Kelab Greenboc |
- RBF Kata Papagomo & Parpukari Sukar Dikawal, Ada 1,800 Cybertroooper Dilatih
- Isu Hassan Ali: Ayam Terlepas, Tangan Bau Tahi
- Shahrizat Sepatutnya Tidak Dibenarkan Saman Kerana Kes Masih Dalam Siasatan
- Tol Perlu Hapus Kerana Syarikat Konsesi Telah Untung Besar
- Video Bunyi Aneh Di Langit Kota Samarahan Sama Dengan Di Alberta
- PRU13 Pada 11 Mac
- Tuduhan Blogger UMNO Wardina Berlakon Kena Samun Adalah Melampau & Jahat
- Lantik Firma Audit NFC, Langkah Muhyiddin Untuk Selamatkan Diri
RBF Kata Papagomo & Parpukari Sukar Dikawal, Ada 1,800 Cybertroooper Dilatih Posted: 20 Jan 2012 01:00 AM PST Unit media Umno tak dapat kawal Papagomo, Parpukari' Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan. Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum. "Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain. "Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi. Katanya, walau beliau mengenali penulis blog berkenaan secara peribadi, individu berkenaan tidak mendedahkan identiti mereka di ruang maya. "Penulis blog yang menyerang ini, sukar untuk kenali mereka, mungkin mereka terikut-ikut dengan orang lain. "Lainlah macam saya. Saya bertanggungjawab kepada parti," kata anggota exco pemuda Umno itu lagi. Katanya, Unit Media Baru Umno juga tidak menyokong serangan peribadi yang dilancarkan oleh kumpulan penulis blog berkenaan, seperti yang dilakukan ke atas exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong. ADUN PKR itu dilanda kontroversi apabila foto separuh bogel beliau tersebar di laman pro-Umno bermula Februari 2009. Tun Faisal menjelaskan, penulis blog seperti papagomo dan parpukari telahpun meraih populariti apabila Umno mula menubuhkan unit baru itu ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008. Katanya Umno telahpun jauh ketinggalan di belakang PAS, DAP dan PKR yang beralih untuk menyampaikan mesej mereka di ruang Internet apabila tidak lagi mendapat tempat di media arus perdana. Kumpulan pro-pembangkang telahpun menggunakan ruang Internet semenjak 1999 ketika slogan seperti "Mahazalim" mula timbul sebagai kritikan kepada corak pemerintahan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan. "Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi. Semenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial. Secara peribadi, beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut. Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno dengan media baru supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana. Sekarang, kata Tun Faisal, pihaknya mempunyai lebih ramai pengendali media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut. 'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan "(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka. Turut hadir dalam program diskusi pada malam tadi ialah kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dan juga timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Perbincangan berkenaan antara lain bertujuan untuk mengadakan dialog yang lebih membina di antara penyokong BN dan Pakatan di ruang Twitter. -mk Ulasan GB Papagomo? Parpukari? Kita tak hairan pun dengan dua manusia(?) ini. Hukum kebenaran akan menghukum mereka. Kita tunggu dan lihat kerana segala pekung mereka bakal terdedah jua. Sekalipun mendapat perlindungan dan "diberikan makan" paling kenyang oleh pihak tertentu, kesudahannya akan berakhir kedua-duanya akan tercampak ke lembah kehinaan dan kebinasaan hasil dari perbuatan tangan mereka sendiri. Kita tunggu dan lihat. |
Isu Hassan Ali: Ayam Terlepas, Tangan Bau Tahi Posted: 20 Jan 2012 12:30 AM PST Isu Exco: Hasan Ali dakwa Pas jadi 'pak turut' SHAH ALAM - Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat Pas awal bulan ini, hari ini mendakwa masyarakat melihat parti Islam itu terpaksa menjadi "pak turut" kepada parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain ekoran perubahan portfolio pentadbiran kerajaan negeri semalam. Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco bagi menggantikan Hasan. Hasan berkata, rombakan portfolio menurutnya agak ganjil dan pelik kerana Dr Ahmad Yunus hanya diberi portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diserahkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. "Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah Pas sebagai sebuah parti Islam telah dipijak," katanya hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia ini berkata, bagi beliau rombakan ini telah memberi satu tamparan hebat kepada imej dan kedudukan Pas dalam kerajaan PR Selangor. "Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun Pas yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. "Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan Pas sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain," katanya sambil menambah, "saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan." Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika penubuhan kerajaan negeri PR di Selangor pada Mac 2008 telah meminta beliau dan kepimpinan Pas Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama dipegang oleh parti itu dan mesti mempertahankannya. -SH Dr Rani: Tukar portfolio bukan isu, sudah dibincang Ulasan GB Hassan Ali masih terus meroyan dan menyerang ajakan muhasabah diri dipandang sepi semakin meroyan semakin terdedah siapa Hassan Ali ayam terlepas tangan bau tahi |
Shahrizat Sepatutnya Tidak Dibenarkan Saman Kerana Kes Masih Dalam Siasatan Posted: 19 Jan 2012 08:47 PM PST Saman dari Shahrizat: Kami cukup bersedia dan 'teruja'- Rafizi KUALA LUMPUR 19 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC). Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia. "Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini," "Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak," tegasnya. Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri. "Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman," jelas beliau. Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Zuraida ketika membuat laporan polis terhadap NFC 23 November lalu. "Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya," "(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar," katanya. -KD Ulasan GB Satu persoalan yang timbul, mengapa Shahrizat dan Rafizi disaman berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) sedangkan skandal ini masih di dalam siasatan polis dan SPRM? Apatah lagi skandal ini didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri? Malah Najib sendiri sudah mengumumkan pembekuan asset-asset NFC disamping Muhyiddin sendiri khabarnya ingin melantik firma audit untuk mengaudit akaun NFC? Menyaman orang yang mendedahkan penyelewengan adalah sesuatu yang menghina semua pihak yang terlibat iaitu institusi perundangan, kehakiman, Jabatan Audit, SPRM, Polis, PM & TPM sendiri apatah lagi kes itu masih di dalam siasatan. Undang-undang telah memberi perlindungan bukan sahaja Zuraida dan Rafizi yang dilihat lebih bertanggungjawab kerana tampil dengan terbuka dan telus, malah undang-undang juga melindungi pemberi maklumat anonymous di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Pihak Kehakiman atau Peguam Negara perlu menegur peguam Shahrizat yang bebal dan melampau itu kerana ia tidak mengikut prinsip dan kaedah perundangan yang betul. Tidak sepatutnya ada mana-mana pihak yang didakwa atau disaman semata-mata "memberi maklumat" dan mendedahkan penyelewengan, rasuah atau salahlaku dan tindakan Shahrizat menyaman Zuraida & Rafizi ternyata hanya untuk membuat satu kegemparan sedang tindakan itu tidak selayaknya dibenarkan undang-undang. Jika boleh dibenarkan demikian, maka semua defendan nanti boleh menyaman pihak plaintif Sungguh benarlah mereka itu semua bermentalitikan lembu belaka. |
Tol Perlu Hapus Kerana Syarikat Konsesi Telah Untung Besar Posted: 19 Jan 2012 05:36 PM PST Keuntungan berlipat kali ganda yang diterima oleh syarikat konsesi kutipan tol-tol di Malaysia disifatkan sebagai maha firaun oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Ini berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh Lim lanjutan daripada soalan yang dikemukakan beliau di dalam parlimen tahun lepas berkenaan kutipan tol di Malaysia. "Maklumat yang diperolehi jelas menunjukkan beberapa syarikat mengaut untung yang sangat besar, maha besar dan maha firaun," ulas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Lim memberi contoh pembinaan Lebuhraya Utara Selatan yang memperuntukkan kos pembinaan sebanyak RM 6 billion tetapi menerima pulangan sebanyak 308% daripada modal yang dikeluarkan. Ini memberi jumlah kutipan dan pampasan berlipat ganda daripada kos asal iaitu sebanyak RM 24.3 billion. "Ini bermakna mereka telah mencapai keuntungan sebanyak RM 18.3 billion dan inilah dikatakan keuntungan maha firaun. Sedangkan mereka boleh mengutip tol sehingga Disember 2038 sehingga ke anak cucu cicit kita. Jesteru, Lim menjelaskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, Beberapa lokasi kutipan tol akan dihapuskan terutama kepada syarikat yang sudah menikmati keuntungan besar selama ini. Lim juga mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Noh Mohd Yaakob bahawa jika tol dihapuskan, negara ini akan muflis sedangkan keuntungan diperolehi jauh lebih tinggi daripada modal yang dikeluarkan. "Saya kata tidak. Malaysia tidak akan muflis. Dan sekiranya dia masih yakin dengan kenyataannya, marilah berbahas berdasarkan fakta dan bukan sekadar serangan yang tidak masuk akal. "Saya harap beliau tidak takut untuk berbahas tentang isu penting seperi isu ekonomi dan kos hidup rakyat ini. Malah sekiranya tol dihapuskan, inflasi juga akan turun," jelas Lim lagi sambil mencabar Noh Yaakob untuk berbahas dengannya secara terbuka mengenai isu ini. Sementara itu setakat 31 Disember 2010, Lebuhraya Metramac memperolehi hasil kutipan keuntungan tertinggi dengan pulangan setakat 2010 sebanyak 877% iaitu RM440 juta dengan kos pembinaan cuma RM 45 juta. Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak turut dicatat keuntungan besar sebanyak RM1.4 billion dengan kos pembinaan RM 451 juta selain tempoh konsesi selama 38 tahun. Manakala Keuntungan konsasi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang dibina dengan kos RM1,08 bilion telah memcatat keuntungan RM1.61 bilion. Manakala tempoh konsasinya selama 34 tahun. klik untuk baca |
Video Bunyi Aneh Di Langit Kota Samarahan Sama Dengan Di Alberta Posted: 19 Jan 2012 03:29 PM PST Insiden 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia. Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark. Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut. UPDATED: dan terbaru , bertarikh 17 Januari 2012, bunyi yang seakan akan sama direkodkan di London. Saksikan.. Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi. Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Boleh tengok penjelasan berkaitan HAARP Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari. Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my) **apapun, sebagai seorang Islam, kita tak boleh nak mempercayai sebarang perkara diluar batasan pemikiran dan bersifat tahyul .Mungkin ada sebabnya semua ini berlaku. Ada yang kata ini suara Dajjal. Hanya Allah yang mengetahui. Jadikan pengajaran untuk peringatan dan pedoman kita. Bukan sesuatu yang menyesatkan kita. -hazrilhafiz |
Posted: 19 Jan 2012 07:24 AM PST Seremban: PAS berpendapat bahawa PM Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen pada awal bulan Februari dan memanggil pilihanraya umum ke 13 pada Mac 11. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr.Hatta Ramli menyatakan parti-parti politik di Malaysia sekarang ini hanya tinggal 50 hari untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya. "Berdasarkan maklumat dalaman UMNO sendiri, Najib akan membubarkan Parlimen pada awal Februari. Hari Pencalonan akan diadakan samada pada 25 atau 26 dan kita akan diberikan dua minggu untuk berkempen sebelum hari mengundi pada Mac 11. Oleh itu kita hanya tinggal 50 hari untuk bekerja. Tidak ada banyak masa untuk kita duduk dan berehat," ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu di hadapan hadirin 500 orang sewaktu majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng di sini. Dakwaan Hatta diperkuatkan dengan fakta bahawa cuti sekolah peggal pertana untuk tahun 2012 ialah dari 10 Mac hingga 18 Mac. Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara. Lenggeng merupakan sebuah kerusi DUN yang berada di dalam parlimen Seremban. Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Seremban dan kesemua kerusi DUN di dalam parlimen Seremban di dalam PRU12 yang lalu kecuali DUN Lenggeng. PAS tewas di Lenggeng kepada Mustafa Salim dari Barisan. "Gimmik Politik" Sementara itu di majlis yang sama Ahli Parlimen Seremban John Fernandez telah menjadikan orangramai tertawa apabila menyifatkan cadangan SPRM kepada menteri kabinet termasuk ahli keluarga dan anak-anaknya mengisytiharkan harta kepada SPRM seperti "seorang bapa isytiharkan harta kepada anaknya". "Ini lawak paling besar.Jika PM dan para menterinya benar-benar telus sila isytiharkan harta kepada umum sepertimana Ketua Menteri pulau Pinang dan para exconya mengisytiharkan asset-asset mereka baru-baru-baru ini. Malah anda boleh semak perinciannya melalui lamanweb kerajaan negeri. "SPRM ialah sebuah badan berkanun kerajaan. Bagi saya ini hanyalah gimmik politik oleh kerajaan semata-mata kerana pilihanraya ke 13 semakin hampir," tambahnya. Turut hadir ialah Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Timbalan Ketua PKR Seremban Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan Yang Dipertua PAS Kawasan Seremban MK Ibrahim Abdul Rahman. -FMT/terjemahan bebas GB |
Tuduhan Blogger UMNO Wardina Berlakon Kena Samun Adalah Melampau & Jahat Posted: 19 Jan 2012 05:25 AM PST Dituduh 'Berlakon' Dalam Kes Samun, Wardina Panggil Penulis Blog PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar. Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta. "Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya. "Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu. Antara petikan menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com mempersoalkan kejadian samun Wardina. Wardina diminta mengulas tulisan RBJ menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti. Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya. Dalam pada itu, Wardina berkata, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain. Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak. "Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja. Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak dalam kejadian pecah masuk di rumah mereka pada 12 Januari lalu. foto: BERNAMA "Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai," ujarnya. Sementara itu, Wardina berkata, penulis blog tersebut sepatutnya menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berfaedah sebagai bahan bacaan supaya dapat mengembangkan minda masyarakat. Katanya, walaupun kejadian samun yang berlaku terhadapnya mendapat liputan luas tetapi ia telah membuka mata banyak pihak supaya menjadi lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan keluarga. "Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa," ujarnya. Pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, dekat sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul. Mohon Maaf Sementara itu pihak mStar Online memohon maaf kepada Wardina terhadap kesilapan informasi berhubung pemilik blog berkenaan dan ia bukannya ditulis oleh Tun Faisal Ismail Aziz seperti laporan awal artikel ini. -mstar Ulasan GB Tuduhan bahawa kejadian samun yang berlaku ke atas Wardina baru-baru ini adakah lakonan adalah melampau dan jahat. Satu hari jika blogger pro-UMNO itu akan ditimpa kejadian yang serupa dan bagaimana kemudiannya pada masa itu orang akan menyatakan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati? Kemudian dah tuduh tak mahu mengajku pula beliau penulsi di blog ruangbicarafaisal. Jika bukan beliau, beliau perlu buktikan pula siapa penulis sebenarnya di blog tersebut. Blogger yang sama juga tak mengaku menulis di blognya yang memfitnah Husam Musa sedikit hari lalu. Baling batu cuba sembunyikan tangan. Tetapi Tuhan Maha Tahu. Ingat, Hukum kebenaran pasti berlaku. You will get back what you give. |
Lantik Firma Audit NFC, Langkah Muhyiddin Untuk Selamatkan Diri Posted: 19 Jan 2012 03:15 AM PST NFC: Ketua Audit sahkan gagal, tak perlu firma akaun KUALA LUMPUR, 19 Jan: Jingga 13 membantah hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti mana dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua kordinatornya, Fariz Musa berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2010 telah mengesahkan melalui pemeriksaan audit mengesahkan bahawa NFC adalah gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Katanya, Muhyiddin bukan sahaja turut terpalit dengan isu skandal NFC tersebut adalah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk mengumumkan sebarang hasrat atau tindakan kerajaan yang sudah pasti menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia. "Penglibatan Tan Sri Muhyiddin adalah jelas dalam skandal NFC kerana beliau ketika itu sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan projek tersebut kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau menambah, skandal NFC semakin memuncak dan pendedahan demi pendedahan telah dilakukan terhadap pelbagai isu yang melibatkan penyelewengan dan pecah amanah dilakukan oleh ahli keluarga Shahrizat yang kini dalam siasatan pihak polis dan SPRM . Tambahnya, Jingga 13 mendesak agar diwujudkan dengan segera sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan kepincangan dan penyelewengan dalam projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dijalankan oleh NFC. Menurutnya, Suruhanjaya Diraja tersebut adalah mereka yang terdiri daripada yang benar-benar profesional dan berintegriti dalam menyiasat secara terperinci NFC yang melibatkan wang rakyat sejumlah RM250 juta. Katanya, Muhyiddin seolah-olah bertindak bagi tujuan untuk menutup pekung sebenar dengan hasrat melantik firma perakaunan tersebut. "Beliau harus bertanggungjawab terhadap perlantikan syarikat ahli keluarga Shahrizat yang ternyata tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri perternakan lembu," ujarnya lagi. -HD Kerajaan Lantik Firma Perunding Audit NFC |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan