Selasa, 10 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Respon Terkini DS Anwar Berhubung Penggantungan Adam Adli Oleh UPSI

Posted: 10 Jan 2012 05:23 AM PST

Anwar baru sekejap tadi memberi respon berhubung adam adli.

Ada ke hujah yang digunakan menggunakan fakta pencarian adam adli dalam google?

AMK gesa Saiful didakwa tuduhan qazaf

Posted: 10 Jan 2012 04:59 AM PST

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 10 Jan : Menyifatkan pembebasan Ketua Pembangkang dalam kes Fitnah II adalah satu kemenangan rakyat, Angkatan Muda KEADILAN menggesa penuduh, Saiful Bukhari Azlan dihadapkan ke Mahkamah syariah atas tuduhan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam kes ini AMK terlibat dari awal melakukan pelbagai kempen termasuk membuat laporan qazaf dan mengedarkan risalah Fitnah II dan sebagainya," Kata ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Justeru, saya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk memulakan prosiding qazaf di mahkamah syariah kerana itu janji mereka yang mengatakan bahawa kes ini akan dibuka semula selepas semuanya selesai," katanya kepada wartawan di hadapan Mahkamah Tinggi, semalam.

Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Mohd saiful.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Anwar Ibrahim supaya pemuda itu didakwa mengikut qazaf.

Ekoran itu Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain untuk mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.

Selain itu, Shamsul turut menyatakan syukur dan terharu kerana keputusan Mahkamah yang memihak kepada Anwar.

"Hari ini (9 Januari) merupakan satu kemenangan untuk rakyat yang telah sekian lama berjuang untuk memastikan agar berlaku reformasi menuntut reformasi dalam sistem kehakiman," kata beliau.

Beliau berkata rakyat perlu terus bangkit melawan segala kezaliman dan terus berjuang menuntut agar sistem kehakiman terus direformasikan demi kepentingan negara.

"Hari ini terbukti rakyat juga adalah hakim untuk negara, tapi ingat kita perlu terus bangkit untuk mereformasikan sistem kehakiman dari dikongkong oleh pemerintah Barisan Nasional," tegas beliau.

Video: Sheikh Ibrahim Ali Melamar Hasan Ali? Tolong Jangan Gelak!

Posted: 10 Jan 2012 03:24 AM PST

Konspirasi Umno terhadap Anwar pincang- Dr Muhammad Nur

Posted: 10 Jan 2012 03:13 AM PST

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 10 Jan: Keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan betapa pincangnya konspirasi yang dirancang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau menepis kenyataan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa keputusan itu telah membersihkan kerajaan dari dakwaan konspirasi.

Kenyataan sama turut dikeluarkan pimpinan Umno, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa keputusan mahkamah itu menunjukkan dakwaan konspirasi selama ini, tidak wujud.

Sebaliknya, kata Muhammad Nur, mahkamah tidak dapat menerima bukti-bukti yang dikemukakan pihak pendakwa kerana perancangan yang dilakukan tidak sempurna dan pincang.

"Terbukti, konspirasi yang diatur sebegitu rupa dengan memperalat hampir segenap agensi kerajaan sejak sekian lama tetap gagal dan pincang.

"Mengapa? Kerana Najib dan para konsporatornya lupa Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yang bermaksud, "Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Beliau turut membidas kenyataan pimpinan Umno yang mendakwa kononnya keputusan mahkamah itu menunjukan sistem kehakiman negara sudah bebas.

"Kita akui hakim ada sedikit keberanian membuat keputusan namun nak kata sistem kehakiman bebas sepenuhnya belum tentu lagi.

"Mungkin mereka yang turut terlibat dalam konspirasi ini sudah muak kerana turut bersubahat walaupun mereka tahu kes Anwar ini tiada asaspun untuk melakukan pendakwaan," tegasnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan fitnah meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, yang dilihat konspirasi kedua terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.

Ia berikutan bukti-bukti yang dikemukakan peguam di mahkamah, termasuk pertemuan Saiful dan Najib beberapa hari sebelum membuat laporan polis mengaku diliwat.

Malah, keterangan saksi-saksi pendakwa juga dilihat tidak konsisten sepanjang lebih dua tahun perbicaraan itu berlangsung.

DS Anwar Ibrahim: Catatan Dari Mumbai

Posted: 09 Jan 2012 11:11 PM PST

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media UMNO, Hakim Dato' Zabidin Mohd Diah memutuskan — berlandaskan undang-undang dan fakta — bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
ANWAR IBRAHIM

Gambar Ceramah Anwar Di Tapak Ekspo Seberang Jaya Semalam

Posted: 09 Jan 2012 07:35 PM PST


Sekitar Pidato Perdana 'BEBAS ANWAR' yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang membariskan beberapa Pemimpin utama Pakatan Rakyat sebagai penceramah pada 09 Jan 2012..

Pemimpin-pemimpin KeAdilan yang dibariskan sebagai penceramah yang terdiri dari YB Mohamed Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution Ismail, YB TKM1 Datuk Mansor Othman dan YB Zuraida Kamaruddin telah tiba pada jam enam petang dalam satu konvoi yang melibatkan 30 buah kenderaan.



Setengan jam kemudian satu sidang Media telah diadakan bagi menjelaskan kronologi peristiwa apa yang telah berlaku di Mahkamah pada pagi DS Anwar Ibrahim dibebaskan.

YB Mujahid Yusoff Rawa telah hadir menggantikan TG Haji Hadi dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai penceramah yang terakhir.

Saksikan!! Ribuan rakyat membanjiri tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang




















Lagi gambar-gambar sila lihat dia SINI

Panas! Pendedahan Penyalahgunaan Hak Awam Kakitangan UPSI

Posted: 09 Jan 2012 07:14 PM PST

Siri Keenam: Penyelewangan hak awam yang disembunyikan ?

Sedar tak wahai saudaraku warga UPSI. Berapa ramai kakitangan HEPA yang mengambil kesempatan di atas pembangunan tersebut untuk memperolehi keuntungan peribadi. Sedar tak wahai saudaraku, berapa ramai daripada kakitangan HEPA pada waktu itu yang membeli rumah daripada pemaju yang membangunkan kolej tersebut dengan harga yang lebih murah daripada orang lain.

Sedar tak berapa banyak tajaan-tajaan yang diberikan oleh syarikat berkaitan kepada beberapa individu tertentu sama ada dalam bentuk lawatan keluar negara atau sebagainya. Penulis yakin ramai yang tahu, tapi tidak berani membuat laporan, kerana individu tersebut begitu licik mengaturkan segala penyelewengan yang berlaku hinggakan ia tidak dapat dibuktikan. Tapi yakinlah wahai sudaraku, Allah itu maha melihat dan tunggulah waktunya nanti akan diseret di hadapan pengadilan, jika anda selamat di dunia jangan lupa anda akan dihitung di sana.

Penulis sengaja mengembalikan ingatan pembaca kepada era tersebut, kerana penulis yakin perkara yang sama akan berlaku. Sedar tak wahai saudaraku, tiga kolej baru sedang dibangunkan di Proton City. Pertukaran perjawatan yang berlaku di HEPA sekarang ini ada kaitan rapat dengan perancangan individu tertentu untuk mengaut keuntungan peribadi daripada pembangunan ketiga-ketiga kolej kediaman tersebut.

Untuk mendapat maklumat secara lebih lanjut, penulis menasihatkan semua pembaca menyiasat siapa penaja bengkel peningkatan profesionalisme pengetua dan felo yang diadakan baru-baru ini di Kota Bharu, munasabah atau tidak pihak HEPA menjemput Raja Muda Perlis untuk merasmikan bengkel itu.

Apa kaitan Raja Muda Perlis dengan UPSI, HEPA, Pengetua, Felo atau negeri Kelantan. Mungkinkah ada kaitan invidu tersebut dengan syarikat yang memperoleh tender bagi membekalkan perabot untuk ketiga-ketiga kolej tersebut? Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Penulis juga membangkitkan isu pertukaran ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa pihak-pihak tertentu. Pertamanya penulis dikhabarkan bermula bulan Oktober 2011 Pusat Islam telah menerima dua orang pembantu tadbir, sedangkan dalam waran perjawatan yang diluluskan oleh universiti Pusat Islam hanya diluluskan seorang pembantu tadbir. (jika maklumat yang diberikan oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia yang sampai kepada penulis ini benar. Jadi penulis mohon pembaca buat semakan di BSM).

Mungkin jawapan akan diberikan adalah untuk sementara waktu, dua atau tiga bulan sahaja. Mungkin persoalan yang boleh dibangkitkan kenapa pertukaran itu dilakukan serta-merta? Adakah pertukaran itu benar-benar diperlukan atau untuk melindungi operasi individu tertentu di unit lamanya agar tidak dilaporkan keluar. Mohon budi bicara pembaca untuk membuat siasatan lanjut…

Pertukaran ini juga dilihat melebihi bidang kuasa yang dibenarkan oleh pegawai atasan yang terlibat dalam pertukaran tersebut. Adalah diingatkan bahawa Pusat Sukan dan Pusat Islam bukan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar tetapi di bawah TNC HEPA. Oleh itu pada pandangan penulis ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar tidak ada kuasa untuk menukarkan mana-mana kakitangan di bawah kedua-dua pusat itu. Apatah lagi pertukaran itu tidak diperlukan kecuali untuk melindungi operasi rahsia di Blok B.

Dengan ini, penulis dengan secara rasminya menjemput pihak pengurusan universiti untuk menyiasat isu ini. Wahai Ketua Unit Audit Dalam, jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan, jangan takut dan jangan gentar sehingga terpaksa memilih bulu untuk disiasat.

Penulis juga secara rasmi menjemput pihak Suruhanjaya Pencegah Rahsuah Malaysia (SPRM) untuk berkunjung ke UPSI. Tumpukan siatan di Kolej Harun Aminurrashid yang dilaporkan menjadi pusat operasi penyelewengan itu. Pesan penulis, jangan lupa untuk siasat akaun rahsia yang diwujudkan untuk membiayai individu tertentu mengikuti program keluar negara.

Bersambung ke siri seterusnya..

Sumber

Kenyataan Media Timbalan Mursyidul Am PAS, TG Haron Din

Posted: 09 Jan 2012 06:12 PM PST

Oleh DATO' HARON DIN

Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

"Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS."

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah 'Baldatun Tayyibah' sebagaimana firman Allah (mafhumnya): "Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba', ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun." (Surah Saba' ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, 'Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).' Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): "Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya."

Wallahua'lam.

Surat Rasmi Pecat Hasan Ali Sudah Dihantar

Posted: 09 Jan 2012 06:06 PM PST

PAS telah menghantar surat pemecatan keahlian kepada bekas Pesuruhjaya Selangornya, Datuk Hasan Mohamad Ali, semalam, kata setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Mustafa yang dipetik oleh Harakahdaily.

Surat itu disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.


Surat yang ditanda tangani oleh setiausaha agung PAS itu diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari semalam.

Mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur Ahad lalu, membuat keputusan memecat Hasan berkuatkuasa serta merta.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, pemecatan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

Timbulkan keresahan

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan 'Bebaskan Anwar' semalam yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.

Tiada ulasan: