Rabu, 18 Januari 2012

jiwo kelate

jiwo kelate


Hassan Ali masih merayu nak jadi Exco?

Posted: 17 Jan 2012 10:07 PM PST

image

Dato Hassan Ali yang dipecat dari PAS pada 8 Jan lalu dan hari ni digugurkan dari jawatan Exco Kerajaan Selangor masih merayu nak jadi Exco . . Sepatut dia merayu untuk jadi Ahli PAS.

Harakahdaily melaporkan, kata Tan Sri Khalid,  "Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada YB Datuk Dr Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal (premature) kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

"Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS," jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.

"Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya yang juga Adun Ijok.

Justeru, Khalid berharap Dr Hasan menerima keputusan itu dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN.

Tambahnya, kerajaan negeri amat menghargai segala nasihat dan pandangan yang diberikan Sultan Selangor dalam mengendalikan isu yang melibatkan pelantikan Ahli MMKN itu.

"Saya berharap dengan sempurnanya pelantikan ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri," ujarnya.
_______________________________________
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7650-mb-yakin-dr-yunus-amanah-telus-dan-bertanggungjawab


Filem pendek Perjuanngan Royalti Kelantan

Posted: 17 Jan 2012 09:59 PM PST

Filem Pendek (HD) : Perjuangan Adam


Istana Selangor restu Dr Ahmad Yunus Khairi ganti Hassan Ali

Posted: 17 Jan 2012 09:41 PM PST

SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.. - Hrkh

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, SHAH ALAM – Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai pengganti Hasan daripada pimpinan tertinggi Pas pusat mengenai pengganti Hasan ketika ini.

Menurutnya, beliau sendiri berharap namanya tidak dicalonkan dan mahu orang lain dari pimpinan Pas Selangor mengisi kekosongan jawatan Exco tersebut.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan menerima dan menyokong sebarang keputusan pimpinan parti itu untuk melantik mana-mana pemimpin termasuklah beliau sendiri.

"Lagi elok sekiranya orang lain yang dicalonkan untuk jawatan itu, saya khuatir dengan beban dan tanggungjawab sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri itu tidak mampu saya pikul.

Selepas Majlis Angkat Sumpah
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat rombakan kecil ekoran pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali, hari ini.

Dr Ahmad Yunus, yang mengangkat sumpah pagi ini, akan mengetuai Jawatankuasa Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan.

Perkara itu diumumkan oleh Khalid selepas upacara mengangkat sumpah yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor.

Beliau sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.

Dengan rombakan kecil ini, Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam,  Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Hasan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Khalid juga mengumumkan bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman, yang sebelum ini disebut-sebut akan menggantikan Hasan, dilantik sebagai pengerusi skim kredit mikro Selangor (Skimsel) manakala Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar pula akan memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Adat Melayu (Padat).

Dr Shafie juga disebut-sebut sebagai antara calon yang dipertimbangkan bagi menggantikan Hasan.
_________________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/mb-buat-rombakan-kecil-khalid-ketuai-hal-ehwal-islam-1.18872

.


Tiada ulasan: