GoMalaysian |
- Blogger Kena Saman Lagi
- Sultan Kedah Puji Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah!!!
- Hasan Ali Bakal Jelajah & Ceramah Seluruh Negara
Posted: 16 Jan 2012 06:13 PM PST PAPAGOMO & PARPUKARI DISAMAN RM10JUTA Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, – Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya. "Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya. Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari. "Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto. Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia. "Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu. Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu. "Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya. Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf. http://www.kl-today.com/2012/01/papagomo-parpukari-disaman-rm10juta/ |
Sultan Kedah Puji Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah!!! Posted: 16 Jan 2012 06:59 AM PST Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memuji pentadbiran negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan dan kemajuan pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat... Sultan Kedah puji Azizan laksana pembaharuan di Kedah Sinar Harian ANAK BUKIT - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memuji pentadbiran negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan dan kemajuan pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat. Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil. "Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam". Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam. Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah. Tuanku Abdul Halim bertitah, kerancakan aktiviti ekonomi ini menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat selain berharap taraf hidup rakyat dapat terus dipertingkat menerusi kemudahan prasarana yang menjadi asas kepada perkembangan aktiviti komersil seperti perumahan, perkilangan dan perkhidmatan. "Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat," titah baginda. [ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!! [ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!! Baginda turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar belakang. "Tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini. Beta harap semua pihak komited menjalankan tugas, ikhlas, amanah serta telus dalam mengendalikan urusan pentadbiran," titah baginda. Tuanku Abdul Halim bertitah, untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, seluruh kepimpinan kerajaan, anggota pentadbiran dan rakyat haruslah bertakwa kepada ALLAH SWT agar mendapat keberkatanNya. "Jentera pentadbiran dan pengurusan negeri yang cekap amat penting untuk merancang dan melaksana dasar dan program Kerajaan Negeri. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang teguh pada konsep amanah dan kepimpinan berintegriti," titah baginda. Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan Menteri Besar supaya memastikan keadilan dapat terus dilaksana sebaik mungkin, selain setiap rakyat hendaklah diberi hak masing-masing tanpa mengira perbezaan anutan agama, bangsa mahupun fahaman politik. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sultan-kedah-puji-azizan-laksana-pembaharuan-di-kedah-1.18324 |
Hasan Ali Bakal Jelajah & Ceramah Seluruh Negara Posted: 15 Jan 2012 09:27 PM PST Jelajah Hasan Ali dedah 'parasit' PAS Bekas anggota majlis kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah mempengaruhi parti itu. Katanya, perkara itu hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan. Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan bergerak dengan tujuan tertentu dalam parti itu dan turut menduduki jawatan penting dalam PAS. Hasan juga mengelak apabila ditanya sekiranya kumpulan berkenaan merupakan 'golongan Erdogan' dalam parti itu. Tambahnya, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut. Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian. Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan. "Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim," |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan