Sabtu, 14 Januari 2012

GoMalaysian

GoMalaysian


Akhirnya Hasan Ali Bersuara!

Posted: 14 Jan 2012 07:00 PM PST


Kepada Hassan Ali, sekiranya begitu tekad untuk memperjuangkan Islam, maka masuklah NGO. Selain itu, sekiranya hendak komen tentang polisi, haruslah komen juga negeri-negeri lain bukan hanya tumpu kepada negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat...

Hasan Ali: Tiada sebab saya harus kekal dalam Pas

sinarharian.com.my

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

"Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur.

Program dihadiri lebih 100 peserta turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Farhan Abdullah daripada Sekretariat Himpun sebagai ahli panel.

Pada sesi dialog itu, Hasan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.

"Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan 'parasit' ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

"Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam," katanya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja dahulu.

"Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara," katanya.

Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu.

http://www.sinarharian.com.my/politik/hasan-ali-tiada-sebab-saya-harus-kekal-dalam-pas-1.18236

Tiada ulasan: