nik Aziz Dan Ustaz Azhar Sesat Kata Ulama Muda Umno Posted: 13 Jan 2012 09:12 AM PST ![]() |
| Posted: 13 Jan 2012 07:23 AM PST Alahai, boss Mydin pun nak main politik… |
| Sakmongkol 'trojan' Najib dalam DAP? Posted: 13 Jan 2012 03:21 AM PST DAP harus berhati-hati dengan ahli baru, Mohd Ariff Sabri Aziz (Sakmongkol AK47) kerana beliau dipercayai orang kepercayaan Najib, yang masih mengunjunginya di Putrajaya. Soal kemasukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Umno-Pulau Manis), Mohd Ariff Sabri Aziz bersama seorang lagi veteran Umno Negeri Sembilan, Aspan Alias ke dalam DAP memang menarik. Penulis rasa, keberanian Arif Sabri mengkritik Umno dalam blognya itu yang menjadi sebab kenapa DAP menerimanya sebagai ahli parti tersebut, disamping mahu menjadikan penyertaan ini untuk membaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang. Bagaimanapun dalam masa yang sama, penulis melihat keperluan untuk DAP berhati-hati dengan orang seperti Ariff Sabri ini. Justifikasi penulis, selain latar belakangnya sebagai bekas ahli dan Adun Umno, dia juga adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketuanya. Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian. Ringkasnya, Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan. Ini semua menjurus kepada satu tanda yang jelas iaitu Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib. Walaupun tidak dipilih semula pada 2008, penulis mendapat maklumat hubungan Ariff Sabri dan Najib masih kukuh seperti biasa. Menurut sumber penulis, Ariff Sabri dikatakan beberapa kali mengunjungi Najib di pejabatnya di Putrajaya seperti tercatat dalam buku pelawat di samping pengesahan visual oleh beberapa orang yang pernah melihatnya. Penulis percaya, blog sakmongkolak47, adalah cubaan Ariff Sabri untuk mengelirukan DAP kononnya dia adalah penentang Umno dari dalam. Kegagalan Ariff Kalau betul dia penentang Umno sekalipun, keikhlasannya boleh dipertikaikan kerana dia hanya mula menulis sejak 2008 apabila tidak dipilih semula mempertahankan Dun Pulau Manis – ciri-ciri biasa bagi orang yang kecewa. Itu satu hal, satu hal yang lain ialah Ariff Sabri mempunyai sejarah sebagai pemimpin yang gagal menjalankan tugas dengan baik sepanjang sepenggal berkhidmat sebagai Adun Pulau Manis. Bukan satu rahsia lagi bahawa Ariff Sabri sering kali bergaduh dengan beberapa orang ketua kampung dalam kawasan Dun tersebut. Penulis juga mendengar, rakyat sendiri sukar untuk mendapat khidmat Ariff Sabri kerana dia diketahui jarang berada dikawasannya. Sebelum menceburi politik, Ariff Sabri juga ialah seorang ahli perniagaan yang gagal. Persoalan penulis, dengan latar belakang Ariff Sabri yang 'meriah' dengan kegagalan, kenapa DAP masih mahu bersengkokol dengan orang seperti ini malah cuba pula menonjolkannya sebagai pemimpin parti tersebut? Kalau pun peranannya sebagai ejen Najib untuk memusnahkan DAP dari dalam diragui, DAP harus pertimbangkan rekod perkhidmatannya yang buruk di Pulau Manis sehingga tidak dicalonkan semula walaupun menjadi antara orang kepercayaan Najib. Kenapa perlu menggadaikan nasib rakyat dengan mencalonkan orang seperti ini? Penulis harap, masih belum terlambat untuk DAP mengkaji semula penyertaan Ariff Sabri dalam parti tersebut. Oleh Azman Ariffin *Rencana ini buat pertama kali terbit dalam Sabahkini Dipetik drp Free Malaysia Today |
| Blogger cabar peguam Rais jumpa di Konvensyen PR esok Posted: 13 Jan 2012 02:51 AM PST Wartawan Sinar Harian SHAH ALAM - Amizudin Ahmat, penulis blog yang berhadapan dengan prosiding menghina mahkamah dalam kes saman Datuk Seri Dr Rais Yatim, menafikan laporan media awal hari ini kononnya beliau telah menghilangkan diri sambil menyifatkannya sebagai "satu fitnah jahat." Sehubungan itu, Amizudin meminta agar menunggu kehadiran beliau di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 18 Januari ini. "Saya tak pernah lari dan sembunyi pun... ini satu fitnah jahat... tunggu saya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 18 Januari 2012, jam 2.30 petang," katanya dalam mesej menerusi Twitter sekitar 5 petang tadi. Dalam mesej yang menyusul 20 minit kemudian, Amizudin yang menggunakan akaun "DinSharpshooter" meminta peguam yang mewakili dibawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar bertemu dengan beliau di Alor Setar, lokasi Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga. "Peguam Rais, esok jumpa saya di Konvensyen PR Alor Setar... apa kamu ingat saya sembunyi dan lari serta cuti tiga minggu seperti mamee ijat?" kata beliau. Terdahulu laporan Bernama menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan prosiding menghina mahkamah melibatkan Amizudin, yang disaman Rais atas alasan pemblog itu telah 'menghilangkan diri'. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, berkata, keadaan tersebut menyebabkan beliau gagal menyerahkan dokumen prosiding menghina mahkamah dan pihaknya telah berusaha menyerahkan dokumen itu sebanyak tujuh kali bermula 25 November hingga 7 Disember lalu. Muhammad Shafee berkata, pada 11 Januari lalu, pihaknya cuba mengambil peluang untuk berjumpa Amizudin yang menghadirkan diri untuk pendengaran kes rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya tetapi ia gagal kerana Amizudin sekali lagi menghilangkan diri. Berikutan keadaan itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan 2 Februari ini untuk perbicaraan menghina mahkamah terhadap Amizudin. Pada 21 November lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Rais untuk memulakan prosiding menghina mahkamah kerana penulis blog tersebut telah melanggar sebahagian perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam blognya. Perintah yang dikeluarkan Zabariah itu ialah susulan daripada keputusan saman fitnah pada 19 Julai tahun lalu yang difailkan Rais terhadap Amizudin. Rais memenangi saman tersebut dan Amizudin diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada menteri itu. Zabariah turut memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais. |
| Ibrahim Ali tawar elaun MP buru dalang letupan 901 Posted: 13 Jan 2012 01:15 AM PST SHAH ALAM - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menawarkan satu bulan elaun sebagai Ahli Parlimen - tambahan kepada ganjaran RM10,000 ditawarkan polis bagi mengesan dalang menyebabkan letupan bom ketika perhimpunan 901, Isnin lalu. "Bagi membantu usaha polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok Ahli Parlimen sebagai tambahan kepada tawaran polis sebanyak RM10,000. "Semoga ia menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu polis menangkap mana-mana individu atau kumpulan yang amat jahat ini demi keamanan serta keselamatan rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini. Ahli Parlimen Bebas itu mengalu-alukan tawaran polis RM10,000 yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam. Buat masa sekarang, anggota Dewan Rakyat menerima elaun bulanan asas sekitar RM6,500. Selain mereka juga layak menerima elaun-elaunan lain seperti hiburan, pengangkutan dan telefon. Secara total mereka akan menerima dalam lingkungan RM13,000. Semalam, Ismail mengumumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab dalam tiga letupan yang terjadi di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. "Saya hendak tawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi maklumat hingga kami dapat menangkap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan letupan itu. "Siasatan sedang dijalankan dan mana-mana individu yang didapati terlibat dalam insiden itu akan dikenakan tindakan," katanya. |
| Sudahlah, hentikanlah fitnah- Anwar Posted: 13 Jan 2012 01:04 AM PST ![]() KUALA LUMPUR 13 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak yang berterusan memfitnah beliau supaya menghentikan perbuatan itu. "Sudah-sudahlah berbuat fitnah, hentikanlah," tegasnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini hari ini. Anwar yang baru pulang dari lawatan ke India dan Turki selepas dibebaskan mahkamah atas tuduhan Fitnah II, disambut ratusan masyarakat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. Berhubung keputusan pendakwa yang mahu memfailkan keputusan pembebasan beliau, Anwar berkata, ia terserah kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk memutuskan. "Itu terserah pada peguam negara. Saya ikut fakta dan undang-undang," katanya ringkas. Sementara itu, kehadiran beliau di sini menarik perhatian umum apabila rakyat yang hadir berpusu-pusu untuk bersalam dengan beliau. Situasi itu menyebabkan jalan dari dalam masjid hingga ke tapak meletak kenderaan sesak sehingga kenderaan yang membawa Anwar beredar. Pada Isnin lalu, Hakim Mahkaman Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dalam penghakimannya, Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menerima bukti DNA dan bukti lisan yang dikemukakan. Keputusan itu,- yang turut mendapat liputan meluas media antarabangsa- disambut sebagai satu kemenangan rakyat dan dialukan oleh pelbagai pertubuhan, badan perundangan dan pemimpin antarabangsa. |
| TAKLIMAT KEPADA DYMM TUANKU SULTAN TENTANG STATUS YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI SEBAGAI AHLI MMKN. Posted: 12 Jan 2012 11:18 PM PST KENYATAAN AKHBAR 13 JANUARI 2012TAKLIMAT KEPADA DYMM TUANKU SULTAN TENTANG STATUS YB DATO' DR HASAN MOHAMED ALI SEBAGAI AHLI MMKN. Pagi tadi saya telah diperkenankan untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertarikh 10 Januari 2012 memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari 2012 telah membuat keputusan memecat YB Dato' Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Memandangkan YB Dato Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi layak menjadi ahli MMKN dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau. DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan akan menulis watikah pembatalan perlantikan YB Dato' Dr Hasan sebagai ahli MMKN. Pada masa yang sama, DYMM Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baharu MMKN. Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Perlantikan ahli MMKN yang baharu akan disempurnakan di Istana Kayangan pada Rabu minggu hadapan 18 Januari 2012. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO' MENTERI BESAR SELANGOR -- Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686 |
| Ahli Gusti Undertaker Pun Tahu Hormat Ulama Posted: 12 Jan 2012 08:05 PM PST Unmo nak hormat agama dan ulamak? |
| Sheik Qaradawi Ucap Tahniah Kepada Anwar. Ulamak Paling Pengaruh! PapalGomol? Posted: 12 Jan 2012 04:28 PM PST Apala sangat kalau umno yang dok fitnah lagi kan. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan